Terima Kasih Teman : Part 6



‘Assalamualaikum, Syed…..
Ika jumpa seseorang kat sini. Smart sangat, lagipun dia baik sangat dengan Ika. Ika minat betul kat dia. Nama dia Hisyairi. Ika minta tolong Cindy sampaikan salam Ika dekat dia tiap-tiap hari. Kami sering berselisih di cafe. Alangkah bagusnya kalau dia turut meminat Ika, kan?

Semalam Ika luahkan perasaan pada dia,tapi dia tolak Ika mentah-mentah. Ika hanya nak kawan dengan dia. Tak lebih dari tu. Ika sedih, Syed. Bila Syed nak balik jumpa Ika? Ika rindu Syed. Macam mana Syed kat sana. Baru ni Ika tahu Syed balik, tapi Ika tak boleh balik. Banyak sangat kerjanya. Maaf sebab tak hadir masa Along dapat anak sulung tu.
Syed…….
Zek sakit, dia kat hospital sekarang ni. Dia nak jumpa semua kawan-kawan lama. Dia sakit jantung berlubang. Ika tahu, Syed dah tak boleh balik lagi. Syed pun sibuk kat sana, kan? Ika beritahu Zek. Tapi dia tetap kata Syed akan balik.
Sebenarnya Ika pun nak Syed balik. Kalau apa-apa jadi pada Zek. Macam mana dengan Ika nanti? Ika takut Syed. Ika dan Zek masih ada setahun lagi pengajian di sini. Dengar khabar Syed dah nak bercuti dua bulan lagi. Baguslah. Ika tahu Syed boleh berjaya.
Ok lah Syed, Ika nak ke hospital jaga Zek. Nanti kalau balik bawalah buah hatimu. Ika nak sangat jumpa dia. Along ada beritahu Ika tentang itu. Dah lama Syed memuja dia, kan? Jaga diri baik-baik, sayang.

Sahabatmu,
Ika’

Butang send diklik oleh Ika. Nampaknya dah 4 bulan Syed menyepikan diri. Ika sahaja yang sentiasa mengutus email pada Syed. Ika sentiasa mengubati hati sendiri bila Syed tidak membalas emailnya. Dia faham Syed tentu sibuk dengan tugasan semester akhirnya. Dia mulai bersiap untuk ke hospital. Sejak Zek dimasukkan ke hospital, Ikalah yang sentiasa di sisi Zek. Menjaga makan dan pakai Zek di hospital. Dia sendiri terkejut bila Hisyairi memaklumkannya tentang keadaan Zakri dulu. Bergegas dia ke hospital dengan Kancil miliknya yang dihadiahkan oleh Angah setahun lepas.
Sedih dia bila keadaan Zakri masih tidak berubah-ubah, ibu Zek sentiasa menangis. Cuma abangnya Zakaria yang masih bekerja di laut. Tapi minggu lepas ibu Zek telah memaklumkan pada abangnya tentang keadaan Zek. Kereta di pandu menuju ke Hospital Besar Kuala Terenggau. Sebaik saja sampai di situ, pas pelawat segera ditunjukkan pada ‘guard’ yang berjaga di pintu.
Zek masih tidak berubah masih seperti dulu. Rakan-rakan yang lain sentiasa menelefon menanyakan keadaan Zakri.Begitulah rutin harian Ika. Hinggalah suatu hari Zek sudah boleh bangun dan berborak seperti selalu.

“Tak jadi juga kau nak kahwin dengan aku Ika.”
“Kenapa pulak? Kan ke hidup kita masih panjang. Betul ke kau ni nak kahwin dengan Ika. Selalu sangat main-mainlah.”
Seulas limau dihulurkan pada Zakri.
“Kau suaplah. Aku nak rasa suapan bakal isteri aku.”
“Kau ni sakit lagi ke? Nak Ika panggilkan doktor?”
“Aku tak nak doktor, aku nak kau aje. Suaplah Ika, sekali je. Lepas ni aku takkan minta kau suap aku lagi. Aku janji.”
“Iyalah, aku percaya. Nah, nganga lah luas-luas. Jangan gigit tangan Ika dahlah.”
“Aku tak makan darahlah. Mak, nilah menantu mak.”
Zakri memberitahu pada ibunya yang baru masuk tiba.
“Apalah kau ni, Zek!”
“Kau malu ke? Tadi tak percaya sangat aku nak kahwin dengan dia. Hah sekarang malu pula bila aku mengaku. Mak….Mana abang?”
“Nanti malam abang sampailah tu. Senang hati mak tengok kau hari ni.”
“Zek takut tak sempat nak jumpa abang je.”
“Kau nak gi mana Zek?”
“Balik hostellah, kawan-kawan kan tengah tunggu aku kat hostel. Dia nak buat Doa selamat untuk aku.”
“Baguslah tu.”
“Tapi, mak dan abang pun kena buat majlis kat rumah juga. Panggil orang ramai-ramai tanda Zek selamat.”
“Kau ni banyak sangat karenahlah Zek. Kesian dekat makcik.”
“Kau tak boleh panggil makcik lagi Ika. Kau kan menantu dia. Panggil mak. Sejuk hati abang dengar.”

Perangai Zakri semakin menjadi-jadi. Ika dan ibunya hanya menurut segala kemahuaannya, maklumlah orang baru sihat. Ika meminta diri untuk pulang ke asrama.

“Malam ni kau kena datang Ika! Syed pun datang sama.”
“Mana ada, Syed masih study kat UK lagi. Tak boleh balik.”
“Takk…Malam ni apa-apa pun dia mesti datang juga. Aku tahu. Dia aje yang belum jumpa aku. Jangan lupa bawa XXL Zinger Burger ya.”
“Yang tu banyak kolesterol, sayang. Tak boleh makan.”
“Apa kau kata Ika? Ulanglah sekali lagi. Suka betul aku dengar. Kau sayang kat aku ke Ika?”
“Hisy! Malas Ika nak layan. Ika balik dulu.”
“Ika…Sekali je, nanti kempuanan aku nak dengar. Cuba kau kata sekali lagi. Tolonglah abang ni, sayang.”
Ika menggeleng. Katil Zek didekati.
“Sayang, Ika nak balik ni sayang. Jaga diri sayang ye. Malam ni ika datang jenguk sayang lagi. Sayang nak makan burger, kan. Biar Ika beli untuk sayang ye. Sayang, sayang sayang, sayang. Puas hati?”
Bisik Ika, ibu Ika hanya tersenyum seolah-olah memahami.
“Hah! Sukanya, mak. Ada orang sayang dekat Zek. Sayang pun sayang, sayang!”

Jerit Zakri sebelum Ika hilang di balik pintu. Ika sampai ke asrama, kemudian kembali ke meja tulisnya. Namun kosentrasinya terganggu dengan perangai Zakri hari itu. Dia teringatkan Syed, email terus dibuka. Tiada balasan. Ika hampa lagi.

‘Kenapa dia tak balas? Apa salah aku? Mungkin dia sibuk kot. Atau dia marahkan aku.’

Ika Berbaring dikatil. Kemudian terlelap. Beberapa minit kemudian Cindy datang mengejutkannya.

“Ika…. Malam ni aku nak ikut kau sama ke wad. Aku rindu sama Zek lah.”
“Hei! Nyonya itu Zek Ika jangan kacau.”
“Kau tahu Ika, dia nak jumpa aku malam ni. Dia suruh aku beli dia punya burger lah XXXL Zinger Burger. Jangan lupa kau panggil aku Ika.”

Ika menghilang ke bilik air. Selepas selesai membersihkan diri, Ika terus bersiap-siap untuk ke hospital. Begitu juga Cindy. Awal-awal lagi dia tercongok dengan kebaya pemberian Zakri. Biarpun dia bukan Melayu, dia paling suka berpakaian seperti seorang Melayu. Zakri yang mengajarnya. Selepas itu mereka sama-sama bertolak. Mereka singgah ke KFC untuk membeli apa yang dipesan Zakri.

“Amoi! Kau cantik-cantik malam ni apehal?”
“Wa nak jumpa wa punya lakilah. Wa punya mak mertua…Dan wa punya abang ipar.”
Ika menggeleng kepala. Cindy dan Zakri lebih kurang saja perangainya.
“Hah! Sampai pun. Turunlah.”
Arah Ika, bila melihat Cindy takut-takut.
“Wa takutlah Ika.”

Ika membuka pintu untuk Cindy, kemudian matanya tertumpu pada ‘sport’ metallic di sebelah keretanya.

‘Macam kenal’
Cindy hairan bila Ika terdiam memandang kereta disebelahnya.
“Hoi! Materialistik betul lu ni. Nak keluar lu punya mata bila tengok kereta tu ya. Nanti wa beli satu untuk lu ya.”
“Hah?! Bukan ape? Macam kenal je kereta tu. Tapi mungkin kereta sama kot.”
“Jomlah, wa nak jumpa wa punya kuarga lah.”
Ika mengikut langkah Cindy yang tergedek-gedek ke pintu masuk hospital.

“Aku rasa tak sedap hati je, Cindy.”
“Kau dah rasa hati kau ke?”
Cindy ketawa. Mereka sampai ke wad. Tapi kosong.
“Mana Zek?”

Ika dan Cindy sama-sama terkejut. Mereka terus bertanya ke kaunter berdekatan. Seorang jururawat membawa mereka ke sebuah bilik. Mereka hanya mengikut. Setibanya di satu bilik, kelihatan Zakaria menenangkan ibu Zakri dan yang paling mengejutkan Ika, Syed turut bersama mereka. Ika tergamam bila melihat sekujur tubuh yang diselimuti kain putih dari atas kepala. Bungkusan KFC terlepas jatuh. Cindy sudah terduduk di lantai.

‘Tak mungkin..Tak mungkin itu Zek…’

Ika merapati jenazah yang telah diselimuti dengan kain putih. Airmata yang bertakung di pipi hanya menunggu masa untuk dihambur keluar. Syed menghampiri Ika, membantu
Ika agar menerima kenyataan, bahawa Zakri telah dijemput pergi. Selimut putih disingkap lembut oleh Ika. Tenang wajah Zakri yang telah ‘tiada’ lagi. Ika jadi lemah, seluruh tenaga terbang. Hanya kenangan bersama Zakri berputar-putar di ruang memori Ika, satu persatu ianya singgah. Ika cuba menguatkan diri, menerima ‘kehilangan’ ini sebaik mungkin.

‘…
“Aku tak nak doktor, aku nak kau aje. Suaplah Ika, sekali je. Lepas ni aku takkan minta kau suap aku lagi. Aku janji.”
“Iyalah, aku percaya. Nah, nganga lah luas-luas. Jangan gigit tangan Ika dahlah.”
“Aku tak makan darahlah. Mak, nilah menantu mak.”
….’

“Sabar Ika. Sabar.”
“Zek….Kenapa mesti dia? Kenapa dia yang tinggalkan Ika,Syed?”

Suara Ika tersekat dikerongkong. Tangan Syed cuba ditolak lembut. Ika perlu gagah.

“Sabar, nak. Zek dah ‘tiada’. Lepas Ika balik petang tadi Zek alami masalah pernafasan, lepas aje doktor check. Zek tidur, lepas tu…Lepas tu mak kejutkan dia, tapi dia dah ‘pergi’.”

Ibu Zakri teresak lagi. Syed mententeramkan ibu Zakri.

“Mak…..”

Sayu hati si ibu melihatkan Ika yang telah terduduk dilantai. Sedaya mungkin Ika menahan tangisan.

“Syed……Zek dah….Zek dah pergi. Zek tinggalkan aku, Syed.”
“Ya, Ika. Aku tahu. Kita balik Ika.”
“Siapa nak temankan Zek kalau Ika balik?! Ika nak tunggu sini, Ika nak tunggu Zek.”
“Takpelah Ika,abang tunggu ‘arwah’ malam ni.”
“Arwah?!”

Airmata Ika meniis jua, kenapa mesti ‘arwah’?! Zakri, sampai hati kau, tinggalkan Ika.Ika memimpin Cindy mengekor Syed. CIndy sudah kehilangan kekuatan. Hanya airmata yang bercucuran di pipinya.

“Bila kau balik, Syed?”

Ika cuba bertenang sebaik mungkin. Sengaja dia memulakan topik perbualan dengan Syed yang sudah lama tidak ditemui.

“Dua hari lepas, semalam aku terus ke sini bila baca email kau.”
“Kau tak pergi lagi, Syed?”
“Aku dah habis study kat sana.”
“Patutlah Zek beria benar kata kau akan datang. Dia tahu dia dah nak ‘pergi’. Tadi dia sihat sangat. Dia ajak Ika kahwin tapi dia tinggalkan Ika.”
“Ika…..Maaf.”
“Kenapa kau minta maaf dari Ika?”
“Sebab aku biar kau tunggu balasan email aku. Tapi aku tak balas.”
“Ika tahu Syed sibuk.”
“Aku tak sibuk Ika. Tapi…”

Ika terdiam. Syed?! Apa salah Ika? Syed mengeluh kasar.

“Ika, Zek akan disemadikan di Terengganu. Di kampung arwah ayahnya. Aku jemput kau dengan..”
“Cindy! Dia makwe Zek.”

Ika memberitahu Syed tanpa ditanya.

“Hmm….Malam ni, Ika akan beritahu rakan-rakan di kolej.”
“Aku hantar, lagipun biar abang Zek guna kereta kau dulu.”

Selepas bersalaman dengan ibu Zek dan meminta diri untuk pulang. Ika dan Cindy menaiki kereta Syed ke asrama. Cindy masih lagi terdiam. Mungkin kerana dia benar-benar terkejut. Ika dan Cindy dihantar ke asrama. Cindy terus naik kebilik, Cindy meraung semahunya hingga membuatkan teman-teman lain bertanya kehairanan. Hati Cindy hancur dengan pemergian insan yang disayangi.

‘Kenapa kau tinggalkan aku, Zek. Aku sayang kau. Kau saja yang ada untuk aku. Kau janji akan bahagiakan aku, tapi kenapa kau tinggalkan aku dulu.’

Cindy menangis lagi. Sementara itu, Ika masih bersama Syed. Meminta Syed menemaninya ke pantai. Suasana sepi, hampir 3 tahun Ika tidak menemui Syed. Segalanya agak kaku bila mereka bersendirian. Syed mengeluarkan sekotak rokok, kemudian diambil dan diletakkan ke birai bibirnya dinyalakan api dan disedutnya perlahan, kemudian kepulan asap rokok yang disedut sebentar tadi dihembuskan perlahan-lahan. Ika menoleh memandang Syed.

“Zek tinggalkan kita Syed…Ika…Ika…”

Airmata Ika tumpah jua, Semahunya Ika menangis di depan Syed. Hatinya sakit. Sakit dengan kehilangan seorang teman yang paling di sayangi.

“Menangislah Ika.”

Syed menghabiskan rokoknya, kemudian menyambung dengan rokok baru. Ika kehairanan.

“Sejak bila kau pandai merokok?”
“Hmm……”

Syed kurang mengerti dengan soalan Ika. Ika mengesat kesan airmata yang mengalir di pipinya.

“Setahu Ika, Syed tak suka merokok. Ika ingat lagi masa sekolah dulu, Syed…..”
“Tak payah diingat semua tu lagi Ika. Aku dah buang semua tu jauh-jauh.”

Syed menyampuk, membiarkan keadaan semakin sepi.

“Kau dah banyak berubah, Syed.”
“Kau yang minta aku berubah, Ika.”

Ika kehairanan. Syed mengeluh kasar.

“Jom! Aku hantar kau pulang hostel, lagipun tak baik kita berdua dalam gelap macam ni.”

Ika akur. Selepas menghantar Ika pulang ke asrama. Syed kembali ke apartmen yang baru dibelinya minggu lalu, di Permint Harmoni. Segalanya masih kosong. Maklumlah baru semalam dia datang melihat apartmen tersebut. Abah belikan untuknya sebagai kemudahan untuk Syed menginap semasa bekerja nanti. Syed menjatuhkan tubuh ke sofa.

‘Sampai bila aku perlu mengharapkan kau. Kau tak pernah menghargai aku. Aku saja yang bodoh mengejar kau tanpa jemu. Argh! Semuanya terlalu menyakitkan aku. Ika, Zek dan Hisyairi. Kenapa sukar benar aku menduga hatimu. Aku tewas dengan permainanku sendiri.’

Syed mengeluh lagi. ‘Wallet’ dari poketnya dikeluarkan dan dibuka. Ditatapnya sekeping gambar yang hampir 4 tahun beraja di ‘wallet’ nya. Dia tersenyum dan berangan sendirian.

“Cindy?!”

Ika membalikkan tubuh Cindy yang tertiarap di katil. Dipeluknya teman sebilik yang sedang kesedihan. Cindy masih tersesak.

“Kenapa dia tinggalkan aku, Ika!!”
“Sabar, Cindy. Jangan ikutkan perasaan. Esok kita kena bertemu dengan keluarga Zek lagi, kan. Ika faham perasaan Cindy. Tapi….”
“Ika!!!”

Cindy memeluk Ika erat, dan menangis lagi. Semalaman Ika berjaga kerana bimbangkan Cindy. Sambil itu Ika turut menunaikan solat hajat, memohon arwah Zek ditempatkan ditempat orang yang beriman. Hinggalah Subuh menjelma, Ika terkejut bila Cindy yang kebiasaannya susah bangun pagi. Bangun tanpa perlu dikejutkan. Cindy terus ke tandas membersihkan diri. Matanya bengkak dan langkahnya lemah. Ika cuba memahami perasaan Cindy yang benar-benar tak terurus.Selepas Cindy kembali dari tandas. Segera Cindy mengenakan sepasang kurung berbunga hitam.

“Ika….Bagi aku pinjam tudung hitam kau.”
“Ambillah Cindy. Lagipun Ika nak ke bilik air ni. Nak mandi dan solat Subuh sekali. Kenapa cepat sangat Cindy bersiap hari ni?”

Cindy diam. Ika terus ke bilik air, sekembalinya dari bilik air dilihatnya Cindy berteleku dimeja tulisnya. Termenung jauh ke luar tingkap bilik. Ika menunaikan solat Subuh dan seperti biasa mendoakan kesejahteraan arwah Zakri dan perlindungan kepada orang-orang disayanginya. Selepas itu Ika turut bersiap.

“Cindy, kita ‘breakfast’ dulu ya.”

Cindy menggeleng. Ika hanya menggeleng. Kemudian dikeluarkan tin milo dan roti dari laci makanannya. Selepas selesai ‘breakfast’, mereka sama-sama ke Pejabat Hal Ehwal Pelajar di bahagian atasan kolej. Dimaklumkan tentang kematian Zakri kepada Penyelia Pelajar. Selepas itu mereka menuju ke luar kawasan kolej untuk menunggu bas. Nasib Syed telah lama menunggu di situ. Ika terus ke kereta Syed sambil memimpin Cindy.

“Cindy…Saya hantar awak ke rumah nenek Zakri dahulu ya. Emak Zakri nak awak ke sana dulu. Sementara itu saya dan Ika akan datang mengambil barang-barang Zek di sini.”

Cindy mengangguk. Sedih Syed melihat Cindy begitu. Selepas menghatar Cindy, Syed dan Ika kembali ke hostel. Mengangkat barang-barang arwah Zek. Rakan-rakan Zek yang lain turut membantu. Selepas itu, pihak kolej telah menyediakan dua buah bas untuk sesiapa yang rapat dengan arwah untuk menziarah.
Kehilangan Zakri mengubah Cindy. Ika dan teman-teman lain cukup perasan tentang hal tersebut. Kini Syed sudah mula bekerja di Hospital Besar Terengganu. Setiap hujung minggu Ika dan Syed bertemu. Suatu petang ketika Ika dan beberapa orang teman ke Pizza Hut Cafe di Kuala Terengganu. Ika terpandangkan kereta Syed. Ika tidak lansung menghiraukannya. Maklumlah jadual dia dengan Syed hanya setiap hujung minggu. Ika dan teman-teman masuk ke Restoran KFC, seperti biasa selepas menempah makanan mereka akan mencari tempat duduk diparas dua.

“Ika! Itu Syed, kan?”
Ika hanya mengangguk.
“Siapa dia tu?”
Tanya Zana ingin tahu. Lebih lagi bila melihat ketampanan Syed.
“Pakwe Ika!”
Spontan Cindy menjawab.
“Isy! Bukanlah, kawan je. Kejap ya.”
Ika bangun menuju ke arah meja Syed.
“Sorang je?”
“Eh, Ika! Datang ngan sape?”
Syed terkejut. Serba salah.
“Tuu…..Jomlah join kitorang.”
Ajak Ika.
“Hmm…Tak..Takpelah, aku…aku datang dengan…..”
“Hai….”
Seorang gadis manis menegur Ika. Terpampan Ika.
“Saya Nisya. Awak ni…Hmm…Tentu Kak Ika, kan?!”
“Hmm…Mana awak tahu nama saya?”
“Abang Zam yang beritahu Nisya. Saya pembantu dia di hospital.”
“Ooh….Lunch kat sini. Tak jauh ke?”
“Kalau kat hospital tu, jangan harap Nisya boleh keluar gini. Ramai sangat wartawan tak bertauliah. Lagipun Abang Zam suka tempat ‘privacy’. Kan abang, kan?”
Danisya memaut lengan Syed manja. Ika terdiam.
“Takpelah, maaf yea sebab mengganggu awak berdua. Berbahagialah ya.”
“Ika! Jangan lupa ‘tomorrow’.”

Syed mengingatkan Ika. Ika mengangguk dan berlalu. Entah mengapa fikirannya bercelaru bila melihat kemesraan Nisya dan Syed. Ika kembali ke mejanya.

‘Kenapalah aku sering dkecewakan.’
Ika mengeluh sendiri.
“Cepatlah makan, Ika nak balik ni.”
“Kenapa awal sangat?”
Tanya Zana.
“Ika ada assignment yang masih tak siap. Lagipun panas kat sini. Rimas lah.”

Cindy menyiku Ika. Selepas selesai makan mereka terus pulang ke asrama. Cindy yang memahami keadaan Ika, hanya mampu terdiam. Di bilik Ika melepaskan perasaan yang terbuku di hatinya pada si Diari pemberian arwah Zakri satu tika dulu. Handset berbunyi, mengejutkan Ika dan Cindy. Ika memandang nama pemanggil yang tertera di skrin handset. Entah mengapa Ika menutup telefonnya kasar. Cindy hanya tersenyum sinis. Kelakar dengan sikap Ika, marah tak bertempat.
Keesokan paginya, awal-awal lagi seorang ‘junior’ mengetuk bilik Ika. Memberitahu kehadiran Syed. Ika merengus kasar. Cindylah yang memujuknya agar keluar dengan Syed, biarpun dia tahu hati Ika masih geramkan Syed. Ika lansung tidak menegur Syed, dia terus masuk ke kereta tanpa berkata sepatah pun.

“Kenapa ni? Banyak sangat ke kerjanya?”
“Taklah…”
“Habis, tarik muncung empat belas dengan aku ni.”
“Ikut suka sayalah. Awak susah apa pasal. Kalau tak suka hantar saya balik kat hostel je.”
“Bukan tak suka, tapi geram tengok muncung ‘punai’ awak tu. Ni nak pergi mana?”
“Laa…Awak yang ajak saya keluar, takkan tak tahu nak pergi mana.”
“Kita ke pantai, nak?”
“Buat ape? Minum air masin?”
Syed ketawa.
“Kenapa ketawa? Ketawalah puas-puas. Awak tu memang, suka sangat sakitkan hati saya tau.”

“Alah baru usik sikit dah merajuk.”
“Sape merajuk?! Sakit hati tau.”
“Pasal apa?”

Ika terdiam. Syed cuba memancing lagi. Cindy telah memberitahu segalanya pada dia. Kereta diberhentikan di tepi pantai. Syed dan Ika turun dari kereta dan beriringan berjalan ke gigi pantai.

“Cantik kan Pulau Kapas tu. Pasir dia putih, bersih dan tentu nyaman, kan?”
“Kenapa tak ajak Nisya keluar hari ni?”
“Malaslah, hari ni date Syed ngan Ika.”
Ika melabuhkan punggung ke sebuah bangku.
“Dulu masa aku kat ‘oversea’ kau rindu tak dekat aku, Ika?”
“Buat ape rindu kat kau?”
“Laa….Itupun tak tau, ingat kat aku lah.”
“Ooh…Balas dendam semula ya.”
Ika bangun menyusuri pantai. Syed turut mengekor.
“Kenapa bawa Ika ke sini? Kenapa tak ajak Nisya?”
“Hmm…..Sikit-sikit Nisya. Aku takde apa-apa ngan dia. Cukup sebagai kawan sepejabat je. Lagipun dia pembantu aku. Kau jealous ke Ika.”
“Buat ape nak jealous kat kau. Sorry tau.”
Ika kembali ke bangku.
“Sikap kau hari ni macam….”
“Macam ape?”
“Iyalah…Kau macam tak suka je keluar ngan aku.”
“Syed, Ika sibuk kat kolej. Lagipun tahun ni tahun akhir Ika di kolej.”
“Kau nak balik?!”
Ika terkejut. Seyd berjalan ke keretanya, Ika mengejar.
“Syed!!”
Langkah Syed terhenti.
“Kenapa ni? Tadi beria sangat ajak Ika keluar.”
“Aku tak nak keluar dengan orang yang tak ikhlas nak temankan aku.”
“Ooh….O.k! O.k! Ika minta maaf.”

Ika mengangkat sebelah tangannya ke bahu. Seolah-olah memohon maaf dari Syed. Syed yang tadinya muram, kini tersenyum.

“Syed nak ‘lunch’ kan? Kat mana?”
“Hmm….KFC?!”
“Tapi jauhlah dari sini.”
“Kita jalan kaki je. Bukan jauh sangat, dah lama aku tak jalan dengan kau.”
“Ooh….Nak kenakan Ika ya. Jomlah! Boleh ‘exercise’ skit.”
Mereka berjalan beriringan ke tempat yang ingin dituju.
“Sibuk betul Terengganu bila hari Jumaat, kan?”

Mereka masih menanti di birai jalan. Sesekali memandang kiri ataupun kanan untuk melintas. Syed memegang tangan Ika kemas. Biarpun Ika cuba menarik tangannya kembali.

“Jomlah!”
Setibanya di tepi jalan. Handset Syed berbunyi, Syed segera mengangkat handset tanpa mempedulikan tangannya yang erat memegang jemari Ika. Syed berborak te telefon sehinggalah mereka sampai di depan restoran KFC.

“Syed tak takut gosip ke? Kan ke sini dekat dengan hospital tempat Syed kerja.”
“Tak kisahlah, baguslah kalau ada yang nampak. Biar diorang tu tak ‘mengacau’ lagi sudah. Kau ambil ‘seat’ dulu. Biar aku order.”

Ika cuba memesan apa yang diingininya tapi Syed terus melangkah ke kaunter. Ika mengambil tempat ditepi tingkap restoran. Seketika kemudian Syed pun datang.

“Makanlah.”
“Apa Syed ‘order’ untuk Ika?”
“Tuu….”
Bibir dijuihkan ke dulang.
“Banyaknya. Mana satu Syed punya?”
“Kongsilah, takkan ‘awak’ nak makan sorang kot.”
“Sedap guna perkataan awak tu,kan?”
Ika ketawa.
“Awak nak makan ape?”
Syed bergurau lagi.
“Saya nak makan apa yang awak makanlah.”
Ika membalas gurauan Syed.Serentak itu mereka pun sama-sama ketawa.
“Lama tak ketawa macam ni.”
Syed tersedak di meja makan. Ika masih ketawa.
“Alamak! Air pun dah habis. Kejap ya.”
Syed bangun untuk memesan minuman.
“Tak payahlah….Ika punya kan ada.”

Syed mengambil air yang dihulurkan Ika. Sedang mereka bergelak ketawa. Handset Syed berbunyi sekali lagi. Cemas muka Syed bila menjawab panggilan tersebut. Setelah handset di matikan.

“Ada kes lah. Nasib duduk depan hospital. Ika nak balik, baliklah dulu. Syed nak ke hospital ni!”
“Takpe, Ika ikut.”
“O.klah tu. Jom!”

Mereka beriringin masuk ke perkarangan hospital. Syed menarik tangan Ika, dan melangkah laju. Segan bila beberapa orang ‘nurse’ memandang mereka hairan. Ketibaan Syed disambut oleh dua orang doktor lain dan beberapa orang ‘nurse’.

“Ika duduklah dulu. Syed ada hal ngan ‘patient’ kejap.”

Ika mengangguk. Syed menghilang dibalik pintu. Inilah kali pertama Ika memasuki bilik tamu hospital. Sementara menunggu Syed, Ika membelek majalah yang terdapat di situ. Seketika kemudian.

“Cik, Doktor Nizam pesan kat saya kalau ada apa-apa yang cik mahu. Beritahu saya. Saya Nisya.”
Ika mengangkat muka, memandang jururawat tersebut.
“Kak Ika! Saya ingatkan sapa tadi. Abang Zam kena ‘operate’ patient. Sebab tu lambat. Kalau akak tak keberatan, abang Zam suruh akak tunggu dia dekat bilik dia je. Lagi ‘privacy’.”
“Bagus juga tu. Jomlah.”
Ika mengikut Nisya ke bilik kerja Syed.
“Letih betul hari ni! Tergesa-gesa saya datang. Nasib Puan Maria selamat dibedah.”
“Betul tu, Zam! Aku pun panik masa dia kena serangan tu. That’s why aku terus call engkau.”
Syed memandang jam ditangannya. Hampir 5 jam dia dibilik bedah.
“Ya allah!”
Syed menepuk dahi. Daniel kehairanan.
“Kenapa?!”
“Ika! Kejap ya.”
Syed berlari ke biliknya.
“Zam!!”

Teguran Daniel mengejutkan Syed. Ika keluar dari tandas dan terkejut dengan kehadiran Daniel bersama dua orang jururawat. Ika mengambil begnya dari tangan Syed, kemudian bersalaman dengan jururawat yang bersama Daniel.

“Kenalkan Ika, ini kawan Syed, Dr Daniel. Pakar sakit puan.Daniel. Ni Ika.”
Ika hanya tersenyum.
“Oh, patutlah kau lari macam lipas kudung tadi ye. Ada makwe menunggu rupanya. Jomlah join kitorang ke kafe, aku belanja.”
“Takpelah, lagipun aku nak hantar Ika balik.”
“Ika?!”
Daniel mengharapkan kesudian Ika.
“O.klah, takpe Syed. Lagipun bukannya petang sangat, kan.”

Syed hanya mengangguk. Mereka berborak di kafe, sehingga lupa tentang waktu yang semakin senja. Selepas minum, mereka terus ke surau terdekat. Menunaikan solat. Selepas itu mereka sama-sama ke tempat letaknya kereta Syed. Malam sudah menjengah. Jam telah menunjukkan jam 9.00 malam. Ika berjalan sambil berpeluk tubuh.

“Sejuk ke?”
“Taklah, bimbang jalan malam-malam macam ni.”
“Takkan ngan aku pun kau nak takut. Sejak bila takut jalan ngan aku ni?”
Syed tersenyum.
“Nisya tu baik, kan?”
Ika mengalih topik, lantas memandang Syed di sebelahnya.
“Kenapa diam? Ika suka dengan Nisya tu. Comel je. Manis dan baik hati. Kau tak suka ke? Sejak kau ‘start’ keja sini kau tak pernah akrab ngan pompuan cam masa sekolah dulu, kan? Bila kau nak kahwin?”
Syed terpana mendengar kata-kata Ika.
“Lepas kau kahwin, aku kahwinlah.”
“Kenapa sampai tunggu Ika? Ika ni tak laku, tak cantik, tak manis dan tak baik hati cam Nisya tu. Sapelah nak kat Ika ni. Serba kekurangan.”
‘Aku nak!’
Bisik hati Syed, Syed tersenyum sendirian.
“Hah! Kenapa senyum sorang-sorang ni? Berangan ke?”
“Ika, jom kita lepak kat pantai tu dulu.”
“Isy! Malam-malam ni tak takut ke?”
“Takut ape? Kau ada aku, kan?”
Ika hanya mengikut, mereka duduk diatas pepasir di tepi pantai.
“Dah lama kita tak borak panjang, kan? Macam mana hidup kau sekarang? Dah ada yang berpunya ke?”
“Kau ni banyak sangat tanya, Syed. Kalau aku ni, sapelah yang nak. Dulu masa Ika minat kat Syairi tu. Ika beritahu kat dia. Tak malu betul masa tu. Bayanglah! Dia boleh tolak Ika mentah-mentah.”
“Kau menangis tak masa tu, Ika?”
Tanya Syed lagi.
“Nak nangis buat apa? Ika sedar diri Ika ni sape, Syed. Hah! Tengok sekarang ni kau pun tak minat kat Ika. Padahal dah nak masuk 10 tahun berkawan, kan. Takkan Ika tak sedar lagi.”
Ika menguis pepasir di hadapannya.
“Aku memang suka kau sejak dulu lagi. Tapi kau aje yang tak suka aku ni.”
Spontan Syed menjawab.
“Jangan nak ambil hati Ika lah Syed. Kalau dari dulu lagi Syed nakkan Ika ni. Tentu dah lama Syed luahkan perasaan dekat Ika.”
Ika menduga Syed lagi.

“Dulu lain, kalau sekarang kau nak aku luahkan perasaan boleh. Tapi…Hmm, kejap ya.”
Syed berlari ke keretanya.
‘Macam-macamlah kau, Syed. Sejak dulu lagi Ika tahu Syed cuba membuatkan Ika sentiasa gembira. Sebab tu Ika menghargai kau, Syed. Kau terlalu baik. Tapi Ika sedar Ika tak setaraf dan tak mampu bergandingan dengan Syed…’
“Hah! Sekrang kau duduk diam-diam ya. Ika…..Syed benar-benar sukakan Ika, Nah terimalah cincin ni tanda hubungan kita yang baru terjalin ni.”
Ika ketawa dengan perilaku Syed. Sebentuk cincin ‘silver’ dihulurkan.
“Dahlah tu, jangan buat lawak lah. Tengah-tengah malam ni, kan kena sampuk susah.”
“Ika…Aku serius ni.”
“Isy! Geli Ika dengar, tapi cantik cincin ni. Betul ke nak kasi dekat Ika?”
Syed mengangguk, tangannya masih menghulurkan cincin tersebut.
“Terima kasih, Syed. Tapi apa Ika nak bagi dekat Syed ya. Hmm…”
Ika mencabut gelang silver di tangannya. Syed masih menanti.
“Tak payahlah berbalas Ika, Aku tak minta pemberianku dibalas.”
“Nah! Kalau kau benar-benar anggap Ika kawan. Ambillah.”
Syed akur. Di ambil gelang yang dihulurkan oleh Ika.
“Mari, Ika pakaikan dekat tangan Syed. Takpe, kan?”

Syed menghulur tangannya. Ika tunduk memakaikan gelang tersebut ke tangan Syed. Keadaan yang gelap membuatkan Ika sukar memakaikan gelang tersebut ke tangan Syed.

‘Kenapalah kau tak pernah fahami aku, Ika.’
Syed mengeluh sendirian . Sebaik Ika mengangkat kepalanya.
“Burp!”
Kepala Ika terhantuk ke dagu Syed.
“Aduh!”
“Ops! Sorry, Ika.”
Syed tergigit bibir sendiri. Ika memegang tudungnya yang senget.
“Sakit ke?”
“Taklah, kau?”
“Aku o.k. Jom kita pergi makan, aku laparlah.”
“Hmm, boleh juga. Ika nak makan sate kat Sri Kolam, nak?”
“Orait! Jom.”
Mereka beriringan ke kereta. Kereta mula dihalakan ke tempat yang dituju.
“Syed….Bibir kau luka ke?”
“Hmm…..”

Syed terkejut dengan teguran Ika. Dirasanya bibir yang agak pedih. Ika menghulurkan sehelai tisu, tapi Syed masih tidak dapat menyapukan darah yang melekat dibibirnya.

“Kepala kau ni, kepala besi kot.”
Gurau Syed.
“Mari Ika tolong.”

Tisu diambil dari tangan Syed. Sesekali tangan Syed bersentuhan dengan tangan Ika. Makanan yang dipesan sampai. Syed hanya dapat menjamah sedikit makanan kerana bibir yang masih luka dan pedih. Selepas makan, Ika dihantar oleh Syed kembali ke ‘hostel’. Keesokan harinya, semasa mengeluarkan barang-barang dari beg galasnya. Ika terjumpa kad kerja Syed.

‘Alamak, lupa pulak! Macam mana Syed masuk pejabat hari ni.’
Nombor telefon pejabat Syed dihubungi. Tapi, Syed terpaksa minta cuti.
“Cindy, kau ada kelas pukul berapa?”
“Tengahari nanti, kenapa?”
“Temankan Ika kejap, Kad kerja Syed tertinggal, Ika lupa nak kasi semalam. Kejap je.”

Mereka bersiap-siap ke apartmen Syed. Setelah mendapatkan keizinan dan bantuan ‘guard’. Mereka berjaya mencari apartmen Syed. Beberapa kali loceng dibunyikan tapi tiada jawapan. Ika hampa, begitu juga Cindy. Ketika mereka melangkah untuk pergi. Terdengar pintu gril dibuka. Syed tersembul dengan muka yang tak terurus. Terkejut Ika dan Cindy.

“Kenapa ngan kau ni, Syed? Tak kerja ke?”
“Kepala aku sakit. Ntahlah badan pun rasa semacam je. Apehal kau datang ni?”
“Ni…Nak kasi kad kerja kau tertinggal dalam beg galas Ika semalam.”

Syed duduk di sofa. Tubuhnya dibaringkan ke sofa. Cindy dan Ika hanya memerhati. Kasihan melihatkan keadaan Syed. Terasa bahang kepanasan dari tubuh Syed. Ika menggeleng, melihatkan keadaan Syed. Syed memejam mata rapat-rapat.

“Dah ‘breakfast’ ke?”
Syed menggeleng.
“Kau ni demam, dah mandi ke?”
Syed menggeleng lagi.
“Biar aku masak Ika. Lagipun aku tahu masakkan bubur sayur.”
“Bagus jugak tu, kau dah makan ubat, Syed?”

Syed mengangguk. Dia terasa benar-benar lemah. Kepalanya bagai nak pecah. Beberapa kali di mengurut kepalanya tapi semua tu lansung tidak dapat menghilangkan kesakitan pada kepalanya. Mujurlah Ika dan Cindy datang, selepas mengambil dua biji panadol dia hanya mampu bertahan beberapa minit saja. Tubuhnya terasa panas dan kadang-kadang sejuk yang hampir mencengkam ke tulang. Syed berehat di sofa, sementara menunggu Cindy memasakkan bubur. Akhirnya Syed terlena sendiri.

“Akak!! Akak!! Abang dah celik!!!”

Beberapa minit kemudian Syed mula membuka mata. Seorang kanak-kanak menjerit-jerit memanggil seseorang.

‘Bermimpikah aku. Siapa budak perempuan comel ni? Dimana aku berada? Di mana Ika dan Cindy.’
Syed cuba bangun dari sofa, tapi kepalanya kembali berpusing-pusing.
“Syed…Bangun makan dulu.”

Lembut suara Ika menyapa di telinganya. Mata kembali dibuka. Dilihatnya kelibat Ika bersama dulang jus dan bubur nasi. Perutnya sudah berkeroncong minta diisi. Syed cuba bangun bersandar ke sisi sofa. Dihirupnya jus oren, namun tekaknya terasa pahit. Malah bibirnya pun terasa pedih.

“Perlahanlah sikit, Syed tak payah makan sendiri. Biar Ika suapkan.”
Terasa rindu pada Umi yang jauh.
“Dah dua jam Syed tidur. Bubur ni Cindy yang masak tadi. Maaflah, Ika tak balik lagi. Ika ajak Boy dan Natasha temankan Ika kat sini. Lagipun kesian Syed.”

Sesekali sudu yang menceduk bubur disuapkan ke mulut Syed. Syed hanya menurut.

‘Alangkah bagusnya kalau aku dapat rasai semua ni dari kau selama ini. Perlukah aku sakit seumur hidup untuk mendapat layanan istimewa begini.’
“Syed….Syed.”
Syed terkejut dari lamunannya.
“Nak tambah lagi ke? “
Syed menggeleng.
“Nah airnya. Syed nak apa-apa lagi ke?”
“Aku nak ke bilik air. Mandi.”
Syed bangun menuju ke bilik air dengan dibantu oleh Ika.
“Aduh!!”

Syed menjerit apabila kakinya terpijak sesuatu benda yang tajam. Terduduk Syed ke lantai. Ika mendapatkan Syed. Seorang budak lelaki yang bermain di sekitar Boy dan Natasha hanya ketawa. Syed merengus geram.

‘Kurang asam punya budak! Mentang-mentang aku demam hari ni. Senang-senang kau ketawakan aku.’
Syed merungut di dalam hati. Ika membantu mengutip mainan Boy.
“Maaflah, Syed. Tadi tu mainan Boy.”
“Hmm….”

Syed masuk ke bilik air. Dirinya terasa segar bila dibasahi air. Selepas beberapa minit berendam dalam tab mandi. Syed pun keluar dari bilik air. Ika bersama Boy dan Natasha menanti Syed di ruang tamu. Sebaik Syed selesai berpakaian, Syed keluar ke ruang tamu.

“Syed dah sihat ke? Petang ni Ika dah nak balik ‘hostel’. Takpe, kan?”
“Hah?! Pening lagi ni, tapi kadang-kadang je.”
Syed berpura-pura. Disandarkan kepalanya ke sofa. Ika mendekati Syed.
“Nak ‘lunch’ ke? Ika dah siapkan.”
Syed mengangguk.
“Jomlah! Boy, Natasha mari ikut kakak. Mari, Syed.”

Ika memimpin Natasha dan Boy ke ruang makan. Syed turut mengikut. Ika melayani Syed di meja makan selepas meletakkan lauk-lauk ke pinggan Boy dan Natasha.

“Ika dah makan ke?”
“Takpelah, Syed makanlah ngan budak-budak ni. Nanti Ika makan.”

Syed menghulurkan pinggan pada Ika. Mengarahkan Ika agar turut makan bersama-sama dengannya. Sedang mereka makan, Syed tersedak. Bingkas Ika bangun menghulurkan segelas air.
Syed merasa benar-benar dihargai dengan layanan baik Ika. Malah semua kesakitannya seolah hilang dengan layanan Ika. Ika kembali duduk di meja makan.

“Syed, lusa Ika nak balik rumah. Lagipun cuti dah nak nak ‘start’.”
Syed tersedak sekali lagi.
“Buat ape balik?!”
“Laa…..Takkan sepanjang cuti nak suruh Ika terperap kat sini. Malaslah. Lagipun minggu ni Kak long ngan ‘family’ dia balik.”
“Ooh…..Balik ngan apa?”
“Ngan kereta Ika lah. Ops! Lupa!”
Ika menepuk dahi.
“Tadi Nisya ‘call’ dia kata dia dah minta cuti untuk kau selama seminggu. Cuti sakit.”
“Kenapa panjang sangat cuti? Esok pun dah boleh kerja.”

Syed bangun membawa pinggannya ke sinki. Kemudian menghilang ke ruang tamu. Ika bangun mengemaskan meja makan, Boy dan Natasha mengikut Syed ke ruang tamu. Selepas siap mengemaskan ruang makan, Ika kembali ke ruang tamu.

“Syed….Ika nak sembahyang.”
“Masuk bilik aku jelah.”
“Hmm…..Kau tengok-tengokkan budak-budak ni ya.”

Syed mengangguk, membiarkan Ika masuk ke biliknya utuk sembahyang Zohor. Syed memasang tv di depannya. ‘channel’ kartun terpasang. Boy dan Natasha mengambil tempat di sisi Syed. Syed menukar siaran. Natasha memarahi Syed, begitu juga Boy. Suasana bising-bising diluar membuatkan Ika keluar dari bilik.

“Kenapa ni?”
Teguran Ika membuatkan Syed berpaling memandang Ika.
“Tasha nak tengok ‘Mickey’ tapi abang dah tukar siaran.”
Adu Natasha. Boy turut merengek di sofa.
“Hmm….Syed, tolonglah. Kejap je. Lagipun Ika nak solat kejap.”
Pinta Ika dari Syed. Syed kembali menukar siaran.

“Tak boleh ke kalau kepulangan umi ni buat Achik gembira.”
“Achik!!”

Umi menengking lagi. Amran memeluk pinggang Ika yang sedang bertegang lidah dengan uminya. Tangannya erat memeluk pinggan si kakak. Balqis muncul di muka pintu. Setiap kali Achiknya balik pasti akan bergaduh dengan Umi. Dua minggu lepas Umi telah mengecewakannya. Pejumpaan ibubapa pelajar PMR sekolah tidak dihadiri oleh sesiapapun dalam keluarganya. Dia sudah puas menangis. Angahnya sudah sebulan berada di Terengganu kerana urusan kerja. Minggu lepas Kak Long ada balik ke rumah, namun tak betah duduk lama-lama di rumah. Kak Long dan Abang Rie kembali ke rumahnya di Johor.
Umi dan ayahnya bukan seperti mak dan ayah orang lain. Biarpun orang di sekelilingnya tahu dia mewah namun sebenarnya dia dahagakan belaian kedua orang tuanya. Dari kecil, Angah dan Achik yang banyak melebihkan kasih sayang buatnya dan Amran. Balqis mengesat airmatanya.

“Dahlah tu, kak.”

Balqis menarik tangan Ika.

“Umi tak pernah nak tahu hati kami adik beradik! Umi dan ayah tak pernah nak tahu! Perasaan adik dan Balqis sebab umi tak pernah mngambil berat pasal kami.”
“Kamu yang tak faham situasi umi dan ayah. Tiap hari kami keluar untuk cari duit buat kamu semua.”
“Duit! Duit! Duit!!! Kami tak nak semua tu, Umi. Kami nak umi dan ayah di sisi. Binatang pun tahu menghargai anak. Inikan pula Umi dan ayah.
“Kamu jangan samakan Umi dengan binatang achik!”
“Tak!! Bukan achik nak samakan Umi dengan binatang tapi achik nak umi tahu betapa kami anak-anak perlukan orang tuanya.”
“Umi sibuk sebab umi cari semua ni untuk kamu, anak-anak umi.”
“Kami ni nama je anak umi! Tapi…..Umi tak pernah menganggap begitu,kan.”
“Kamu ni!! Sekarang bukan main lagi menjawab, sape ajar kamu ni?! Mesti budak giler tu!! Anak Tan Sri konon!”
“Umi jangan salahkan Syed sebab achik jadi macam ni. Tapi Umi kena salahkan diri umi sendiri. Ini yang Achik belajar dari Umi dan abah selama ni. Apa yang Umi tahu, hanya tampal nota kat peti sejuk tu.”
“Aku tak pernah asuh anak aku jadi macam kau.”
“Umi tak pernah mengajar Achik, tapi Achik yang belajar dari Umi, tanpa Umi sedar. Umi yang buatkan Achik hilang hormat pada Umi. Bila kami salah Umi salahkan kami adik beradik, tapi Umi tak pernah nak ajar kami.”
“Kamu ni biadap, tak kenang budi. Aku ni Umi kau. Kau sedar tak?!!!”
“Pang!!”

Tangan Umi hinggap di pipi Ika. Balqis dan Amran terdiam kaku.

“Kenapa diam? Anak tak sedar diri!!. Kau tak ada hak kata begitu pada Umi, Achik.Umi tak salah mendidik kamu, tapi kamu yang belajar benda-benda tak elok tu kat luar.”
“Achik minta maaf, baru Achik tahu Umi memang tak sayangkan Achik.”
“Macam mana aku nak sayang kau kalau kau tak pernah hormatkan aku selama ni. Kau tahu, sepatutnya dah lama aku pukul kau macam ni. Biar kau sedar apa yang telah kau buat pada aku.”
“Kenapa baru hari ni?! Umi baru terfikir bagaimana nak pukul Achik? Dah banyak kali Achik melawan cakap Umi. Sejak dulu lagi Umi.”

Ika sinis menjawab.

“Sepatutnya kalau Umi tak nak saya menderhaka kat Umi, Umi dah bunuh saya sebaik saja saya dilahirkan dulu. Umi dah lambat untuk mengasuh saya lagi. Terima kasih Umi.”

Bentak Ika kasar. Di tariknya Amran dan Balqis keluar dari rumah.

“Kamu jangan balik, Achik!!! Umi tak akan mengaku kamu tu anak aku!!”

Jeritan Umi mengejutkan Ika. Bercucuran airmatanya jatuh. Seharian Ika membawa kedua adiknya besiar-siar. Selepas menghantar kedua adiknya ke rumah, Ika terus mengemas pakaian untuk kembali ke kampus. Biarpun cuti semester hanya tinggal dua minggu lagi. Sebelum sampai ke asrama Ika singgah di Pantai Batu Buruk. Melepaskan tangisnya di situ sendirian.

‘Zek…..Alangkah baiknya kalau aku yang pergi dulu seperti kau. Tak perlu lagi aku lalui semua ni. Selama ni engkaulah yang tahu tentang keluargaku. Aku rindukan kau, Zek. Umi dah halau aku! Tiada sapa-sapa yang boleh menerima aku sepertimana kau menerima aku.’

Tangis Ika lagi. Tingkap kereta diketuk dari luar, membuatkan Ika terkejut. Disapunya airmata yang masih berbaki.

“Syed?!”

Syed mengangguk dan tersenyum. Ika membuka pintu kereta.

“Kenapa cepat sangat kau balik sini? Rindukan aku ke?”

Syed cuba bergurau. Dia tahu Ika sedang mengalami masalah dengan keluarganya. Amran telah menelefonnya dan memberitahu perkara sebenar padanya tentang Ika dan uminya. Kesan airmata Ika masih kelihatan di birai matanya.

“Kau buat apa kat sini?”

Ika memandang ke arah lain. Suaranya bergetar.

“Saje, ‘makan angin’. Kau pulak?! Aku lalu kat sini tadi lepas tu tengok kereta kau, terus aku berhenti.”

Ika mengangguk.

“Ika nak balik ‘hostel’ dulu. Lagipun ada kerja yang nak Ika selesaikan kat ‘hostel’.”

Ika cuba berpura-pura.

“Ika….Temankan aku makan dulu.”
“Ika takde selera, Syed pergilah makan.”
“Dah lama aku tak makan dengan kau. Eh! Kenapa dengan pipi kau ni?”

Syed terkejut bila melihat pipi kanan Ika lebam. Amran tidak menceritakan apa-apa tentang itu. Syed menyelak tudung yang dipakai Ika.

“Takde apa-apa, Ika jatuh.”
“Takk….Aku tahu, Umi pukul kau?”

Ika merenung muka Syed, dan menggeleng. Dilarikan mukanya dari pemerhatian Syed. Dia jadi sebak dengan sikap Syed mengambil berat tentang dirinya. Ika masuk ke kereta, tapi ditahan Syed.

“Umi pukul kau?”

Ika mengelak lagi. Ika berlari meninggalkan Syed. Dia sebak dengan sikap ambil berat Syed.

“Ika!!!”

Ika terduduk di atas pasir setelah jauh meninggalkan Syed. Dia tersedu di situ.

“Ika….”

Ika berpaling. Dia cuba bangun dari duduknya tapi Syed kemas menarik tangannya. Ika cuba melepaskan diri dari Syed, namun kudratnya tidak mampu melawan pegangan Syed. Ika lemah di situ. Tangisnya mula pecah. Dia cuba berterus terang dengan Syed.

“Umi halau Ika dari rumah…”
“Aku tahu.”

Ika terkejut dipandangnya wajah Syed.

“Macam mana kau tahu pasal ni?”

Ika menggosok pipinya. Syed tersenyum.

“Umi tak sayang Ika, Syed.”

Tangis Ika lagi.

“Sabarlah, Ika.”

Syed cuba meredakan tangis Ika. Hari mula larut malam, Ika menceritakan segala-galanya pada Syed. Syed tidak pernah berbual dengan umi mahupun ayah Ika. Semenjak dia mengenali keluarga Ika, dia lebih akrab dengan adik beradik ika. Pernah Tan Sri Hisyam, abahnya memaklumkan pada Syed tentang permusuhannya dengan Datuk Ikbal abah Ika. Hinggalah datang beberapa orang yang tidak dikenali mendekati mereka. Ika masih menangis tersedu.

“Maaf ya, encik. Kami Pencegah Maksiat, boleh ikut kami ke balai?”
“Hah?!”

Ika terkejut begitu juga Syed.

“Ke…ke…Napa?!”
“Kami syaki encik berdua telah melakukan perkara sumbang di tempat awam.”
“Ya allah!”

Ika mengeluh lagi. Lepas satu, satu masalah yang menimpanya hari itu. Kali ini dia turut melibatkan Syed sekali. Apa yang akan dijawab pada Umi dan Ayahnya nanti. Di balai, Ika menghubungi Cindy. Sepanjang berada di balai bersama beberapa orang Pegawai Pencegah Maksiat, Ika lebih banyak menangis.

“Ika….Kita call abah Syed dulu ya.”

Syed cuba meredakan keresahan Ika, Cindy yang baru datang cepat-cepat memeluk temannya yang masih keresahan.

“Encik berdua diberi dua pilihan. Pertama berkahwin ataupun encik berdua akan dikenakan hukuman penjara lima tahun beserta bayaran denda sebanyak RM5,000 setiap seorang.”
“Saya tak boleh kata apa-apa lagi Tuan Haji. Bolehkah kalau kita menunggu kehadiran keluarga kami terlebih dahulu.”
“Baiklah.”

Syed semakin resah menanti, Ika masih terdiam di pangkuan Cindy.

“Ika tak tahu macam mana semua ni boleh jadi, Cindy? Semuanya sekelip mata je. Ika takut, Cindy.”
“Syy…Aku tahu kau dan Syed tak salah. Aku tahu Ika.”
“Macam mana Ika nak jawab pada semua orang. Umi, Ayah, Angah dan semua. Macam mana kalau kolej buang Ika. Ika takut.”

Cindy terdiam lagi. Perkara sebgini harus bijak diselesaikan. Beberapa jam kemudian, Tan Sri Hisyam datang bersama Datuk Ikbal dan Datin Marina. Begitu juga Ikmal. Ika segera mendapatkan Ikmal. Ikmal faham, perkara sebegini bukanlah senang untuk diselesaikan melainkan pasangan tersebut harus berkahwin. Selepas dibincangkan oleh kedua belah pihak keluarga.

“Saya rasa kita patut kahwinkan Ika dan Syed. Lagipun demi menutup mulut semua pihak, saya rasa wajar tindakan ini kita ambil. Macam mana dengan Datuk?”
“Saya dah tak mampu kata apa-apa Tan Sri. Anak saya dah menconteng arang ke muka saya.”

Datuk Ikbal menjeling Ika sinis.Geram dengan tindakan anak gadisnya.

“Baguslah tu.”
“Tak!! Ika tak nak kahwin, Angah!! Tolonglah!”

Ika menjerit sambil menangis. Syed hanya memandang sayu. Mereka telah dikahwinkan didepan kadi dari Jabatan Agama Islam Terengganu. Selepas keluar dari pejabat tersabut, Ika masih dipeluk oleh Cindy.

“Kau ingat bila kau buat ni semua, aku boleh terima budak tu?! Jangan harap, Achik. Jom bang kita balik.”

Sempat Datin Marina menyindir Ika yang masih bersama Cindy. Ikmal menghampiri adiknya. Sesungguhnya dia tak terduga perkara sebegini boleh terjadi ke atas adiknya.

“Angah akan duduk di sini sampai Achik buka semester nanti. Banyak perkara Angah nak uruskan di sini. Pasal kolej tu, achik jangan bimbang Angah akan usahakan. Tahniah, dik.”
“Angah…..”

Ika memeluk Ikmal dan menangis di dada Ikmal. Syed hanya memerhati dari jauh.

“Syed, abah balik dulu. Nanti tertanya-tanya pula umi kau kat rumah. Pasal majlis kahwin tu, kita akan buat besaran tau. Abah akan aturkan nanti.”

Tan Sri Hisyam menghampiri Ika.

“Ika, abah balik dulu ya. Usahlah sedih sangat. Dah jodoh Ika jadi menantu abah. Tapi buat masa ni, abah kena rahsiakan dari Umi dan Kak Long Syed dulu. Takpe, kan?”

Tan Sri Hisyam memeluk menantu yang baru dikahwini anaknya itu erat. Selepas bersalaman dengan Ikmal, dia pun menuju ke kereta. Sebaik dia mengetahui kejadian tersebut lekas-lekas dia bertolak ke Terengganu. Lagipun telah lama dia mengetahui perasaan anak terunanya itu terhadap Ika. Dia tak kesal memperolehi menantu dengan cara itu. Asalkan anaknya bahagia dan dia menyukai Ika. Dia tak kisah. Teringat dia masa mula-mula kejadian dia menemui Ika. Secara tak sengaja dia telah terlanggar Ikmal. Sejak hari itulah Syed memperkenalkan Ika padanya. Kemudian anak sulungnya Syarifah Radhiah pula yang memaklumkan perasaan Syed terhadap Ika yang tak pernah kesampaian. Dia tersenyum sendirian, sepanjang memandu hatinya tenang kerana berjaya membahagiakan anaknya dengan mengambil keputusan mengahwinkan mereka.
Di hadapan Pejabat Agama Islam Terengganu, Ika, Cindy, Syed dan Ikmal masih berbincang. Ika banyak menangis dan mendiamkan diri. Ikmal faham perasaan Ika. Tapi dia sedar Ika beruntung mendapat Syed. Kerana itulah dia yakin semua yang berlaku adalah ketentuan Ilahi. Dia pasti Syed pasti boleh membahagiakan adiknya yang telah lama ketandusan kasih.

“Angah ingat, buat masa ni baik kamu buat macam biasa dulu. Lagipun Angah dah bincang dengan abah Syed. Selepas majlis perkahwinan olok-olok kamu selesai nanti. Bolehlah Ika pindah ke apartmen Syed.”
“Ika tak mahu.”

Pendek jawapan Ika, tapi cukup tegas. Semenjak tadi, lansung dia tidak bercakap dengan Syed. Dia kecewa. Bukan kerana tidak menyayangi Syed. Tapi kerana hatinya tidak boleh mencintai dan menyayangi Syed sebagai suaminya. Apa jawapan yang perlu diberikan pada Nisya dan Azie nanti. Lagipun dia tak pernah terfikir yang Syed akan menjadi miliknya biarpun dia pernah menyimpan perasaan pada Syed.

“Nampaknya, hari dah lewat. Lebih baik kita balik dulu. Angah rasa Ika boleh tidur di rumah Cindy dulu, kan?”

Ika mengangguk. Mereka berpecah. Ikmal meminta Ika menumpang kereta Cindy sementara dia menggunakan kereta Ika untuk menguruskan beberapa hal mengenai Ika. Akhirnya mereka berpecah ke haluan masing-masing.

“Ika….Aku nak minta maaf dari kau.”
“Kenapa kau nak minta maaf dari Ika?! Apa salah kau?”
“Aku…..Aku…..Aku tak boleh selamanya tipu kau. Sebenarnya aku yang buat kau ‘tertangkap’ hari ni.”

Mug kopi yang dihulurkan pada Ika, yang termenung di meja makan.

“Maksud kau?!”
“Ya….Pasal kes khalwat kau tu. Aku nak sangat tengok kau jadi milik Syed. Syed selalu beritahu aku dia dah lama pendamkan perasaan dia kat kau. Tapi kau jual mahal. Dia cerita segala-galanya pada aku. Aku terharu dan aku janji akan tolong dia.”

Cindy terdiam bila melihatkan mata Ika yang digenangi air.

“Kau berpakat dengan dia, Cindy?”
“Takk….Takk…..Dia tak tahu pasal semua ni. Ini semua rancangan aku. Tolong jangan benci dia Ika. Dia suami kau sekarang. Aku tahu korang berdua ke pantai hari tu. Syed yang telefon aku, beritahu aku. Tapi aku tak tahu masa tu kau ada problem besar dengan keluarga kau. Aku minta maaf Ika.”

Cindy memaut peha Ika. Ika menepis geram.

“Sekarang kau gembira? Kau tak tahu macam mana Ika nak hadapi semua orang. Rakan-rakan kat kolej dan keluarga!! Ika tak sangka semua ni rancangan kau. Ika kesal Cindy! Kesal!!”
“Ika…Kau tak tahu, Zek pun sandarkan harapan pada aku agar satukan kau dan Syed. Aku jadi bodoh! Aku fikir hanya dengan ditangkap berduaan kau akan terima Syed dan disatukan macam hari ni.”

Ika mencapai kunci kereta dan meninggalkan Cindy sendirian. Perasaan geram menyelubungi hatinya. Dia kembali ke ‘hostel’. Kali ini dia sudah tidak boleh bergantung pada sesiapapun. Dia terasa diperbodohkan.

“Tak sangka saya, bang. Boleh juga saya bermenantukan Ika tu. Sepadan dan secocok betul mereka, kan?”

Puan Sri Jasmin tidak lekang dari senyuman gembiranya.

“Tak sangka yang diorang tu dah bertunang senyap-senyap selama ni. Abang pun satu, kenapa tak beritahu saya masa abang risik Ika dulu?”
“Abang nak ‘surprise’kan Min je.”
“Saya gembira, bang.”

Tan Sri hanya tersenyum mendengar kata-kata isterinya.

“Tapi…Saya peliklah,bang? Lepas akad nikah petang tadi. Saya lansung tak nampak kelibat Ikbal. Takkan anak kahwin pun ada ‘bussiness’ lagi. Lagi peliknya Marina pun ikut sekali. Kesian si Ika tu.”
“Bisalah, yang. Orang berniaga.”
“Abang pun berniaga juga, tapi ada masa untuk majlis anak, kan?”
“Dahlah tu, dari tadi awak bercakap. Marilah…Saya nak jumpa anak menantu saya.”

Langkah Tan Sri Hisyam diikuti oleh Puan Sri Jasmin ke ruang legar hotel tersebut. Kemeriahan majlis perkahwinan anak menantunya melegakan hatinya. Lebih-lebih lagi dengan lakonan yang ditunjukkan oleh anak menantunya. Hampir 2 bulan selepas Syed dan Ika di tangkap khalwat di Terengganu kemudian dinikahkan, lansung tidak ditunjukkan oleh Syed dan Ika.

“Tahniah!”

Syed dipeluknya erat, kemudian beralih pula pelukannya kepada menantunya.

“Cantik Ika malam ni.”

Puji Puan Sri Jasmin selepas melepaskan pelukannya. Busana berwarna biru lembut bersama labuci-labuci disekitar gaun tersebut membuatkan Ika nampak anggun. Malah ianya dipadankan dengan tudung bersama net yang berwarna sedondong.

“Manis menantu umi.”

Satu ciuman hinggap di pipi Ika. Selepas beberapa aturcara majlis selesai, dan tetamu pun beredar untuk pulang Ika dan Syed naik ke bilik yang telah ditempah khas oleh Tan Sri Hisyam untuk mereka berdua. Ika membersihkan diri dan menyalin gaunnya dengan sepasang gaun tidur malam berwarna biru, gaun yang diberikan oleh Puan Sri Jasmin sehari sebelum majlis perkahwinan mereka. Kemudian dia termenung di depan cermin sambil menyisir rambut. Syed masih di bilik air.
Ika teringat saat dia menerima kehadiran teman-teman sekolah ketika majlis perkahwinannya tadi. Semua teman-teman lain mengucapkan tahniah kecuali Azie. Ika ditarik ke ruang yang agak tersorok dari tetamu lain. Sekotak hadiah berbalut kemas diberikan oleh Azie pada Ika.

“Istimewa buat kau, Ika. Aku dah jangka Ika! Semua ni akan berlaku juga. Kau akan rampas Syed dari aku. Selama ni aku harap kau faham hati dan perasaan aku. Aku percaya pada kau. Tapi…Ini ke balasan yang aku terima?!”
“Azie…..Ika minta maaf.”
“Kau ingat senang-senang aku nak maafkan kau. Hati aku sakit tau. Sakit!! Kawan yang aku percaya selama ni, telah menikam aku dari belakang. Kawan apa kau ni?! Aku kesal Ika! Binatang pun tahu erti persahabatan. Tapi kau sebagai orang tak pernah cuba menilainya.Sampai mati aku takkan lupa apa kau buat pada aku.”

Ika mengesat airmata yang jatuh dipipinya. Disekanya perlahan. Syed hanya memerhati gelagat isterinya. Semenjak mereka dinikahkan di Terengganu dulu, Ika seolah-olah bermusuh dengannya. Dan hari ini Ika munculkan diri semata-mata kerana perkahwinan mereka. Syed mencapai baju tidur yang tersangkut di dalam almari. Petang tadi Uminya dan Kak Long telah membantu mereka mengemaskan barang-barang ke dalam almari tersebut. Syed hanya membiarkan Ika di meja solek. Termenung sambil menyisir rambut yang panjang melepasi bahunya. Ingin sekali Syed membelai Ika sepertimana suami isteri yang lain. Tapi dia bimbang, bimbang andai Ika akan membuangnya terus.
Ika bangun dari kerusinya, berpaling ke arah Syed. Kemudian kembali berbaring di katil. Tanpa sebarang senyuman buat Syed.

“Syed….Mana hadiah yang Azie beri tadi?”

Ika bangun dari baringnya.

“Hah?! Ohh….Ada dalam almari tu. Kenapa?!”

Ika hanya membiarkan soalan Syed sepi tanpa jawapan. Ika mengambil hadiah yang berbungkus kemas itu ke beranda bilik. Selepas siap menyisir rambut, Syed berbaring di sofa, membiarkan Ika dengan perasaannya sendiri.

“Pang!”

Bunyi kaca pecah dari beranda membuatkan Syed terkejut. Bingkas dia bangun menuju ke arah Ika yang masih menjerit ketakutan. Dikutipnya hadiah yang jatuh ke lantai. Terkejut besar Syed bila melihatkan bangkai anak kucing yang masih merah dimasukkan ke dalam kotak kaca beserta beberapa keping gambar Ika yang diconteng hodoh. Syed mendapatkan Ika yang masih ketakutan.
Memang Syed tahu Ika memang fobia dengan binatang tersebut. Syed cuba meredakan Ika. Dipanggilnya seorang pelayan hotel untuk membuang hadiah tersebut. Ika dibaringkan di katil.

“Syed…..”

Panggil Ika hiba, airmata Ika bercucuran jatuh.

“Kenapa Azie buat Ika sampai macam tu?”

“Syy…..Tidurlah Ika, Ika tak salah dalam hal ni. Azie terlalu ikutkan perasaan. Dia tak tahu kita telah ditakdirkan macam ni.”
Ika seolah-olah merasa Syed hanya berpura-pura melayannya dengan baik.
“Kalaulah masa boleh diputar balik, Ika takkan bergaduh dengan umi masa tu. Ika takkan ‘ikat’ Syed macam ni. Ika benci diri Ika. Ika khianati kawan Ika dan persahabatan Ika dengan Syed.”

Tangis Ika lagi.

“Tak usahlah Ika menyesal lagi. Mulai dua bulan lepas Ika sah jadi milik Syed. Syed terima Ika seadanya. Aku pun harap kau boleh terima aku. Kita akan jalankan peranan masing-masing, kan. Dan…”

Syed menarik nafas dalam-dalam.

“Syed mahu Ika boleh biasakan diri dengan panggilan ‘abang’, pada Syed.”

Ika tergamam memandang Syed.

“Ika tak boleh nak terima semua ni, Ika tak bersedia lagi. Lagipun ramai orang yang dambakan kasih dan sayang dari Syed. Dan Syed kena ingat kita ni sebaya, Syed cuma tua 5 bulan dari Ika. Macam mana Ika nak biasakan diri dengan panggilan tu.”

Ika melarikan diri dari Syed.

“Abang tak menyesal semua ni terjadi Ika. Yang abang tahu abang kini punya tanggungjawab sebagai suami pada Ika.”
“Syed…..”

Ika memandang Syed kaku. Terasa dirinya terawang-awang dengan lembaran kasih yang dihamparkan oleh Syed padanya.

“Abang nak ke lobi sekejap, nak uruskan pasal tadi tu. Ika tidurlah dulu.”

Syed dapat membaca apa yang bermain di minda isterinya itu. Dia bergegas mencapai jeans dan t-shirt polonya. Sebelum keluar dari bilik tersebut dia memberanikan diri mencium dahi si isteri yang masih terkejut. Syed berlalu dengan senyuman. Ika sudah mulai belajar menerima dirinya.
Ika masih lagi kaku di katil, terkejut dengan apa yang dialaminya..Benarkah dia akan mula belajar menyintai insan yang pernah menjadi temannya. Benarkah dia boleh berbahagia dengan semua ini. Ika bangun menghampiri meja soleknya. Tapi bagaimana dengan Azie? Nisya? Dan keluarganya andai sejarah perkahwinan ini diketahui ramai? Malahan rayuan kolejnya masih dalam penantian. Mungkin ramai akan mengejeknya, selama ini dia cukup berhati-hati dalam memikirkan tentang pasangan hidup, tapi…Hari ini, dia telah memilih seseorang sebagai teman hidup tanpa memikirkan apa-apa perkara yang dititikberatkan selama ini. Bagaimana cita-cita dan impiannya akan terbina. Dia kembali teringat tentang pesanan Ikmal petang tadi.

“Walaupun Achik tak boleh terima semua ni. Tapi Achik perlu ingat Syed tetap suami Achik. Angah tahu Achik susah nak terima semua ni. Syed dah banyak bersabar selama ni. Angah tau, dik. Angah harapkan Achik boleh berbahagia dengan Syed. Terimalah Syed sebagai suami dan tamatkanlah kesangsian Achik pada Syed. Angah harap Achik boleh tunaikan tanggungjawab tu. Angah tahu, Achik boleh.”

Biarpun semuanya telah musnah dan hancur akibat ikatan perkahwinan dengan teman baiknya sendiri. Ika cuba membuka pintu hatinya perlahan-lahan buat Syed. Biarpun segetir mana derita yang dialaminya. Ika terjatuh longlai di permaidani. Jiwanya terasa kosong. Airmata merembes keluar.

‘Kenapa semua ini yang terjadi padaku. Ya allah! Bilakah kau akan tamatkan derita aku ini. Zek….Andai kau masih ada saat ini, dapatlah Ika bernaung dibawah kasih dan perhatianmu. Kenapa kau tak bawa Ika bersama.’

Ika terlena dalam tangisnya sendiri. Syed kembali ke bilik beberapa minit kemudian. Terkejut bila melihatkan Ika merengkok di atas permaidani. Di ambilnya sebiji bantal sebagai alas kepala buat si isteri. Di capainya selimut sebagai menghilangkan kesejukan Ika. Syed semakin risau bila melihatkan ada sisa airmata di pipi isterinya. Di baringkan dirinya sebelah si isteri yang terlena dalam sendu tangisnya.

‘Menyesalkah engkau, Ika. Aku janj Ika, aku akan bahagiakanmu sepertimana janjiku di depan kadi tempoh hari. Percayalah Ika.’

Syed terlena disebelah Ika, tanpa sedar tangan Ika melingkar dipinggangnya. Dan mereka berkongsi selimut. Syed terkejut dari lenanya bila terasa eratnya pelukan Ika ke pinggangnya. Sempat dia menghadiahkan satu kucupan kasih buat isterinya. Dia membalas pelukan Ika. Dan mereka kembali terlena.

“Ika….Bangun sayang.”

Bisik Syed lembut ke telinga Ika. Ika terpisat-pisat bangun mencelikkan matannya. Terkejut Ika bila menyedari tangannya yang melingkar di pinggang Syed. Lekas-lekas Ika bangun mencapai tuala dan terus ke bilik air berwuduk. Mereka sama-sama solat Subuh berjemaah. Selesai sembahyang Ika mendengar doa yang dipanjatkan oleh Syed.

“Ya allah! Ya Tuhanku, aku pohon kesejahteraanmu kepada hubungan antara kami yang telah terjalin ini. Kau bukakanlah hati kami agar dapat kesejahteraan dalam perhubungan ini. Bantulah hati kami dalam menerima dan memahami antara kami. Dan bantulah kami agar dapat menyempurnakan tanggungjawab antara kami. Kau satukanlah hati kami menjadi satu. Aku amat bertuah kerana memiliki Ika di atas takdir-Mu dan aku amat menyayanginya. Sesungguhnya aku pasrah dengan takdir-Mu. Amin.”

Syed menghulurkan tangannya ke arah Ika. Ika jadi sebak. Dicapainya tangan Syed dan diciumnya penuh hormat. Syed menarik Ika ke dalam pelukannya. Ika membalas pelukan Syed erat.

“Maafkan Ika.”

Syed semakin mengemaskan pelukannya.

“Abang akan cuba membahagiakan Ika. Abang janji, sayang.”

Syed mengucup dahi isterinya. Sesungguhnya saat ini dia merasa benar-benar bahagia memiliki Ika. Selama seminggu, mereka bercuti. Akhirnya sampailah ke penghujungnya. Mereka terpaksa kembali menunaikan tanggungjawab masing-masing. Ika mula memindahkan barang-barangnya ke apartmen Syed. Cindy banyak membantu Ika mengemaskan kembali barang-barangnya di apartmen Syed.

“Bila kau nak ‘berisi’ Ika?”

Usik Cindy.

“Apalah kau ni, Cindy. Bukannya boleh kalau tak tidur sekali, kan?”

Cindy pelik.

“Maksud kau?”
“Ika masih ‘dara’ lagilah. Lagipun Ika tak nak kerana perkahwinan ni, Ika terpaksa tundakan study. Lagipun macam-macam hal boleh jadi lepas ni, kan.”
“Syed macam mana?”
“Dia faham, lagipun dalam 5 bulan lagi lepas habis study Ika, takpelah.”
“Hisy! Teruk juga kau ni. Tapi Syed mana? Dari tadi lepas angkut barang-barang kau, aku tak nampak batang hidung dia.”
“Ooh….Dia dah ‘start’ keje. Tak boleh nak tolong banyak-banyak. Lagipun, dah lama sangat bercuti. Biarlah.”
“Dia balik makan ke nanti? Kau masak ke?”
“Ntahlah…Kalau dia balik ke, tak balik ke. Susah apa. Masak jelah. Lagipun dah tugas Ika, kan?”
“Untung Syed dapat isteri macam kau. Tapi…”
“Jangan fikir banyak-bayak Cindy. Tak payah susah-susah fikir pasal Ika. Esok kuliah ‘start’ pagi kan?”
“Hmm….Tapi nanti aku dah ada ‘appoinment’. Tak boleh nak rasa masakan kau.”
“Date ke?”
“Taklah, ada hal skit. O.klah aku pun kena balik tukar baju dulu. Lepas tu terus pergi. Aku nak minta diri dulu Ika. Nampaknya yang berat-berat tu kau suruh Syed jelah uruskan ya.”

Ika mengangguk. Selepas berpelukan dengan Cindy, Ika menghantar Syed ke keretanya. Selepas Cindy hilang dari pandangan. Ika kembali naik ke apartmennya di tingkat dua. Dia kembali mengemaskan barang-barang yang diperlukan. Selepas selesai berkemas telefon berdering.

“Assalmualaikum.”
“Waalaikumsalam, dah siap berkemas ke?”
“Tak lagi. Banyak lagi nak diuruskan. Awak balik makan tak?”
“Hmm….Ntahlah, tak kot. Banyak kerjalah. Maaflah tak boleh tolong awak kemas. Nanti malam abang tolong ya.”
“Tak kisah, betul tak nak balik makan ni?”
“Macam tulah agaknya, tak payah masaklah. Awak berehat je. Jangan kerja teruk-teruk tau.”
“Hmm….o.klah, bye.”

Ika meletakkan gagang, malas melayani karenah Syed. Dia masuk ke dapur memasak apa yang perlu. Selepas siap memasak dia bersiap untuk keluar, hajatnya untuk menghantar makanan untuk Syed di hospital. Lagipun dia tahu sikap suaminya yang takkan menjamah apa-apa makanan jika bekerja.
Ika memandu ke hospital, di tengah jalan dia sempat membeli beberapa buah novel keluaran Alaf21. Ika memandu ke hospital. Setibanya di bilik kerja Syed, pintu diketuk.

“Masuk.”

Terdengar suara Syed dari dalam. Ika memulas tombol pintu. Terkejut bila di bilik suaminya ada tetamu.

“Maaf ya. Mengganggu, takpelah saya tunggu kat luar.”

Ika meminta diri. Dr Daniel menahan langkah Ika.

“Takpelah Ika, lagipun saya dah selesai ni. Untung kau Zam.”

Sempat lagi Daniel mengusik Syed. Daniel meninggalkan Syed bersama Ika di bilik kerja Syed.

“Kenapa datang sini?”

Ika sendiri kecewa dengan pertanyaan suaminya.

“Saja, dah makan ke?”

Syed meneruskan kerjanya, tanpa menghiraukan Ika. Keadaan ‘dingin’ yang ditunjukkan Syed membuatkan Ika sedikit jauh hati.

“Ni nasi dan lauknya. Awak dah makan ke?”
“Tak lagi, banyak sangat kerjanya. Letak jelah kat situ.”

Ika geram. Di letakkan makanan yang dibawanya ke atas meja di kawasan sofa.

“Saya balik dululah.”

Ika mencapai tangan suaminya dan menciumnya. Syed hanya tersenyum bila melihatkan isterinya yang mula serius. Dikejapkan pegangan tangan isterinya. Sengaja dia cuba mengusik Ika.

“Ika nak balik ni, lepaslah. Awak makanlah, jangan kerja sampai tak ingat nak makan.”

Sikap ambil berat Ika buatkan Syed amat sayangkannya. Syed menarik Ika ke dalam pelukannya. Ika masih berkeras. Ika diusiknya lagi, ditarik ke ribanya.

“Marah ya. Kalau awak balik, sapa nak temankan abang makan. Tak seronoklah makan sorang-sorang.”

Ika masih mendiamkan diri. Syed mendekatkan mukanya ke pipi Ika. Dipeluknya pinggang Ika kemas-kemas.

“Tak sayang abang ke?”

Syed mencium pipi isterinya berkali-kali.

“Abang rindulah. Sayang pun rindu abang ke ni?”

Ika membiarkan Syed yang masih memujuk.

“Sekarang ni dah pandai merajuk ya. Awak tahu tak, muka merajuk awak tak cantiklah. Macam burung murai je. Senyumlah…O.k, Abang minta maaf ya. Abang nak uji sayang je tadi tu.”
“Hmm….Tahu pun takut. Puas hati saya.”

Ika mula tersenyum. Dia cuba bangun dari ribaan Syed, dileraikan pegangan erat Syed di pinggangnya.

“Jomlah nak makan pun. Tapi lepaskan saya ni.”
“Tak mahulah, rindu.”

Ika menolak muka Syed yang cuba menempel ke mukanya.

“Awak ni, kenapa lah boleh jadi macam ni? Masa sekolah dulu taklah macam ni.”
“Masa sekolah dulu bukan bini lagi. Tapi sekarang dah jadi bini. Sebab tu berani.”

Ika meloloskan diri dari pelukan Syed. Selepas Ika berjaya melepaskan pelukan dari ribaan Syed. Ika terus ke membuka makanan yang dibekalkan tadi. Syed berjalan ke arah Ika. Kemudian dia duduk di atas lantai di tepi meja.

“Kotorlah baju tu. Kenapa tak duduk atas sofa je.”

Ika menarik Syed ke sofa. Selepas meletakkan lauk ke dalam bekas nasi, dihulurkan pada Syed. Diperhatikan Syed yang seronok mengunyah nasi. Sesekali ditambahkan lauk nasi ke pinggan Syed. Selesai Syed makan dikemaskan kembali bekas-bekas yang di bawa.

“Argh! Kenyangnya. Mengantuklah pulak.”

Syed menggeliat. Ika menghulurkan kertas tisu dan segelas air untuk Syed. Selepas itu dia meminta diri untuk pulang.

“Tunggu abang balik ya. Lepas Asar abang baliklah.”
“Abang nak makan apa petang nanti?”
“Hmm…Makan awak, boleh?”
“Saya bukan makananlah.”

Ika menyalami tangan suaminya. Syed menghantar Ika sampai ke kereta.

“Apa-apa yang awak masak, abang makan. Tolak batu dengan kayu je.”

Diciumnya dahi Ika sebelum Ika menghilang dari pandangan. Setibanya di rumah, dia menyambung kerjanya. Membasuh dan mengemas barang-barang yang masih belum selesai. Selepas itu dia menyiapkan minum petang bila menyedari jam hampir menunjukkan pukul 4 petang. Selepas itu Ika membersihkan diri di bilik air. Selepas siap berpakaian Ika keluar ke ruang tamu.
Terkejut dia bila melihat Syed terbaring di sofa tanpa menyalin baju kerja dan membuang stokin. Di angkatnya dulang berisi minuman petang ke ruang tamu. Perlahan-lahan Ika membuang stokin Syed. Syed yang tidur-tidur ayam terkejut dengan situasi tersebut. Bingkas Syed bangun, menahan Ika dari mencabut sebelah lagi stokinnya.

“Kenapa buat macam tu?!”

Marah Syed sambil melarikan kakinya. Ika terkejut.

“Awak bukan khadam abang. Lainkali tolong jangan buat macam tu lagi. Abang tak suka.”

Ika ditarik ke sisinya.

“Dah tugas saya sebagai isteri.”

Ika membantu suaminya membuang jam ditangan. Syed mencabut sebelah stokinnya. Kemudian terus ke bilik menyalin pakaian. Ika turut mengekor. Membantu Syed menanggalkan tali leher dan membuka butang kemeja. Syed hanya membiarkan, sambil tangannya memeluk pinggang Ika. Sesekali diciumnya wajah Ika.

“Abang ni busuklah. Pergilah mandi dulu.”

Ika mencapai tuala dan menghulurkan pada Syed. Sebelum masuk ke bilik air sempat Syed mengusik Ika. Ika mengeluarkan t-shirt dan ‘short pain’ untuk Syed. Biasalah bila di rumah Syed lebih suka berpakaian ringkas. Sementara menunggu Syed keluar dari bilik air, Ika masuk ke bilik bacaan. Mengemaskan buku-buku belajarnya ke atas rak buku yang dibeli oleh Syed.

“Ika!!”

Panggil Syed dari ruang tamu berkali-kali.

“Ya!! Ika kat bilik bacaan ni!”

Sahut Ika. Syed menuju ke bilik bacaan.

“Banyak lagi ke barang yang nak disimpan? Nak abang tolong?”
“Tak apalah, awak kan penat. Pergilah berehat.”

Tanpa menghiraukan Ika, Syed menyusun kotak-kotak buku kebelakang pintu. Mereka hanya suami isteri secara luaran, namun sebalik semua ini ada perjanjian yang termeterai. Hanya Allah Yang Mengetahui, Ika takkan sesekali tidur bersma Syed walaupun mereka telah sah bergelar suami isteri.

0Komen:
1. Jangan Menggunakan Simbol '@' Ini Untuk Nama Anda..
2. Jangan Lupa Follow Brozai Di Twitter..Klik Di Sini !
3. Terima Kasih Dengan Komen Anda

Catat Ulasan

 

Copyright © 2009 by Brother Zai - Template by Blog Templste 4 U | Blogspot Tutorial | Sport Page Ranking Tool