Abah



“Mak nape ngan abah tu,bising la nak tido pun tak boleh.” kata adik pd emaknya. “isk jgn cakap macam tu abahkan sakit.” jawap mak. Adik tak tahu kenapa abah selalu sakit sejak akhir-akhir ni. Adik anak bongsu dalam keluarga. manja jangan citer la. kali ni adik bangun dari tidonye biler dengar abah batuk-batuk keras. “abah naper ni makan ubat eh adik ambilkan.” adik memandang lesu pada abah sian kat abah. wajah abah nampak sangat uzurnyer. kalau pergi kedai ngan abah mesti orang cakap adik ni cucu abah sedangkan adik anak abah. “dik esok abah nak pergi kedai la, adik nak ikut? “tanya abah.” apa la abah ni sakit-sakit pun nak pergi kedai “marah adik pada abah. bukan apa adik risau nanti jadi sesuatu…. ah takut adik. “jom la abah ada benda nak beli untuk adik ni.” kata abah memujuk adik. “beli apa bah” tanya adik seronok. “ada la nak tak” nampaknya umpan abah mengena.

Hari ni hari Sabtu ada pasar tani kat pekan. adik dengan abah pagi-pagi lagi dah bersiap nak ke pekan. adik seronok sakan sampai terlupa yang abah tak sihat. Mak tak kata apa cakap pun abah tetap degil nak ke pekan dengan adik. “isk apa yang Andak nak belikan untuk adik tu” tanya mak, itu nama panggilan mak pada abah. “Hari jadi adik Jum lupa ke?” abah mengingatkan mak. emak menggeleng apa saja lah yang nak dibelikan untuk anak manjanya tu. buang tebiat apa selalu kalau pasal wang kedekut habis. ni tak pasal nak belikan hadiah pulak. “ikut suka andak lah” malas emak nak betah dengan abah.

“eee…. cantiknye basikal ni abah. tapi adik takde duit nak beli. “keseronokan adik terhenti biler mengenangkan poketnya kosong. “adik suka ker, abah belikan nak?” tanya abah sambil terbatuk-batuk keras. aik biar betul abah ni selalu nak mintak 50 sen pun tanya nak buat ape. adik berkata dalam hati. “betul ke bah, naper pulak tiba-tiba jer.?” “eh… adik lupa ke kan besok hari jadi adik” kata abah.

“mak… mak… tengok ni adik dapat basikal. eee….bestnyer. cepat la mak tengok basikal baru adik ni, abah belikan mak..? “adik gembira sekali senyum sampai telinga. abah hanya tersenyum biar kali ni berhabis duit dia tak pernah beri hadiah pada adik. kegembiraan adik melapangkan dadanya. “Jum mari sini kejap” panggil abah. “ada apa andak” mak melihat abah penuh kasih sayang. sambil memegang tangan emak, abah menghulurkan wang pencennya. “ambil wang ni simpan kalau-kalau ada apa-apa berlaku padaku. pastikan kau urus dengan baik persekolahan adik nanti. abah walaupun seorang yang berkira dengan wang tapi kalau pasal sekolah abah takkan kedekut. ilmu perlu dicari. abah selalu pesan pada adik, kakak-kakak dan abang-abang cari harta sendiri agar kamu semua tahu perit getirnya kehidupan ni. pada adik ianya satu ingatan tanpa mengerti apa-apa.

dah seminggu abah sakit kuat. abah pesan pada mak agar dipanggil semua kakak dan abang pulang. abah seolah tahu ajal sudah hampir. malam esoknya semua ahli keluarga adik balik. malam ni adik tidur disebelah abah tak mahu tidur dibilik. puas mak pujuk adik tetap degil.”adik nak jaga abah. “bergenang air mata adik. esoknya adik sekeluarga serapan bersama hilang rasa sedih adik. abah jer yang takde.adik bawak air teh untuk abah. pagi ni abah nampak sihat lapang dada adik lihat abah tersenyum. abah tak banyak berbual hanya senyap melayan perasaannya. abah mintak mak mandikan abah sebab abah tak berdaya nak mandi sendiri. lepas mandi abah baring melanggu mengadap tingkap. lama abah mengiring rupa nafas abah kian mendesah. mak panggil abah adik pula duduk disisi abah. mak ajar mengucap.adik hairan apa ni tanya adik dalam hati kenapa mak ajar abah mengucap pulak?….. “innalillahhiwainalhirajiun….” tanpa menitis air mata mak redha dengan pemergian abah. adik pula terkejut menangis semahu-mahunya. “abah jangan tinggalkan adik” mak menarik adik dari terus merangkul badan abah. “jangan meratap adik tak baik, relakan abah pergi.” adik berlari ke luar pergi ke bawah rumah. menangis semahu-mahunya sambil memeluk basikal pemberian abah. “abah maafkan adik, adik tak sempat mintak ampun”

adik menghantar jenazah abah dengan perasaan yang sayat.hatinya bagai dirobek hilang sudah tempat bergantung.”abah,adik akan jaga mak selagi hayat dikandung badan.pergilah abah adik merelakan semoga abah di tempat orang yang soleh.”al-fatihah.

0Komen:
1. Jangan Menggunakan Simbol '@' Ini Untuk Nama Anda..
2. Jangan Lupa Follow Brozai Di Twitter..Klik Di Sini !
3. Terima Kasih Dengan Komen Anda

Catat Ulasan

 

Copyright © 2009 by Brother Zai - Template by Blog Templste 4 U | Blogspot Tutorial | Sport Page Ranking Tool