Kisah Dari Seberang



Ini kisah dari teman gue lho dari seberang... begini..

>

> Zaman ni zaman susah. Harga minyak naik terus, akibatnya terjadi

> pemberhentian di berbagai syarikat. Salah satunya yg terkena

> pemberhentian ialah Suparjo dari Semarang, Indon. Bulan ni dia tak

> dapat kirim wang utk isterinya di kampung halaman. Hanya dapat kirim

> surat yg isinya demikian:

>

> Isteriku tercinta,

>

> Maafkan kanda sayang, bulan ni kanda tak dapat kirim wang utk

> keperluan keluarga di rumah. Kanda hanya dapat mengirimkan buatmu 1000

> ciuman.

>

> paling cinta,

> Kanda Suparjo

>

>

>

>

>

>

>

>

>

> Seminggu kemudian Suparjo mendapat surat balasan dari isteri

> tercintanya

>

> Kanda Suparjo tersayang,

>

> Terima kasih atas kiriman 1000 ciumanmu. Utk bulan ini Dinda akan

> menyampaikan laporan perbelanjaan keluarga:

>

> Tukang minyak bersedia menerima 2 ciuman setiap kali membeli 5 liter

> minyak tanah.

>

> Tukang letrik mahu dibayar dengan 4 ciuman setiap 10hb setiap bulan.

>

> Tuan rumah mahu sewanya dibayar ansuran 3 kali ciuman setiap hari.

>

> Tokeh kedai runcit tak mahu dibayar pakai ciuman. Dia mintak yg lain

> jadi Dinda terpaksa berikan saja.

>

> Hal yg sama juga kepada Guru Besar dan guru kelas sekolah di Nanang yg

> dah 3 bulan tertunggak.

>

> Besok Dinda nak ke pajak gadai utk tukar 200 ciuman dgn wang tunai

> sebab Tokeh pajak gadai dah sedia tukarkan 200 ciuman dan gadaian yg

> lain dgn wang Rp650 ribu. Lumayan buat belanja sebulan.

>

> Keperluan peribadi Dinda bulan ni mencapai 50 ciuman. Kanda

> tersayang..

> bulan ni Dinda merasa menjadi org paling kaya di kampung kita kerana

> Dinda berikan hutang ciuman kepada ramai pemuda di kampung dan siap

> ditukar dengan apa pun keperluan Dinda.

>

> Yang dari kanda masih berbaki 125 ciuman, kanda ada fikiran bagaimana

> mahu dihabiskan? Atau Dinda simpan dululah dalam tabung yer??

>

> Paling sayang,

> dari Dinda Suti Nirwingsih

>

> ....gedebuk. .. Suparjo pengsan!!!!
0Komen:
1. Jangan Menggunakan Simbol '@' Ini Untuk Nama Anda..
2. Jangan Lupa Follow Brozai Di Twitter..Klik Di Sini !
3. Terima Kasih Dengan Komen Anda

Catat Ulasan

 

Copyright © 2009 by Brother Zai - Template by Blog Templste 4 U | Blogspot Tutorial | Sport Page Ranking Tool