Dialah Di Hati - Episode 06



Sesampai di bilik doktor…

“Silekan duduk..” pelawa Doktor Howardx dengan macho.

“Macam mane doktor dengan Ika…” Makcik Cinda bertanya.

“Baiklah… walaupon berat saya nak beritahu…tapi saya terpaksa bagitau jugak. Setelah pemeriksaan kami lakukan ke atas Cik Ika..sebenarnya…”

“Sebenar ape!!!” Alfa mencelah dengan nada meninggi..
“Lek..lek..cool beb…” Ajib menenangkan Alfa.

“Ika tuh sebenarnye mengalami penyakit jantung.” kata Doktor Howardx.

“Ya Allah… Ika ade penyakit jantung??? Saya tak penah tahu menahu pon pasal nih” Makcik Cinda bersuara sedih.

“Yaa.. selepas pemeriksaan tadi.. Ika dah melebihi tahap kritikal. Dan saya beranggapan sebelum ini Cik Ika pernah beberapa kali pengsan..betul kan??” Doktor Howardx cuba meneka.

“A’a.. betul doktor.. sebelum ni Ika selalu pengsan. Dia pengsan bile terserempak ngan orang yang berwajahkan mirip rakan lamenye” balas Alfa.

“Bile jumpa saya pon Ika pernah pengsan” tambah si Ajib.

“Tidak syak lagi… jantung Ika dah lemah… dia tak boleh terkejut..” jawab Doktor Howardx.

“Sebenarnya ini adalah kesilapan anda semua juga.. masa Ika pengsan nape laa korang tak bawak jumpe doktor..? Mungkin jika dari dulu Ika dah di periksa dia.. penyakit dia tak sekritikal ini” tambah Doktor Howardx lagi.

“Dulu dia pengsan sebab terkejut doktor… tak sangka lak dia ade penyakit..” jawab Alfa.

“Itu laa kamu.. sikit-sikit lama-lama jadi bukit.. kang ke dah teruk..” Doktor Howardx membalas.

“Habis tuh ape solution dia skarang doktor…???” tanye Ajib.

“Solutionnye skarang……………jantung Ika harus diganti dengan segera!”

Semua yang dalam bilik doktor terus diam… Tetiba jer

“Alo? Ada orang tak dalam room nie? Ker aku lag nie?” Doktor Howardx bertanya…

“Eh ada ko tak lagging nie kami yang tengah menyelam nie” jawab Alfa… macam chat dalam YM ler pulak dah..

“Doktor kita orang keluar dulu yer.. Nak berbincang pasal Ika” cakap Makcik Cinda.

“Sile ler blah dulu saya pun bukan suka sangat ngan sunyi sepi macam nie” kata Doktor Howardx dengan sopan santun nyer.

“Ajib ko pegi mana ngan Ika tadik?” soklan Alfa yang directx version 9, dush terpacak kat dahi Ajib.

“Aku… Aku… Keluar ngan dia kejap pegi tepi tasik…, sorry geng aku ingat dia kasi tau ko..” Ajib menjawab tergagap..Alfa hanya angguk kan pala…

“Nie mana nak carik stock jantung nie? Sapa nak kasi nie? Tak kan nak beli kat kedai?….” soklan bertalu-taku dari Makcik Cinda “korang ingat bleh beli kat kedai ker?… Bleh kasi saya jantung manusia 4 kati, masuk dalam polisterin yer? Bungkus elokyer” berleter Makcik Cinda panjang…sambil sempat meniru gaya apek dalam citer senario.

“Makcik… Elok saya jer la yang kasi jantung kat dia…” jawab Ajib.. terus dapat jelingan dari Alfa yang begitu tajam bak pedang istimewa penjejak awan… Ajib balas jelingan ngan satu senyuman yang macam malas nak senyum..

“Hello ayang… Balik datang sini boleh tak? Ika masuk spital ler… ajak laa Aju sekali boleh ker?.. Ika she need a heart transplan… oh Aju yer ker? Boleh ker? Tengkiu Ajuuuu ilebiu” Makcik Cinda terus letak phone dan lari ala-ala citer hindi.

“Ajib, Alfa kita dah ada orang nak kasi jantung… Tau sapa? Husband Aju yang baru meninggal..” rasa nya calon yang sesuai jom bincang ngan Doktor Howardx” terang Makcik Cinda.. Patut ler panjang lebar orang tua tuh sembang… masuk terus Makcik Cinda kasitau sama doktor “doktor kami ada penderma dari Sarawak…” blum sempat habis Makcik Cinda cakap.

“Saya tau… Husband Ajurina kan? Kawan saya tuh… Aju kasi green light ker?”terang doktor Howardx…

“Ye…dia yang setuju,” jawab Makcik Cinda tersenyum.

“Kalau cenggitu, jantung tu kena cepat-cepat di bawa ke sini… dalam mase 48 jam, kite kena transfer jantung tu, kalau tak, x boleh pakai”

“Biar saya kontek kawan saya kat hospital Sarawak untuk uruskan..” sambung Doktor Howardx lagi lalu mencapai gagang telefon. Setelah bercakap dengan kawannya, Doktor Howardx tersenyum.

“Kita akan dapat jantung tu dalam mase 8 jam lagi, sementara tu, kite buleh prepare untuk operation jantung Ika.” tegas Doktor Howardx sambil berlalu meninggalkan dorang sume.

Alfa dan Makcik Cinda duduk terpaku sambil sesekali berborak di penjuru bilik menunggu kot-kot ada apa-apa berita terbaru tentang Ika. Sementara Najib pula membawa diri pergi ke unit rekod pindahan hati di hospital tuh.

“Ermmm sementara dah ada kat spital nih.. Bek aku check kejap asal usul aku” Najib tetibe teringat sesuatu.

“Assalamualaikum misi.. Nak tanye nih” sesampainye Ajib di bilik rekod pindahan hati. Seorang misi genit menghampiri tertera namanya di dada ‘Blackpearl’. ‘Hehehe. Kiut plak nama misi nih. Memacam toi nama Zaman sekarang nih’ sempat Najib menjeling ke arah nama misi tersebut.

“Wa’laikum salam encik. Iya ada apa yang boleh saya bantu ya” misi tuh menjawab. Heheh loghat jawa barat la plak. Mesti misi import nih.. Patot la ayu… Detik ku dalam hati.

“Saya pernah buat pembedahan pemindahan hati disini beberapa tahun lalu. Saya cuma diberitahu penderma hati saya adalah seorang perempuan dan saya tidak pernah kisah. Tapi hari nih cam teringin lak tengok biodata penderma tuh. Nak gak membalas jasa kat keluarga penderma tuh” panjang lebar aku menjelaskan dalam masa yang sama mengauta dia sikit. Tapi memang betoi pun… Mak abah aku kata orang pompuan yang dermakan hatinye kat aku yang kebetulan hari aku eksiden dia pun sama xsiden walopun dah lebih 48 jam tapi hatinye masih berfungsi baik. Aku pun malas la nak amik tau sebab keluarga pompuan tuh pun khabarnya x nak diketahui identitinye. Tapi ntah la… Sejak 2 menjak jumpe Ika nih cam terasa lain lak…

“Ohh bisa diatur. Boleh encik bagi saya itu kad kenal diri dan encik tunggu sebentar duduk-duduk di sana dulu ya… Nanti bile udah ketemu saya pamit encik” kata misi Blackpearl yang comei molek tuh. Belum jauh aku melangkah…

“Encik.. Ini saya udah ketemu. Tapi tadi encik bilang pendermanya perempuan ya… Tak betol sih. Disini pendermanya seorang lelaki. Apa pun saya buat cetakan untuk encik ya tapi kene bayar ongkosnya 2.50 ringgit malaysia” misi tuh memanggil semula sambil menerangkan padaku. Heheh tentula ringgit malaysia dul takkan la rupiah kat Malaysia nih aku tergelak kelucuan dalam hati. Lelaki?…. Ermmm biar betoi nih.. Selang beberapa minit satu sampul telah bertukar tangan. Usai ucapkan tata kat misi ayu tuh aku mengeluarkan lipatan kertas dari sampul tuh. Wehh apsal tetibe menggigil nih.

Zzzarrrr…. Cam satu panahan petir ku rasa tatkala melihat sebaris nama di ruang nama penderma. Ya Allahhhh… Betul ke mataku ini… Jenis darah kami pun sama?… Apakah rahsianye nihhhhh?… Aku cube mengelip2kan mataku yang berbulu panjang nih banyak kali. Tapi memang nama itulah yang tertera di atas kertas berbau ubat tuh…. Tidakkkkkk…

Sementara itu…

“Encik Alfa… Saya ada berita baik yang perlu di khabarkan mengenai Ika. Silakan masuk ke bilik saya sebentar” tetibe kelibat Doktor Howardx keluar dari balik pintu bilik rawatan kecemasan hospital tuh.

“Begini.. Menurut pakar kami dari arabiayah Doktor Suave, setelah pemeriksaan lagi terperinci di lakukan rasanya setakat ini belum memerlukan lagi penukaran jantung dilakukan untuk Ika. Pihak kami meminta maaf kerana kesalahan penerimaan sistem data x ray badan yang dilakukan ke atas Ika tadi. Ada kesilapan teknikal di bilik pemprosesan data tadi. Namun pihak kami masih ingin menegaskan bahawa jantung Ika kini berada di dalam keadaan lemah. Jika keadaan ini berlarutan boleh membawa kepada keadaan penyakit lemah jantung yang sebenarnya. Jika boleh tolong jaga emosi Ika buat sementara waktu ini sehingga jantungnya benar-benar kuat dalam jangka masa sebulan ini. Kerana gangguan emosi terlampau boleh menyebabkan kadaan ini berulang” ulas Doktor Howardx panjang.

“Alhamdulillahhhh” hanya itu yang mampu diucapkan oleh Alfa dan Makcik Cinda.

“Oh ya… Pihak Hospital Sarawak juga telah membatalkan penghantaran jantung tuh. Elok gak kerana tetiba ada sorang pesakit jantung yang kritikal dan memerlukan jantung derma segera. Saya rase itu saje lah” akhiri doktor tuh.

“Mekasih bebanyak doktor. Biar kami beredar dulu menjenguk Ika” ujar Makcik Cinda.

“Eh jangan… Saya x benarkan sesapa melawatnya dalam tempoh 12 jam ini. Maaf. Dia perlukan rehat yang sempurna bagi tempoh ini” Doktor Howardx bertegas. Alfa dan Makcik Cinda hanya mampu berbalas pandang kemudian mengangguk dan keluar dari bilik doktor.

“Ko kemana Ajib?.. Ada berita baik nih. Ika tak jadik di bedah. Dia okay dah tapi kite x boleh tengok dia dalam masa 12 jam nih. Nape muke ko berpeluh2 nih Ajib?” Tegur Alfa selepas keluar dari bilik doktor tuh terpandang Ajib yang sedang duduk termenung.

“Errr… Betoi ke?… Alhmdulillah. Errr.. Aku x apa-apa. Errr.. Errr.. Makcik Cinda, Ajib nak tanye nih. Makcik kata muke saya sama macam Ariff anak Makcik kan. Boleh saya tau errrr…errr…sape nama penuh Ariff ek Makcik?” Tetibe Najib menukar topik dan memandang ke arah Makcik Cinda plak.

“Awatnya nak tau. Dulu dia pun meninggal kat sini selepas 2 hari eksiden. Waktuh tuh Doktor kata walopun dia eksiden tapi dia belum mati lagik. Tapi sampai jek kat sini x sempat nak selamatkan plak” terang Makcik Cinda sayu teringatkan anak bujangnya yang gojes sorang tuh. “Nape ko tetibe tanye nama dia?…” Makcik Cinda menyambung.

“Errr.errr.. Takda apa. Saje nak bekenalan” jawab Najib pendek. Mati akal dia di tanye soklan cenggitu.

“Hehehe ada gak orang pelik cam ko. Anak aku dah takde pun masih nak kenalan. Ko kene matilah dulu baru leh kenalan” Makcik Cinda wat lawak separuh bodo.

“Maaflah yekk Makcik wat lawak jek tadi. Ajib jangan amik ati yerk… Nama dia Ariffudin bin Malique Arshad” Terang Makcik Cinda lagi. Alfa lak hanya jadi pendengar dan pemerhati.

“Malique Arshad tuh nama Pakcik Resat ke Makcik?” tanye Alfa tetibe.

“Haah… Iyelah. Ko ngatkan nama sape?” Makcik Cinda menjawab.

“Ooo…. Sedap nama dia… Heheheh” Alfa menjawab sambil tergelak kecil.

“Ha yang ko nih Ajib apsal tetibe cam mengkarong tertelan ibu roti nih dengo nama Ariff?… Apsal?” Makcik Cinda kehairanan melihat Najib yag terlopong besar mulutnya cam terowong selama 10 saat.

“Errr.. Xde apa. Heheh.. Tanye jek. Errr.. Saya mintak diri dulu la Makcik. Nak balik opis jap. Saya nih kuli mana boleh berlama2. Alfa takpe lah. Dia lain. Okey Alfa. Since Ika okay dah ko pun ada baik aku balik dulu. Petang-petang kang aku datang lagipun kene bagitau En Raja lak perkembangan Ika” tetibe Najib meminta diri sambil memandang Alfa dan Makcik Cinda.

“Haa.. Okayla. Kang Makcik Cinda aku hantar” jawab Alfa.

Najib pun berlalu balik dengan satu persoalan yang dia kire telah terjawab tentang debaran hatinya…

Ariffudin bin Malique Arshad……
Ariffudin bin Malique Arshad……
Ariffudin bin Malique Arshad……

Nama itu berulang-ulang di benakku sewaktu menaiki bas untuk pulang ke pejabat. Memang sah… itulah nama yang tertera di muka depan pengesahan maklumat penderma hati yang kuterima dari misi jawa itu tadi.

Tapi adakah Makcik Cinda tahu yang Mohd Najib bin Malikul Kudus yang dianggap macam anaknya sendiri (seperti yang pernah dikatakan oleh Makcik Cinda) ini sedang menggunakan hati anaknya yang telah pergi itu? Apa pula respon ika kalau dia tahu hal ini? Ahhh…buntu sungguh….tambah membuntukan bila hidungku asyik terhidu bau ketiak orang di sebelah ni. Yelah….bas penuh, terpaksa berdiri. Yang bai ni pulak tak cover langsung….sedap hati dia je membebaskan aroma ketiak sambil berpegang kukuh pada pemegang di bumbung bas.

Tiba-tiba aku terasa sayu sesayunya… rupa-rupanya kehidupan ini penuh misteri. Tiga tahun lalu, sewaktu aku hampir mati tertimpa tong gas yang cuba kuangkat dari lori pembawa gas sewaktu aku bekerja sementara sebagai pembantu kedai runcit di kampung, dadaku remuk dan hatiku gagal berfungsi….tong gas yang berat itu tertimpa betul2 tepat di atas dadaku.

Pada masa yang sama seorang pemuda kemalangan motosikal, cedera parah dan gagal di selamatkan… Aku yang koma ketika itu cuba diselamatkan oleh para doktor dengan memindahkan hatiku yang hancur bak kaca terhempas ke batu dengan hati milik pemuda yang baru meninggal itu.

Dan pemuda itu ialah Ariffudin bin Malique Arshad…anak Makcik Cinda dan Pakcik Resat. Sungguh tak kusangka. Terjawablah misteri yang kucari selama ini. Aku terasa kakiku semakin menggeletar. Sewaktu bas berhenti di depan bangunan ofisku, aku tidak berdaya untuk turun sehingga membuatkan pemandu bas itu bengkek.

“Woi…..sape tekan loceng tadik? Tanak turun ke ?!!!!”

Semua penumpang menolah ke arahku. Aku menyorokkan muka di sebalik ketiak bai yang masih beraroma panas itu. kemudian bas bergerak semula. Takpelah, aku terus balik rumah je lah… Tido kejap kot-kot hilang gemuruh aku ni. ‘Ermmm..lagi pun dah habis opis hour..wat pe aku nak masuk balik opis…arr..balik rumah lagi bagus..’ Ajib berkata sendirian.

Ermmm.. Ariffuddin Malique Arshad.. gerek tul name ayah dia nih.. patut la hati ku rase cam berdebar je bila berhadapan dengan Ika..rupa nye hati nih milik Ariff yang pernah disayangi oleh Ika..bertuah nye badan aku dapat hati yang pernah dicintai oleh Ika.. tapi sayang Ika sekarang milik Alfa.. tapi aku musykil mase kemalangan yang diberitau oleh Makcik Cinda same ngan mase aku dihempap tong gas..dan mase tuh dengan tetiba aku rase seluruh badan ku terasa sakit..dan mase tuh jugak la aku tak larat nak angkat tong gas dan terus menimpa aku.. aper kaitan nye ngan aku.. takkan aku adik beradik kembar ngan Ariff.. secara kebetulan aku nih anak angkat.. name Malikul Kudus name ayah angkat aku.. saje dia letak name dia pasal dia sendiri tak tau name sebenar ayah kandungku… arghhh aku mula bingung.. tak pe.. nanti hari minggu aku balik kampung.. dan tanye cerita yang sebenar nya.. sape keluarga kandung ku.

12 jam berlalu… di unit pesakit jantung Hospital Queen Nanasudona, Kuantan (hospital elit untuk orang2 kaya).

Ika masih belum sedarkan diri tetapi keadaannya stabil. Makcik Cinda dan Alfa Romeo dibenarkan masuk ke bilik Ika dengan syarat tidak membuat bising, kalau melanggar syarat dan membuatkan pesakit terganggu mereka akan dikenakan denda memotong rumput dan pokok-pokok hiasan sekitar kawasan hospital selama dua minggu.

“Nasib baiklah Ika takde apa-apa ye Alfa, risau tol Makcik tadi. Yelah Ika ni Makcik anggap dah macam anak Makcik sendiri….”kata Makcik Cinda dengan suara yang perlahan hanya didengari oleh Alfa. Alfa sambil merenung muka Ika yang bagaikan sedang tidur itu mengangguk-angguk.

“Ajib, Ika sumer Makcik anggap macam anak Makcik sendiri…saya ni Makcik anggap macam anak sape lak?” balas Alfa.

“Tentulah Makcik anggap kau macam anak abah kau… hehehehe… opss…” Makcik Cinda berenti bila Alfa menjeling sambil memberi isyarat diam. Kot tak naya je kene potong rumput secara paksa kat hospital ni.

Enam belas minit kemudian mereka keluar dari bilik Ika.

“Alfa…” panggil Makcik Cinda ketika mereka berjalan menuju ke kafe. Kejap lagi Ajib akan membawa mak dan ayah Ika melawat Ika. Mereka janji tunggu di kafe.

“Nape Makcik?”

“Hem….Makcik ni ada kemusykilanlah….” kata Makcik Cinda sambil meraba-raba dagunya bagai orang sedang memikirkan sesuatu.

“kau ngan Ika ni ada apa2 hubungan istimewa ke?Makcik tengok kemain lagi kau jaga Ika?Semalam waktu Ajib beritahu Ika pengsan….Makcik nampak kau macam marah jek kat Ajib sebab bawak Ika keluar…”

Alfa tersengih lagak orang bujang nak dapat bini.

“Hehehe….sorrylah Makcik….saya pun terlupa nak bagitau. Banyak sangat benda yang berlaku tiba-tiba jadi saya pun lupa nak bagitau Makcik yang saya ni…….dah bertunang ngan Ika…”

“Hoh? Bertunang?!” Saat itu Alfa tak sanggup nak tengok muka Makcik Cinda yang terkejut. Buruk…..macam….eh tak baik la cakap macam apa nanti kecik lak ati orang tua nie.

“Ye Makcik, saya dah bertunang ngan Ika, baru je…..minta maaf la….mungkin Ika tak sempat nak beritau Makcik sebab lepas aje kitorang bertunang dia kene handle satu projek besar ngan Ajib.”

Makcik Cinda kelihatan mengelap sesuatu di hidungnya sambil sob…sob….

“Eh Makcik….alamak…..Makcik kecik ati ke? Sorry la Makcik…….kitorang tak….tak bermaksud nak lupakan Makcik…..alehai Makcik…jangan la nangis…..” Alfa tak tentu arah. Gelabah sungguh dia sebab Makcik Cinda dah kecik ati.

“Huahhhh….hahhhh…hahhhhh” tetiba Makcik Cinda gelak kuat-kuat. Alfa toleh kiri kanan kot-kot ada guard kat situ….kang kene tangkap sebab buat bising. Naseb baik takde.

“Apesal ni Makcik, kejap nangis kejap gelak ni….ke Makcik pon sakit….kalau sakit moh kita gi daftar kat unit psikiatrik, dekat jer ni.”

“Whoi!!!!Ada ke nak daftarkan Makcik kat unit psikiatrik…Makcik tak sakit la. Tadi tu bukan Makcik nangis, tapi Makcik lap hingus….tetiba je kene selesema ha….” kata Makcik Cinda dengan yakinnya. Hoh! Alfa lega. Nasib baik.

“Eh.. Alfa.. Makcik nak tanye la.. psikiatrik tuh binatang ape..?” tanye Makcik Cinda..

“Laaa..itu pun tak tau ker..psikiatrik tuuhh..psikiatrik tuh..err..tah saye pun tak tau… kehahaakaa..?” balas semula Alfa.

“Minta maaf ye Pakcik.. kat sini hospital.. boleh tak jangan bising sangat..” ader sorang budak lebih kurang 4 tahun menasihat kan Alfa yang sedang gelak sakan tadi..

“Iskk..anak sape nih..pandai nye..” Makcik Cinda bersuara..

“Alfa.. kak Ika maner..” ader suara seorang pompuan yang cemas dari blakang Alfa. Serentak Makcik Cinda dan Alfa menoleh,kelihatan Nafisa yang tercungap-cungap di hadapan mereka.

“Kak Ika macam mana,okey ker? Dia dah mati ker? Oppss… sorry, dia berjaya diselamatkan ker? Dia kat mana sekarang?” Fisa menyoal bertalu-talu. Alfa dan Makcik Cinda hanya memandang terkebil-kebil budak tu. Isshh… minah nie, sama gelojoh ngan si Ika tu, nie mesti kawan sekampung, takpun adik beradik saudara sepupu sepapat nie.. Sempat lagi Cinda mengutuk dalam hati. Di tenungnya wajah Nafisa yang sedang ditenangkan oleh Alfa.

“Sabar,Ika okey. Dia berjaya di selamatkan. Sekarang dia sedang berehat.” Alfa menarik tangan Nafisa untuk duduk bersama-samanya. Makcik Cinda memberi isyarat hendak ke toilet dan Alfa menggangguk. Nervous sangat ler tu sampaikan terlupa nak buang najis kecil tadi..hehe…Alfa berkata nakal dalam atinya. Nafisa hanya mendiamkan dirinya sambil memandang pemergian Makcik Cinda.

“Macam na leh tau niee??” Alfa menyoal Nafisa setelah agak lama masing-masing mendiamkan diri.

“Najib call Fisa tadi. Bagitau. Apa lagi gempak satu opis tu ler… dari tingkat satu sampai tingkat atas semua nyer bercakap pasal nie.. Fisa pun apa lagi.. terus datang sini la. Punye la risau kat die nih, sampai patah tumit kasut Fisa mase turun tangge. Kasut laks Jimmy Choonye. Bukan murah. Naseb baik tak tersembam, cume terpeleot jek. Kalau tersembam, gamaknye kemek le idong Fisa yang mancung nih. Pak Gad lak tengok semacam jerk… kene la Fisa wat-wat jatuhkan pen kat tangan Fisa… kununnye leh kaver ngan amik balik pen tuh. Padahal Fisa mase tuh rase cam nak suruk jek muke Fisa lam beg”
“Pandai toi ko blakon ye Fisa” sampuk Alfa.

“Beselah akuu…aktress gojes semalaya…” balas Fisa.”Dah tu sampai kat luar opis kene lak patahkan sebelah lagi tumit. Takkan nak jalan cam ruse patah kaki. Mase patahkan tuh rase cam blakon iklan mentos jek. Seb baik takdek mentos mase tuh..kalau x leh pose skali….kikikikiki”…Aderkh.. gelak lak minah nih.. tadi emo sangat.. bisik Alfa lam atie.S ah otak tak center arie nih nie… Alfa senyum ala-ala gaban sorang diri.

“Eh nape ko senyum Alfa… ade cabai ke kat gigi aku… tanye Fisa sambil menayangkan giginye yang putih”

“Ade lak… takde ahh… saje jek.. nak menghiburkan atie aku yang lare nih… aku takut kehilangan Fisa…” kata Alfa sambil lam ati memuji keputihan gigi Fisa.. ‘Mesti die nih gune kelget nih..putih semacam jekk’ bisik Alfa lam ati.

“Insyaallah Alfa..takde apa-apanye… ko jangan le riso.. kang kene sakit darah tinggi susah lak” balas Fisa.

Tetibe…Makcik Cinda menyapa mereka.”Cak!”

bersambung…………………………………….

0Komen:
1. Jangan Menggunakan Simbol '@' Ini Untuk Nama Anda..
2. Jangan Lupa Follow Brozai Di Twitter..Klik Di Sini !
3. Terima Kasih Dengan Komen Anda

Catat Ulasan

 

Copyright © 2009 by Brother Zai - Template by Blog Templste 4 U | Blogspot Tutorial | Sport Page Ranking Tool