Kamal Si Pengantin Baru



Kamal merupakan pengantin baru yg baru sahaja melangsungkan
perkahwinan dengan gadis pilihan hatinya. Pada hari berlangsungnya
majlis kenduri kahwin, habis dibedalnye semua makanan pengantin bak
org kebulor 10 hari tak makan. Tak dikiranya mak mertua ke sedara mara
ke, yang penting dia dapat merasai kesemua makanan pengantin yang khas di
buat untuk raja sehari.
"Bila lagik aku dapat merasa makanan punya sedap ni.kalau aku malu
alamatnye lapor ler" bisik hati kecilnya.

Tiba malam selepas selesainya majlis kendara tu, perut si Kamal nie
memulas-mulas. Sampai kentut-kentut dibuatnya. Sakit perutnya di bawak
sampai keesokan harinya.

Pagi tu mak mertua kesayangannya telah menyediakan sarapan pagi untuk
mereka sekeluarga. Keluarlah Kamal dari biliknya hanya memakai kain
pelikat supaya senang nak ke jamban kalau terdesak.

Sambil duduk bersebelahan isteri tercintanya di kelilingi oleh mak
mertua, bapak mertua dan dua org adik isterinya Kamal menjamah sarapan
pagi tu.

Tiba-tiba perut si Kamal buat hal lagik. Nak ke bilik air rasa segan
lak, lalu dia pun melepas angin kentut se'slow' yg mungkin dan
kebetulan ade seekor kucing bernama cemong di bwh meja makan itu.
Mak mertua nye pun bersuara " cemong!"
Fuh lega sungguh hati si Kamal kerana si cemong yg menjadi mangsa mak
mertuanya. Sekali lagi perut Kamal memulas-mulas lalu dilepaskan gas
se slow seperti yang pertama tadi. "Cemong!" teriak mak mertuanya
sekali lagi kepada si cemong. Lega hati si Kamal.

Sambil dok menghayati hidangan pagi tu, Kamal sekali lagi buat
hal. Dek kerana sebelum nie dah dua kali dilepaskan gas, dan mangsanya
si cemong, Kamal dengan selamba buat dek melepaskan gas dengan sekali
hembusan.

Kali ini mak mertuanya berteriak " Cemong, beralih ko dari situ, kang
di beraknye pulak kat ko".

Alangkah malunye si Kamal mendengar ulasan dari mak mertua
kesayangannye itu. ape lagik merah padam la muke si Kamal lalu terus
dia menuju ke bilik kerana 2 sebab. Pertama, malu sebab mak mertua
sindir. Kedua, dia dah takleh tahan untuk melepaskan niatnya itu.

"Menyesal aku bedal sume makanan pengantin semalam" ujarnya sambil dok
termenong dalam jamban .
0Komen:
1. Jangan Menggunakan Simbol '@' Ini Untuk Nama Anda..
2. Jangan Lupa Follow Brozai Di Twitter..Klik Di Sini !
3. Terima Kasih Dengan Komen Anda

Catat Ulasan

 

Copyright © 2009 by Brother Zai - Template by Blog Templste 4 U | Blogspot Tutorial | Sport Page Ranking Tool