Hotel Berhantu Paling Popular di Dunia




Ingin tahu kawasan perlancongan berhantu yang paling popular di dunia ?

Long Beach, California
Queen Mary Hotel

Sebuah kapal persiaran dilaporkan tenggelam didasar laut dan sejak itu aktiviti paranormal dikatakan berlaku disini.Ahli supernatural mendakwa pernah melihat kelibat hantu seorang wanita cantik , hantu budak lelaki lemas dan hantu anak kapal.

Estes Park, Colorado
The Stanley Hotel

Hotel ini menjadi sumber inspirasi kepada Stephen King’s semasa mengarang sebuah novel seram - The Shinning.Beliau bermalam di bilik yang bernombor 217 di tingkat empat hotel tersebut.Bilik ini dikatakan berhantu tetapi tiada bukti mengesahkan kewujudan hantu tersebut.Pelik kerana hotel ini berada didalam senarai ini.Ah! Mungkin kerana Stephen King’s.

Orlando
Universal Orlando® Halloween Horror Nights®

Ah!! dimana lagi anda boleh mencari festival tahunan yang meraikan hantu jika tidak di Orlando.Disana , terdapat banyak rumah berhantu dan pelbagai aktiviti yang boleh melemahkan jantung anda.

Coronado, California
Hotel del Coronado

Kate Morgan yang berasal dari Iowa didapati mati dibunuh secara misteri di Hotel del Coronado pada 1892.Sejak itu , kelibat wanita bangsawan kerap kali ditemui oleh tetamu hotel tersebut.Juga kejadian pelik seperti barangan dilontar , bunyi cakaran dan banyak lagi.

Portland, Oregon
The Heathman Hotel

The Heathman Hotel gempar apabila kejadian aneh yang didakwa dilakukan oleh hantu yang tidak dikenali di bilik yang berakhir pada nombor - 03.Satu teori mengatakan ada seseorang yang mati dan kini menghantui setiap bilik tersebut.Kerusi dan cawan dialihkan semasa penghuni bilik tersebut keluar dari bilik mereka.
0Komen:
1. Jangan Menggunakan Simbol '@' Ini Untuk Nama Anda..
2. Jangan Lupa Follow Brozai Di Twitter..Klik Di Sini !
3. Terima Kasih Dengan Komen Anda

Catat Ulasan

 

Copyright © 2009 by Brother Zai - Template by Blog Templste 4 U | Blogspot Tutorial | Sport Page Ranking Tool