Kurang Air



Dollah pergi ke sebuah klinik berhampiran dengan tempat tinggalnya untuk berjumpa doktor kerana badannya kurang sihat. Selepas memeriksa Dollah, doktor memasuki bilik ubat dan kembali dengan membawa tiga jenis pil berwarna-warni.

Doktor berkata: "Awak makan pil berwarna hijau ini dengan segelas besar air pada waktu pagi, pil warna biru dengan segelas besar air pada waktu tengahari dan pil warna merah dengan segelas besar air pada waktu malam."

Dollah bertanya: " Sebenarnya apa penyakit saya doktor?"

Doktor menjawab: "Badan awak tak cukup air!"
0Komen:
1. Jangan Menggunakan Simbol '@' Ini Untuk Nama Anda..
2. Jangan Lupa Follow Brozai Di Twitter..Klik Di Sini !
3. Terima Kasih Dengan Komen Anda

Catat Ulasan

 

Copyright © 2009 by Brother Zai - Template by Blog Templste 4 U | Blogspot Tutorial | Sport Page Ranking Tool