Telur Rebus



Citer dari kawan aku
Aku dapat citer nie dari kawan aku... cam nie citer dia...

Aku ada cerita ni... lawak la juga.. tapi jangan ketawa tau... Aku baru
berkahwin setahun yang lepas dan duduk dengan isteri aku. Kami duduk berdua
sahaja sebab belum dikurniakan anak. Aku ni ada satu kegemaran -iaitu makan
telur rebus. Aku pun taktahu kenapa aku suka makan telur rebus, sedap
agaknya.
Sebelum aku kahwin, aku memang gila telur rebus. Pagi petang siang malam
makan
telur rebus.

Tapi semenjak aku kahwin ni aku terpaksa berkorbanlah, iaitu dengan
meninggalkan
tabiat aku ini. Lama juga aku dah tak pekena telur rebus ni.. sebab orang
rumah
aku masak sedap-sedap.. so aku dah tak kisah lagilah..

Ceritanya begini, bulan lepas masa aku balik kerja, tiba-tiba kereta aku
rosak..
akupun telefon bini aku katakan aku balik lambat sebab kena menapak. Sebab
lapar
akupun singgah satu kedai makan tu... ada telur rebus lah.. akupun makan
nasi
dengan telur rebus.. lepastu aku order telur rebus lebih lagi untuk diratah.
Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji telur rebus untuk makan sambil
berjalan
balik nanti. Tiba je kat rumah aku rasa amatlah kenyang.. maklumlah balas
dendam
sebab lama tak pekena telur rebus. Sebelum aku masuk kerumah, isteri aku
tiba-tiba cakap dia ada 'surprise' untuk aku malam ni. Dia suruh aku tutup
mata
dengan kain hitam yang diikat kemas dibelakang kepalaku. Dan dipimpinnya aku
sampai ke meja makan. Aku duduk dikerusi dan isteriku pesan jangan cuba buka
ikatan yang menutup mataku. Aku nak pergi toilet sebab perutku mula buat
hal,
tapi malaslah nak spoilkan 'surprise' isteriku ini. Aku pun tahan ler...

Tetiba telefon berbunyi, isteriku pergi mengangkatnya. Apa lagi ada chance
aku
pun melepaskan kentut yang ditahan sekian lama.. Fuuuuhhh lega rasanya...
bau
boleh tahan... maklumler berapa biji telur tah aku bedal tadi... Alamak..
ada
lagi satu la.. aku pun angkat sebelah punggung dan lepaskan satu das lagi..
bunyinya PRROOTTT!!... fuh bau jangan cakap beb.. aku pun tak tahan bau
dia...
aku kipas pakai tangan angin dia kasi kurang sikit bau dia... adalah macam
bau
telur tembelang sikit..

Tetiba aku dengar bunyi telefon berdering lagi... hai lamanya tunggu isteri
aku
ni, aku tak sabar lagi ni nak tahu surprise dia ni. Aku terasa ada lagilah,
kali
ni memang aku rasa power punyalah.. aku kumpul dulu kasi padu.. lepastu aku
bangun, tonggeng sikit dan lepaskan angin taufan tu... PRRROOOOOTTT!!!!...
fuhh
lega... bergegar sikit meja makan dibuatnya... peh tak tahan aku bau dia
power
gila.. aku tutup hidung aku.. aku rasa bau dia ada sikit-sikit macam bangkai
la.. mau mati bunga atas meja makan aku ni.. sambil tu aku sebut 'ahhhh....
lega...'. Adalah dekat 5 minit baru bau bangkai tu hilang.. Lepas tu isteri
aku
kembali dan minta maaf sebab lambat.. lalu dia kata 'SURPRISE!! HAPPY
BIRTHDAY!!' dan suruh aku buka kain penutup mata aku.. laaa birthday aku
hari ni
le... camne boleh lupa ni.. Aku buka le kain penutup mata aku.. mulutku
terus
melopong...ALAMAK!!!
Benda pertama aku lihat.. muka merah padam pak mertua aku, mak mertua aku,
adik
ipar aku dua orang, duduk keliling meja makan. Bos aku dengan jiran sebelah
rumah rumah aku pun ada!!.
0Komen:
1. Jangan Menggunakan Simbol '@' Ini Untuk Nama Anda..
2. Jangan Lupa Follow Brozai Di Twitter..Klik Di Sini !
3. Terima Kasih Dengan Komen Anda

Catat Ulasan

 

Copyright © 2009 by Brother Zai - Template by Blog Templste 4 U | Blogspot Tutorial | Sport Page Ranking Tool