Tension



"Semester persekolahan baru sahaja bermula.Dalam sebuah makmal biologi, seorang cikgu sedang menerangkan activity untuk hari tersebut. Beliau telah meletakkan keratan bahagian-bahagian badan pelbagai jenis serangga di hadapan para pelajarnya dan menyuruh para pelajarnya mengenalpasti nama serangga bagi setiap keratan.

Salah seorang pelajar di dalam kelas tersebut berasa tension kerana setelah puas dipikir-pikir, dia still gagal untuk mengenalpasti keratan yang diberi kepadanya. Oleh kerana terlalu tension, pelajar tersebut bangun dari tempat duduknya dan belari keluar makmal sambil menghentak-hentak kaki dan menyepak pintu makmal tersebut.

Cikgu tersebut menjadi marah dengan tindakan kurang asam pelajar tersebut lalu memanggil pelajar tersebut.

"Kamu yang baru sahaja keluar dari makmal tadi,masuk balik!!Sape ajar kamu berkelakuan demikian?"Kata cikgu tersebut dari dalam kelas.

Pelajar tersebut hanya berdiam diri.

Bengang dengan tindakan pelajar tersebut berdiam diri, cikgu tu pun berkata, "Siapa nama kamu? Nanti saya adukan kepada tuan pengetua."

Pelajar tersebut berjalan ke arah pintu makmal tersebut dan menutupnya sedikit dari luar.Dia lalu memasukkan sebelah kakinya ke dalam makmal sementara dia menyorokkan dirinya di sebalik pintu makmal. Lalu dia pun berkata,

"Kalau cikgu pandai, cube cikgu teka siapa saya?""
0Komen:
1. Jangan Menggunakan Simbol '@' Ini Untuk Nama Anda..
2. Jangan Lupa Follow Brozai Di Twitter..Klik Di Sini !
3. Terima Kasih Dengan Komen Anda

Catat Ulasan

 

Copyright © 2009 by Brother Zai - Template by Blog Templste 4 U | Blogspot Tutorial | Sport Page Ranking Tool