Singa Pekak



"Suatu hari ada seorang pengembara sedang berjalan-jalan di sebuah padang di Afrika. Padang tersebut sangat terkenal dengan kawasan paling bahaya kerana terlalu banyak binatang buas. Namun nampaknya pengembara itu cukup berani melintasi padang itu.. itu pun kerana dia membawa sebuah seruling yang bila ditiup akan membuat binatang yang mendengarnya tertidur.

Beberapa minit kemudian ada sekumpulan serigala yang menghampirinya untuk memakan pengembara tersebut. Lalu dia pun meniup serulingnya sehingga semua serigala tertidur. Setelah itu dia berjalan lagi dan kali ini dia diserang pula oleh seekor harimau yang bersedia menerkamnya dan sekali lagi dia meniup seruling itu sehingga harimau tersebut tertidur... Tidak lama selepas itu datang pula seekor singa kelaparan.. lalu pengembara itu terus meniup seruling lagi.. tetapi di luar dugaan si pengembara.. singa itu tetap menerkam dan memakannya.

Setelah kejadian itu berlaku semua haiwan lain yang melihatnya kehairanan dan terus bertanya pada si singa..

Serigala : "Bagaimana kamu boleh memakan orang itu?"

Singa : "Apa??"

Serigala: "Bagaimana cara kamu boleh memakan orang itu?"

Singa : "Apa??"

Serigala: "Hey.. kamu ni sombong ya?"

Singa : "Apa??"

Serigala: "Atau Kamu ni tuli?"

Singa : "Apa??" "
0Komen:
1. Jangan Menggunakan Simbol '@' Ini Untuk Nama Anda..
2. Jangan Lupa Follow Brozai Di Twitter..Klik Di Sini !
3. Terima Kasih Dengan Komen Anda

Catat Ulasan

 

Copyright © 2009 by Brother Zai - Template by Blog Templste 4 U | Blogspot Tutorial | Sport Page Ranking Tool