Wasiat Mak Temah



Setelah beberapa hari ditempatkan di wad ICU,


keadaan Mak Temah mula beransur stabil.


Keesokan harinya beliau dipindahkan


ke wad biasa, tetapi peralatan pernafasannya


masih belum ditanggalkan.





Tok Ketua bercadang untuk melawat Mak Temah


Yang merupakan salah seorang kariah mukimnya.


Bersama isterinya Bedah, Tok Ketua ke hospital


lewat petang itu untuk menziarah jirannya itu.





Mak Temah kelihatan amat lemah tetapi


masih dapat mengenali tetamu-tetamunya.


Dia memandang ke wajah Mak Bedah dengan


mulut yang terkumat kamit.





Mak Bedah mendekati Mak Temah sambil


mendekatkan telinganya ke bibir beliau.


Tok Ketua yang berada di sisi katil sebelah lagi juga


turut mendekati bahagian kepala Mak Temah.





Tetapi, tiba-tiba Mak Temah mengalami


sesak nafas dan dadanya berombak-ombak


turun naik. Dalam keadaan kelam kabut itu,


Tok Ketua terlihat tangan Mak Temah seolah-olah


meminta pen dan kertas.





Kebetulan Tok Ketua menyimpan beberapa helai


kertas kecil di dalam saku koceknya dan


dengan segera menyerahkannya kepada Mak Temah.


Tentunya Mak Temah mahu menulis wasiat,


getus fikirannya.





Nafas Mak Temah semakin sesak dan


akhirnya terhenti setelah beliau menuliskan


ayat terakhirnya. Menghormati jenazah, Tok Ketua


tidak mahu membaca wasiat itu di depan arwah


Mak Temah.





Keesokannya setelah jenazah disempurnakan,


barulah Tok Ketua memanggil kesemua waris


Mak Temah dan menyatakan Mak Temah


sempat menuliskan wasiat untuk mereka sebelum menghembuskan nafas
terakhir. Waris-warisnya


berasa hairan kerana setahu mereka MakTemah


bukan orang berharta.





Perlahan-lahan Tok Ketua mengeluarkan kertas


yang ditulis oleh arwah Mak Temah semalam


dan memasang cermin matanya. Mukanya merah


padam dan kertas tersebut jatuh daripada tangannya.


Tiba-tiba Tok Ketua berlari keluar dari bilik


tersebut.





Anak sulong Mak Temah, Rizal mengambil kertas


tersebut dari lantai dan membacanya.





"Tolong jangan pijak salur oksigen aku, Tok Ketua......!"
0Komen:
1. Jangan Menggunakan Simbol '@' Ini Untuk Nama Anda..
2. Jangan Lupa Follow Brozai Di Twitter..Klik Di Sini !
3. Terima Kasih Dengan Komen Anda

Catat Ulasan

 

Copyright © 2009 by Brother Zai - Template by Blog Templste 4 U | Blogspot Tutorial | Sport Page Ranking Tool