Kemik



Chot baru habis main bolasepak dan berjalan menuju ke kereta. Tiba di
keretanya, Chot dapati ada kesan kemik di sebelah pintu pemandu keretanya
seperti terkena bolasepak.

Keesokkan harinya, Chot membawa kereta itu ke woksyop. Mekanik di woksyop
tu yang sememangnya tahu akan ke'bendul'an Chot, cuba nak mempermainkan
Chot. Dia memberitahu, sekiranya Chot meniup melalui lubang ekzos keretanya
itu... pintu yang kemik itu akan kembung kembali dan keretanya akan
kelihatan seperti sediakala.

Maka, Chot pun pulang ke rumah dan mula meniup melalui lubang ekzos
keretanya itu. Tiada apa-apa yang berlaku. Chot meniup dengan lebih kuat
lagi namun tetap juga tiada apa-apa yang berlaku.

Teman serumahnya, Chet... keluar dan bertanya, "Apa hang buat tu?"
Chot menjelaskan kepada Chet bagaimana mekanik di woksyop tadi telah
mengarahkannya untuk meniup melalui ekzos kereta supaya kemikan di pintu
keretanya akan kembung semula.

Chet menggeleng-gelengkan kepala, ketawa berdekah-dekah sambil berkata,
"HELLLLO!! Awat la hang ni mangkuk sangat? Hang kena tutup semua cermin
tingkap kereta ni dulu!"
0Komen:
1. Jangan Menggunakan Simbol '@' Ini Untuk Nama Anda..
2. Jangan Lupa Follow Brozai Di Twitter..Klik Di Sini !
3. Terima Kasih Dengan Komen Anda

Catat Ulasan

 

Copyright © 2009 by Brother Zai - Template by Blog Templste 4 U | Blogspot Tutorial | Sport Page Ranking Tool