Hentian Cinta



Bas telah sampai ke destinasi kedua sebelum menuju ke destinasi terakhir. Suasana riuh rendah dengan telatah manusia begitu membosankannya. Arm telah 9 tahun menjadi pemandu Bas Ekspres di Syarikat Teratakian`z Helang Rimba. Berbagai ragam manusia sudah jemu diperhatikan. Rakannya telah turun ke kaunter tiket untuk mengambil senarai penumpang dari Ipoh ke Kuala Lumpur. Arm hanya mendiamkan diri di kerusi pemandu. Matanya tertumpu pada sepasang kekasih di kerusi berhadapan dengan kaunter jualan tiket. Begitu romantis pasangan itu bisik hatinya melihat pasangan itu.

Arm tiba-tiba teringat pada Wakiki bekas kekasihnya di Gombak, Wakiki bekerja sebagai kerani tiket. Cintanya berputik selepas hampir 3 tahun Wakiki bekerja di situ. Saat percintaannya dengan Wakiki amat membahagiakan. Kalau boleh setiap saat dia nak menatap wajah Wakiki. Tapi apakan daya manusia hanya merancang tapi selebihnya Allah yang menentukan.

Kemungkinan dan kepastian yang nyata Wakiki tidak ditakdirkan untuk dirinya. Keluarga Wakiki menghalang keras percintaan mereka. Status pekerjaan menjadi ukuran dalam keluarga Wakiki. Mereka memandang hina pada pekerjaan pemandu bas. Arm terpaksa akur bila keluarga Wakiki menerima pinangan Ikan Masin90 berkerja sebagai Polis FRU yang bertugas di Bukit Aman. Akhirnya Arm hanya memandang sayu di hari persandingan Wakiki. Pedih hatinya…. melihat bagai ditikam terus ke hati.

“Arm !…semua dah cukup, jom jalan” Fid mencuit bahu Arm.

Fid dah masak dengan perangai dan tahu benar kisah Arm, seorang jejaka yang keciwa bila kekasih hatinya telah berkahwin dengan pemuda pilihan keluarga. Dari peristiwa itulah Arm menjadi seorang pendiam. Bagi Fid, Arm seorang pemuda yang baik. Satu sikap Arm yang terpuji suka menolong orang. Dia juga tak pernah meninggalkan sembahyang. Fid amat menghargai Arm sebagai sahabat yang terbaik dia jumpa. Kenangan Arm bersama Wakiki lenyap bila munculnya Fid dengan wajah selambanya sambil tersenyum penuh makna pada Arm.

“Arm…” Fid memandang Arm .

“Kenapa Fid ?” Matanya terus tertumpu pada lebuhraya. Kenderaan bertali arus di waktu-waktu begini. Tenang Arm menanti bicara dari Fid.

“Kau nak tak … kalau aku kenalkan kau dengan sorang awek?” Fid tersengeh.
Fid seorang yang kelakar tapi baik hatinya.

“Haaa! Awek mana pulak kau nak bagi kat aku ni. Woii kau jangan mengarutlah”
Arm mengelengkan kepalanya.

“Mengarut apa nya.. betul ni… si Bee tu”
bersemangat Fid bercerita.

“Bee….. Bee mana pulak ni ? ishkkk mengarutlah kau ni Fid”

Tumpuannya masih di lebuhraya. Sesekali dia ketawa kecil bila mengenangkan Fid. Arm masak benar dengan perangai Fid, boleh dikatakan playboy gila pakwe sorang ni. Setiap Hentian Bas ada saja aweknya, yang hairan tu, ada pulak awek yang berkenan dengan Fid.

“Kau ni Arm…. Bee pun kau tak kenal ke ? Alah…pekerja baru kedai makan Mama MisYu di Tanjung Malim tu. Aku tengok dia selalu perhatikan kau, cantik budak tu. Kalau aku.. memang tak kasi can punya” terkekek-kekek Fid ketawa. Entah apa yang melucukan. Arm hanya menggelengkan kepalanya.

“Aku bukan macam kau lah Fid… tiap-tiap Hentian Bas yang kita singgah ada saja kerani tiket yang kau goda. Hentian Bas tu dah berubah jadi Hentian Cinta bagi kau, yang mana satu yang kau suka sebenarnya ni Fid… aku naik hairan dengan kau ni”.

“Aku bukan macam kau Arm, awek kena kebas terus menyendiri. Kau pulak sampai bila nak hidup sendiri? Tak teringin ke ada isteri…ada anak…ada tempat bermanja dan bermesra. Kau tengok aku awek ramai… tapi dorang semua tak tau, ehh… tapi… betul juga kata kau Arm aku tak tahu yang mana satu nak pilih sekarang ni”. Hahahahahaha

“Tak elok kau bersikap begitu Fid, luka hati dia orang kalau mereka tahu kau tak setia. Keikhlasan penting Fid kalau kita nak hidup bahagia”. Arm tersenyum bila tengok Fid mengangukkan kepala seolah mengerti maksud nya.

“Habis tu.. macam mana dengan Bee, Arm…kau nak tak ?”.

“Setahu aku si Bee sudah berpunya kan?”

“Alah mamat yg bawa bas ke Singapore tu.. nama dia KM(Kluang Man) kalu tak salah aku.” Arm cerita pasal si Bee pada Fid. Telopong mulut Fid mendengarnya.

“Oh si KM tu ke? Aku kenal tapi tak tahu pulak dia ada hati pada si Bee.”
Bagai bibir membeku dan lidah terkelu seakan sukar untuk percaya semuanya.

“Potong stim tul si KM tu… aku baru ingat nak sambar si bee jadi kekasih aku yang ke 14. Dalam diam-diam KM ada hubungan sulit dgn Bee. Tak mengapa aku tak mahu kacau dia orang bercouple.”

“Aku doakan semoga berbahagia hingga ke akhirnya.” bisik hati Fid seakan keciwa.

“Tak payahlah Fid, kau nak fikir-fikir pasal aku lagi… hati aku belum terbuka lagi buat masa ini. Mungkin aku belum jumpa yang sesuai dengan jiwa aku”. Biarlah hati ini kosong jika itu lebih bermakna dari melukakan…bisik hatinya perlahan.

“ERA RENTAK MUZIK TERKINI.” Arm terpaku seketika mendengar lagu yang diputarkan dari Radio Era.FM. Saya Fara Fauzana In The House…. bersama anda mahu pun dimana jua anda berada, sekarang Fara Fauzana PUTARKAN LAGU DARI SUDIRMAN, MILIK SIAPAKAH HATI INI… SEMOGA PENDENGAR-PENDENGAR ERA TERHIBUR. HANYA DI ERA RENTAK MUZIK TERKINI.

Milik siapakah gadis ini
Wajah lembut bagaikan sutera
Ingin hatinya ku miliki
Apakan terdaya
Adakahkan terdaya

Milik siapakah hati ini
Bagai berkurun lama kesepian
Ingin aku mencurahkan kasih
Kepada yang sudi
Adakah ia sudi

Lama telah ku impikan
Gadis sepertinya
Mengisi taman hati
Dengan cahaya kasih (suci)
Siapakah gadis yang ku idam…

Perbincangan terus tertutup bila Fid sendiri telah lelap di buai alunan radio Era. Mungkin bermimpikan awek-aweknya. Hari ini Hentian Bas di Pudu Raya sama seperti hari-hari yang lalu. Suara pemandu Teksi memanggil penumpang jelas kedengaran. Suasana kadangkala bagaikan pasar borong.

Hari ini merupakan hari pertama Ayu Sabrina bekerja sebagai kerani tiket di Syarikat Teratakian`z Helang Rimba. Agak kekok juga dia memulakan tugasnya. Perasaan malu begitu menebal dalam jiwanya. Dia tekad untuk mencuba, rasanya kerani tiket juga merupakan satu pekerjaan yang mencabar. Ya Allah kuatkan iman ku bisik Ayu Sabrina.

“Mana bas ni!!?”. Sergah seorang pemuda pada Ayu Sabrina. Pucat muka Ayu Sabrina. Terkejut dengan sergahan pemuda itu.

“Sekejap lagi Encik, dalam perjalanan” Ayu Sabrina cuba memberi senyuman walaupun pun dia sendiri yakin senyumnya begitu hambar.

“Teruk betul Syarikat ni, dah lewat satu jam tahu tak?”. Pemuda itu terus berang sambil menunjukkan jam tangannya. Kelewatan yang tak diminta.

“Apalah nasib aku, baru hari ni kerja dah kena marah. Selalu ke lewat bas ni, teruklah macam ni kalau hari-hari kena marah” Bisik Ayu Sabrina dalam hati.

Lega hati Ayu Sabrina bila bas yang dinanti menjelma di platform. Semua penumpang berpusu-pusu menaiki bas, perasaan marah penumpang tadi telah hilang bila bas yang ditunggu telah tiba. Penumpang dan bas umpama pasangan kekasih. Lambat saja tiba hati rasa resah gelisah, Ayu Sabrina tersenyum sendiri bila mengenangkan perumpamaan yang diciptakannya. Sebentar lagi bas seterusnya akan tiba senarai nombor tiket perlu disiapkan, nanti penumpang tak marah, pemandu pula marahkan aku. Cepat-cepat Ayu Sabrina menyiapkan kerja yang belum dibereskan. Ayu Sabrina tersenyum bila semua kerja dah disiapkan. Waktu rehatnya telah tiba, Ayu Sabrina berkemas untuk ke Surau di hujung banggunan tersebut sebelum dia pergi ke kedai makan di seberang jalan. Rakan setugasnya juga telah sampai selepas makan. Ayu Sabrina sempat memberikan senyum ikhlas pada Kak Jaz.

“Ayu… kalau kau nak makan, pergi kedai MAKAN KAK UDA tu. Murah sikit dari kedai lain”. Sambil menudingkan jarinya menghala ke kedai yang dimaksudkan.

“Terima kasih Kak Jaz” tersenyum manis sekali lagi buat Kak Jaz.

Bas yang dipandu oleh Arm dan Fid telah sampai 30 minit lebih awal dari jadual perjalanan. Fid bergegas untuk ke kedai makan.

“Arm… jom kita pi makan dulu”. Fid menanti di tangga bas.

“Kau pergi dulu… aku nak solat, sekejap lagi aku sampai”.
Arm tersenyum dan terus melangkah ke Surau di hujung banggunan.

Semasa Arm nak melangkah masuk dia terpandang seorang gadis jelita berlalu keluar dari Surau. Sempat juga Arm melirik pada gadis yang menunduk semasa lalu di hadapannya.

“Ayu sungguh wajahnya… harap-harap dia naik bas yang aku pandu nanti… mungkin boleh aku berkenalan dengannya nanti”

“Ah cunnya anak siapa lah ini…lawanya”

“Milik siapakah gadis ini, Wajah lembut bagaikan sutera, Ingin hatinya ku miliki, Apakan terdaya, Adakahkan terdaya.” Alamak menyanyi pulak aku ni…” bisik hati Arm.

Tersenyum sendirian lalu terus menunaikan perintahNya. Sambil berjalan menuju ke kedai makan, mata Arm tercari-cari gadis ayu yang ditemuinya di Surau tadi. Wajah ayunya bermain dimata. Dimanakah dikau wahai gadis misteri, tiba-tiba saja hatinya terpaut pada seorang perempuan. Sedangkan sudah hampir 3 tahun Wakiki telah meninggalkannya. Tak seorang perempuan pun yang dapat membuka pintu hatinya, walaupun Arm tahu ramai anak gadis menaruh hati padanya. Namun pintu hatinya seolah telah tertutup rapat yang tak mampu dibuka oleh sesiapa selepas Wakiki. Kenangan indah bersama Wakiki begitu sukar untuk dilukiskan dari ingatan dan mimpi yang menemani tidur. Kerana itulah Arm rela bersendirian, dia tidak mahu menipu tentang perasaannya. Dia tak sanggup melukakan kerana dia tahu bagaimana peritnya terluka.

“Arm… kau tahu… ada kerani tiket baru di Syarikat bas kita ni. Cun budak tu… aku rasa kalau kau tengok dia mesti kau terpikat. Orangnya bersopan santun tak macam gadis yang selalu kita jumpa. Kau pergilah sekali sekala dekat kaunter tiket tu, boleh kau tengok dia”. Fid begitu ghairah menceritakan pada Arm.

“Malaslah aku… 2 hari lepas aku terserempak dengan seorang gadis depan Surau tu, manis wajah dia. Sampai sekarang aku masih ingat wajah dia”.

“Patut aku tengok kau semacam je kebelakangan ni… rupanya kau dah kena penyakit angau ye” Fid ketawa sambil menepuk-nepuk bahu Arm.

“Kau ketawakan aku Fid… kalau kau tengok pun mesti kau terpikat”.

“Dah lah tu Arm… hari ini aku nak kau pergi ke kaunter tu pergi ambil senarai nombor tiket, sesambil tu kau intai sama awek yang baru kerja tu. Tak silap aku nama dia Ayu Sabrina, pergi cepat Arm… aku nak relek hari ni”.

“Teruklah kau ni Fid… ada-ada saja. Okey… kali ni aku mengalah… aku nak pi intai ni”

“Lepas ni boleh lah aku nyanyi lagu ‘ku intai cinta dalam rahsia’”. Arm turun dari bas sambil diperhatikan oleh Fid dengan senyum simpul.

Arm berjalan dengan penuh debar. Mana agaknya awek yang dimaksudkan oleh Fid tak nampak pula ada kerani baru, yang ada hanya Kak Jaz dan Abg OJ.

“Assalammualaikum… Kak Jaz” Arm tersenyum sambil matanya memandang sekitar dalam kaunter yang sempit tu.

“Waalaikummussalam… Arm… aikk… baru nampak muka Arm. Mimpi apa malam tadi?” Kak Jaz tersenyum sambil menghulurkan senarai nombor tiket yang dikehendaki.

“Tak adalah…” Arm malu-malu terus mengambil senarai yang diberikan.

“Agaknya dia nak tengok si Ayu Sabrina kot Kak Jaz… Ayu Sabrina cutilah hari ni Arm”
Sampuk Abg OJ.

Merah padam muka Arm menahan malu, apa lagi Kak Jaz dan Abg OJ sama-sama ketawa. Arm terus melangkah dengan perasaan malu dan geram pada Fid.

“Buat malu aku saja Fid ni… kalau aku tak ikut katanya tadi tentu aku tak malu. Fid ni memang nak kenakan aku agaknya, nantilah kau Fid…”

“Bagaimana? Cantik tak?” Fid tak sabar-sabar nak dengar dari mulut Arm tentang Awek di kuanter…

“Kau ni buat malu aku saja tau, Abg OJ dan Kak Jaz ketawakan aku tadi. Tak pernah muncul depan dia orang tetiba aku muncul… dorang ketawakan aku”.

“Macamana? Terpikat tak pada Ayu Sabrina?” Fid terus bertanya.

“Mana ada budak tu… dia cuti lah…” Hampa wajah Arm.

“Lerr… patutlah murung saja, maaflah aku betul-betul tak tahu dia cuti”.

“Sudahlah tu…aku tak nak tengok dia lagi, buat malu saja”. Arm terus menghulurkan senarai pada Fid dan dia terus ke kerusi pemandu.

Bila semua telah selesai bas pun beredar meninggalkan Hentian Pudu Raya. Semasa memandu hatinya masih teringat pada gadis ayu yang ditemuinya di Surau itu. Kalau dia berkerja di kawasan situ pasti aku akan termuinya lagi. Kalau tidak… tinggallah aku merindu bagaikan pungguk rindukan bulan. Bagaimana hatiku boleh tertarik dengan gadis misteri itu. Apa yang harus ku lakukan kiranya dia tidak ku temui lagi. Semua pertanyaan itu berlegar-legar difikirannya. Dan pastinya tiada jawapan bagi setiap soalan yang menganggu mindanya ketika ini.

Ayu Sabrina kini telah dapat menyesuaikan diri dengan kerjayanya. Hanya usikan nakal dari pemandu-pemandu yang cuba memikatnya membuatkan dia rasa kurang selesa. Kak Jaz banyak membantunya dalam apa juga keadaan. Ayu Sabrina rasa bertuah mempunyai seorang rakan yang baik seperti Kak Jaz. Ayu Sabrina ingin menjadi seorang pekerja yang berdedikasi. Ada ketikanya dia berasa tertekan dengan karenah penumpang yang sering marah-marah bila bas yang dinanti tiba lewat dari jadual yang disenaraikan. Agaknya mereka mempunyai hal yang penting hingga tak dapat mengawal perasaan. Akhirnya melepaskan perasaan marah mereka pada kerani tiket yang bertugas, itu yang buat dirinya tertekan. Namun kerana tugas Ayu Sabrina tetap cuba berlembut dan tenang sebaik mungkin. Hanya Allah yang tahu perasaannya ketika itu.

Nampaknya hari ini Arm terpaksa ke kaunter tiket bila Fid awal-awal lagi telah bergegas ke tandas. Perut bermasalah katanya, Arm tanpa banyak kata terus menuju ke kaunter tiket.

“Assalamualaikum… Minta senarai no tiket”. Arm bersuara tanpa memandang pada Ayu Sabrina bila matanya tertumpu pada pemandu teksi yang bergurau sesama mereka.

Lucu juga mereka ni, kebanyakan dah berusia tapi mereka masih mencari rezeki. Gurauan mereka menarik perhatian Arm, begitulah kehidupan, kalau tiada gurau senda pasti membosankan. Dia dan Fid juga sering bergurau sedemikian.

“Waalaikummussalam…” Ayu Sabrina meletakkan senarai di atas kaunter.

“Abang… itu senarai nombor tiket yang abang minta tadi” lembut suara Ayu Sabrina.

Keasyikan Arm memerhati pemandu teksi itu bergurau memaksa Ayu Sabrina memanggilnya berulang kali.

“Ohh… maafkan saya” Arm tersenyum.

Matanya memandang Ayu Sabrina tanpa berkelip. Mulutnya kini bagaikan terkunci rapat. Tiada kata yang mampu dilontarkan keluar. Semuanya rasa bagaikan kaku membeku… bagaikan mimpi dirasakan bila gadis misteri yang dirindui berada didepan matanya. Adakah aku bermimpi, Arm mencubit lengannya Aduh!! sakit. Sah!! aku tak bermimpi… Ayu Sabrina memandang Arm penuh kehairanan.

“Kenapa pulak mamat sorang ni, macam nampak hantu aja. Apa yang tak kena dengan aku hari ini, rasanya tak ada apa-apa yang tak betulnya. Kenapa agaknya cik abang sorang ni.”

“Ada apa yang boleh saya Bantu…” lembut suara Ayu Sabrina menyapa Arm yang bagaikan terkejut bila terpandang wajahnya.

“Aa… tak… tak ada apa… awak ke Ayu Sabrina kerani baru disini?” tergagap-gagap Arm bertanya.

“Kalau ada Fid pasti dia akan diketawakan aku. Nasib baik perut kau buat hal fid…. berpeluang aku jumpa gadis misteri yang kini sering hadir didalam mimpinya.” Arm tersenyum sendiri bila mengenangkan sesuatu yang tak terduga muncul… mungkin berkat doanya setiap kali solat.

“Ya… saya…” Ayu Sabrina merasa hairan dengan telatah Arm.

Mula-mula bagaikan terkejut kini tersenyum-senyum sendiri pula… Arm berlalu dengan perasaan yang gembira. Kalau ikutkan hati mahu saja dia mencium pipi Fid tanda terima kasih yang tak terhingga kerana menemukan dirinya dengan gadis misteri yang dirindui. Tak sabar rasanya dia nak ceritakan pada Fid tentang gadis yang ditemuinya di Surau tempohari adalah Ayu Sabrina.

“Amboi! Arm… senyum semacam saja tu… ada apa-apa ke ni?”.

“Terima kasih banyak-banyak Fid, hari ni aku belanja kau makan” kelihatan berseri wajah Arm hingga menimbulkan kehairanan pada Fid.

“Apa kena pulak ni Arm? naik gaji ke dapat bonos kau ni…?”.

“Fid… kau ingat tak awek yang aku jumpa dekat depan surau hari tu?”

“Hmm… Ingat… kenapa kau jumpa dia lagi?”. Berminat betul Fid nak mengetahuinya hinggakan mulutnya ternganga menanti cerita seterusnya dari Arm. Gembira dia rasa bila hari ni wajah Arm benar-benar ceria.

“Tutup mulut kau tu Fid… nanti lalat masuk”Arm terkekeh-kekeh ketawa bila melihat wajah Fid yang begitu tak sabar.

Akhirnya Arm luahkan semua yang terpendam di lubuk hatinya pada Fid. Hanya Fid yang dapat membantu dia menyelesaikan segala hasrat dan impian yang menerangi kelam malam dirinya sebelum ini. Tak terluah dengan kata-kata bagaimana gembiranya perasaan Arm kiranya impiannya kali ini tercapai. Di luar hujan masih belum berhenti, suasana dingin menyelimuti diri. Arm begitu bersemangat memandu. Fid telah lama dibuai mimpi.

Sesekali Arm memandang pada Fid yang begitu nyenyak tidurnya, hasratnya untuk menjadikan Ayu Sabrina teman hidupnya masih belum pasti. Apa pun Arm berdoa agar ia tidak keciwa lagi. Cukuplah kelukaan lalu yang begitu mendalam, Arm ingin membina hidup baru. Bukan mudah untuk mencapai impian, banyak onak dan duri yang harus ditempuhi… tapi biar gagal selepas mencuba dari mengalah sebelum berjuang.

“Ayu Sabrina…. Moga kau dapat menerima diri ku”, bisik Arm sendiri.

Arm menyandarkan tubuhnya ke kerusi dan melepaskan keluhan yang entah untuk apa. Ditebarkan pandangan ke sekelilingnya, setitik airmata dipipi menyedarkan sesungguhnya dia terlalu lama mengelamun. Kenangan adalah sejarah hidup, kita belajar menjadi dewasa daripada sejarah. Sejarah hidupnya adalah sejarah yang perit dan melukakan, tapi dari keperitan itu dia harus bangun dan sedia menghadapi hidup ini. Aku lebih berhak keatas diriku sendiri bisiknya. Biarlah kenangan lalu menjadi sejarah dan pedoman untuk dia mengahadapi hari yang mendatang. Telah banyak dugaan yang dilaluinya, telah banyak rintangan yang ditempuhi. Tidak dinamakan kehidupan jika tiada kekalutan dan tidak dinamakan kematangan jika tiada cabaran yang menduga. Arm yakin dia dapat membahagiakan Ayu Sabrina, juga yakin Ayu Sabrina akan membahagiakan dirinya juga. Esok Fid akan memberitahu Ayu Sabrina hasratnya. Bagaikan tak sabar dia menanti hari esok. Penentu masa depannya.

Hari ini Ayu Sabrina bekerja dengan penuh semangat. Tiada masalah dengan kelewatan bas dan tekanan dari penumpang, semuanya berjalan dengan lancar. Gembira hatinya dalam keadaan suasana begini. Tenang dan damai.

“Assalammualaikum Ayu Sabrina…” Fid tersenyum manis.

“Waalaikummussalam abang Fid” Ayu Sabrina menjawab mesra.

“Abang Fid ada hajat dari seseorang yang nak disampaikan buat Ayu Sabrina”

Ayu Sabrina hanya tersenyum sambil mengelengkan kepala. Dia dah tahu benar sikap Fid yang suka bergurau. Tangannya masih ligat menulis sesuatu. Fid hanya memerhati dan menanti tindakbalas dari Ayu Sabrina.

“Apa hajatnya ni Abang Fid…?” Ayu Sabrina pula tersenyum.

Fid tersenyum gembira bila Ayu Sabrina bertanya. Ada petanda baik ni. Fid pun menceritakan pada Ayu Sabrina tentang hasrat murni Arm. Ayu Sabrina hanya tersenyum sambil menundukkan wajahnya, mungkin malu bisik Fid.

“Kenapa Abang Arm tak cakap sendiri dengan Ayu..?”

“Dia malu… tak pe… nanti Abang Fid suruh di call Ayu”
Hasrat murni Arm telah Fid sampaikan. Hanya doa tulus ikhlas dari Fid moga kali ni hajat Arm tercapai.

“Manusia sebaik itu pasti Allah akan merestuinya” bisik Fid dalam hati.

“Arm… aku dah sampaikan hajat kau pada Ayu Sabrina”

“Apa katanya?” penuh tanda tanya diwajah Arm.

“Ayu Sabrina minta kau cakap sendiri padanya, aku rasa ada respon baik lah Arm.

Jangan risau, aku rasa dia terima kau”. Fid faham perasaan Arm ketika itu.

“Apa pun terima kasih Fid… kau sajalah sahabat baik aku”

Fid menepuk-nepuk bahu Arm. Sambil tersenyum makanan dihadapannya tak lupa disuapkan ke mulutnya. Hanya Arm yang seolah-olah telah hilang seleranya untuk makan. Hatinya ketika itu begitu berdebar-debar. Debaran yang hanya dia yang tahu. Arm takut kekecewaan lalu berulang lagi.

“Dah tu Arm….makan dulu, sekejap lagi kita nak mulakan kerja. Insyaallah kalau dah jodoh kau… tak kemana”. Fid menenangkan Arm.

Arm tersenyum hambar tapi tetap ikhlas buat Fid. Arm mengakui akan kebenaran kata-kata Fid, ‘ kalau dah jodoh tak kemana’ dia tak perlu risau. Takan lari gunung dikejar….tapi yang dikejarnya seorang gadis pujaan, mana mampu hatinya setenang air di tasik. Namun dia tetap pasrah.

“Hello….. Assalamualaikum”

“Waalaikummussalam……” manja suara Ayu Sabrina menjawab telefon.

“Ayu Sabrina….. ini Abang Arm” tersekat-sekat suara di telefon. Ayu Sabrina rasa berdebar-debar. Mulutnya bagaikan terkunci untuk mengeluarkan sebarang kata-kata.

“Tentu Ayu Sabrina tahu hasrat Abang Arm, rasanya Abang Fid dah jelaskan”

“Yer….Ayu Sabrina masih ada ibubapa, dan kita punya adat yang indah. Kalau Abang benar berhajat…jumpa ibubapa Ayu Sabrina….”

Arm merasa begitu gembira….destinasi kasih sayangnya dah bertemu dengan
‘Terminal Cinta’ Arm yakin dengan terminal cintanya.

“Ya Allah pasti kau tahu apa yang ku harapkan….bisik hati kecilnya.”

Arm tersenyum sendirian. Pinangan Arm diterima baik oleh keluarga Ayu Sabrina. Majlis perkahwinan aku dgn ayu Sabrina di sambut dengan meriah dan besar-besaran di Hentian Pudu Raya. Arm rasa bangga sekali dapat memiliki Ayu Sabrina. Bagai tidak percaya…akhirnya Arm berkhawin dengan Ayu Sabrina. 2 tahun berkhawin dengan Ayu Sabrina, Arm di anugerahkan anak Kembar sepasang. Hidup Arm bertambah gembira.

Sekarang Fid sudah temui Hentian Cintanya dengan Siti Salbiah pekerja pembantu kedai makan KAK UDA. Setahun kemudian Fid berkhawin, dengan berkat doa sepasang suami isteri, Fid dianugerahkan anak Kembar Seiras. Bertambah seronok hati Fid. Apa yg dihajati selama ini termakbul dengan selamat.

Hentian Pudu Raya menjadi saksi kepada cinta mereka.

Sekian…

0Komen:
1. Jangan Menggunakan Simbol '@' Ini Untuk Nama Anda..
2. Jangan Lupa Follow Brozai Di Twitter..Klik Di Sini !
3. Terima Kasih Dengan Komen Anda

Catat Ulasan

 

Copyright © 2009 by Brother Zai - Template by Blog Templste 4 U | Blogspot Tutorial | Sport Page Ranking Tool