Usahawan Kedekut



"Seorang pekerja sebuah stesyen tv telah menemui seorang usahawan paling berjaya untuk memohon sumbangan...

"Encik adalah seorang usahawan yang paling berjaya..bolehlah kiranya memberi sedikit sumbangan kepada pihak kami.."

Usahawan itu menjawab

"Pertama.. tahukah anda yang ibu saya telah lama menderita kerana penyakit misteri? Dan dia perlu membeli pelbagai ubat-ubatan yang tak mampu dibayarnya sendiri?"

Dengan tersipu malu, pekerja itu menjawab.. "Maaf.. saya tidak tahu"

"Kedua.. tahukah anda yang abang saya.. seorang bekas tentera yang cacat dan buta dan hanya duduk di kerusi roda.. sehingga tidak dapat memberi nafkah pada isteri dan enam anaknya?"

Pekerja itu sekali lagi menjawab.. "Maaf saya tidak tahu"

"Ketiga, adakah anda mengetahui yang adik ipar saya meninggal kerana kemalangan tanpa meninggalkan sedikitpun wang pada adik perempuan saya? Ditambah lagi dengan 3 orang anak yang perlu di besarkan?"

Pekerja itu tetap menjawab.. "Tidak.. Saya tidak tahu sama sekali tentang hal itu..."

Usahawan itu menyimpulkan..

"Jadi.. jika saya tidak memberikan wang pada mereka.. mengapa kamu berpikir yang saya akan memberikan wang pada kamu?"
0Komen:
1. Jangan Menggunakan Simbol '@' Ini Untuk Nama Anda..
2. Jangan Lupa Follow Brozai Di Twitter..Klik Di Sini !
3. Terima Kasih Dengan Komen Anda

Catat Ulasan

 

Copyright © 2009 by Brother Zai - Template by Blog Templste 4 U | Blogspot Tutorial | Sport Page Ranking Tool