Takagi Sayang (Part 10)



SUSAH dapat orang keras hati! Itu saja yang mampu aku katakan bila Aznil sudah bersiap-siap untuk ke kolam udang harimaunya selepas sembahyang subuh tadi. Kita pujuk ke klinik tapi dia kata bukan kena sakit teruk. Dia nak tengok kolam barunya yang baru dua minggu diisi anak-anak udang baru. Bukannya lari udang-udang tu kalau dia tak datang ke sana.

“Pergi juga Aznil ke ladang Yan?”soal mak mertuaku bila melihat aku sendirian menikmati bihun goreng.

“Yan dah larang tadi mak.. dia degil jugak.. ” jawabku. Mak Cuma menggeleng kepala.

“Dia tu memang degil.. sebab tu Yan kena pandai pujuk dia.. ini mak tengok si Izan tu yang lebih-lebih..”aku tersenyum. Baru perasan ke mak?

“Tak apa la mak.. Izan tu pun kawan dia..”jawabku menyedapkan hati sendiri walaupun prasangka dah mencanak-canak tumbuh dalam kepala. Lagipun aku percayakan Aznil. Takkan dia nak menduakan aku. Beranilah dia buat macam tu!

“Mak ni bukan apa.. sepatutnya.. suami, kita sendiri yang jaga. Jangan bagi ruang perempuan lain merebut peluang tu.. ini mak tengok Izan tu lebih tahu tentang Aznil daripada Yan.. macammana tu?”kata kata mak itu membuatkan suapanku terhenti. Ada betulnya nasihat mak tu.

“malam ni tidur di sini lagi?”soal mak.

“Err.. tidaklah agaknya mak.. dah dua hari tidur di sini.. Yan ingat malam ni nak tidur di rumah..

“Hmm.. eloklah tu.. lagipun tak manis biar suami berdua-duaan malam-malam di rumah kamu tu..”aku Cuma mampu mengangkat kening. Memang selama dua hari aku tidur di rumah ibu Aznil ini malam-malam pasti Aznil dan Izan kembali kerumah kerana Izan ingin menyiapkan reportnya menggunakan komputer. Aku tak tahu apa masalahnya dia suka sangat berdua dengan suami aku tu. Padahal notebook dia bukan tak boleh dibawa ke rumah sini untuk membuat kerja.

“Emm.. iye la mak.. ” jawabku dan mengangkat pinggan menuju ke sinki. Kata-kata dari ibu mertua itu membuatkan hatiku berbelah bagi. Selesai mencuci pinggan aku menjemur baju di ampaian. Ayah sudah lama ke kebun, sementara kak Mah dan kak Sal subuh-subuh tadi sudah bertolak pulang ke Kuala Lumpur. Selesai mandi aku bersiap-siap untuk ke pekan. Hari Isnin amat sesuai untuk keluar. Biasanya aku akan keluar ke bandar untuk membeli keperluan diri. Lagipun di sana aku akan bertemu dengan Qursiah, Salina dan Embun teman-teman lama yang tinggal di sana. Boleh juga menghiburkan hati yang sunyi ini.

“Mana Aznil?”soal Embun bila aku sampai seorang diri di kedai bunganya.

Aku senyum.

“Dia sibuk..”jawabku ringkas.

Embun senyum. Dia masih tekun menyusun bunga-bunga yang baru dihantar. Aku duduk sambil memerhatikan gelagat orang yang lalu lalang di hadapan kedai. Hari ini hari Isnin jadi bandar ini tidaklah sesibuk mana. Tiba-tiba mataku terpandang sesuatu. Wanita kecil molek yang sedang memapah seorang lelaki itu kuperhati lama. Mereka baru saja keluar dari sebuah Klinik. Apa? Aku perhatikan plat Kembara yang sedang direverse itu. CFR 711.. tu kepunyaan Aznil. Jadi sahlah dia ke klinik dengan Izan??

“Ehh.. tu macam kereta Aznil..”Embun memandangku lama. Dia juga sempat melihat adegan yang sama! Aku diam tidak berkata-kata. Yang pasti hatiku sedang menangis sekarang ini!

AZNIL sedang tidur sewaktu aku sampai di rumah. Aku meninjau kemana Izan pergi. Kelihatan dia sedang sibuk membuat bubur nasi di dapur. Izan senyum tapi aku dah tak kuasa nak membalas lagi.

“Kak Izan buat apa ni?”soalku, masih berbudi bahasa memberi gelaran kakak kepadanya.

“Aznil kan demam..”jawabnya.

“Saya boleh buatkan..”aku menjelaskan sambil merenungnya tunak.

“Dian, Aznil nampaknya lebih mempercayai saya.. saya lupa nak beritahu sesuatu.. sebenarnya kami pasangan kekasih semasa di sana dulu.. Cuma takdir memihak pada awak.. tapi saya yakin.. saya masih berada di hatinya..”Izan tersenyum dan berlalu pergi. Aku memandangnya lama. Dia tersenyum dan duduk di hadapan Aznil.

Seketika kemudian aku lihat dengan selamba dia tunduk dan mengucup dahi Aznil, membuatkan nafasku terasa terhenti. Izan senyum sinis memandangku. Aku tak tahu apa yang harus aku buat. Cuma yang terkeluar hanya tangisan kecil dari sudut hati yang telah berdarah.

Memang sudah kuduga dari hari pertama dia hadir dalam rumahtangga kami.

Kemesraannya.. layanannya.. renungannya.. Dugaan apakah ini, seorang perempuan begitu terang terangan mencabar kewaibawaanku?

“Kenapa? Marah?”Izan senyum lagi.

“Lebih baik awak tinggalkan rumah ini..”perintahku.

Aznil tiba-tiba terjaga dari tidur.

“Yan.. kenapa marah-marah ni?”soalnya dalam keadaan yang masih lemah.

“Yan tak mahu lihat kawan abang ni berada di rumah kita ni walaupun sesaat..

“Yan! Apa salah Izan?”soal Aznil.

“Nil.. tak apalah.. I boleh keluar.. lagipun I tak nak ganggu keharmonian rumahtangga you.. I fahamm..”Izan buat muka sedih. Berlakon!

“Jangan Izan, Yan.. abang nak Yan minta maaf dengan Izan.. Abang tak akan benarkan, ini keputusan abang..”tegasnya. Aku tergamam, tambah melihat senyuman sinis dari Izan.

“Abang nampaknya lebih perlukan dia dari Yan..”aku tatap wajah Aznil lama.

“Kalau dia tak pergi, Yan akan pergi,”Aznil merenungku lama.

“Dua-dua abang tak benarkan

“Baik.. kalau macam tu Yan yang akan buat pilihan. Biar Yan yang pergi..”Aku terus meluru keluar. Dengan langkah yang deras air mata turut mengalir tanpa henti.

**********

Biar berbuih mulut mak memberi nasihat.. biar gugur sampai botak rambut abah menyebut dosanya keluar rumah tanpa izin suami namun aku tetap dengan keputusanku. Kalau dia bahagia dengan Izan, teruskan.. yang pasti aku tak mahu jadi perempuan bodoh yang mendambakan seorang lelaki tak setia!

“Tak diterima tuhan segala amalan seorang isteri yang derhaka..”pesan abah terngiang-ngiang di telinga.

Memang aku takut berdosa.. tapi dalam keadaan begini aku tak dapat nak berdepan dengan mereka. Terbayang-bayang di mata bagaimana Izan mencium suami sendiri.. tu depan mata aku .. di belakang aku bagaimana?

“Yan.. keluar sekejap..”suara abah kedengaran. Aku mengeluh lemah dan menurut perintah. Abah sedang menanti di ruang tamu. Mak juga ada sama.

“duduk,”sepatah lagi perintah keluar. Aku patuh dan duduk.

“Apa lagi silapnya abah ni agaknya.. tak kawinkan kamu susah.. dah kawin pun susah..”keluh abah.

“Apa masalahnya ni?”soal abah. Aku diam. Sememangnya sejak tiga hari lalu aku tak bercerita apa-apa. Lagipun aku tak mahu mak ayah susah hati.

“Pak mertua kamu ada jumpa ayah tadi di kedai.. dia pun tanya khabar kamu.. ” terang abah lagi.

“Buat apa lagi dia nak ambil berat pasal Yan abah..”itu saja yang keluar di kerongkongku saat ini.

“Tak kesian ke kamu kat dia Yan.. dahlah demam teruk.. kamu tinggalkan dia sorang-sorang pulak kat rumah..”ujar mak.

“Baru dua bulan kawin.. inai masih ada lagi tu”Abah memandangku lama. Bukan dia tak tahu perangai keras hati anak dia ni!

“Yan masuk dulu bah..”aku bingkas bangun dan masuk ke bilik.

Aku menutup pintu bilik perlahan. Kemudian merebahkan diri di atas katil. Aku tahu tindakan aku ini salah. Tapi apakan daya andai suami sendiri lebih memihak pada perempuan lain. Bermakna dia lebih sukakan perempuan itu dari aku! Aku belek surat tawaran bekerja di MMU yang baru kuterima tadi. Ingatkan dah tak ada harapan dah kerana sudah lebih dua bulan temuduga berakhir. Tak sangka pula aku terpilih untuk menjawat jawatan tersebut.

Bagaimana sekarang? Aku menarik nafas. Kalau jodoh aku dengan Aznil sampai setakat ini apa lagi nak dikata. Aku tak akan merayu supaya dia melupakan perempuan itu. Bagiku sedalam mana cinta dan sayangku pada Aznil, tapi andainya cinta dia untukku sudah tiada..segala-galanya sudah tak bermakna. Buktinya sudah tiga hari aku di sini tapi dia langsung tidak menelefon, jauh sekali datang menjenguk. Aku belek gambar perkahwinan kami yang terpaku di dinding. Betulkah aku tak akan kecewa jika kehilangan dia? Aku sendiri tidak tahu tapi yang pasti.. aku amat merinduinya. Sangat-sangat..

Bersambung Lagii…………..

0Komen:
1. Jangan Menggunakan Simbol '@' Ini Untuk Nama Anda..
2. Jangan Lupa Follow Brozai Di Twitter..Klik Di Sini !
3. Terima Kasih Dengan Komen Anda

Catat Ulasan

 

Copyright © 2009 by Brother Zai - Template by Blog Templste 4 U | Blogspot Tutorial | Sport Page Ranking Tool