Amier @ Haikal??



Lelaki…
Kenapa perlunya hadir seorang lelaki andainya kehadiran itu akan menyusahkan? Aku sering tertanya persoalan ini namun aku malu untuk meluahkannya kepada kawan-kawan. Takut dikatakan anti lelaki. Namun, aku rasa apa yang aku fikirkan adalah berasas. Dua kali lelaki hadir dalam hidupku namun apa yang aku dapat dan apa yang aku rasakan. Hanya perasaan sakit hati, sedih dan kecewa. Sudahnya, aku membuat keputusan untuk tega meneruskan hidupku bersama kawan-kawan. Lelaki? Ramai juga kawan ku dari kalangan spesis ini namun aku belum ketemu apa istimewanya mereka ini. Aku juga sering melihat sahabat sejenis ku yang begitu mudah layu dengan pujukan lelaki. Ah.. biarkanlah mereka.

“Hei Neesa, kau ni kan selalu je berangan erk…tak habis-habis. Nak katakan teringatkan pakwe, aku rasa mustahil kot. Kau ni mana ade pakwe. Hairan betul aku. Kau tak de class ke nih? Sekarang dah pukul berapa nih?”ujar Syira apabila melihatku mengelamun jauh.
“Kau ni Syira..balik je kau terus membebel..Tak boleh ke kau diam kejap. Bagi la mulut kau tu berehat sikit. Telinga aku nih baru je nak aman tau….”balas Neesa kembali.
“Nak diam apanye kalau dari tadi aku ketuk pintu sampai dengar satu blok tapi kau asyik senyum tengok bantal dan bear kau tu je…mimpi di siang hari ke?”
“Aku berangan sikit kau dah bising….eeeee… .kau dah habis class ke nih?”
“Aku tanya pun belum jawab nak tanya aku balik pula? Aku baru habis class la nih..kau tu? Dah la tak mandi lagi…kau tak de class ke?”
“Tengahari ni aku tak de class. So, aku amik la kesempatan ni untuk terus menganyam mimpi bersama bear aku, tak boleh ke?”
“Boleh…boleh blah..kau tengok jam tak pukul brape skarang nih yang kau tak pergi mandi lagi? Ish..anak dara ape kau nih? Dah…g mandi cepat…jap g kita pergi makan..Malang le sape yang dapat kau nih Neesa…patut le tak laku lagi sampai sekarang.”
“Baik puan..hehehe… aku pergi mandi la nih…nak buat macam mana, putera raja tak nak datang melamar aku lagi…”
“Hah…bagus…cepat sikit…aku dah lapar ni..kang dengan engkau sekali aku telan tau..”
Itulah tabiat teman sebilik ku…suka membebel tapi mempunyai hati yang baik. Juga merupakan seorang sahabat yang prihatin. Aku sayang sekali dengannya. Beruntung sungguh si Adam, teman lelakinya kerana mendapat seorang buah hati seperti itu tetapi kadang-kadang aku rasakan si Adam tu yang tak patut. Dah dapat awek secun dan sebaik Syira ni pun masih lagi nak pasang awek lain. Itulah lelaki. Tak pernah puas dengan apa yang ada. Si Syira pun satu, selalu je buat bodoh dengan perangai si Adam tu. Kalau ditegur katanya biarkan je Adam tu, lama-lama nanti dia akan sedar sendiri. Patutla si Adam tu makin naik lemak je.
“Okeh..dah siap..jom kita g makan..”
“mm….bagus…baru la cantik sikit..jom…”
Kami hanya ke cafeteria yang berhampiran untuk makan tengahari memandangkan aku dan Syira masih mempunyai kelas pada jam 3 petang.
“Neesa,tadi masa aku g kuliah pagi tadi, ada seorang mamat tu kirim salam kat kau. Aku pun tak pasti la siapa dia tu..,”ujar Syira tiba-tiba.
“Waalaikumsalam… mmm…sapela yang malang kim salam kat aku tu? Handsome ke? Putih? Tinggi? Kening tebal ke? Pakai cermin mata ke tak? Ade gaya cam Jericho tak? Bawa kereta ape? Perdana executive pun jadilah..hahahahaha……..” balas ku sambil ketawa panjang.
Bukannya Syira tak kenal diriku. Dah dua tahun kami sebilik di universiti di utara semenanjung ini. Rasanya dia dah cukup masak dengan perangai aku selama ini. Dia pun dah tau aku tak berapa berminat dengan lelaki. Tapi, sesuatu yang dia belum tahu adalah kisah silam ku berkaitan dengan insan-insan yang bernama lelaki. Biarlah ianya menjadi rahsia dalam lipatan sejarah hidupku.
“Hei..aku bercakap dengan kau ni. Berangan lagi ke?”
“Apa lagi puan Syira? Dah la tu…mari kita makan sebab kejap lagi kita sama-sama ada kelas..okeh?
“Yalah tu..bagus la. Bila aku cakap je kau merepek dan terus tukar cerita lain. Kau ni kenapa? Selama lebih kurang dua tahun aku kenal kau ni, bukannya tak de memana lelaki berminat nak berkenalan dengan kau. Tapi, kau tu yang jual mahal. Nak yang handsome-handsome je..mane kau nak dapat lelaki macam tu cik Neesa oi…zaman sekarang ni, perempuan ramai. Aku tak nak la tengok kau ni sendiri je..carilah pakwe..barulah bahagia sikit..ni tak..nak keluar shopping je asyik kena menyusahkan aku je,” nampaknya dia dah nak mulakan semula forum Perdananya.uh… ..
“Okey…aku janji. Kalau kau dapat jumpa lelaki jenis yang aku cakap tadi, beritahu aku. Satu lagi aku nak tambah, dia mestilah romantic habis dan mampu mencairkan hati aku, okey? Carikan lelaki jenis tu untuk aku…”balas ku acuh tak acuh. Aku tahu Syira takkan dapat mencari lelaki jenis ini.
“Okey…we wait until that time.”balas Syira semula.
Hari ni hari minggu. Bosannya. Syira keluar dengan Adam. Member-member lain pun dah keluar dating dengan pakwe masing-masing. Tinggal aku je. Mm…tak pe la..bagus juga kalau sekali-sekala keluar window shopping sorang-sorang. Aku mengambil keputusan untuk keluar ke Jitra sahaja kerana aku pasti kawan-kawan ku mestinya sudah ke Alor Setar atau terus ke Sungai Petani je. Lagipun, aku hanya keluar untuk berjalan-jalan dan mencuci mata je.

Tiba-tiba….
“Oppsss….sorry bang..aaa…..sory encik…saya sengaja, betul-betul tak sengaja. Encik okey ke? Ma….ma…maafkan saya, saya tak perasan tadi….”Alah, kenapa la aku boleh tak nampak mamat ni depan mata aku? aduh..mampus aku..dah la aku pun jatuh.sakitnya .
“Takpe…takpe…saya pun nak minta maaf dengan saudari sebab saya pun tak perasaan saudari berdiri kat sini. Ni lah akibatnye kalau mata asyik kat handset jer. Sory ye saudari,” balas mamat tu.
Aku tengok habis merah muka dia. Perasaan malu sebab incident tadi mungkin menyebabkan mukanya bertambah merah. Almaklumlah muka pun ala-ala Chinese Look la katakan. Dengan sedikit kumis menghiasi mukanya, nampak sungguh handsome dan bergaya. Pakaiannya yang agak bersih serta kesopananannya menyebabkan aku terus untuk menilai penampilan lelaki di depanku dengan lebih lanjut. Entah kenapa kurasakan mukanya menarik minatku untuk terus memandangnya. Memang tidak membosankan. Apakah….?
“Saudari…”
“ah…? Ape?”aku terleka memandang dan memikirkannya hingga menyebabkan aku lupa bahawa aku berpijak di bumi yang nyata lantas tegurannya berlalu bagaikan angin sahaja di gegendang telingaku.
“sSaya tanya saudari okey ke? Tak sakit ke? Saya minta maaf la…”balas mamat tu bersopan santun. Wah, zaman sekarang ni masih ada ke lelaki yang penuh bersopan santun macam nih?
“It’s okey. I’m okey.”balas ku pendek sambil tunduk untuk mengutip barang-barang ku yang terjatuh masa berlanggar tadi. Tapi. Nampaknya mamat tu lagi pantas mengutip barangan ku dan terus menghulurkannya kembali kepada ku.
“Hai..saya Haikal. Awak?”katanya sambil menghulurkan barang-barang ku. Aku memandangnya dengan seribu tanda Tanya. Patutkah aku perkenalkan diriku?
“mm…saya…Intan Aneesa. Terima kasih..”kataku sambil menyambut huluran barang-barangku. Nampaknya mulutku labih pantas bertindak berbanding otakku yang masih bekerja.
“mm..sedap nama tu. Secantik orangnya. kalau awak tak kisah, boleh ke saya nak ajak awak temankan saya minum kat restoran depan tu, Intan? Lagipun. Saya rasa bersalah sangat sebab dan terlanggar awak tadi.” Adakah ini ajakan yang ikhlas atau sekadar tanda kemaafan. Patutkah aku..?
“Hah?…mmmm…” aku terfikir gak ape motif mamat nih..Confius tul.
“saya harap awak sudi, Intan ” katanya sambil melangkah menuju ke tempat yang ditunjukkan. aku pun tak sempat nak kata apa-apa lantas terus mengatur langkah mengekori langkah Haikal.
“Awak nak minum ape Intan?” Tanya Haikal kepadaku dengan penuh sopan.

“aa….limau ais je la…” balas ku ringkas. Sebenarnya aku masih hairan. Kenapalah dalam ramai-ramai kawan aku belum ade yang memanggil aku Intan. Lagipun panggilan itu hanya digunakan oleh umi dan papa je. Kawan-kawan lain semua memanggilku dengan nama Neesa.
“Intan…awak okey ke? Awak macam ada berfikir something je”
Alamak aku terberangan lagi la…malunya aku…
“Saya okey..maafkan saya. Apa awak tanya tadi?” tanyaku kembali
“Saya tanya awak belajar ataupun sudah bekerja? Awak asal mana? Saya rasa awak bukan orang sini kan?”
“Oh..tanya tu.. saya belajar lagi. Saya beasal dari Perak. Awak? Mesti awak dah kerja kan?” ‘Alamak..terlebih ramah la plak aku hari ni. Sebenarnya nak cover malu jer tu.’ Neesa bermonolog sendirian.
“mm…saya dah kerja dah. Saya kerja di kilang Petronas, area Gurun. Awak tahu tak Gurun kat mana?” Tanya Haikal kembali.
“Gurun..? rasanya macam tahu tapi macam tak tahu pun ada.” Balasku sambil tersenyum. Malu plak nak mengaku tak tahu.
“Satu hari nanti saya bawa Intan jalan area Gurun dan Sungai Petani, boleh?”
“mm…tengoklah dulu. Saya tak janji.” Balasku kembali. “Eh..awak, saya rasa saya balik dululah. Lagipun dah petang ni. Karang risau plak roommate saya bila dia balik, tengok saya tak ada.” Ucapku selepas tersedar yang aku sudah lama berborak dengan mamat ni.
“mmm…saya hantar Intan balik boleh? Lagipun, hari dah petang. Takut susah plak awak nak dapat bas.”
“Eh..tak pe lah. Saya boleh balik sendiri. Menyusahkan awak saja. Lagipun, awak nak balik jauh lagikan?” kataku kembali walaupun aku tak pasti sejauh mana Gurun dengan Jitra ni.
“Tak pe..rumah saya area sini je. Minggu ni saya cuti so tak balik Gurun minggu ni. Boleh ek saya hantar awak balik.” Desaknya lagi.
Aku pun tak tahu apa yang perlu ku katakana selain dari mengangguk lemah. Dalam hatiku, aku agak gembira kerana Haikal sudi menghantar ku. Entah kenapa, pertama kali aku terpandang Haikal hatiku dah terpaut padanya. Air mukanya yang begitu tenang mendamaikan hatiku. Terasa hilang masalah berkaitan tugasan yang selalu menyesakkan kepala ku. Satu lagi yang membuatkan hatiku terpaut adalah pada sikap gentlemannya yang kurasakan bukan hanya berpura-pura di depanku. Namun, pengalaman lalu mengajarku agar aku tidak terlalu pantas menilai seseorang lelaki. Kalau orang yang ku kenal hampir 3 tahun mampu menyakitkan hatiku, apatah lagi lelaki yang baru ku kenal 2jam ini. Dalam perjalanan pulang ke kolej, bermacam soalan yang di tanya oleh Haikal. Harapannya juga agar persahabatan kami tidak terputus di sini. Semua orang boleh berharap tapi berapa ramai pula yang perlu berhenti dari terus berharap?
Seperti minggu lepas, hari ini kelasku sama dengan Syira. Kuliahku bermula pada jam 9.30 pagi hari ini. Nampaknya, bolehla aku berehat. Dah lama aku tidak ke cybercafé, nampaknya hari ini aku perlu meringankan kakiku untuk melangkah ke lab. Lagipun, terdapat beberapa tugasan yang diberikan oleh Dr. Zahar memerlukan aku mencari sedikit bahan untuk waktu tutorial hari khamis ini. Sambil-sambil tu bolehla aku memeriksa kotak email ku yang telah hamper seminggu tidak ku jengah. Seperti biasa, terdapat beberapa email dari sahabatku yang rajin menghantar email untuk bertanya khabar walaupun terdapat kemudahan sms untuk digunakan. Entah mengapa, apabila terpandangkan satu email daripada seseorang yang tidak ku kenali ini, hatiku lantas teringatkan Haikal. Apa khabar dia sekarang? Sudah hamper sebulan selepas pertemuan pertama ku. Janjinya dulu akan menghubungiku. Mungkin salahku juga kerana aku terlupa meminta nombor telefonnya. Mungkin dia sibuk. Bisik ku untuk menyedapkan hati. Adakah aku telah jatuh cinta padanya? Oh, mungkin tidak. Sudah hampir 4 tahun hatiku tidak dimiliki. Tak mungkin aku akan terpikat padanya dengan sebegitu mudah.

‘hai Intan Aneesa. Apa khabar awak sekarang? Rasanya awak sihat. Mungkin juga awak lebih ceria apabila membaca email saya ni. Adakah awak terfikirkan saya? Ataupun awak masih mencari-cari siapakah gerangan penghantar email ini? Awak akan menemui jawapan kepada soalan tersebut seandainya awak benar-benar ingin mengenali saya. Tepuk dada Tanya selera. Awak tahu siapa sebenarnya saya. Okeylah, saya akan menghantar email kepada awak lagi nanti so keep in touch. Jaga diri awak baik-baik.

-a.h.-

Email ini lah yang menambah serabut di kepalaku. Siapakah penghantar email ni. Nampaknya, dia ingin berteka-teki denganku. Ah…malaslah ingin ku layan.
Sebaik sampai di kolej, aku terus menunaikan solat Zohor. Dah hampir pukul 3.30ptg. aku terleka seketika di lab tadi. Mungkin kerana berusaha untu memikirkan siapakah gerangan yang menghantar email kepadaku. Selesai menunaikan kewajipanku, aku terus merebahkan badanku untuk seketika. Lalu, terus dibuai mimpi.
“Hei anak dara, bangunlah. Ape nih dah lewat petang pun masih tidur lagi ke? Bangunlah…”
“Dah pukul berapa sekarang Syira? Bila ko balik? Aku tak perasaan pun.” Kataku.
“Hah…tulah. Dah ko tidur, nak sedar apenye aku balik kul brapa. Dah pukul 6petang pun. Ko dah Asar belum?”
“Hah..dah pukul 6petang ke? Alamak, aku tak solat lagi la.. aku tertidur lepas Zohor tadi. Hehehe…” kataku lantas bergegas ke bilik air untuk ambil wudu’.

Selepas menunaikan kewajipanku, aku kembali melihat bahan-bahan yang telah ku cetak untuk kelas Dr. Zahar esok. Syira entah kemana menghilangnya. Mungkin ke bilik Mieza, rakan sekelasnya untuk menyiapkan tugasan yang tertangguh. Selepas maghrib, Syira mengajakku makan di cafeteria kolejku. Malas pula aku nak jalan jauh. Lagipun, esok aku ada kelas jam 8 pagi. Aku ingin tidur awal malam ni supaya aku tidak terlewat untuk ke kelas esok.
“tit…tit…tit…tit…” alamak, sapelah yang menghantar mesej padaku awal-awal pagi ni? Ah..nantila. kalau aku melayan mesej tu, alamatnya mungkin aku akan terlepas bas nanti. Lagipun, lagi 10minit dah nak pukul 8 pagi.
Selepas kelas ku, baru aku teringat kehadiran sms pagi tadi. Aku pun mencari handphone kesayanganku.

‘hai Intan, awak apa khabar? Saya harap awak sihat. Kalau saya mengganggu kuliah awak maaflah. Just want to say good morning to you.-Haikal’

Eh…ape plak mimpi si Haikal tetiba sms aku selepas hampir sebulan tidak mendengar berita darinya. Aku pun sudah hampir terlupa dengan kehadirannya. Aku pun membalas kedatangan sms Haikal tersebut. Aku memohon maaf di atas kelewatan ku membalas smsnya.
Kini, sudah hampir setahun aku berbalas sms dan panggilan dengan Haikal, aku akui bahawa hatiku telah terpaut padanya. Dia juga mengakui bahawa dia berminat untuk mengenaliku dengan lebih mendalam. Harapannya tidak ku sia-siakan. Namun, aku sentiasa berwaspada agar hatiku tidak disakiti lagi. Aku senang sekali berkawan dengannya. Dia cukup memahami hati. Aku akui, kadang-kadang aku menjadi agar keanak-anakan. Sifat manjaku tidak dapat kukikis. Apatah lagi, aku merupakan anak perempuan tunggal dalam keluargaku. Dua orang abangku juga mencurahkan sepenuh kasih sayang dan perhatian mereka padaku. Kadang-kadang umi dan papa serta abang-abangku mungkin lupa bahawa aku bukan lagi anak kecil. Aku sudah semakin dewasa kini. Aku semakin dewasa dengan pengalaman yang lalu.
“Neesa, hujung minggu ni kitorang nak ke Pulau Pinang. Ko nak ikut tak? Kita pergi 2 hari semalam je” ajak Syira. Biasala, apabila pinjaman dah masuk, mereka pun sibuk merancang percutian yang indah-indah.
Dah lama aku tidak kemana-kemana. Best juga kalau joint member-member aku ni. “okeylah tapi korang nak pergi naik apa?” tanyaku.
“Ala…naik kereta la. Mieza dah cari kereta. Takkanlah nak naik bas kot. Tak best la nak jalan-jalan nanti.” Kata Syira lagi.
“Okeylah kalau macam tu tapi bagi aku siapkan assignment aku dulu ek. Nanti tak siap plak assignment aku kalau asyik nak jalan makan angin je”
“Okey…set…”
Seronok juga kalau sekali-sekala keluar berjalan dengan kawan-kawanku ni. Biasanya diorang ni lebih suka menghabiskan masa dengan pakwe masing-masing je.
“eh…Neesa. Kalau tak silap aku la, itukan kawan kau si Haikal. Tapi, siapa dengan dia tu. Mesra semacam je?” kata Syira sambil menarik tanganku dan menunding jari ke arah pasangan yang dimaksudkan.
Betapa remuknya hatiku apabila terpandang mereka. Memang nampak mesra. Tak mungkinlah Haikal main kayu tiga denganku. Apalah malang nasib ku. Kalau aku tahu ini akan terjadi, tak ingin aku turut serta dengan kawan-kawanku ke sini. Haikal dan gadis itu mengambil tempat betul-betul di hadapan kami di A&W d Bukit Jambul ni. Ah..kenapa dia harus makan di sini juga. Naik berbulu mataku melihat mereka. Siap berabang-abang lagi. Huh…dasar jantan buaya darat. Aku terus memandang ke arah Haikal dengan harapan dia menyedari kehadiranku. Tapi, kawan-kawan ku menyedari perubahanku lantas mengajak aku beredar segera dari sana. Sebaik aku melintas di hadapan meja mereka, mataku dan mata Haikal bertemu. Barulah dia menyedari kehadiranku di sana. Ah..manalah dia nak sedar kehadiranku. Gadis di sebelahnya lebih up to date dari ku yang hanya berseluar jeans dan t-shirt ni. Memang cantik gadis bersamanya.
“Intan..” panggil Haikal.
Sebaik mendengar namaku dipanggil, aku berhenti dan lantas berpaling memandang Haikal yang berdiri di belakangku. Dengan senyuman manis yang diberikan oleh Haikal…. “Panggggg……….” penamparku singgah di pipinya.
“Jangan cari Intan lagi” tambahku pendek sambil terus mengatur langkah sepanjang dan selaju yang ku mampu. Sebaik keluar dari pusat membeli belah tersebut, aku terus berlari laju menuju ke kereta kami sambil bercucuran air mata. Kawan-kawanku hanya mampu memandang. Ku tahu, Haikal cuba mengejarku namun…ah….pedulikan jantan tu.
Selepas insiden tersebut, aku bertambah benci pada lelaki. Mujurlah aku masih mempunyai sahabat yang berusaha untuk menceriakan hariku. Haikal ada menghubungiku tapi semua panggilan dan smsnya tidak ku tengok. Aku juga mengambil tindakan nekad dengan menukar kombor telefon bimbitku utnuk menghalang Haikal dari menghubungiku lagi. Aku berusaha untuk melupakan dirinya walaupun aku acapkali terkenangkannya saat aku sendirian. Lantas, aku berusaha menyibukkan diriku dengan pelbagai aktiviti yang dianjurkan di kolejku.
Kini, kertas peperiksaan teraskhir untukku sudah ku duduki. Aku sedang merancang perangcangan untuk aku mencari kerja selepas aku pulang ke rumah minggu depan. Mungkin aku akan turut membantu kedua abangku di pejabat papa sementara aku menunggu keputusan peperiksaanku dan panggilan kerja yang telah mula ku cari.
Selepas 3 bulan bekerja, umi memaklumkan padaku bahawa ada pihak yang datang merisikku. Umi dan papa bersetuju dengan lelaki tersebut namun seperti biasa mereka akan meminta pandanganku terlebih dahulu sebelum menerima atau menolak pinangan tersebut. Tiba-tiba aku terkenangkan Haikal. kalau aku masih bersamanya, mungkin pinangan tersebut dari keluarga Haikal. Tapi aku tahu, Haikal mungkin sedang berbahagia dengan gadis tersebut. Ah..tidak perlulah aku berangan dengan Haikal. Sudah tentu dia sudah melupakan aku. Lagipun, kata umi nama lelaki tersebut Ameir. Biarlah siapapun yang masuk meminang, aku telah menyerahkan urusan tersebut kepada kedua orang tuaku. Semestinya mereka tahu menilai siapa lelaki yang terbaik untukku. Aku tidak mengambil tahu langsung mengenai hal tersebut. Gambar yang diberikan oleh umi pun tidak ku pandang. Aku hanya membiarkan gambar tersebut menghuni laci almariku. Seketika, aku terfikirkan Haikal. Apakah yang sedang dilakukannya sekarang? Bahagiakah dia?
Tiba hari pernikahanku, hatiku merasa sayu tiba-tiba. Nasib baiklah gelagat teman-temanku iaitu Syira, Mieza dan Nadia yang ada bersamaku mampu menceriakanku. Walaupun masing-masing telah berumahtangga namun mereka masih sudi meluangkan masa menemaniku di hari bahagiaku ini. Sebaik mendengar paluan kompang, hatiku bertambah berdebar. Takut untuk ku fikirkan siapakah gerangan suamiku nanti.
Aku menundukkan mukaku memandang lantai bilik ku saat suamiku melangkah masuk menghampiriku untuk upacara membatalkan air sembahyang. Sebaik suami ku menyarungkan cincin di jari manisku, aku terdengar satu suara yang kurasakan agak familiar di pendengaranku.
“Abang, ciumlah dahi kak Intan tu dulu.Lama-lama sikit tahu. Lyn nak ambil gambar ni.”
Lantas ku angkat kepala ku dan tiba-tiba…. “Haikal?…Abang?” aku begitu terperanjat apabila melihat Haikal iaitu suamiku berdiri di hadapan dengan senyuman paling manis yang pernah ku lihat dalam hidupku. Dia akur dengan kata-kata perempuan yang membahasakan dirinya Lyn itu. Aku memandang Lyn dengan sejuta tanda tanya.
Haikal menunduk mendekati telingaku lantas membisik.. “Itu Lyn, adik abang la sayang..”
Saat itu kurasakan seperti ingin terbang ke awan dan mengatakan ‘terima kasih dan syukur ku kerana masih ada jodoh antara kami’. Menitik air mataku saat mengucup tangan Haikal yang kini menjadi suamiku yang sah.
Kini, barulah ku tahu, Lyn adalah adik Haikal iaitu Amiera Hazlina yang sedang menuntut di UTM Skudai. Manakala nama sebenar Haikal adalah Ameir Haikal. Nampaknya, banyak yang tidak kutahu mengenai Haikal dan aku juga tidak patut terburu-buru membuat keputusan tanpa mendengar penerangan darinya terlebih dahulu. Aku juga baru mengetahui bahawa Haikallah jejaka misteri yang selalu beremail denganku. Patutlah dia mengetahui di mana aku serta apa yang ku lakukan. Mungkin sudah jodohku dengannya. Lagipun, dia begitu sabar menungguku dan melayan perasaanku walaupun tanpa mendenar kata serta tanpa berhadapan denganku. Dia menjadi tempat untukku luahkan perasaan saat aku kesunyian. Dia menjadi teman siberku dalam diam.
Selepas pelbagai kisah suka duka ku lalui, aku kini bahagia dengan suamiku yang menyintaiku sepenuh hatinya serta kehadiran bakal penyeri rumahtangga ku bulan hadapan.

Hanya kepadaNya ku panjatkan doa agar dipanjangkan usia serta diberikan kebahagian yang berpanjangan dalam hidupku dan menjauhkan masalah yang dapat menghncurkan kebahagian yang ku kecapi kini. Amin….

0Komen:
1. Jangan Menggunakan Simbol '@' Ini Untuk Nama Anda..
2. Jangan Lupa Follow Brozai Di Twitter..Klik Di Sini !
3. Terima Kasih Dengan Komen Anda

Catat Ulasan

 

Copyright © 2009 by Brother Zai - Template by Blog Templste 4 U | Blogspot Tutorial | Sport Page Ranking Tool