Sebening Salju




‘Entah bila bermula… cinta yang tak ku sangka…. mungkin terlalu lama… sangsi asmara… terpedaya…. berlalulah masa tak sanggup ku menanti… gelora di jiwa………’

“Hoi, minah! Kalau berangan kalah Mat Jenin tau.”

“Wei, kau ni Reen, kalau nak masuk pun kasi ler salam dulu paling tidak pun ketuk pintu tu. Ini tidak main redah jer.”

“Sorrylah Lyea, bukannya aku tak nak bagi salam tapi tak sempat sebab tengok kau tu begitu asyik melayan blues. Apalah kau ni tak habis-habis jiwang.”

“Excuse me Cik Fazreen, aku bukannya jiwang tapi aku tengah menghayati lagu ni. Best tau! Kalau kita tak support industri muzik tempatan, siapa lagi…”

“Oklah kau menang. Malas nak lawan kau sebab gerenti aku kalah punya. Dari sekolah sampai sekarang mulut laser kau tu tak reti nak insaf. Sudahlah baik aku pergi mandi.”

Itulah Reen, member aku sejak di sekolah menengah lagi. Dia adalah salah seorang member yang banyak memberi dorongan dan nasihat sehingga aku berjaya menempatkan diri di salah sebuah IPTA di utara. Tak sangka pula kami mendapat tawaran di tempat yang sama dan yang paling best kami jadi room mate. Sepanjang perkenalan kami, memang banyak kisah suka dan duka dikongsi. Reen masih lagi bercouple dengan Ikhmal. Fuhh…! Lama jugak mereka kawan. Hampir 5 tahun. Aku masih seperti aku…. di samping Shafiq. Kalau Reen 5 tahun, aku pulak 4 tahun. Dan aku bersyukur kerana walupun rintangan demi rintangan mendatang, kami berjaya tempuhi.

“Reen, assignment yang ‘robotcop’ suruh hantar tu kau dah siapkan ke? Kalau dah siap, pepaham je le ye. Macam biasalah. Orang tua tu memang tak senang duduk kalau tengok aku relax. Ada saja dia nak suruh buat.”

“Ishh… kau ni Lyea, tak baik cakap macam tu. Apapun dia tetap professor kesayangan kau. Kau kan pandai bodek. Kalau bab mengayat memang serah dekat kau.”

“Jangan nak cari pasal ok. Kang aku ayat Ikhmal sampai tangkap lentok ngan aku baru tau siapa Miss Nurul Shazlyea yang sebenarnya. Kalau nak kasi pinjam, kasi jer laa. Tak payah ler kau nak ambil tempat Cik Jamilah kita. Membebel 24 jam. Kekadang tu aku rasa macam ringan jer tangan aku ni. Tapi disebabkan kau adalah sumber utama, so tak jadi ler aku nak tunaikan hajat aku.”

Kalau aku dengan Reen ada, bilik tu macam sepuluh orang. Nasib baik empat orang jer. Selain aku dan Reen, dua orang lagi. Adila dan Hani. Tapi diaorang ni dah masak dengan kami. Si Adila ni pantang tengok bilik bersepah. Kalau dia mengemas, habis semua barang dia nak buang. Dah lah tu, kalau nak kemas, kemas jer laa ni siap mulut tu pun buat overtime sama. Itulah yang panas tu. Yang si Hani ni pulak alim skit macam ustazah celup. Kalau lewat sembahyang ke, pakai singkat sikit ke pendek ke, mulalah khutbah dia. Tapi aku bersyukur sebab dapat member yang boleh masuk ngan kepala aku.

Itulah kerja aku, dari dulu sampai sekarang memang tak reti nak buat sendiri. Bukan aku tak nak buat, cuma aku malas nak ‘mengadap’ buku yang tebalnya faham-faham jer laa. Especially assignment marketing. Fuh! Berpeluh aku dibuatnya. Dah ler tu, time pulak terhad, macam ler kita ni robot yang sesenang jer nak program. Bagi minggu ni, nak minggu depan. Ikut sedap mulut jer nak letak date. Yang rajin tu tak kisahlah, tapi bagi golongan yang tak malas dan tak berapa rajin ni, mula nak kelam kabut. Kekadang tu sampai tak tidur sebab nak siapkan work tu. Bukannya ada assignment tu jer, banyak lagi yang kena siapkan dan kalau tak dapat nak siapkan, mulalah nak ponteng memonteng. Tapi kalau nak hidup tu, pepandailah cari jalan. Asalkan tak failed atau kena tendang di semester depan sudahlah. Yang paling frust kalau time cuti tak dapat balik kampung sebab kena siapkan kerja itulah, kerja inilah. Dan mulalah kalau silap sikit nak melenting. Maklumlah tengah rindu dekat mama, abah, dan adik aku yang tengah sibuk fight dengan SPM.

“Amboi, melawa sakan. Ada special date ker minah oii?”

“Mestilah. Nak keluar dengan Shafiq.”

“Apa yang special sangat tu. Kalau selalu keluar dressing biasa jer. Ini macam nak pinang anak teruna orang pulak.”

“Wei, pandailah kau. Nak pinang anak teruna orang konon. Takdelah, hari ni birthday dia laa. Kena ler dressing nice skit.”

“Lyea, tu abang Shafiq kau dah tunggu kat bawah. Bersiap kalah pengantin.”

“Oklah, aku chow dulu, kalau layan korang ni, sampai tiga kali maghrib pun tak habis. Biasalah jealous ler tu.”

“Kalau nak pergi tu, pergi jer laa. Kang berjanggut pulak Abang Shafiq kau tu.”

Macam tu ler member-member aku, kalau bising, gempak satu bilik. Hari ni aku keluar dengan Shafiq, nak celebrate birthday dia. Tak tau laa nak ke mana. Katanya nak surprise. Takper laa janji lunch aku ada orang support. Terkejut juga aku, Shafiq tempah meja di Sheraton Hotel. Fuhh… kelas gitu… Macam ni baru happening date aku. Makan pun terpaksa ler cover. Maklumlah bersantap di hotel. Mulanya kami nak keluar dinner, tapi Shafiq terpaksa out station petang ni juga. So, terpaksalah lunch saja. Asalkan dapat keluar dan taklah boring duduk di rumah mengadap muka diaorang tu. Aku rasa bahagia di samping Shafiq sebab dia ni seorang yang happy go lucky. Tambahan pula, dengan kelakarnya yang tak kering gusi. Sikapnya yang sentiasa mengambil berat dan yang paling best, dia tak suka nak marah pendek kata penyabar laa.

“Hai, Lyea awal kau balik. Ingatkan nak berdating dengan abang Shafiq kau tu sampai esok pagi. Aku rasa aman sikit bilik ni.”

“Kalau boleh aku pun tak nak balik lagi. Tapi dia terpaksa outstation di Langkawi petang ni juga.”

“Patut laa muka kau tu macam ayam berak kapur.” Usik teman-teman aku.

“Aku tak kisahlah. Kalau dia takde pun, aku still boleh bergayut phone dengan dia. Jauh di mata dekat di hati.”

“Iye le tu, jauh di mata dekat di hati konon. Kena dia cari makwe lain, kau yang makan hati.”

“Shafiq aku bukan macam tu. Kalau dia berani cari makwe lain, aku cari pakwe lain. Tak hairanlah, kumbang bukannya seekor.”

“Tapi kau kena ingat Lyea, kuntuman bunga lebih banyak dari kumbang, jangan kau gigit jari sudah.”

“Ahh… sudahlah, aku nak tidur, letih aku mendengar leteran ustazah celup ni.”

“Ishh… siapa pulak yang buat miss call ni. Dah dekat sepuluh kali. Kalau nak cakap, cakap jer laa. Jangan ler malu-malu. Aku bukannya nak makan orang.”

“Apa laa yang kau membebel tu Lyea?”

“Tak laa… Reen ,Adila, Hani cuba kau tengok nombor ni. Siapa punya ye? Dari tadi asyik berdering. Sampai sakit telinga aku.”

“Kalau kau nak tahu siapa orangnya, kau telefonlah balik. Kan settle problem tu. Aku dah tak kuasa nak dengar suara kau tu.”

Dah dekat seminggu aku terima panggilan tu. Siapa agaknya ye….? Kekadang tu tergerak juga hati ni nak telefon jer tapi bila fikir balik, kalau dia nak cakap dengan aku, biar dia je yang telefon. Buat apa aku membazir duit telefon orang yang aku tak kenal.

‘Hello… boleh saya cakap dengan cik Shazlyea..?”

“Iye… saya cakap. Siapa tu?”

“Saya kawan lama awak. Takkan tak kenal pada saya?”

“Maaflah saudara yang tak bernama, saya tak kenal awak dan saya takde masa nak berkenalan dengan awak dan awak kan yang selalu buat miss call tu..?”

“Tepat sekali. Awak ni dari dulu sampai sekarang tak pernah berubah, cepat marah dan salah sangka pada orang.”

“Saudara, itu hak saya dan awak tak perlu nak kepoh ok. Sekali lagi saya tanya, siapa awak ni dan kalau awak tak nak beritahu nama awak, saya akan letak telefon ni.”

“Ok… ok awak dah sedia ker nak tahu siapa saya yang sebenarnya. Saya Khairil. Awak masih ingat pada saya. Saya rasa tak mungkin awak lupa.”

“Maaflah saya tak kenal dan setahu saya, saya tak ada sedara atau kawan yang bernama tu.”

“Awak jangan bohong diri awak, Syazlyea. Saya tahu awak masih ingat pada saya dan tak syak lagi gadis yang berdiri di depan saya tempoh hari itu ialah awak, Nurul Shazlyea Mohd Anas.”

“Baiklah Khairil ada apa-apa awak nak cakap lagi, saya tengah sibuk ni. Ermm… sebelum tu boleh saya tahu sesuatu?”

“Apa yang awak nak tahu…?”

“Siapa yang beri nombor ni pada awak? Baik, kalau tak nak beritahu, tak mengapa. Saya tak paksa dan saya hormati hak awak dan dengar sini baik-baik saudara Khairil Hazique, tolong jangan ganggu hidup saya dan saya rayu pada awak jangan telefon saya lagi.”

“Tapi saya ada satu permintaan. Saya nak ajak awak keluar, banyak benda yang saya nak cakapkan pada awak dan saya janji kalau awak setuju, saya takkan ganggu awak lagi.”

“Saya sibuk ni. Lagipun exam dah nak dekat.”

“Please… please saya rayu pada awak. Janganlah awak hampakan ok.”

“Ermm.. baiklah tapi awak mesti janji yang awak takkan call saya lagi ok.”

“Baik, saya janji. Saya jumpa awak di Coffee Beans ok. Nak saya jemput awak?”

“Tak payah susah-susah, saya masih mampu bayar tambang sendiri.”

“Kalau begitu, saya jumpa awak pukul 2.30 petang esok ok. Terima kasih Lyea.”

Ya Allah… Ya Tuhan ku, ujian apakah yang sedang aku lalui ini. Mengapa dia mesti muncul kembali. Kenapa dia…kenapa tidak orang lain.

“Ehh.. Reen ni mesti kerja kau kan? Kau kan yang kasi nombor handset aku dekat mamat gila tu kan…?”

“Janganlah marah. Aku cuma kesian tengok dia. Merayu-rayu mintak nombor phone kau. Aku tak sampai hati tengok dia macam tu.”

“Cubalah keraskan hati tu sikit. Inilah kau sikit-sikit kesian, kau tak ingat ker apa yang dia dah buat pada aku dulu? Aku dah buang dia jauh-jauh dari sudut ingatan aku dan aku tak nak fikir apa-apa lagi pasal dia. Ini kau pula yang terlebih bijak. Bila kau kasi nombor phone ni..?”

“Sejak telefon kau selalu berdering, tak de ler, aku terserempak dengan dia masa aku keluar dengan Ikhmal. Tetiba jer dia menyapa aku.”

“Engkau tahu tak, pasal engkaulah aku terpaksa keluar dengan dia. Itupun sebab dia janji takkan ganggu aku kalau aku keluar dengan dia.”

“Baguslah kalau macam tu. Aku harap kau maafkanlah dia. Janganlah marah-marah dia lagi.”

Aku tak faham kenapa tiba-tiba dia boleh berubah dan sanggup merayu-rayu. Ke mana pergi egonya….?!!! Dan yang hairan tu sudi pulak nak cakap dengan aku. Bayangkanlah dulu jangan kata nak bercakap, nak pandang wajah aku pun dia tak ingin. Macamlah aku ni dah buat dosa besar dekat dia. Tapi sekarang ni…..?!!! Bila difikir balik, kenapa aku mesti bersetuju untuk keluar dengan dia. Arghh…aku betul-betul keliru. Yang pastinya aku akan berhadapan dengan seorang insan yang amat aku benci…..!!!!

“Dah lama tunggu?”

“Lama ler juga.”

“Lyea nak minum apa…?”

“Apa-apa jer la.”

“Terima kasih banyak-banyak sebab sudi keluar dengan saya.”

“Apa yang penting sangat tu hinggakan awak nak jumpa saya ni?”

“Saya cuma nak mohon maaf pada awak pasal perkara yang telah berlaku dulu. Walaupun dah lima tahun berlalu, saya masih tak dapat lupakannya dan baru saya sedar bahawa hati kecil saya berbisik agar saya menerima awak……”

“Kalau ini jer yang awak nak katakan pada saya, terima kasihlah Encik Khairil Hazique. Tak perlulah awak nak bersimpati pada saya dan awak ingat kalau awak dah buang saya, orang lain takkan terima saya. Sekarang ni saya bahagia dengan orang yang saya sayang dan awak boleh simpan perasaan awak tu.”

“‘Lyea… awak pun tahukan dulu kita sama-sama masih mentah dan saya sedar akan kesilapan saya. Tak bolehkah awak memaafkan saya..?”

“Saya tak cakap pun yang saya tak maafkan awak. Tapi saya benar-benar terkilan dengan apa yang berlaku. Saya tahu siapa diri saya. Cukuplah, janganlah awak tambah lagi derita yang saya alami ini. Betapa perit dan pedihnya saya masa itu hanya Tuhan saja yang tahu. Kalau awak berada di tempat saya baru awak rasa bagaimana perasaan saya. Dahlah kena perli pasal berebut awak, lepas tu awak dan kengkawan awak pulak sesedap mulut mengata saya. Di mana saya nak letakkan muka saya. Saya manusia biasa, punyai hati dan perasaan. Salahkah saya jika saya ingin menyayangi atau disayangi? Berdosakah apa yang saya lakukan ni?!!! Awak fikirlah sendiri.”

“Saya tahu saya banyak berdosa pada awak dan saya sanggup melutut depan awak.”

“Tak payahlah awak nak melutut, saya bukannya Tuhan. Benda dah berlaku lagipun saya dah tak ingat apa-apa pasal tu lagi.”

“Lyea, boleh tak kalau saya katakan yang saya ingin jadikan awak sebagai teman hidup saya…?”
“Maaflah, saya tak dapat tunaikan niat baik awak tu. Saya sekarang dah ada Shafiq. Lebih baik terima orang yang menghargai kita dari……?!!!”

“Saya faham dan terima kasih kerana berterus terang. Tapi tak salahkan kalau kita terus berkawan?”

“Memang tak salah, tapi awak dah janji takkan ganggu saya lagikan… so, saya harap awak anggap jer yang kita ni tak pernah kenal antara satu sama lain. Kalau tak de apa-apa lagi, saya nak balik. Tak nak nanti ada orang kata saya ni perampas pakwe orang pulak. Ermm… thanks sebab belanja saya minum.”

Sejak pertemuan aku dengan Khairil hari tu, hatiku rasa resah gelisah. Macam ada sesuatu yang tak kena. Kekadang rasa bersalah pulak aku buat dia macam tu. Kesalahan dia bukanlah sampai ke tahap membunuh lagipun tak elok berdendam. Ahh… biar dia rasa. Baru tahu siapa aku. Sekarang ni aku pula yang tunjukkan ego aku.

“Lyea, aku ada sesuatu untuk kau dan aku harap kau berubah bila kau baca surat ni nanti.”

“Surat..??!! Dari siapa?”

“Kau bacalah sendiri nanti kau akan tahu. Nah, ambil ni.” Ku gapai sepucuk surat yang bersampul biru dari tangan Reen….

Shazlyea,
Sepuluh jari ku mohon kemaafan dari mu. Maafkanlah diri ku yang hina ini. Sesungguhnya berilah aku peluang untuk menebus kesilapan aku kerna baru aku sedari betapa mulianya hati mu. Reen telah menceritakan segala-galanya padaku. Tidak ku sangka begitu dalamnya perasaan mu. Tatkala aku ingin membalas cinta mu…. kau pula bersikap dingin dan aku menghormati mu. Mungkin pertemuan kita tempoh hari merupakan yang terakhir kerna aku akan berangkat ke New Zealand untuk melanjutkan pelajaran. Akhir sekali aku doakan semoga kau bahagia di samping insan yang kau sayangi. Maafkanlah aku…

Yang tulus ikhlas,

-Khairil Hazique-

Helaian itu ku genggam erat. Ya Allah! Berilah aku kekuatan untuk menghadapi semua ini. Sesungguhnya aku telah lama memaafkan diri mu… Khairil. Cuma aku tak dapat menunaikan hajat mu kerana aku telah menjadi milik insan lain.

“Reen, apa yang dah aku lakukan ni…?”

“Sabarlah Lyea, aku faham perasaan kau. Sudahlah jangan difikirkan lagi.”

Aku dan Reen saling berpelukan dan di ketika itu hanya air mata menjadi teman bicara….

-TaMaT-

0Komen:
1. Jangan Menggunakan Simbol '@' Ini Untuk Nama Anda..
2. Jangan Lupa Follow Brozai Di Twitter..Klik Di Sini !
3. Terima Kasih Dengan Komen Anda

Catat Ulasan

 

Copyright © 2009 by Brother Zai - Template by Blog Templste 4 U | Blogspot Tutorial | Sport Page Ranking Tool