Kisah Di Suatu Malam..




Peringatan bagi mereka yg menggunakan jalan melalui (Kuala selangor)
Kisah bermula pada suatu malam...

Lebih kurang pukul 12:00 tengah malam. Mamat sorang nie bersama
Rakannya (nama terpaksa dirahsiakan) dalam perjalanan
dari Kuala Lumpur ke Kuala Selangor melalui jalan Kepong. Setibanya
dia di Ijok, di kawasan perkuburan Cina Dan kawasan pembakaran mayat
India... tiba-tiba kereta yang dipandunya mengalami kerosakkan.
Mamat nie tak dapat nak menghidupkan enjin keretanya, walaupun
Dicuba berulang kali. Walhal kereta tersebut baru sebulan pakai.

Mamat nie Dan rakannya pun menolak kereta mereka ke bahu jalan Dan mereka
Cuba mencari bantuan jika Ada kenderaan yang lalu.
Tiba-tiba mereka terlihat sebuah bas sekolah yang datang dari arah Kuala Selangor.

Bas tersebut bergerak terlalu perlahan walhal jarak bas tersebut dengan mereka tidaklah
jauh, tetapi bas tersebut tidak jugak sampai-sampai. Tanpa membuang
masa mereka pun pergi ke arah bas tersebut. Oleh kerana terlalu
perlahannya bas tersebut, mamat tue Dan rakannya dapat jugak menaiki
bas tersebut walaupun IA sedang bergerak. Alangkah terkejutnya
mereka berdua kerana tiada pemandu yang memandu bas itu. Mereka
memberanikan diri untuk masuk ke dalam bas Dan apabila mereka tiba
di bahagian kerusi terakhir bas tersebut, mereka ternampak sesuatu
di luar bas melalui cermin belakang bas Dan...ya Allah!...... ...

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

mereka ternampak dua orang lelaki India sedang menolak bas
tersebut dalam keadaan yang termengah-mengah.


0Komen:
1. Jangan Menggunakan Simbol '@' Ini Untuk Nama Anda..
2. Jangan Lupa Follow Brozai Di Twitter..Klik Di Sini !
3. Terima Kasih Dengan Komen Anda

Catat Ulasan

 

Copyright © 2009 by Brother Zai - Template by Blog Templste 4 U | Blogspot Tutorial | Sport Page Ranking Tool