Takagi Sayang (Part 7)



BUNGA-bunga teratai yang berwarna merah jambu mekar subur di dalam tasik yang membiru. Di hujung sebelah kiri pohon-pohon buluh menari-nari ditiup angin petang.

Aku sudahpun selesai menggoreng karipap inti keledek kegemaran Aznil. Seteko kecil air kopi panas juga sudah siap dibancuh. Sementara menanti kepulangan orang tersayang aku turun ke laman yang terhias cantik dengan bunga-bungaan, terutama bunga lily yang sangat kusukai. Warna putihnya menyerlah tatkala mentari pagi mula membiaskan jalur-jalur cahaya. Teratak AZYAN yang unik itu kurenung seketika. Betapa Aznil mengabadikan cinta dengan meletakkan gabungan nama kami berdua. Aznil dan Dian. Aku tahu banglo ini telah lama siap dibina.. sejak pertunangan kami berlangsung tidak lama dahulu dan kini setelah seminggu menjadi suami isteri kami berpindah ke sini sebulan yang lalu.

“Suka tak?”soalnya pertama kali aku menjejakkan kaki ke situ.

Terpegun dengan lanskap yang terbentang indah.. dihiasi rumpun-rumpun buluh berwarna emas di kiri kanan halaman.. membawa keredupan dan kerukunan.. himpunan lily putih dipagari rumpun-rumpun bunga keladi kemerahan. Juga pepohon kemboja dan cempaka memeriahkan suasana.

“hmm.. brilliant..”balasku sambil tersenyum.

Sambil berpimpinan tangan kami melangkah pula masuk ke dalam. Sememangnya Aznil bercitarasa kemelayuan. Susun atur perabot berasaskan kayu begitu kemas dan menarik, hamparan-hamparan tikar kulit kayu Sarawak juga menutupi ruang-ruang tertentu. Pasu-pasu seramik juga teratur di sebelah tangga menuju ke tingkat atas.

“Kalau Yan tak suka kita boleh tukar perabot-perabot nie..”

“Apa pulak tak suka.. suka.. apa yang abang buat nie dah terlalu baik..”

“Termenung??”Opocot mak! Aznil tertawa kelucuan. Aku mengurut dada, tiba-tiba saja muncul di belakang kita.

“Berapa kali orang pesan kalau balik tu cuba bagi salam..”Aku menarik muka masam.

“Okey.. sorry.. ” Pintanya sambil mencuit hidungku.

Aku senyum. Kami beriringan ke meja kayu bulat di dalam pondok yang tinggi, di mana di mana dibawahnya tasik membiru dihuni oleh pelbagai spesis ikan air tawar.

“Mak ada datang tadi?”soalnya.

“Tak ada pun.. kenapa?”Aznil Cuma senyum.

“Ada kawan satu universiti dulu nak buat research pasal projek ternakan udang harimau tu.. so, abang ingat nak ajak dia stay kat sini sementara dia siapkan projek dia. Yan tak kisah kan?”

“Ohh.. apa namanya?”

“Azizan.. tu kawan baik masa kat universiti dulu.. nanti bolehlah Yan berkenalan dengan dia..”Aku Cuma mengangkat bahu. Setakat ini tak ada masalah. Sekurang-kurangnya tak adalah Aznil bosan sangat nanti.

“Ohh..”aku senyum sambil menuangkan kopi panas ke dalam cawan. Aznil senyum sambil mencapai karipap di dalam piring.

“Dah ready nak survey apa-apa yang patut nanti? Kata nak pegi bandar malam ni..”

“Tu la.. Yan ingat tak best la langsir bilik kita color biru.. Yan nak cari color pink.. okey tak?” sejak dua menjak ni macam boring pulak dengan warna biru.

“Boleh.. color hijau pun boleh..”balas Aznil sambil tersenyum.

“Hijau pulak.. karang orang taruk warna oren campur ungu kang”

“Ohh.. nanti jadi tadika pulak bilik kita..”

“Biarlah jadi tadika.. kenapa?”

“Susah la pulak.. nanti awak kena jadi mak angkat budak2 tu.. susah abang tak apa..”

“Tak apa kenapa pulak?”soalku.

“Abang kan masih hensem.. nanti mana tau budak2 tu ada kakak-kakak yang cun-cun.. dah terberkenan nak buat abang ipar..”

“Amboiii, gatalllnya !!”segera lengannya kupintal.

“Adooiiii!!!”Padan muka! Aku menjelingnya yang tersengih-sengih menahan sakit.

“Adoii Yan lepas la.. dah la tu.. sakitnya!!! Kena sepit dengan udang galah pun tak rasa sebest nie.. lepaslah..”pintanya sambil menahan sakit.

“Cuba abang ulang sekali lagi perkataan yang last tadi..”

“Yang mana satu? Adooii Yan.. sakit betul nie.. sian la kat abang..”rayunya. Aku melepaskan pintalan. Padan muka!!

“Beranilah abang sebut-sebut nak kawin lagi..”ugutku.

“Abang nie tak mampu nak jaga awak sorang pun tak larat.. inikan pulak nak pasang lagi tiga.. lagipun.. tak larat abang nak main kejar-kejar dengan Yan nanti bila abang pasang lain..”usiknya.

“Dah la.. malas nak layan!”Aku bingkas bangun dan meninggalkan pondok kecil itu diiringi tawa kecil Aznil.

“Isteriku marah-marah.. kekasihku marah-marah..”Eii.. dia ni memang tak pernah berubah sejak kawin. Sama je perangai kuat mengusik.

“Amboi.. macam hindustan”Satu suara menyapa mematikan langkahku.

“Ehh.. Ina? Bila sampai tak sedar pun..”soalku sambil mendapatkan adikku yang terkial-kial menongkat motor.

“Mana la nak perasannya.. sibuk berdrama kat sana tu..”Aznil tertawa sambil merapati kami.

“Tengah drama apa tadi abang? Bukan main sampai menyanyi sakan lagi..”soal Ina sambil menghulurkan seplastik besar tebu merah kepadaku.

“Drama Madu Tiga.. kan Yan?”jawabnya sambil memeluk bahuku. Eleh!!

“Banyaknya tebu.. nak buat apa ni? Nak buka kilang gula ke?”soalnya pelik. Aku Cuma menjeling selamba.

Dah dekat sebulan aku aim tebu merah mak belakang dapur tu. Sebelum Izat dan Alif sepupu aku samun aku telefon Ina awal-awal suruh tebangkan. Serumpun pun tak pe janji aku boleh makan puas-puas.

“Tah along nie beriya-iya suruh Ina ambil.. dia nak buat apa tah..”

“Makan la apa lagi..”Ina Cuma menggeleng kepala.

“Biarlah Ina.. dia kan tak lama lagi nak jadi kembar jumbo.. biarkan..”
Usiknya membuatkan Ina tergelak besar.

“Abang ni kalau tak mengusik orang tak sah ke? Tak senonoh!”

“Iye la along.. sejak sebulan ni along dah tembam tau..”Ina memberi komen.

Alamak, iye ke? Tapi memang dah ramai orang tegur aku dah tembam sikit. Pipi pun dah bulat.. Aku menjeling Aznil yang tersenyum-senyum.

“Oh selama ni abang tipu la ye? Bila orang tanya kata maintain.. teruklah!”Aku terus masuk ke dalam rumah.

Tak guna punya Aznil! Malas aku nak layan dia. Aku masuk ke bilik. Seketika membelek diri di hadapan cermin besar. Nampak sangat ke aku dah gemuk? Soalku sendiri sambil berpusing-pusing di hadapan cermin. Issh..

“Wahai cermin sakti.. katakan pada beta siapa yang tercantik di alam maya ini..”Alamak.. aku cepat-cepat duduk dan mencapai majalah. Aznil sengeh dan duduk di sebelah.

“Kenapa ni? Takut sangat ke badan naik.. releks la.. saya tak kisah badan awak tembam ke apa ke.. lagi saya suka.. hah.. nanti orang kampung kata bagus Aznil tu pandai jaga isteri..”usiknya.

“Ohh.. suka la kita ni macam nangka kena salut?”soalku sambil bangun menuju ke arah pintu. Aznil Cuma tertawa kecil dan mengambil tuala. Malas aku nak layan!

Bersambung…………….

0Komen:
1. Jangan Menggunakan Simbol '@' Ini Untuk Nama Anda..
2. Jangan Lupa Follow Brozai Di Twitter..Klik Di Sini !
3. Terima Kasih Dengan Komen Anda

Catat Ulasan

 

Copyright © 2009 by Brother Zai - Template by Blog Templste 4 U | Blogspot Tutorial | Sport Page Ranking Tool