Syair Si Pari-Pari



Malam ini aku rasakan ada sesuatu yang aneh. Alu memberanikan diri lalu memandang sekelilingku. Yang ada di kiri dan kananku hanyalah….. pepohon kelapa yang tegak berdiri tanpa ada olahan dari sang angin. Lalu tergerak hatiku untuk menoleh kebelakang… apabila aku palingkan mukaku aku melihat makcik yam yang menjual nasi lemak itu seperti sedang berbual-bual dengan orang disebelahnya. Mukanya di palingkan ke arahku lalu tersenyum.

Biasalahkan…. orang melayu cukup tinggi dengan adab sopan dan ramah dengan senyuman. Aku mengeluh panjang. Mungkin ini hanya khayalan agaknya.

Tiba-tiba.. tengkukku disapa lagi dengan angin yang berlalu laju. Memang cari nahas….. kalau aku tunggu buat bodoh. Akupun apa lagi…. berlarilah… langkah seribu…. ibarat lari marathonlah. Jangankan kata kaki aku yang lemah…… ini bulu romaku juga tegak berdiri ibarat orang yang sedang menyanyikan lagu Negaraku.

Rupa-rupanya tingkah laku aku sedang diperhatikan oleh Tok Penghulu di Kampung Anak Jeram ini. “Hah..!! apa kena kau lari..?”sapa Tok Penghulu. Lalu aku memperlahankan sedikit larian sambil tersenyum mengaru kepala yang tidak gatal. “Tak.. dek… apa-apa tok..?. Nak gi membuang ni hah… tu yang berlari tuu….!!”balasku sambil tersenyum dengan tak henti mengaru kepala… dari tadi. “Oh…!! aku ingatkan kau nampak hantu…?!!”soalnya lagi. Sambil tersenyum aku pun minta diri dulu. “pergi dulu tok..?. tak tahan dah nih..!!”kataku. “Mohlah… akupun nak gi ke surau nih…?”ujarnya sambil berlalu pergi meninggalkan aku.

Aku berlari-lari anak setelah melihat pintu chaletku dah semakin menghampiri jarak anak mataku. Lega… rasanya. Nasib baik Tok Penghulu aja yang nampak…bentakku didalam hati. Sesampainya aku di serambi chalet tempat aku menginap, sekali lagi aku disapa oleh satu suara yang lain. “Yang kau berlari macam orang nampak hantu tu kenapa?”tanya Imran kepadaku. Berpinar rasanya kepala otak aku…tak berhenti…… malang betul…. malam nih. Lalu aku bertanya selamba. “Apa yang lari..nya?”soalku sambil menuju ke sinki untuk basuh tangan. “Wei…!! aku punya yang ada tulis “A” kau punya yang ada 2 getah tu…..?!!”kataku lagi.

“Keh..keh….keh…. rezeki…… nih.!!”kata Imran dengan muka macam kerang busuk. “Eleh….. aku nampak kau lari lepas beli nasi lemak Mak Yam tadi.”kataknya tanpa henti. Aku buat dek… ajalah.. perut tengah lapar… otak aku nih tak behenti lagi fikir….. dari mana datangnya angin yang menyapa tengkukku 2 kali. “Makan ajala… kau nih membebel kalahkan mama aku ahhh..!!”jawabku lagi.

“Kau nak tahu..? orang kampung nih kata kat aku….. Mak Yam tu kahwin dengan orang bunian. Anak dia 2 pompuan pun jadi orang bunian ahh jugak. Yang lelaki tu aja… yang ada dengan Mak Yam sampai skang ahh…?!!”kata Imran lagi.

Aku terfikir sejenak….. dengan kata-kata Imran. Mungkin juga…. yang menyapa aku tadi.. Arhhh… aku menghentikan khayalan aku. “Merepeklah kau nih….!! kau tanak makan nasi lemak tu cakap aku tengah lapar nih…?!!”kataku seakan tidak mengendahkan kata-kata Imran. “Belagaklah…. nanti kau kena….. rasakan…lah..”katanya kepadau sambil makan….. dan… membebel. “Best ahh nasi lemak Mak Yam nih kan..!! Makin hari makin best…. ubat apa dia letak tah..!” katanya lagi.

Tak kuasa aku hendak mendengar Imran membebel. Kalau di layan…. alamat akupun tak buat kerje. Aku sudahkan nasi yang di tangan lalu bangun dan basuh tangan dengan membiarkan Imran seorang makan.

Selesai makan nasi lemak….. akupun mulalah keluarkan laptop Dell dan sambung novel yang bakal aku terbitkan. Kalau tak dek kerana di”push” oleh penerbit kat K.L tu mau aja aku membuta time-time macam nih.

Petikan gitar Imran melekakan aku untuk berkarya. Ada gunanya juga budak gila nih aku bawak ke Tioman.

“Hah….!!! tak mula lagi…. menaip. Kang yang kena marah aku gak….. Man.. Ko tengok berapa kali Encik Zul tu dok ingatkan kat aku suh kau habiskan dalam tempoh 4 minggu. Kau tau 4 minggu tu lamaaaaaa……!!!!!! Uwaaaaaaaaaaaaaaaa…!!!!!? Bila aku nak balik K.L tahhh…..!!!!

Sergahannya membuatkan aku terjaga dari alunan lembut petikan gitarnya. Sambil tersenyum aku mula menaip. Dah dekat beribu patah perkataan yang aku delete. Dah dekat berpuluh tajuk novel yang baru ini aku dok selit. Dah dekat beratus semuanya hik hik hik….. akhirnya aku delete pasalnya tak tahu nak mula……. kat mana…..

Dah dapat idea……. nak guna tajuk…… tetiba plak…. hilang…… kat mana nak hujungnya. Memang haru betul. Dah dekat 1 tahun aku tak dapat terbitkan novel gara-gara idea dan sentuhan hilang tiba-tiba. Akupun mulalah….. menaip entah hapa-hapa. Semuanya nak sedapkan hati Imran yang tak terkebit-kebit tengok aku dok termenung kat depat skrin laptop nih.

“Apa lagi…..!!!? Aku tak dengarpun keyboard tu kau taip……?!!!”sergahnya kembali.

“Iyerlah…… iyelah…….. aku nak startlah nih…..!! bisinglah….. makan bising…… minum bising…… dapat makan pun bising. Bila masa kau tak bising..?”soalku pada Imran yang dah start bersenyum kambing padaku.

Entah macamana aku dapat satu idea…… akupun mulalah menaip tak henti-henti. Idea dah melambak nih……!!! kalau ditegur dek Imran tu mau aku bentinya….!!? bentakku didalam hati.

“Hah…..!!! camtu ahh kawan…… aku ingat kau tak kesiankan aku dok sengsorang kat pulau nih tanpa Amy di sisi.”katanya padaku sambil memetik lagu entah hapa…… sambil melaung-laung sebut nama awek yang dia dok gilakan kat Galeriku di Kuala Lumpur.

Dalam pada aku sedang asyik…. menaip tanpa henti…… yang asyik-masyuk tu….. tiba-tiba kepalaku di tonyoh dari belakang. Entah kenapa aku boleh perasan si Samdol nih boleh terlepas dari pandangan aku.

“Oh…..!!!! Kau tipu aku yeak……!!!! Kengkonon poyo menaip laju mengalahkan Amy jantung cinta aku, ateee….!! cuba kau baca…… sikit novel kau tu…. macamana mulanya aku nak dengar…..?!!”katanya selamba……badak.

“Kah…..kah…..kah….. dah kau bising…… akupun taip ahhh……”jawabku pantas.

“Cuba baca sikit aku nak dengar nih…..!!”sambungnya lagi. Geli hati aku…… bila tengok si Imran mengkala lihat skrin aku tah hapa huruf……

“Tang Tajuk tu aku faham ahhh aku rasa….kan…?!! tapi yang…… ini…ini…??!!”sambil menunjukkan jarinya ke rangkap pertama.

Si Samdol bernama Imran

fdfakldfsdk fkldfkldjfkdjfkldjsf kdjfklsdjfkldjfdklf.

kldfsdfdk sjfjkhjksdsdjkfkiuyeas vvvgfrrdsa.

“Ka..kah…… Idea aku tak dek…..!!! nak wat camana?”sambungku lagi……sambil tergelak besar tengok mukanya yang dah mencuka seribu bahasa. Lalu aku pun mulalah menyanyi…..

“Amy….. aku tersadai di tioman…. Kau tunggulah aku lagi 4 bulan…… janganlah kau lupakan daku…… oh sayangggg…!!!”sambil menjeling tengok Imran yang dok ketuk-ketuk kat skrin Laptop aku.

“Camnilah…… apa kata kau buat cerita anak Mak Yam tu….. bercinta ngan manusia biasa ker?”katanya kepadaku.

“A….Hah….!! idea kau tu best gak……. ok…. ok….. aku try……”kataku padanya.Kekadang kata-kata Imran tu ada gunanya. Terlintas difikiranku. Ideaku mula merewang untuk mencari permulaannya. Aku mula menulis….. point-pointnya di PalmTop sebagai check point.

“Perhggggg,…….!!!! Lega aku tengok kau dah bukak PalmTop tu…”katanya sambil menuju ke dalam chalet untuk tido.

“Huarrrrgggggggg……. tetiba jek mata aku ngantuk…….aku tido dulu…. kau jangan plak tido….kenakang…..!!?”katanya kepadaku. Aku tersengih…… tanya setuju.

Suasana malam ini, buat aku meremang kat serata tengkuk. Ditambah pula dengan berjaga seorang di waktu ini. Percutian aku kali ini cukup-cukup menguji keimanan aku sebagai seorang islam. Memang kita disuruh untuk tidak percaya dengan hantu, tapi tak bermakna hantu tu tak wujud. Hantu tu wujud di dimensi yang berbeza dengan dimensi manusia. Begitu juga dengan makhluk lain ciptaan tuhan.

PalmTop yang masih di tangan aku masih terletak setia menunggu aku memenuhkan ruang isi perutnya. Tiba-tiba aku disapa oleh satu suara yang cukup manja dan lunak yang pasti kepunyaan seorang gadis yang pastinya cukup cantik dari segala segi.

“Assalamualaikum…”kata suara itu kepadaku. Aku memusing-musing untuk melihat dari mana tuan punya suara untuk berada. Alangkah terkejutnya hatiku melihat sinaran yang bercahaya dari segenak urat dan garis tubuhnya. Di kala ini aku terlupa dari mana datangnya gadis ini. “Waalaikumsalam…! Cik Adik cari siapa?”tanyaku.

“Leha nak cari penulis buku Kasih Dua Dimensi”sambungnya lagi. Kelunakan suaranya cukup memukau aku. Mata aku tak berkedip dari tadi. Timbullah di hati untuk bertanya dari mana dia datang. “Itu novel saya….. maksudnya…..?!! saya ker?”tanyaku dengan selamba bodoh. “Eh… nama saudara…..tinggal kat mana…. ermmmm tak pernah pulak saya nampak saudara sebelum nih…?”sambungku lagi tanpa henti.

Senyumannya cukup manis bila melihat aku bertanya tanpa henti. “Hik…hik…hik… nama saya Syarifah Zaleha bte Syeik AbdullahFatah. Saya tinggal di hujung kampung berdekatan dengan denai menuju ke jeti kecil.”katanya tanpa henti. “Erhk… kejap yer.. kawan saya panggil tu?”teriak Imran membuatkan aku terkejut dan meminta izin untuk melihat apa yang berlaku di dalam. Sambil mengangguk tanda setuju sempat lagi aku paling muka untuk melihat kot-kot dia nak cekik aku ker?. Isk…. megnarut aja…. pekikak Imran kali ke-2 membuatkan aku berlari-lari anak.

“Apa…yang kau memekik tengah malam nih…?!”tanyaku. “Tu hah…..!! HP kau berbunyi dekat 10 kali dah….. pedih hati aku dengar.”kata Imran sambil bangun dan mengosokkan mata bergerak menuju ke serambi. “Wei… wei… kau tolong tengok pompuan kat depan tu kejap suh dia tunggu tau..!??.. kau borak ahhh dulu dengan dia..?!”sambungku lalu memicit butang untuk menjawap panggilan.

“Pompuan…..?!!! Ok.. orait….beres….?”katanya laju. “Erk……erk… kau gila ker aku yang rabun.. mana orangnya.”katanya. Sambil menuding jari ke serambi luar aku menyuruhnya cepat berbual dengan gadis secantik bidadari itu. “Kau nih….. memalam buta kau memain ngan aku. Ni..!!? tempat orang Man…. aku nih dah ahh lemah angin semangat………?!”sambungnya sambil menggaru kepala tanda hairan.

Isk…..kau nih……!! sambil bergerak menuju ke serambi akupun mencari-cari…puncanya ker kan betul aku berbual dengan dia di tepi pagar dekat pohon kelapa nih..tadi rasanya sambil berfikir. “Kan…kan… mana ada….. dah ahh gi tido ahh…!!”kata Imran lagi sambil menggosokkan mata. “Cantik kau…… nama dia Syarifah Zaleha.. betul aku borak ngan dia kat sini”sambil menunjukkan tempat gadis itu berdiri.

“Malaslah…… kot yerpun kau nak buat citer pompuan bunian janganlah kau suh aku tengok pompuan bunian tu gak….!”keluhnya sambil menarik bantal dan tido.

Kehairanan malam itu cukup jelas dan payah untuk aku klasifikasikan. Aku cuba memalingkan semula mukaku ke arah tempat gadis itu berdiri ketika berbual denganku tadi. Ternyata hampa. Lalu aku menutup pintu sebagai tanda hampa dan sedikit resah. Siapa Syarifah Zaleha?. Manusia ker Jin?

Keesokkan paginya aku dikejutkan oleh jeritan Imran yang kelaparan.

“Jom…… ah…… Man…..!!! dah pukul 12.00 tengahari nih….!”pekiknya bebetul ditelingaku.

“Iyerlah….. iyerlah…… aku nak bangunlah nih….!”balasku lambat sambil menarik selimut dan bantal peluk.

“Yang dipeluknya bantal tu apsal……?!”sambungnya lagi. Sambil menarik selimut Imran menolak badanku agar cepat bangun.

“Iyerlah….. aku nak bangunlah nih…. bagilah aku time….. nak recharge…..enjin kat badan aku nih jap…. susah nih nak bukak mata…. nih”sambil mengeluh dan mengeliat.

Rasanya mau aja aku sambung tidur dan mimpikan Leha lagi. Entah macamana aku boleh termimpikan dia. Padahal aku baru aja jumpa dia malam semalam, itupun tah dari mana datangnya gadis yang secantik itu. Kulitnya halus….. putih…. gebu ibarat telur yang telah direbus. Rambutnya yang panjang melepasi bahu ditiup angin adui….!! nasib baik bertudung simpang litup.

Tiba-tiba aku mendapat idea untuk menulis novel yang aku kali ini. Tingkah laku aku diperhatikan oleh Imran sambil mengaru kepala.

“Kau nak gi makan ker idak nih…… aku dah lapar nih…. kang aku gi makan sorang kang?”katanya.

“Pegilah….. kau belikan aku makanan sekali yeak…..!”balasku sambil tercari-cari dimana laptopku berada.

“Iyerlah….. kekadang tu aku tengok kau nih macam orang gila…… ehhh…. kang…. tak pepasal….. perut aku yang berbunyi nih kang kata aku pun gila…..?. Aku gi dulu tau….?!!”sambil berlalu pergi meninggalkan aku yang dah mula nak berkarya.

Tanpa mempedulikan sesiapa aku mula berkarya untuk mimpiku malam tadi. Tiba-tiba ada satu file yang berbeza di Desktop laptopku. Dalam fikiranku….? Imran ker yang punya atau aku kah yang punya…..?. Tanpa berfikir panjang aku membuka file itu dan mula membaca….. apa isi file berkenaan.

“Huh…..!!!!! Erghhhhh…..!!!! bukan ker….. tu mimpi aku malam tadi?”fikirku di dalam hati.

“Macamana boleh di taip macamnih..!!”fikirku lagi. Lamunan aku terhenti bilamana Imran kembali dengan membawa nasi untukku.

“Nah.. makan….?”katanya sambil menuju ke Laptopku.

“Uyoooooo…….!!!!!! dah start yeak…. citer kau……!!!. Ini sudah bagus nih…….. Oh…..!!!! Amy…….. abang akan kembali…… tak lama lagi…… ke sisimu……… Ohhhhhh…..!!!!!”jeritnya.

Malas aku nak layan budak gila nih. Akunya masalah tak selesai lagi. Aku taknak beritahu pada Imran bahawa isi novel itu bukan aku yang karang. Bukan ker aku tidur malam tadi. Dan mimpi aku berduaan di tepi pantai sambil menikmati embun malam bersama leha masih segar diingatan. Ibarat ianya benar-benar terjadi. Dan memang benar aku berunggun api di tepi pantai sambil mendengarnya bersyair dan bergurindam.

Nasi yang aku makan tak ada rasanya lagi. Macamana aku nak beritahu yang itu bukan karyaku. Setelah selesai makan memberitahu Imran yang aku ingi ke tepi pantai untuk melukis. Kedegilannya untuk menemani aku tak termampu halangi lagi. Lalu aku mengajaknya bersama-samaku mencari permandangan yang cantik yang boleh aku adaptasikan di kanvas tu nanti.

“Ah….!! situ cantik….. kat tepi jeti tu….. apa kata…..?”ujar Imran kepadaku setelah lama berjalan dan mencari.

Aku mengangguk tanda setuju. Aku pernah lalui jalan ini malam tadi di dalam mimpiku sambil menuju ke jeti. Ahhh…!!! aku cuba lupakan sejenak akan hal mimpiku malam tadi…… sambil mensiapkan diri untuk melukis. Ternyata aku memang suka melukis. Lukisan digaleriku di Kuala Lumpur cukup ramai yang ingin membelinya sampaikan…… ada yang ingin membayarku berpuluhan ribu. Berkarya dan melukis sudah sinonim denganku. Lukisan yang aku lakarkan ini hanya lakaran pertama untuk aku cantaskan dan pantulkan sinarnya menerusi gabungan warnanya kelak.

Setelah selesai……lakaran pertama aku mengajak Imran pergi. Semata-mata permandangan ombak…….. pantai…… pohon kelapa…… denai dan jeti…… di hujung…….. kanvasku. Semuanya flora…… dan ianya akan tetap begini.

“Memang cantik…….. tak sesia anugerah tu tuhan lambakkan kat kau yeak……..?!! kalau aku….. agaknya pokok kelapa tu….. jadi pokok…….. kelapa gak… tapi kelapa sawit…… kah kah kah!!!!?”sambungnya sambil menolongku mengemas berus dan lenlaiN.

Hari dah semakin larut. Air lautpun dah mula pasang. Gerak hati aku untuk meninjau sekeliling denai dan jeti terbantut bilamana…….. Imran memberitahuku yang dia masih belum menyudahkan asarnya lagi. “Oh…!! ya..!! Tok Penghulu ajak kita sembahyang berjemaah bersama-sama malam nih….. pastu sambung baca yasin dan berzikir….. kan malam jumaat nih……!!!?”katanya sambil mengangkut peralatan melukisku sambil berjalan.

“HurrmMmm…. nanti maghrib kita pergilah…!”balasku sambil memusing-musingkan kepala ku ke arah belakang kot-kot….. manalah tahu aku ternampak leha di situ ker……?

Ternyata hampa……

“Ler…… yang kau dok terpusing-pusing kat situ tu kenapa?”jeritnya lagi. “Iyerlah…… iyerlah…… aku nak geraklah nih…..!!!”pintasku sambil berlari-lari anak menuju ke arah chalet.

Dua tiga hari lain benar rasanya. Dalam perjalanan balik aku bernazar sekiranya aku berjumpa atau sememangnya Syarifah Zaleha itu sedang memerhatikan aku, aku nak tengok dan nak bersua muka dengannya. Entah macamana tiba-tiba aku rasa letih yang teramat sangat. Lalu aku memberitahu Imran yang badan aku tiba-tiba berat… kaki aku pulak tiba-tiba tak mampu berjalan. Entah apa yang berlaku selepas itu akupun tak tahu.

Yang aku tahu aku masih lagi mampu mendengar Imran menjerit-jerit di telingaku sambil mengoyangkan badanku. Kemudian mataku terpejam dan tertido. Aku tidur dengan nyenyaknya. Apabila aku terjaga aku tengok jam di dinding dah lepas waktu maghrib. Lalu aku cuba memanggil Imran. Tetapi hampa……. ternyata sapaanku disambut oleh……seseorang yang sememangnya aku tunggu.

Tapi bagaimana Imran boleh benarkan dia masuk. Oh… mungkin Imran risau agaknya. Maklumlah Tok Penghulu dah beberapa kali ajak kami bersamanya berjemaah. Meriah sikit katanya.
Suasana bilik nih lain dari chaletku. Tetapi memandangkan badan aku yang letih dan tak berdaya aku lupakan buat sementara. Mungkin Imran menyuruh Syarifah Zaleha menjagaku sebentar.

“Abang Man nak air… Leha bole ambilkan.”tuturnya lembut. Lagi sekali aku pusing keliling….. memang bilik nih bukan bilik di chaletku.

“Abang Man dengar tak nih…?”ujarnya lembut.

“Nak…”balasku pantas.

“Abang kat mana nih..!”tanyaku laju.

Sambil tersenyum Leha terus masuk ke dalam sambil meleret memerhatikanku. Kembalinya dia dengan membawa aku segelas air dan kuih untuk dijamah.

“Makanlah… leha yang buat”ujarnya sambil tersenyum.

Adoi…… manisnya senyuman. Tiba-tiba…. adegan cumbuan kami diperhatikan seseorang.

“Hah…!!! kamu dah jaga anak muda…!!”ujar lelaki yang bertubuh tegap yang berpakaian jubah putih tak ubah seperti pedagang arab dan ditangannya memegang seutas tasbih.

“Ya..!! “balasku perlahan. “Kenalkan inilah abi.. leha..”kata leha kepadaku.

“Jom…. kita sembahyang isyak berjemaah. Tidur dan pengsannya kamu menyebabkan kamu rugi mahgrib untuk hari ini.”katanya lagi sambil mengarahkan aku mengambil tuala dan mandi serta kolah untuk mengambil air sembahyang.

Ketika itu pikiranku celaru. Keadaan disitu berbeza. Udaranya segar keadaanya langit dan suasana persekitarannya tak ubah seperti dilindungi salju putih.

Dikala turunnya kakiku melalui tangga batu, aku lihat orang kampungnya senyum sambil menyapa salam kepadaku. Air mukanya jangan lihatlah…. bersih… betul.

Disebabkan badan aku masih lemah. Aku terlupa seketika Imran. Yang ada difikiranku sekarang…. ialah… dimana aku berada… Di tioman kah….!! atau…. di kayangankan….?

Setelah selesai mandi dan mengambil air sembahyang aku keluar dan sesambil mengeringkan rambut dan memerhatikan keadaan keliling. Cantik sungguh tempat ini tak ubah seperti suasana di Cameroon Highland. Cuacanya tak terlalu panas dan tak terlalu sejuk. “Mari kita berjemaah bersama-sama..?”pinta orang tua Leha kepadaku. Aku menganggukkan tanda setuju. Entah kenapa penduduk kampung yang kelihatan disini seperti bermukim di sini. Tak silap aku aku dengar bunyi ombak. Detik hatiku mesti ada laut di sekitar sini. Mungkin keadaan gelap di sini menyukarkan aku membuat tafsiran.

Setelah selesai sembahyang, aku diajaknya makan malam. Memang masakannya berbeza dengan kita orang melayu. Kebanyakan caranya mirip kepada menu barat. Tak boleh makan dahulu. Menu pertama kami adalah buah-buahan. Ikut sunnah nabi katanya..kepadaku. Setelah menjamah buah-buahan barulah aku dihidangkan makanan dengan ayam panggang di tengah meja hidang. Tak ubah seperti orang barat menyambut christmas.

Tapi yang menariknya orang kampung di sini tak ramai. Yang perempuannya berpakaian tak ubah seperti baju tidur. cuma bezanya mereka lebih ayu dan di kepalanya terdapat kalungan lilitan bunga. Yang lelaki memakai pakaian putih juga tetapi seakan berjubah. Kata mereka lagi, inilah cara orang-orang seperti mereka. Makan bersama-sama. Hidangan makanan juga bersama-sama. Mencari rezeki untuk kaum mereka.

Ada satu keganjilan di sini pada pandanganku sewaktu diluar. Tanaman dan pokok-pokok di sini tak ubah seperti sebuah cerita dongeng. Macamana aku nak kata yer…..!!! Lampu diletakkan di setiap pokok. Dan tak silap akulah…. pokoknya tak ubah seperti ada sebuah rumah disana.

Setelah selesai makan, aku di ajak meninjau keadaan sekeliling kampung ini. Lagi satu keajaiban… Leha dibenarkan menjadi pemandu pelancong untukku. Pakaian Leha tak ubah seperti mereka. Pernah aku membaca puteri kayangan 7 beradik. Pakaian mereka tak ubah seperti itu.
“Leha… boleh abang Man bertanya?”kataku lembut. “Nak tanya tanya ajalah. Bukannya Leha nih makan orang?”katanya lembut dan sambil menjeling manja kepadaku. “Leha nih orang apa..?”soalku lagi. Mungkin itu satu soalan yang bodoh. “Umat Nabi Muhammad dan tuhan kami sama macam kamu Allah”jawabnya lancar.

Tersenyum aku mendengar jawapan tersebut. Soalan bodoh……jawapannya jugalah bodoh. Tergelak besar aku. “Maaf yer…?..ada ker soalan itu yang abang tanya.?”kataku lagi. “Leha tahu abang nak tanya apa?. Disini kami tenang. Orang-orang di pulau ini khususnya Tok Penghulu di sini membenarkan kami 7 keluarga kesemuanya menginap disini semuanya gara-gara abi Leha berkahwin dengan orang pulau ini iatu Umi Leha”katanya sambil menunjukkan aku persekitaran tempat ini. Tak terlalu besar aku agak mungkin dalam 8 atau 9 ekar. Abang orang pertama yagn dapat masuk di kawasan Leha tanpa ada ikatan yang sah. “Maksud Leha?”tanyaku sedikit hairan. “Macam Abi dan Umilah”jawabnya pantas. Disepanjang perjalanan kami… memang benar ada laut. Dikiri kanan banyak pokok yang besar tetapi bantut. Tak ubah seperti pohon bonzai.

“Nazar abanglah yang membawa abang kedunia Leha. Disini kami 7 keluarga. Memang kami buat semua perkara bersama. Mencari rezeki bersama dan makan juga bersama. Dan Leha bukanlah manusia biasa. Anak-anak disini kesemuanya akan bertukar menjadi…….?!!!”katanya termati dan tergantung disitu.

“Jadi apa?”tanyaku hairan bilamana ceritanya tiba-tiba tergantung. Sambil melihat sekeliling. Tak ubah seperti rumah. “Kenapa ada pintu dipokok itu?”tanyaku hairan. Dan kenapa kesemua pokok disini ada lampu. Tak ubah seperti sebuah rumah.”tanyaku lagi.

“Itulah rumah kami. Cuma bezanya Abi ketua disini dan rumah kami berbeza sedikit dari 6 keluarga yang lain.”jawabnya bersahaja.

Disekitar pokok yang aku nampak pintu ada seperti seorang perempuan yang sedang terbang. Tak ubah seperti rama-rama besar. Belum sempat aku bertanya Leha memberikan jawapan atas kesemua kemusykilanku. “Itulah kami. Malam kami boleh terbang dan berjalan di tanah sedangkan siang kami hanya boleh berjalan tak takkan boleh terbang.

Persoalan yang cukup teruja. Terkejut aku mendengarnya. Mereka nih kenapa? Kena sumpah ker apa? “Mari kita balik Abi panggil”katanya lagi.

Macamana Abinya boleh panggil sedangkan kami berada jauh dari rumahnya. Entahlah apa nak jadipun jadilah. Asalkan mereka nih sembahyang sama macam aku…..itu dah kita bersyukur.

Entah bagaimana aku dapat melihat dengan jelas lelaki dan perempuan terbagn menggunakan sayap. Kilauan emas di sayapnya cukup buat aku terfikir kenapa mereka berada disini.

Katanya lagi kepadaku bahawa pergerakan mereka terbatas untuk berkawan dan bercinta.

“Nazar abang yang bawa abang ke sini”katanya perlahan. Dalam perjalanan pulang ke rumah aku dapat melihat beberapa pergerakan di udara. Cantik sungguh….. dalam hatiku berkata tak ubah seperti sebuah cerita dongeng. Rupanya benarlah tekaan aku.

“Orang Kayangan?”jeritku terkejut.

“Ya…. perkahwinan campur berlebih-lebih lagi dengan manusia mencampakkan kami kepada hidupan asal kami. Sumpahan perkahwinan dengan manusia menyebabkan kami menjadi manusia dua alam. Tempat ini merupakan syurga bagi pasangan cinta antara dua dimensi dunia yang berbeza.

Perjalanan pulang benar-benar jauh aku rasa. Semahunya aku tak mahu lagi. Mahu saja aku berbual dengannya di malam ini. Denai ini sungguh cantik kerana dikiri kanannya terdapat bunga kecil yang mengeluarkan bunga berwarna-warni.

“Abang suka Leha bukan?”tanyanya. Aku mengangguk. Kelembutannya sungguh menawan hati aku yang keras sebelum ini.

“Abi kata kita akan tempuh banyak dugaan dalam perhubungan yang bakal berlaku”sambungnya lagi. Tapi kali ini suaranya cukup sayu. Pandangan kearahnya menemukan mata kami berdua. Sungguh cantik ciptaan tuhan yang maha esa.

Tempat tidurku sungguh selesa. Tak ubah seperti dirumah. “Boleh pakcik bertanya sebelum kamu tidur anak muda?”tanya Abi Leha kepadaku. Aku anggukkan kepalaku. “Hulurkan tanganmu keatas tapak tanganku ini”sambungnya sambil tersenyum.

“Ini adalah masa depanmu dengan anakku”katanya seakan sedih. Memang dari wajahnya tak ada senyuman yang ada hanya kekesalan dan keresahan.

Setelah meletakkan tanganku diatas tapak tangannya sesuatu telah terjadi. Aku dapat dengar suara Abi yang memberitahu apa yang sedang aku lihat itu adalah masa depanku dengan anak perempuannya.

Alangkah terkejutnya dihati….. kebahagiaan kami bagaikan angin lalu. Tak dapat rasanya nak diucapkan dengan kata-kata kerana mindaku tak mampu dan tak dapat menerima kenyataan ini. Selesai melihat apa yang tak sepatutnya aku lihat, kini sedih melanda. Letih di badan dan kemanisan berduaan dengan Leha hilang entah dimana.

“Kamu boleh memilih untuk melenyapkan kami satu persatu ataupun kamu ingin memilih untuk kebahagiaan yang sedikit itu?”sambungnya sedih. Kini barulah aku tahu kenapa wajah lelaki tua ini sedih tiba-tiba. Air matanya berlinang tanpa diundang.

“Aku sayangkan kamu anak muda sama seperti aku sayangkan anak-anak aku. Tuhan tahu apa yang dia mahukan. Jangan menidakkan takdir yang telah disuratkan sejak kamu dilahirkan lagi”sambungnya sambil berdiri.

“Tidurlah… esok kamu berilah jawapannya”pinta Abi kepadaku.

Mata ini takkan dapat tidur setelah melihat apa yang terjadi. Alangkah indahnya baju pengantin aku dengan Syarifah Zaleha. Burung merpati putih terbang sambil menjatuhkan bunga melur. Bunga-bungaan ditanam indah dan cantik. Embun yang menitis dan menumpang di rongga kelopaknya cukup menyentuh kalbu. Sinar cahaya yang indah dan suasana yang berkicauan tak ubah seperti sebuah cerita dongeng. Tetapi…… perkahwinan kami dilanda sumpahan. Sumpahan itu jatuh kepada anak-anak Mariyam dan AbdullahFatah.

Aku harus buat sesuatu tetapi apakah adil untuk cintaku yang baru berputih ini?Adilkan Syarifah Zaleha menerimanya dan tabahkah aku melalui waktu sukarku di dimensi ku kelak?

Dalam keadaan ini bukan mudah untuk membuat keputusan. Namun aku tahu itulah keputusan yang terbaik untuk aku laksanakan demi orang tercinta. Kesejahteraan dan kebahagiaan Syarifah Zaleha bukan dalam genggamanku yang bersifat kekal, tetapi sementara cuma.

“Keputusan yang abang ambil benar-benar buat Leha terluka”kata Leha kepadaku.

Aku nampak kelopak matanya berlinang dengan airmata. Sebak didada ini tuhan sahaja yang tahu. Aku lelaki aku mesti tabah hadapi dugaan ini. Walaupun cintaku dengan Syarifah Zaleha ibarat setitis embun yang baru terbit diatas sehelai daun.

Keputusanku didengar oleh Abi Leha dengan nafas yang sebak. Kebahagiaan anaknya telah diragut oleh manusia yang kerdil sepertiku tak sampai 7 hari.

“Mungkin ini keputusan yang sukar untuk kamu berdua.”katanya kepadaku. Aku angguk tanda setuju. Airmata lelaki mungkin payah untuk dimengertikan. Tetapi ia mengalir juga kerana dialah cinta pertamaku setelah kematian Nana 7 tahun yang lepas. Setelah berbincang dan Abi membenarkan aku bersama dan berbual dengan anaknya seketika mungkin sebelum aku diberi “air lupa”

“Mungkin suatu hari nanti abang akan melupakan Leha tetapi percayalah cinta yang sekejap ini tak mungkin dapat Leha lupakan”katanya sambil menangis teresak-esak.

“Simpan nota ini didalam seluar abang. Andai kata abang brtemu nota ini 1 tahun ataupun 2 tahun yang akan datang disaat itulah Leha akan datang buat kali pertama dan itulah juga kali terakhir abang akan bertemu Leha”sambungnya lagi. Aku tak terkata apa. Sukar orang luar mentafsir cinta kami tapi itulah cinta pandang pertamaku dengan gadis selembut dia.

Nota yang diberikan Leha aku simpan seperti mana yang dikehendaki. Tidak berapa lama kemudian Abi datang dengan membawa segelas air. Aku pasrah apabila Leha lari kerana tidak sanggup melihat aku lagi.

Tiba-tiba aku terjaga dan aku lihat begitu ramai orang.

“Apa……!! 7 bulan?”jeritku seperti tidak percaya. Kata-kata Imran benar-benar buat aku terkejut. Sebenarnya aku agak terkejut kerana setahu aku 7 hari lamanya.

Setelah aku pulih aku seperti biasa bekerja di Galeriku. Leha tiada dalam ingatan aku ketika ini. Yang ada kini tak ubah seperti pemikiran bayi yang baru lahir. Entah bagaimana aku tergerak hati untuk melihat kotak yang tesimpan di dalam Galeriku. Asing benar aku lihat. Lukisan seorang gadis rama-rama dan sebuah lagi lukisan pantai. Lalu aku ambil dan tayangkan di Galeriku.

Tiba-tiba seorang tua datang kepadaku dengan berpakaian serba putih dan ditangannya memegang tasbih.

Tanpa berkata dia hanya memerhatikan aku mengantungkan 2 potret yang baru aku jumpa itu. Peli benar kelakuannya. Belum sempat aku bertanya lelaki tua itu sudah tiada. Lalu seperti biasa aku akan mengemaskini file di Laptopku.

“Man…!!! Dateline untuk kau hantar novel tu tinggal 2 bulan lagi?”tnya Imran kepadaku.

“Alamak…… matilah aku…!!”sambungku dengan agak ralat. Terkocoh-kocoh aku onkan Laptop untuk menyambung novelku yang dulu.

“Eh…!! kau dah siapkan ker? Pandai kau yer… tamat plak tu . Siapkan tajuk sekali?”kataku selamba.

“Kepala hotak kau!! aku nak pegang komputer pun tak reti inikan plak nak taip?”jawabnya sambil duduk mengorat Amy.

Aku membacanya dengan teliti. Berhari-hari lamanya. Ianya tak ubah seperti sebuah cerita dongeng. Entah bagaimana aku tergerak hati untuk memncari seluar yang terdapat nota didalamnya. Maca ada satu suara yagna menyuruh aku mencarinya. Lalu aku terjumpa seluar dan bajuku tergantung di Almari pakaian yang tidak dipakai lagi.

Aku membaca nota itu dan tidak semena-mena satu cahaya keluar dari cermin dan memantulkan satu rupa paras gadis yang tak ubah seperti di potret di Galeriku. Sambil terbang dia mengalunkan nota yang ditanganku.

Setelah itu dia seperti menghembus sesuatu kearah mukaku. Dan aku terlena. Apabila terlena barulah aku tahu…….. dan aku fahami siapa lelaki tua yang datang itu. akan aku jaga potret itu dan novel itu akan aku pasarkan menggunakan tajuk Syair Si Pari-Pari.

Cintanya datang kembali setelah setahun lamanya. Katanya dia menunggu begitu lama untuk aku membuka nota. Sambil tersenyum aku seakan pasrah walaupun cinta berbeza dimensi namun kita kami tetap segar diingatan. Cinta yang tak mungkin menyatukan kami. Tetapi novel dan potret menjadi rantai utuhnya hadiah sebuah percintaan yang unik. Sambil melihat bintang dapat rasakan Leha memandang ke arah yang sama sepertiku ketika ini

0Komen:
1. Jangan Menggunakan Simbol '@' Ini Untuk Nama Anda..
2. Jangan Lupa Follow Brozai Di Twitter..Klik Di Sini !
3. Terima Kasih Dengan Komen Anda

Catat Ulasan

 

Copyright © 2009 by Brother Zai - Template by Blog Templste 4 U | Blogspot Tutorial | Sport Page Ranking Tool