Hollywood Yg Tak Guna



Movie

The Last Samurai

Inilah dia contoh yg terbaik mereka-reka sejarah sendiri. Mane de last samurai mat saleh. Ngada2 siap rambut Mission Impossible 2 tu. Samurai2 lain sume botak separuh dia senang2 nak bela rambut awie. Ingat dia macho sangat nak ambik title the last samurai?

Terminator

Yg ni lagilah. Datang2 je buat macam dunia bapak dia punya. Dahlah bogel pastu nak pow baju org. Yg hairannya sekali pow baju tu terus muat. Robot tu kata misi dia selamatkan org. Tapi hakikatnya misi beliau lebih kpd menjadi american next top chopper.

Scream, Halloween, Friday the 13th, Jaws, Aliens

Cerita-cerita ini mempunyai ciri2 yg sama iaitu kecelakaan yg akan menimpa terhadap org2 yg degil. Org dah nasihat awal2 itu-ini tapi tak nak dengar. Nak main ngan jerung ngan Alien jugak. Ha tgk kan dah terbelah dua badan tu.Sayangilah diri sendiri kalau nak berada kat movie seterusnya.

Series

CSI

Oh yeah.... tak kira kes culik ke kes bunuh aku jamin dalam satu minggu sure selesai punye dgn diakhiri tangisan pembunuh. Memang kalah kes culik budak takpun kes bunuh org mongolia yg kat Malaysia nih. Sampai sekarang ada lagi kat paper.Team CSI nih memang hebat! tak kira episod apa sure dapat banyak bahan bukti. Walaupun sehelai rambut yg tersorok gila babi punya. Dan rambut tu tak lain tak bukan rambut pembunuh. Bangang jugak pembunuh tu ye asal nak bunuh je tergaru kepala biar gugur rambut. Kesian mungkin beliau ada masalah rambut seperti samurai. Who knows?

24

Diorg kata dalam satu episod ia akan menceritakan satu peristiwa yg belangsung selama 24 jam. Oh yeke? Tak pernah sekali pun aku nengok watak utama pegi tandas berak ke kencing. Takpun makan nasik dulu ke sebelum nak bunuh pengganas (Tak lapar ke?).Pekerja 7 eleven pun selalu takde kat kaunter pergi beron walaupun bukak 24 jam.

Numbers

Drama ini beristilahkan 'meniru CSI dengan berselindung disebalik nombor'. Tolonglah... kalau CSI tu dah nazak logiknya apsal la buat cerita yg dah masuk ke lubang kubo akalnya? Solved by numbers la sangat. Namun formula2 yg dia terangkan sedikit pun takde kena mengena2 dgn kes yg nak diselesaikan. Konon2 tgh kira formula tahap master la tu. Tapi bila aku kaji balik ternyata diorg main tiru bulat2 je dari buku teks addmath form 5.

0Komen:
1. Jangan Menggunakan Simbol '@' Ini Untuk Nama Anda..
2. Jangan Lupa Follow Brozai Di Twitter..Klik Di Sini !
3. Terima Kasih Dengan Komen Anda

Catat Ulasan

 

Copyright © 2009 by Brother Zai - Template by Blog Templste 4 U | Blogspot Tutorial | Sport Page Ranking Tool