Kau Buat Aku Jatuh Cinta (Part 2)



Di dalam lif,Intan menyandarkan tubuhnya pada dinding lif.Airmata Intan masih lagi membasahi pipinya.Sesekali tangisannya menjadi.Intan menekup mulutnya.Dia sendiri tidak rela mendengar tangisannya.Ini bukan kali pertama dia dilamar cinta semenjak kematian Amir.Sudah terlalu banyak lelaki yang menyintainya.Namun,kerana takut kisah lama berulang….Intan menolak setiap lelaki yang menyintainya dengan baik.


Kenapa Anuar buat aku macam ni??Apa yang berlaku pada perasaanku ini ya Allah??!!Kenapa kehadiran Anuar membuat aku jadi macam ni??!Siapa dia???!!Kenapa harus aku yang di pilih??!!

Intan cuba menahan tangisnya.Dia tidak mahu emak bertanya nanti.Kalau emak sudah bertanya….tentu tidak ada apa-apa lagi yang tinggal sebagai rahsia.Intan beristighfar dalam hati….cuba menenangkan dirinya.

Jangan menangis In….jangan menangis.It’’s ok…..jangan biar ia menguasai diri.

Tiba ditingkat 4,Intan melangkah keluar dari lif menuju ke pintu rumah.Intan genggam anak kunci rumah di tangannya.Intan cuba senyum….cuba berlagak biasa.

“Intan…..”suara emak menyapa Intan sebaik sahaja Intan ingin masuk ke biliknya.Intan memandang mak sambil tersenyum.

“Mak….belum tidur??”mak…..kalaulah mak tahu perasaan Intan tika ini mak.

“Mak dah tidur tapi terkejut dengar kamu tutup pintu tadi.”emak memandang Intan.

“Oh!Maafkan Intan.Intan tak sengaja.”

“Dahlah,pegi tidur.Esok nak bangun awal pergi rumah Lin kan??”

Intan angguk kepala.Lega.Sekurang-kurangnya mak tak banyak bertanya.Intan membuka tudung lalu di sangkut pada hanger.Rambutnya yang separas tengkuk dan di biarkan mengurai itu membuat Intan kelihatan comel.Ditambah lagi dengan sepit kecil di belakang telinga.Intan duduk di atas katil.Perlahan-lahan dia merebahkan diri sambil memeluk teady bear pemberian Kak Lin sewaktu di universiti dulu.Ingatan Intan melayang pada Amir……Amir insan pertama yang membuat Intan jatuh cinta dan dicintai.Amir dan Intan saling menyintai…terlalu menyintai hingga ibubapanya dan Amir mengetahui semua itu.Namun,Intan tidak pernah tahu bahawa Amir sedang menghidap leukimia yang serius.Amir selalu sakit,puas Intan bertanya tapi Amir sentiasa mengelak.Hinggalah selepas tamatnya SPM,keadaan Amir semakin teruk.

“Mir nak bawa In pergi mana ni??”Intan merayu.Sudah penat dia menemani Amir masuk keluar kedai menjual cincin.Dan entah dah berapa bentuk cincin silver yang dicubanya atas permintaan Amir.

“Ikut sajalah sayang.Cepat.”Amir memujuk Intan yang berdiri kaku.

“Mir cakaplah dulu……nak buat apa cari cincin silver tu??”Intan sudah mula merajuk.Penat dia melayan karenah Amir.

Amir senyum.Kuat merajuk betul awek aku ni.Comel!”Nanti Mir bagitau kat In ok.Sekarang In kena teman Mir jer.Jom sayang.”

Intan menarik lengan baju Amir.Hmm..awek aku ni.Dah mulalah tu.

“Janganlah merajuk macam tu.Malu tau.Orang dah hairan tengok In berdiri kat sini.”pujuk Amir lagi.

“In tak peduli jugak.Mir kena cakap…..kalau tak.Mir pergilah sendiri.”padan muka.Nak sangat berahsia.

Amir senyum dengan sikap keanak-anakan Intan.Itu yang membuat dia suka pada Intan.Intan memang kuat merajuk tapi merajuk dia tu manja sangat!
“Oklah…..Mir cakaplah ni.”Amir mendekati Intan.Dia menatap wajah Intan.”Mir nak beli cincin untuk In.Cincin tunang kita……”

Intan terkejut.Mukanya merona merah.Amir ni teruklah….kenapa tak cakap awal-awal.nasib baik aku tanya,kalau tak buat aku malu jer kat kedai nanti.
“Intan mana ada cakap nak bertunang dengan Mir…..eeee…..perasan!”
Amir ketawa.”Betul ke??Tak nak kat Mir ke??Betul ni??!”Amir mula menyakat Intan.Nak jual mahal kat Mir yer.

Intan tersenyum malu.Benci betul!Suka sangat nak kenakan aku.
“Eeee….bencilah kat Mir!”Intan memukul Amir dengan buku.

“Hmmm..tadi jual mahal.Ni Mir tanya ni….nak ke tidak dengan Mir ni??Cepat……Mir kira…satu…..dua……ti….”Amir semakin nakal.

“Naklah!”ops alamak macam mana keluar ayat spontan ni.Malunya.Intan memalingkan wajahnya.Malunya nak tengok Amir.

“So,kalau nak, In kena ikut cakap Mir ok??”Intan angguk kepala.

Intan leka duduk di atas katil.Jarinya mengusap-ngusap cincin silver pemberian Amir seminggu yang lalu.Kata Amir biarlah mereka belum bertunang secara rasmi.Yang penting dia mahu Intan dimiliki olehnya.Dalam keasyikan itulah,Intan menerima panggilan bahawa Amir telah dimasukkan ke hospital dan sedang tenat.Sukar untuk Intan menerima kenyataan bahawa Amir telah lama menghidap leukimia.Dalam keadaan yang semakin nazak itulah,Intan setia di samping Amir dan Amir sentiasa berusaha menyatakan betapa cintanya dia pada Intan dan tangannya tidak lepas dari mengusap jemari Intan yang tersarung cincin pemberiannya.Dan malam itu juga Amir pergi buat selamanya.Betapa sukarnya Intan melalui kehidupan selepas kematian Amir.Segala-gala yang di rancang untuk melanjutkan pelajaran ke universiti terpaksa Intan laksanakan seorang diri.Dan sedikit demi sedikit,Intan belajar menerima hakikat bahawa Amir takkan kembali….namun Intan gembira kerana semasa pemergian Amir…mereka masih lagi saling menyintai.

Sukma dan minda ini meronta..
Ratapi pemergianmu untuk selamanya..
Jumpa di kali akhir ku rasa….
Kau masih mampu membuatkan ku gembira…
Ku imbas manis tingkahmu..
Dalam rindu meruntun….
Di jiwaku mengenangi mu….
Pasrahku menguatkan iringi perpisahan….
Kerna pedih rasa bukanlah punca ku hilang ketabahan…..

Dentingan jam dinding mengejutkan Intan.Jam 12 dah rupanya.Anuar………..Intan tersentak.Kenapa dengan nama ini????Intan cuba memejamkan matanya……namun setiap kali dia cuba memejamkan
matanya…..wajah Anuar dan segala yang telah berlaku tadi muncul.Kenapa ni Intan??Apa yang berlaku??Anuar…..kenapa kau buat aku macam ni??!Tak cukup dengan itu….setiap kali memejamkan mata…..Intan seakan terdengar suara lembut Anuar yang cukup mendebarkan hatinya.Intan memeluk bantal.Airmatanya sudah mula menuruni pipi.

Kenapa buat aku macam ni An??!!Apa yang kau mahu??!!Kenapa harus kau katakan soal cinta??!Aku benci mendengarnya……aku takut mendengarnya!!!!Tolong An……..jauhkan aku dari semua ini.Aku bencikan kau!aku bencikan kau!!!!Amir………………….

Anuar duduk termenung di halaman rumah dalam kepekatan malam.Dia masih lagi memikirkan tentang Intan.

“Huhhhhh!”Anuar mengeluh.Handphone Anuar berbunyi.”Hello………..”

“An…..akak ni!”ceria suara kak Lin.

Aik akak aku ni.Satu rumah nak bercakap pun kena pakai telefon gak ke??Ni ler dia orang pompuan.Bila nak kawen…tak boleh kuar rumahlah….. itulah…. inilah…semuanya untuk naikkan seri.Kalau aku dengan Intan macam ni…..rindulah aku menunggu time nak kahwin.
“Belum tido ke??Ingatkan akak tengah mimpi abang Joe sekarang ni……..haha.”

“Belumlah.Akak tengah berdebar ni.Jantung akak ni entahlah.Rasa berdebar betul.”

Anuar ketawa.”Padan muka!Nak sangat kahwinkan??Ha!Baru tau!”

“Jangan nak mengada.Akak ni kira oklah ni……..berdebar jer…..akak takut kalau kau dengan Intan nanti…..Intan takut terus tak jadi kawen.”

Anuar terdiam.Intan………….Intan……….

“Kenapa diam An??”

“Takdelah kak.Teringat kat Intan je.”nak cerita ke tidak.Kalau aku cerita hal tadi sure aku kena sembur kak Lin.Tak cerita…..takde pulak orang nak bagi nasihat.

“Amacam waktu hantar dia balik tadi??Ok???”adik aku ni lemah je.Tapi aku faham dia memang cintakan Intan…..kalau tak mustahil dia nak tanggung risiko bakal dikecewakan.

“K.O adalah…..”lemah suara Anuar.Ah!Cerita ajelah.

“An ni gilalah!”marah kak Lin sebaik mendengar cerita Anuar.”Kalau akak jadi Intan memang akak marah dengan An.Baru jumpa kali pertama dah meluah.Tentulah Intan naik takut tadi.Nasib baik tak dibaginya penampar free!”leter kak Lin.

Anuar pekakkan telinga….ni yang malas dengan minah leter ni………eeee…. bukan nak bagi nasihat untuk selesaikan hal ni.sebaliknya dia berleter pulak.Entah macam manalah abang Joe boleh tangkap cintan kat akak aku…..

Subuh itu Intan terjaga.Kepalanya terasa berat dan berdenyut keras.Sakitnya!Intan tahu semua ni kesan sebab dia terlalu banyak menangis malam tadi.Macam tulah Intan….bila menangis terlalu lama…gerenti sakit kepala dan demam.Mujur saja pagi ni dia belum lagi di serang demam.Intan memicit kepalanya.Jam berapa agaknya aku tertidur malam tadi??Ahhhhh!Lupa.Intan sendiri tidak pasti…….yang pasti semalam dia tidur bertemankan airmata dan semuanya kerana ……Anuar!Intan jadi lemas memikirkan Anuar…..mengenangkan peristiwa semalam,Intan rasa berat hati nak hadiri majlis kahwin kak Lin tengahari nanti.

Nak pergi ke tak nak??Nak tak nak…….nak tak nak…………Anuar.Kenapalah dia buat aku macam tu??Dia tak fikir ke perasaan aku??Rasanya dia cuma fikir perasaan dia kot.Huh….Intan mengeluh.

Tepat jam 10 pagi.Intan dah siap berbaju kurung warna merun warna kegemarannya yang dihiasi sulaman bebunga halus.Intan memakai tudung berwarna putih dengan gaya wardina.Intan menatap wajahnya di cermin.Dah oklah ni kan?? Sekurang-kurangnya kemas dan sedap mata memandang.Intan mengukir senyuman manis.

“Dah siap dah???”mak berdiri di pintu memandang Intan.

Intan berdiri di depan emak.”Cantik tak mak??”Intan senyum manja.Maklumlah anak tunggal…..mana tak manja.

“Dah cantiklah tu.Baju warna merun, lipstik nipis warna pink jernih….manis anak emak.”emak mencium pipi Intan.

“Rasanya kak Lin tentu lagi cantikkan mak??Apa orang kata…..sering pengantinkan???”beruntung kak Lin.Mesti jadi tumpuan hari ni.

“Mestilah pengantin kena lebih cantik….kalau tak, jatuh standard.Intan tak teringin……..”perlahan suara emak.

Aku tahu mak teringin nak tengok anak tunggal dia ni kahwin.Maafkan Intan emak.Intan tak berani …………”Entahlah mak……Intan minta maaf.”Intan peluk emak.

“Takpa……mak faham.”Mak usap belakang Intan.”Dahlah…cepat siap.Nanti Lin tunggu pulak.”

Intan mencapai beg tangan,handphone dan kunci kereta.”Mak dengan abah datang nanti guna keta abahkan??”

“Ye.Intan bawa kereta hati-hati yer.”

Intan meletakkan kereta Kancilnya di bawah pohon rimbun di hadapan rumah Kak Lin.Bukannya apa…boleh juga kereta kesayangan Intan tumpang berteduh. Saudara mara kak Lin sudah ramai memenuhi rumah.Intan melangkah masuk perlahan-lahan sambil mulutnya ramah menyapa ahli keluarga Kak Lin.Namun,dalam masa yang sama Intan cuba berhati-hati….takut terserempak dengan Anuar.

“Assalamualaikum….”Intan membuka pintu bilik kak Lin.
“Wa alaikumsalam….Intan!Akak ingat Intan tak jadi datang………”lembut suara kak Lin.
“Kenapa pulak Intan tak jadi datang??”apsal kak Lin cakap macam tu yer??Ke dia tahu pasal aku dengan Anuar malam tadi.
La silap cakap pulak dah.Macam mana ni?? “Eh!Takdelah…manalah tahu.Lagipun Intan penat lagi…semalam dah banyak Intan tolong akak.”kak Lin cuba mengcover.
“Erm..penat-penat jugak.Tapi untuk akak…..no problem!”Intan memeluk kak Lin.”Lagipun Intan nak jugak tumpang seri akak hari ni……kan Intan pengapit akak……”
“Macam mana akak??Cantik tak??”Kak Lin berdiri di hadapan cermin.
Intan memandang kak Lin.”Erm…cantik!Tapi………….”
“Tapi apa ni?!”kak Lin cemas.
“Tapi…kalau abang Joe yang pandang tentu lagi cantik!”Intan ketawa kecil.
“Nakal!”Kak Lin cubit pipi Intan.

Pintu bilik Kak Lin diketuk.

“Siapa tu??”kak Lin bertanya.
“An ni!!!”
Kak Lin pandang Intan.Anuar ni memang sengaja nak cari pasal.Mengada betul adik aku ni.Intan buat-buat sibuk dengan mengemas alat-alat solek kak Lin.

Benci betul Anuar ni!Kenapa dia nak masuk sini pulak??Tak ada bilik lain ke??Tapi……aku nak halang tak boleh.Dah ni rumah dia.

“Nak apa??!”tanya kak Lin lagi.
“Adalah..nak minta tolong.Cepatlah kak.”
Kak Lin berdiri dan membuka pintu.Anuar masuk dan tersentak melihat Intan yang duduk di hujung katil.Intan pulak daaaa….semalam dah buat silap…selamba ajelah.Intan serba salah.Nak duduk macam tak kena.Anuar terus berdiri di depan cermin dengan gaya selamba….seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku dengan mereka semalam. Benci….buat-buat tak tahu pulak.Memang jenis tak tahu malu betul!

“Sepadan pulak baju An dengan Intan hari ni yer??Dah buat janji ke semalam??”kak Lin cuba menghidupkan suasana.
Intan terpinga-pinga lalu melirik pada Anuar. Perasan!Sapa nak berjanji dengan dia.Intan paling muka.Intan ni merajuk ke marah dengan aku ni??”Uishh!tak main ler janji-janji.Ni ler ada jodoh namanya.”Anuar senyum memandang Intan.Intan menatap Anuar dengan geram.Sapa pulak ada jodoh dengan dia ni?!Bencilah kat kau Anuar!Intan menjeling geram.Anuar ketawa dalam hati.Dia dah marah dah….kalau marah tu tandanya sayang ler tu kan…..kan???

Anuar menghampiri Intan perlahan-lahan.Intan tunduk.Kenapa pulak Anuar ni??Nak apa lagi?Tak cukup ke dia sakitkan hati aku semalam. Anuar…….please…jgn buat In macam ni……

“In……”
Intan tunduk.”Hmmmm….nak apa??”
Anuar tersenyum.Sekurang-kurangnya masih ada respon lagi ni.
“Tolong An betulkan sampin ni……lecehlah…”
Intan terus pandang tepat muka Anuar.Dia ni mengada ke??Dahlah sakitkan hati aku……benci betul!!!Kenapa kau ni An?aku ni bukannya bini kau nak jaga pakaian kau!
“Intan tak pandai.”tegas suara Intan.Kak Lin cuma memandang.Anuar ni kalau bagi penampar sekali baru faham agaknya.
“Tolonglah…….An nak cepat ni…”Anuar menggesa.Sengaja nak cari pasal.
Intan terus diam.Tunggu ajelah kat situ.Aku dah kata tak tau..maknanya aku tak naklah.Biarlah…..
“Anuar..?”ibu kak Lin muncul di pintu.”Dah siap ke belum?Pengantin lelaki dah nak sampai.Cepat keluar!”ibu kak Lin terus keluar.
“Ha!Kan An dah cakap An nak cepat ni!Tolonglah ……nanti mak marah.”
Intan ketap bibir.Benci!Tiba-tiba Intan berdiri lalu menarik sampin Anuar.
“Meh sini!”kasar bahasa Intan.Intan menarik Anuar ke depan cermin.Tangannya ligat membetulkan sampin Anuar.
Anuar senyum.Masa yang ada digunakan sebaiknya untuk menatap wajah Intan.
“Nah!Dah siap.Pergilah cepat.”Intan berpaling namun Anuar pantas menarik lengannya membuat Intan menatap wajah Anuar.Intan terpaku hingga dia tersedar lalu dia memalingkan wajahnya ke arah cermin.
“In masih marah??”lembut suara Anuar.
“Marahkan apa??”Intan buat-buat tak tahu.Hatinya panas dengan sikap Anuar.
“Pasal semalam……In dah lupa? “Anuar tetap bersabar.
“In tak lupa….tapi kalau ada peluang,In ingin melupakan!”tegas suara Intan.Airmata Intan mula bertakung.entah kenapa hatinya rasa perit diperlakukan Anuar begini.
“An minta maaf.An tak sengaja!Tolonglah fahami apa yang An katakan semalam.”kenapa kau macam ni Intan.Salahkah aku cintakan kau??
“An nak In faham diri An….tapi An faham tak diri In??!”perlahan suara Intan.
Anuar tersedar akan kesilapannnya yang terlalu mendesak.”Oklah….maafkan An.Maafkan ye???In……”
“Hmmmmmm……..”Intan menjawab malas.
“Cuba tengok kat cermin…….”Intan mengangkat wajahnya menatap cermin.Dia dan Anuar yang sedang tersenyum manis.
“Macam pengantinkan?? Mungkinkah…….?”

Belum sempat Anuar menghabiskan kata-katanya,Intan terus merentap tangannya dengan kasar dan keluar dari bilik.Kerasnya hati kau Intan…..keluh Anuar.Benarkah aku ni tak mampu memiliki kau???Hilang sudahkah cinta Intan??

Kalau ada satu hari lagi…..
Ruang dan waktu yang kumiliki….
Kalau ada satu hari lagi….
Renunglah mataku untuk hakiki..

Memang salahku..
Maafkan aku…
Biarlah semua berlalu dan ku…
Hampir terlena dengan lalaiku…
Menghayun buaian asmaramu……

Sepanjang majlis pernikahan dan persandingan Kak Lin,Intan sudah kembali seperti biasa.Penuh ceria….penuh senyuman dan gelak ketawa yang memikat hati.Tingkah laku Intan sentiasa di jaga…………..namun,siapa tahu disebalik sikapnya itu tersembunyi kelukaan tentang sikap Anuar.Intan sedaya upaya mengelak dari memandang Anuar.

Anuar………tolonglah jangan buat aku macam ni.Cukuplah….ia tak mungkin berlaku.Lupakan aku!Aku bukan untuk kau……jangan seksa aku macam ni!Kalau pun kau menyintai aku…..inikah cara kau??!Anuar……Intan menarik nafas dalam-dalam.

“Kak….Intan nak pergi tandas kejap.”Intan berdiri dari duduk selepas membantu kak Lin mengemas segala pakaian persandingan tengahari tadi.”Hmmm……”Intan memegang kerusi. Sakitnya!Kenapa ni?Intan buka mata…pandangannya gelap.
“Intan..kenapa ni??”kak Lin memeluk Intan.
Intan pejam mata.Kau ok Intan….tak ada apa-apa ni…Intan meyakinkan dirinya.Selang beberapa minit…Intan buka mata.Alhamdulillah dah oklah ni….Intan senyum.
“Dah ok??”Intan angguk.
“Thanks kak.Intan ok….jangan risau key??”Intan terus keluar menuju ke tandas.
“Ah!Mak………”Intan rasa sakit kepala tiba-tiba.Janganlah pitam pulak.Intan bertongkat pada sinki tandas.Pucatnya….aku ok ke ni?Intan menatap wajahnya di cermin.Lama Intan cuba meredakan sakit kepalanya.Intan menarik nafas perlahan-lahan.No,aku mesti balik rumah sekarang!

Anuar sedang menuju ke biliknya ketika Intan keluar dari tandas.Tangan Intan kejap memegang tombol pintu.Kenapa pulak ni??Intan ni kenapa??Anuar mendekati Intan…

“Intan……….In……..”kenapa ni Intan.Jangan buat aku risau macam ni.Kau sakit ke???

Intan memandang Anuar.Dia sudah tidak peduli tentang Anuar.Yang pasti Intan sudah mula merasa keadaan di sekelilingnya seakan berputar.
“An……………..”lemah suara Intan.
“Kenapa ni?”Anuar semakin mendekati Intan.
“Help me………….”akhirnya Intan terkulai layu….mujur Anuar cepat menyambutnya.
“Intan!”ishh…kenapa dia ni!Anuar menjerit memanggil kakaknya sambil mengangkat Intan ke bilik tidurnya.Janganlah ada apa-apa.Anuar berdoa.Anuar meletakkan Intan di atas katil.Kak Lin serta ibunya masuk ke bilik Anuar.

“Kenapa An???”kak Lin cemas.
“An tak tahu………In tiba-tiba pengsan masa keluar tandas tadi….nasib baik An cepat.”janganlah ada apa-apa.Anuar berdoa dalam hati.Dia cemas melihat Intan macam tu.
“Dari tadi lagi Intan tak ok.Dia macam pening.Lagipun Intan belum makan lagi…tambah pulak penat.”kak Lin cuba memujuk hati sendiri.Anuar menjadikan kata-kata kakaknya untuk melegakan perasaannya.Dia menatap wajah Intan.
“Tak sedar lagi??”Ibu Anuar bersuara.Anuar jungkit bahu.
Perlahan-lahan Anuar beranikan diri menepuk pipi Intan.”In……..In……..”
Intan masih diam.
“Tak apalah.Nanti dia sedarlah tu.Sementara tu biar dia tidur dalam bilik An dulu.Jangan kacau dia pulak.Anak perempuan orang ni.”ibu Anuar memberi amaran.Kak Lin dan Anuar berpandangan.Anuar kenyit mata pada Kak Lin.

Intan tersedar tiba-tiba.Matanya dibuka perlahan-lahan.Kat mana aku ni??Tadi aku sakit kepala,pening dan aah!An….Intan mengeluh.Kenapa mesti ada Anuar??Intan merasa kepalanya sedikit ringan…sudah tidak ada kesakitan yang di tanggung.Intan menyentuh kepalanya dan tudung aku?!Mana tudung aku??!Intan terus duduk.Matanya melihat sekitar bilik.Bilik siapa pulak ni…dan matanya terpaku pada gambar Anuar yang tergantung di dinding bilik.Anuar??Habis tudung aku ni……dia yang bukak ke??Intan mencapai tudung di sisi katil dan di sarungkan.

Intan bersandar pada dinding….macam mana boleh jadi macam ni??Pintu di kuak tiba-tiba…seorang kanak-kanak kecil memandang Intan.
“Hai!Sayang……cari siapa?”Intan menyoal lembut.Intan sukakan kanak-kanak.Kanak-kanak tu terus berlari ke luar.
“Assalamualaikum………..”Anuar muncul tiba-tiba.Dia ni tak boleh ke kalau tak kacau aku…..fahamlah Anuar.
“Wa alaikumsalam…”Anuar duduk di sisi Intan.
“Dah ok????”cukuplah tu Anuar….jangan ambil berat sangat diri aku.
Intan angguk kepala.”In pengsan tadi.Mujur An sempat…..kalau tak In mesti jatuh kat lantai.Rugilah An…..kalau In tak jatuh dalam pelukan An tadi…….”Anuar senyum.
Sudahlah tu……tak retikah Anuar ni?Aku tak suka.Intan hanya diam.Malas dia nak cakap banyak.”Thanks………..”
“It’’s ok….cuma lain kali jangan tak makan lagi key.Kalau tak……An tak sayang In nanti.An risau ni tau tak!Nasib baik In dah besar…..kalau tak tentu An cubit pipi In!”Anuar ketawa kecil.
Intan ingin tersenyum.Kata-kata Anuar selalu membuat Intan rasa di sayangi tapi…Intan masih takut….entahlah.
“Tudung In………rambut In……..”macam mana nak cakap.
“Oh!Kak Lin yang buka…..An tak tau dan tak nampak apa-apa pun.Kena tunggu lepas kahwin ler……….”
Benci!Anuar memang sengaja nak kenakan aku……..tapi Intan rasa bahagia.Kenapa aku ni???Kenapa Intan???Tak……ini mainan perasaan saja….tak mungkin!!!!Tidak!!!!!!!!!!!

0Komen:
1. Jangan Menggunakan Simbol '@' Ini Untuk Nama Anda..
2. Jangan Lupa Follow Brozai Di Twitter..Klik Di Sini !
3. Terima Kasih Dengan Komen Anda

Catat Ulasan

 

Copyright © 2009 by Brother Zai - Template by Blog Templste 4 U | Blogspot Tutorial | Sport Page Ranking Tool