Nak Kaya ???



Ini adalah kisah benar yang telah diceritakan sendiri oleh (Nama samaran
Mamat) kepada wartawan Variasari.
Sewaktu si mamat dalam perjalanan manaiki kereta untuk pulang ke KL
daripada JB melalui lebuhraya, beliau berhenti rehat di salah sebuah
hentian. Sewaktu berehat maka datanglah kepadanya seorang tua yang
berpakaian agak compang-camping lalu menegurnya, "Anak nak ke mana?".

Si mamat menjawab ringkas, "KL"

Orang tua itu bertanya lagi, "Boleh pakcik tumpang sampai ke Pagoh" dan
dijawab oleh si mamat tadi "Ehm... bolehlah." Lantas orang tua itu masuk
dan duduk di dalam keretanya.
Dalam hati si mamat berkata, "Hai, siapalah orang tua nii, orang ke atau
???" Beliau meneruskan perjalanannya.
Sebaik menghampiri Pagoh, orang tua tadi bertanya, "Anak nak kaya tak?"
Si mamat tersentak dan berkata dalam hati, "Dah buat dah orang tua ni. Nak
bagi aku kaya pulak. Orang tua ni nak bagi aku nombor kot. Atau nak
menguji
aku?"

Si mamat pun jawab, "Tak apalah pakcik, hidup sederhanapun cukup. Kalau
kaya nanti lupa diri pulak"

Orang tua tu tak bertanya lagi. Dalam hati si mamat berkata mungkin
jawapannya adalah yang terbaik takut-takut itu hanya ujian daripada orang
tua tadi.

Kemudian orang tua tu tanya lagi, "Anak nak kaya tak?"

Si mamat jawab serupa yang tadi, "Tak apalah pakcik, saya lebih senang
hidup sederhana".

Bila sampai di Pagoh, orang tua itu minta diturunkan lalu berkata, "Tu,
pakcik ada tinggalkan satu tin kaya cap Yeo's untuk anak sebagai tanda
terima kasih kerana tumpangkan pakcik. Terima kasih, ya nak." lalu orang
tua tu turun dari kereta.

Si mamat tersipu-sipu malu lalu menjawab, "Terima kasihlah pakcik" lalu
meneruskan perjalanan.

Pengajaran dari cerita tadi, kalau orang bagi kaya minta dia roti sekali.

Itulah ceritanya.....
0Komen:
1. Jangan Menggunakan Simbol '@' Ini Untuk Nama Anda..
2. Jangan Lupa Follow Brozai Di Twitter..Klik Di Sini !
3. Terima Kasih Dengan Komen Anda

Catat Ulasan

 

Copyright © 2009 by Brother Zai - Template by Blog Templste 4 U | Blogspot Tutorial | Sport Page Ranking Tool