Manusia Tertua Didunia




Maaf Edna, Rekod Anda Sudah Dipecahkan!


Edna Scott Parker (gambar atas) diiktiraf oleh Guiness World Records sebagai manusia paling tua di muka bumi ini.Edna Scott Parker yang lahir pada tahun 1893 kini menjalani hari-hari tuanya di sebuah rumah kebajikan, Heritage House Convalescent Center di Shelbyville, Indiana, Amerika Syarikat.
Pun demikian, pendedahan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Malaysia sewajarnya diambil tindakan oleh pihak Guiness World Records. Rekod individu paling tua di dunia yang masih bernafas barangkali lebih layak dipegang oleh lebih 33 orang warganegara Malaysia yang lahir antara tahun 1880 hingga 1892.





Pemegang rekod dunia kategori usia paling tua yang baru ini seharusnya disandang oleh Noraini B Abu Samad yang dilaporkan menetap di Kampung Damansara Dalam, Seksyen 17A, Petaling Jaya.
Jika anda mahu pengesahan, boleh semak di pautan ini dengan memasukkan nombor kad pengenalan Noraini iaitu 800311086231 pada ruangan semakan yang disediakan. Keputusannya sahih! Noraini B Abu Samad yang lahir pada 11 Mac 1880 masih hidup dan bakal berusia 128 tahun tiga hari selepas hari pembuangan undi pada 8 Mac lepas.
Pihak Guiness World Records sewajarnya membuat semakan semula. Jelas, rekod manusia tertua di dunia milik rakyat Malaysia. Maaf Edna, rekod anda sudah dipecahkan!


1 Komen:
1. Jangan Menggunakan Simbol '@' Ini Untuk Nama Anda..
2. Jangan Lupa Follow Brozai Di Twitter..Klik Di Sini !
3. Terima Kasih Dengan Komen Anda

Catat Ulasan

 

Copyright © 2009 by Brother Zai - Template by Blog Templste 4 U | Blogspot Tutorial | Sport Page Ranking Tool