Terima Kasih Teman : Part 2



“Ika…..Aku ada hal nak cakap ngan kau.”

Azie menarik Ika ke koridor. Kelas Ika, Rin, Sue, Zira dan Azie adalah berasingan. Dan antara mereka Azielah yang dikira ‘cerdik skit’ sebab kelas Azie yang terdahulu dari mereka semua. Lepas tu, baru kelas Ika dan member-member yang lian. Dan Sue dan Zira yang bernaung dibawah kelas yang sama. Cuma member ‘boy’ mereka pulak, dari sebuah kelas yang lebih atas kecuali Zul dan Azim yang sekelas dengan Ika dan Rin.

“Ya…Ika taulah, tapi jangan tarik Ika cam nie.”
“Dahlah tu, borak ngan Zul…. Nun kau tengok depan kelas Sue. Sape yang dok peratikan ko??”
“Zira, kenapa?!”
“Janganlah tengok sangat, nanti dia ingat kita ngumpat lak.”
“Apehal lak?”
“Dia tengok kau. Kan ke Zul tu pakwe Zira. Kau jangan cari nahas,Ika…Kita ngan dia pun dah ‘dingin’ semacam.”
“Habis?!!”
“Laa….Cerdik gak sikit.”

Memang mereka terlalu pentingkan persahabatan. Ika tahu Zul pakwe Zira. Tapi, takkan Zira tak boleh nak terima hakikat bahawa Zul dan Ika sekelas. Malahan Ika dan Zul memang kamceng semenjak dua menjak nie.
Beberapa minggu selepas kejadian itu, Zira mulai berubah laku. Sering berkasar bila bersua dengan Ika.

“Ika!! Kau kena ingat skit. Zul tu pakwe aku!! “
“Zira!, Ika tahulah…”
“Ooo tahupun.Aku nak tanya kau, Ika. Sejak bila kau mula berkawan dengan Zul, sejak dia berubah, kan. Kau ingat Ika!.. Dulu, kau caci dia, kau hina dia… Kononnya dia ‘mat dadah’ dan kau kena ingat Ika, aku yang ubah dia! Jangan pulak senang-senang kau rampas dia dari aku.”
“Zira!!!”
“Aku tahu semuanya, malah aku nampak tiap-tiap hari kau dan Zul borak-borak. Kau tahu, Ika. Kau tak boleh tahu guane perasaan aku. Sebab..Kau tak pernah sayangkan seseorang macam aku sayangkan Zul. Memang aku cemburu buta. Tapi kau tengok sekarang, semua orang gosipkan kau dengan Zul. Habis?! Aku?! Aku kat maner? Kau ingat aku boleh terima semua tu. Takkk Ika… Tak!!!”

Zira terus menjerit. Ika hanya mampu mendiamkan diri dengan tuduhan Zira. Zira terus menjerit. Histeria. Nasib Nor lalu melintasi mereka. Kalau tidak pasti Ika yang jadi mangsa. Itupun dah ter’kena’ pelempang sekali. Nasib Ika tak melawan. Hal Ika dan Zira terus berlarutan beberapa bulan. Sejak Zira tampar Ika, Ika menjauhkan diri dari Zul. Biarpun Ika sedar dia tak bersalah, namun perangai dan penerimaan Zira seolah-olah menghancurkan persahabatan Ika dan Zul.

“Ika…Kau tak boleh buat Zul macam tu.”
“Liz, pipi Ika nie dah lebam dua tiga hari sejak Zul serang Zira tu. Kau nak suruh Ika mati kena bunuh ke?”
“Ika…Zul perlukan kawan macam Ika. Dia sendiri beritahu Liz. Kesian dia Ika.”
“Yelah, tapi… Tak kesian ke dia kat Ika.”
“Ika…Ika…”
Liz mengeluh.Hampa.

“Liz…Ika tak mau, kalau pasal rumah tangga diorang, Ika pulak yang mati,kan”
“Ikut kau lah, Ika. Haa tu pun Zul datang tu.”
“Pandai kau ye, Liz.”

Liza berlalu pergi. Ika hanya mampu tersenyum pada Zul. Ika cuba memerhatikan sekelilingnya. Ternyata, Zul tak pilih tempat yang salah untuk berbual. Ika cuba lari, tapi situasi begini benar-benar membuatkan Ika akur.

“Ika….Aku hairan tau. Kenapa kau jauhkan diri dari aku.Hina benar ke aku ni.
“Zul…Ika…”
“Kau buat aku serba salah. Aku hormat kau sebagai kawan. Dan aku sayang Gee sebagai kekasih. Tapi korang…Korang boleh buat aku gila tau. Aku pun…Sayangkan kau, sebagai kawan. Aku tak nak kerana Gee, aku kehilangan kawan yang paling memahami.”
“Zul….Jangan buat Ika serba salah macam nie. Ika pun sayangkan setiap persahabatan yang Ika jalinkan. Baik dengan Zul…Mahupun dengan Zira.Tapi…Kalau Zul sayangkan Gee. Zul kena pilih yang terbaik. Kawan atau sahabat. Ika tak mahu jadi penghalang buat Zira, Ika tak layak untuk disayangi lebih dari sahabat. Jagalah dia baik-baik. Gee perlukan Zul.”
“Ika….Tolong aku, Ika. Aku tak boleh hadapi semua nie, seorang diri. Gee dah semakin liar sekarang.”
“Gee?!Liar?! Apa maksud Zul?”
“Ya,Ika…Aku perlukan kau untuk bimbing Gee, kembali ke jalan lurus.”
Ika tersentak. Dipandangnya Zul, memohon kepastian.

“Maksud, Zul?”
“Gee…Gee libatkan diri dengan ‘pil khayal’”
“Ya allah!”
Ika terduduk. Ada air jernih mengalir dari birai mata Zul. Ika terdiam. Menanti Zul bercerita.

“Ika tak tahu ke? Gee ada masalah peribadi. Lepas tu, masalah aku dengan kau.Gee salah tafsirkan hubungan yang terjalin antara kita.”
“Zul….Persahabatan pun ada asam garamnya. Terimalah semua ni.Tapi, Ika nak tahu kenapa Gee buat semua tu?”
“Gee memang tertekan. Hal keluarga, kawan dan aku.Dan penyelesaian terbaik. Dia fikir, benda ‘haram’ itulah ubatnya. Dia mintak aku bekalkannya tiap dua hari. Tapi, kau,kan tahu dah lama aku tinggalkan semua tu. Aku sekarang bina hidup baru. Tapi… kenapa dia musnahkan hidupnya pula.”

Zul terduduk dilantai. Tersedu. Pertama kali Ika lihat lelaki menangis di depan matanya Ika cuba memujuk.

“Zul…Ika dan Gee dah 3 bulan tak bertegur sape. Tengoklah lepas exam nanti Ika akan cuba nasihatkan dia. Zul, sabarlah. Ika tahu Zul sayangkan Gee. Insyaallah, Zul. Ika sentiasa sokong Zul.”

Ika terus memaklumkan hal berkenaan Zira pada teman-teman yang lain. Termasuk Balqis, ketua dorm mereka. Memang Ika dan semua student form 5 se’dorm’ jadi, setiap masalah akan dikongsi bersama. Sebaik saja tamat peperiksaan Penggal Awal. Masing-masing terus hanyut dengan study. Masalah Zira cuba diatasi secara beransur-ansur. Zira mula beransur-ansur membuang tabiat buruknya itu. Namun masalah baru kemabali muncul. Zira tak boleh tinggalkan tabiat merokok. Menangis Ika dan teman-teman yang lain.
Perjumpaan Ibubapa akan diadakan di sekolah. Pemakaian ‘Lencana Kecemerlangan’ pada semua pelajar. Ketika teman-teman yang lain sibuk melayani keletah orang tua masing-masing, Ika jauh terasing menangis.

‘Sampai hati ayah. Ika tahulah ayah sibuk. Tapi kenapa mulut ayah mengungkai janji pada Ika. Sia-sia je ‘result’ cemerlang Ika.’

Ika menangis sendirian. Ika sedih kerana tiada insan yang ingin berkongsi kejayaan dengannya. Saat pelajar lain dipakaikan ‘Lencana Kecemerlangan’ Ika terus-terusan menangis. Ika terpaksa ponteng kelas. Bemula hari itu, Ika berubah. Hidup Ika bukan untuk belajar dan kejayaan dalam SPM. Ika terlalu kecewa dengan sikap ayah dan umi yang seolah-olah tidak mempedulikan pelajaran dan kejayaan Ika.Dan Ika telah mencuba sesuatu yang bodoh. Dengan bantuan Zira, malam 28 April… Ika belajar menghisap rokok. Nasib kesedaran masih ada dalam diri Ika,itulah kali pertama dan Ika melakukan semua itu. Ika bernasib baik. Hati Ika tak boleh menerimanya. Seminggu Ika diserang demam dan batuk-batuk.Tiada siapa mengerti tentang kekecewaan dalam diri Ika.

* * *

“Betul…”
“Syafri?! Tak cayalah Rin.”
“Iya, kan Sue orang kampung Syaf.”
“Dengan Azie.”

Rin, dan Sue berborak-borak, sementara menunggu kedatangan Azie dan Ika. Sejak beberapa bulan ini Zira dah mula menarik diri dari member-member mereka. Dari jauh kelibat Ika dan Azie mula kelihatan. Sue dan Rin tersengih-sengih.

“Ada good news nie.”
“Apa dia, Rin? Tak sabar Ika nak dengar. Pasal ape?”
“Cik Azie lah… Ade cik abang kita yang dah berkenan dengan dia.”
“Sape?! Syed ke?”
“Asyik-asyik Syed je. Tekalah orang lain sama.”
“Dah, hanya Syed admire Azie. Azie tekalah.”
“Haa Ika tau!! Mesti Syaf, kan.”
“Bijak! Sebab tekaan Cik Ika betul Cik Azie kena belanja minum,kan.”
“Betul tu, Rin. Ika sokong 100%..Cik Azie macammana?”
Azie melajukan hayunan langkah. Meninggalkan teman-teman dengan terkebil-kebil.

“Tulah semalam sedap sangat mengata kat Ika. Dah kena, terus tarik muncung masam. Apelah, gurau-guraupun takleh.”
“Gurau-gurau ah…Gurau-gurau ih…Betul tak, Rin.”

Sue berseloka. Dan terburailah tawa mereka bertiga yang sudah ditinggalkan oleh Azie jauh di depan. Mereka semakin seornok menyakat Azie, bila Syafri tolong membahagikan lauk di Dewan Makan.

“Tak acilah, ayam dia besar…”
“Alah, Sue. Cik abang dia yang bagi. Tentulah besar.”
“Kalau Sue nak ayam besar suruh Osman gelap tu, bagi lauk sama.”
“Isy! Ke situ pulak Ika nie. Kalau dia yang bagi lauk. Kebuluran pun aku rela.”
“Alah, Rin nak wait dan see je.”
“Ika pun…”

Begitulah rutin harian mereka berempat. Seringkali bergurau, sampai terlupa ada teman yang terkilan. Asalkan mereka happy. Namun, sebalik sakat-menyakat itulah tersimpan satu ikatan yang sukar dimengertikan oleh sape-sape pun.
Selepas solat Isyak. Mereka terus menuju ke aspuri. Memohon agar malam ini bolehlah digunakan untuk menonton di Bilik Rehat.

“Ika!!”
“Alah, mamat-mamat hero dah panggil.. Adalah tu. Kerjanya.”

Kaki dihayunkan ke Taman Aspirana yang terletak di antara aspuri dan aspura. Sugul wajah-wajah si teruna-teruna, memandang mereka.

“Rin…Ika….Azie….dan Sue. Kami nak mintak maaf.”
Syafri berbicara sayu. Ika dan member-member yang lain tercengang.
“Kenapa lak? Mengigau ke. Meh Ika rasa dahi tu. “
“Ika…Be serious, aku pun nak mintak maaf. Halalkanlah gelak tawa kita selama nie. Makan minum dan kutuk mengutuk tu yea.”

Afiq yang terkenal dengan panggilan adek Dugong menghampiri Ika. Begitu juga Adeq Faris. Syed tertunduk. Manakala di tangan Azim, tergenggam sehelai kertas putih yang hampir terkoyak. Rin merampasnya. Terbeliak mata Rin dan Ika.

“Apa korang buat? Sampaikan korang boleh dikenakan tindakan giler tu?! Sorry! Ika tak caya..”
“Rin pun…Tapi?!Kenapa korang?!”
“Ika…Betul semua tu. Itulah hakikatnya.Kami yang salah Ika.”
“Tapi….”
Ika terdiam, mengangkat muka memandang bintang di langit. Airmata hampir tumpah. Rin memegang Ika. Sekemas mungkin, Adeq Faris menghampiri.

“Azie…Sue, janganlah sedih. Syaf tak jangka ini semua yang bakal terjadi…Ingatkan itu hanya kesilapan biasa saja. Tapi…”
“Syaf…Explain pada Ika. Syed?! Azim?!”
Syed menghampiri Ika.
“Kami silap menjatuhkan hukuman. Lantas Pengetua mengenakan hukuman kepada kami kembali. Insyaallah, 16 Mei inilah penentunya.”
“Korang berempat je, kan?”
“Takk, Kak Rin. Abang Lan dan Abang Shah pun turut sama.”
“Ya allah! Kenapa kamu nie bodoh sangat hah?!!”

Sue menjerit. Geram. Airmata Sue sudah menitis. Terduduk Sue dan Azie, menahan sebak. Rin teresak. Syed tunduk menahan sebak. Syafri berlalu, berdoa agar hati dapat menahannya dari menangis.

“Kak Ika, Dugong pun sayangkan diorang. Kalau diorang pergi. Dugong dah takde sape-sape lagi. Tolonglah, halang mereka pergi.”
“Syed! Buatlah rayuan…Untuk tahun ini saja. Ika tolong.”
“Takkk, Ika. Syed akan dilucutkan semua jawatan. Dan terus dibuang, kes nie bukan main-main. Kami takkan libatkan Ika sama.”
“Untuk persahabatan ini.”

Ika menangis jua. Syed bangun menghampiri Ika. Adeq Dugong berlalu. Ika masih cuba bertahan.

“Ika…Sabarlah dengan perpisahan ini. Redhalah dengan semua ni.”
“Tak mungkin!! “

Airmata Ika jatuh juga.Terkejut Ika dengan perlakuan Syed, Syed pegang tangan Ika. Pertama kali Ika merelakannya. Syed cuba memujuk. Lantas Ika terus berlari ke aspuri. Di dorm, Ika ketawa dalam tangis. Azie terus menangis dikatil. Rin terduduk di depan pintu teresak. Dan Sue, memohon bahu teman di dorm untuk melepaskan tangis. Ika terus ketawa.

“Ha…Ha…Pertama kali Ika menangis tau. Menangis kerana sedar yang persahabatan seolah tidak dihargai. Tak bolehkah mereka bertahan untuk 7 bulan saja lagi. Bodohnya Ika malam ini. Bodoh!!”
“Ika, Sabar….Rin pun tahu Ika. Ika terlalu sayangkan mereka jadi, Ika kenalah merelakan perbuatan Syed.”

Ika tergamam. Ika ketawa dengan kuat, namun ada air yang mengalir dipipi. Ika cuba menahan tangis agar tidak berterusan. Namun Ika sendiri yang tewas. Ika menangis tersedu. Mereka terus diselubungi kesedihan. Lusa, untuk kali yang terakhir Syafri dan member-membernya seramai 6 orang akan dilantik untuk ujian kepimpinan selama seminggu. Sebagai Majlis Perwakilan Dari Aspura Permatang. Dan untuk Majlis Perwakilan Aspuri, Ika dan Rin turut dibebani tanggungjawab.
Satu acara asrama akan diadakan. Minggu Pertukaran Pelajar Asrama dengan Pelajar Asrama dari luar Terengganu. Seramai 40 orang ahli dari Asrama di Kedah akan ditukarkan dengan pelajar Asrama Permatang untuk masa selama seminggu. Ika, Rin, Azim dan Zul ditugaskan untuk menyambut kehadiran penuntut-penuntut yang ditukarkan.
Sepanjang mereka menyambut ketibaan ‘tetamu’ dari Kedah, mereka terus dihujani dengan perlbagai pertanyaan tentang keadaan Permatang yang agak cantik apabila di waktu pagi. Dengan berbekalkan kelengkapan yang telah dikhaskan. Ika, Rin, Zul dan Azim terus menjalankan tugas sebaik mungkin. Ika dan Rin agak dikenali kerana keramahan mereka.

“Ika…Berpeluanglah kau jadi student Permatang yang paling glamour ye.”
“Kau jangan, Jim…Jangan sindir Ika gitu. Berdesing dah telinga ni.”
“Amboi marah ke, Ika. Aku test je.”
“Test aper? Macam tu…”
“Eh…Korang nie sembang ke? Layan tetamu.”
“Laa…Aku kan tengah makan nie, Rin. Tak nampak ke?”
“Jim!!!”
“O.k…Aku blah, Cikgu Rin.”

Azim memang tak habis-habis ngan lawak bodohnya. Ika dan Rin menggeleng lucu. Azim terus mendapatkan Zul dan terus melayani tetamu. Malam Kebudayaan yang d’handle’ oleh Ika dan Syafri sudah tiba. Syafri telah memilih Ika dan Syed sebagai pengacara majlis.

“Takde orang lain ke, kau nak suruh, Syaf?!”
“Habis?!! Kau nak suruh Rin. Depan aku pun malu nak cakap, ada hati kau nak suruh aku pilih dia. Buat malu kompeni saja. Baju kau dah aku tempah. Amacam?! Setuju jelah.”
“Nie kije gilerlah! Skripnya….”
“Kau rekalah ngan Syed. Aku rasa baik kau pilih pantun untuk introduce peserta. Tentu korang dapat award kalau buat camtu.”
“Syed suka ke, kalau…Ika jadi pasangannya.”
“Sudah tentu. Kau pergilah tanya dia.”

Ika berlalu. Malas untuk melayani keletah Syafri. Akhirnya malam yang digerunkan Ika tiba jua. Dengan berbekalkan sedikit kekuatan Ika naik kepentas. Alunan rentak lagu rancak, mengiringi Ika dan Syed yang keluar dari arah yang berlainan. Syed yang segak dengan sepasang baju melayu biru berserta samping emas, sementara Ika menampilkan imej terkini. Berjubah biru yang berpadanan dengan pakaian Syed beserta tudung yang disimpul rapi yang berwarna emas. Ika tampak manis dan bersopan. Manakala Syed kelihatan gagah dan kemas. Gamat seluruh dewan dengan keserasian Ika dan Syed.Tepukan gemuruh diberikan buat mereka apabila selesai menjemput peserta pertama ke pentas. Pantun yang dialunkan oleh Ika, menarik minat para penonton. Selesai saja majlis, melompat Ika ke arah teman-teman yang lain.

“Naik rimas aku, Rin.”
“Cantik kau ye, secocok je dengan Syed.”
Azie seolah memerli Ika.
“Azie…Ika pinjam Syed je. Selebihnya tu. Kau ambillah.”
“Sudahlah tu, Azie. Ika bukannya nakkan Syed tu. Buat untuk main-main je, kan Ika?”
“Iyelah, Sue. Sekadar Syed tu. Tunggu aku beranak 30 baru aku boleh minat dia tu.”
“Haa….Kutuk abang Syed ye.”

Seorang student dari Kedah yang agak ramah menyampuk perbualan Ika dan teman-teman. Mereka hanya tersenyum. Biasalah tetamu. Kenalah berbaik-baik, tak bolehlah marah-marah.

“Kak Ika, kami nak ajak Kak Ika tangkap gambar ngan abang Syed. Boleh,kan.”
“Semua sekalilah ye..”
“Lah Kak Ika ni…Nanti kita ambillah ramai-ramai. Nie gambar akak berdua je. Bolehlah.”
“Ika…Hati tetamu jangan disakiti. Baik kau pergi sebelum…”
Rin membisikkan kata-kata ‘Big Boss’ pada Ika.
“Ika tahulah. Jom Ain. Maaf Azie. Terpaksa.”

Ika menurut. Semasa Ika dan Syed bergandingan, untuk diambil gambar. Beberapa orang tetamu berbisik-bisik nakal.

“Secocoklah Kak Ika nie.”
“Kahwin jelah ngan abang Syed.”
“Cinabeng punya budak.Kecik-kecik dah nak kahwin buat aper?”

Ika mula mengutuk diri sendiri. Tapi senyuman hambar dan pahit tetap terukir. Geram punya pasal, sampai Ika pun boleh terduduk atas Syed. Dan beribu-ribu sinaran dari lensa kamera menerjah ke muka mereka berdua. Azie berlari naik ke dorm. Melepaskan geram yang teramat sangat dengan kemesraan palsu dari Ika.

“Rin..Kenapa dengan Azie tu. Tak pasal-pasal nak marah orang.”
“Alah Sue…Biarlah dia, tengok Ika tu. Memang sepadan kan dia ngan Syed.”
“Yelah, apakata???”

Idea jahat menerjah ke ke dalam otak Sue. Gosip jahat untuk dimuatkan ke dalam majalah asrama tahun ini. Selesai Malam Kebudayaan, Ika terus dilanda resah. Azie menjauhkan diri, dan para tetamu dan pelajar Permatang mula memainkan gossip-gosip liar. Beberapa orang dari member-meber Ika dan Syed mulalah mengutuk dan mengusik mereka. Setelah segala kenangan di bumi Permatang diperolehi. Anak-anak Kedah mula dituntut balik. 2 buah bas mula datang menjemput mereka. Tangisan kesedihan mula kedengaran. Namun perpisahan menjelma jua.

“Kak Ika, Kak Rin…Jomlah hantar kitorang balik Kedah.”
“Insyaallah, Fika, Ain. Kami akan pergi kalau diberi peluang.”
“Kak Ika!! Kak Rin!!”
“Ye, Johan.”
“Kak Rin pujuklah Kak Ika nie pergi. Johan nak perkenalkan pasangan paling secocok kat bumi Permatang ni pada anak-anak Kedah. Jomlah.”

Ika ketawa dengan usikan dari Johan, selaku Ketua Pelajar Lelaki dari Kedah. Ain dan Fika terus memaksa. Dan akhirnya, Cikgu Razaman memanggil Ika dan Syed.

“Tahniah, Ika…Syed. Saya tak sangka penampilan kamu malam semalam, meninggalkan kesan dalam diri pelajar-pelajar Kedah. Sampaikan mereka sayang nak tinggalkan Permatang kerana terlalu sukakan Permatang dengan pujian dalam pantun kamu semalam. Jadi, hari ni ada di antara mereka yang paksa saya bawa kamu ke Kedah untuk memperkenalkan kamu pada rakan-rakan mereka di sana. Saya pun…Bangga dengan penampilan kamu semalam. Tahniah.”
“Cikgu…Boleh saya bawa Azrina sekali.”
“Sudah tentu, Ika. Saya tak keberatan asalkan kamu dapat pergi. Kamu mewakili Permatang tau.”
“Terima Kasih, cikgu.”
Ika dan Syed tersenyum puas.

“Tak berbaloi apa yang kita buat, kan Syed.”
“Yealah.Terima kasih Ika dan Tahniah.”
“Awak pun..”

Ika ,Rin, Syafri,Liz dan Syed berangkat pergi ke Kedah dengan menaiki van kepunyaan Cikgu Razman. Dan setibanya mereka di Kedah.Mereka disambut mesra. Satu majlis dibuat untuk menyambut ketibaan mereka. Sekali lagi Ika dan Syed terkejut dengan pemberian istimewa dari anak-anak Kedah.

“Sekarang dipersilakan Kak Ika Ashrima dan Abang Syed Nizam Ikhwan sebagai duta dari Permatang. Sesungguhnya adik-adik yang mengenali kakak dan abang di Permatang benar-benar menyayangi kalian berdua. Terima Kasih akak dan abang.”

Menitis airmata Ika bila diberi penghargaan sedemikian. Sebelum mereka bertolak pulang. Beberapa orang pelajar yang datang ke Permatang memeluk Ika dan pelbagai pesanan nakal berdesing di telinga Ika.

“Kak, jaga abang kami tu baik-baik tau. Jangan lepas kat orang lain.Nanti bila kami datang kat Permatang balik. .Kami nak tengok akak dah banyak terima surat ‘cintan’ dari abang kami ye.”

Buat menyedapkan hati orang Ika hanya boleh tersenyum dengan gurauan sebegitu. Dalam perjalanan pulang. Tak habis-habis Ika dan Syed diusik oleh Cikgu Razman dan teman-teman. Syed juga hanya terdiam.

“Tak sangka pulak, ramai anak-anak kat Kedah doakan kesejahteraan Kak Ika dan abang Syed kita kan. Bertuah badan. Saya yang dah kahwin ni pun. Tak pernah didoakan sampai macam tu sekali.”
“Cikgu ni…Lupa ke dengan gandingan Malam Kebudayaan diorang tu. Bagai tembikai dicincang lumat. Sebati, secocok dan macam-macamlah.”
“Ika….Cikgu tak nak halang kamu ngan Syed. Tapi jangan lebih-lebih tau.”

Tekezzzzut Ika dengan sikap ‘sporting’ Cikgu Razman.

0Komen:
1. Jangan Menggunakan Simbol '@' Ini Untuk Nama Anda..
2. Jangan Lupa Follow Brozai Di Twitter..Klik Di Sini !
3. Terima Kasih Dengan Komen Anda

Catat Ulasan

 

Copyright © 2009 by Brother Zai - Template by Blog Templste 4 U | Blogspot Tutorial | Sport Page Ranking Tool