Kisah di Waktu Hujan



Pada suatu malam, saya tersesat, tak jumpa jalan keluar nak pergi pekan, malam
gelap gelita, hujan begitu lebat, lampu jalan pun tak ada, jalan kampung tapi
bertar, kampung tu berbelit-belit, dah beberapa kali saya pusing sana, pusing
sini, tapi masih tak jumpa, jam dah pukul 3 pagi, dah sejam saya cuba mencari
jalan keluar masih tak jumpa. Hujan semakin lebat, makin bertambah sukar untuk
saya memandu.

Tiba-tiba saya nampak ada sebuah kereta didepan, lampu belakangnya samar-samar
kerana hujan sangat lebat, tapi masih lagi nampak. Jadi saya mabil keputusan ikut
saja kereta tu, ada kemungkinan ia menuju ke pekan, kalau sampai pekan saya dah
tahu jalan. Saya pun ikut rapat-rapat takut kehilangan jejak. Mana kereta tu pergi saya
hanya follow di belakang. Saya mengekorinya lebih kurang 15 minit, tiba-tiba

kereta tu brake emergency, berhenti secara tiba-tiba. Dubbb, saya tersondol kereta dia
sikit, saya mula berasa marah. Apa ketidaknya, dahlah jalan gelap gelita, hujan lebat
giler, ada pulak berhenti macam tu..kelam kabut saya tekan brake, jalan pun licin,
memang lah terlanggar buntut kereta dia.

Saya pun capai payung kat seat belakang, keluar, lepas tu pergi kekereta depan tu, saya
ketuk cermin tingkap kereta, suruh dia turunkan, saya marah dia, buntang-buntang mata
saya, tanya kenapa berhenti emergency, tak ke dia nampak ada kereta kat belakang,
timbang rasa la sikit, dah lah jalan kampung, hujan pulak tu.

Yang herannya kawan tu tak menjawab langsung, duduk diam ditempat duduknya,
nampak macam terpinga-pinga, heran campur pelik, apa taknya, dia kena marah
dalam garaj kereta dia, sebelah tu rumah dia…..alamak, dia dah sampai rumah dia ke

…saya pun slow masuk kereta balik, reverse kereta dan cabut, agak dah jauh kearah
yang saya sendiri tak tahu, tido tepi jalan tunggu siang.
0Komen:
1. Jangan Menggunakan Simbol '@' Ini Untuk Nama Anda..
2. Jangan Lupa Follow Brozai Di Twitter..Klik Di Sini !
3. Terima Kasih Dengan Komen Anda

Catat Ulasan

 

Copyright © 2009 by Brother Zai - Template by Blog Templste 4 U | Blogspot Tutorial | Sport Page Ranking Tool