Kau Buat Aku Jatuh Cinta (Part 3)



Intan melangkah masuk ke dewan besar Hotel Ramadha dengan senyuman.Intan sentiasa yakin dengan setiap langkahnya….dengan setiap penampilannya.Suasana dalam dewan bingit dengan suara Azrin sebagai pengerusi majlis yang becok menceritakan tentang kisah percintaan Kak Lin dan Abang Joe.

Mana Anuar agaknya??Mata Intan mencari kelibat Anuar.Intan tersentak!Kenapa aku ni?!!Aku cari An??!!An!!Intan ketap bibir.Geram dengan kelakuan dan perasaannya yang tidak menentu.

Anuar juga tercari-cari kelibat Intan.Dia tiba lewat dari waktu sepatutnya.Mujur mereka tidak perlu menjadi pengapit malam ini.Sakit lagikah makwe aku ??argh!!!!mana Intan ni….?!

Tiba-tiba…..

“Ouch!!”Intan memegang bahunya dan bila dia berpaling Anuar sedang menatapnya.An!!!Hati Intan menjerit kegembiraan.Anuar menatap wajah
Intan dengan senyuman.An!!Hati Intan terusik dengan senyuman Anuar.Kacak!

“Kenapa lambat??”Anuar bertanya.Jumpa jugak…….kalau tak gerenti rindu!

Dia cari aku ke tadi???Intan senyum.Kenapa aku ni??
“In cantik!”Anuar meluahkan rasa hatinya.anuar kagum dengan kecantikan Intan malam itu.Solekan yang sangat nipis,dengan dress labuh yang longgar berlengan panjang dan bertudung..semuanya serba serbi putih menjadikan Intan begitu manis ditambah dengan selendang nipis berwarna putih dan dihiasi bunga-bunga ros kecil di pin menutupi dada.

Intan senyum.”Thanks….”
“For what??”Anuar pura-pura tak tahu.
Intan pandang Anuar.”For everyting you do……”lalu Intan berlalu meninggalkan Anuar.

Intan duduk di sofa sambil membantu Kak Lin melipat pakaian persalinan untuk majlis tadi.Kenapa kau jadi macam ni Intan??Kenapa aku macam ni??Jatuh cintakah aku pada Anuar??Kenapa aku tak marahkan dia lagi??Intan pejam mata lalu mengeluh perlahan bila memikirkan perubahan yang drastik pada dirinya.

“Intan…………”Intan membuka matanya dan memandang tepat pada kak Lin.Kak Lin…..apa yang berlaku pada Intan ni??!!Intan tersenyum.

“Ok ke????”Intan angguk kepala.
“Intan….kalau akak cakap Intan jangan marah ye??”pasal Anuarkah??Mestikah pasal dia???.
“Cakaplah……”Intan masih tersenyum.
“Intan………Intan suka Anuar tak??”
Wajah Intan berubah redup.Dia memandang Kak Lin.Intan sendiri tak tahu kak Lin….namun alangkah bagusnya andai Intan jauh dari semua perasaan ini.
“Intan cintakan Anuar?”tegas suara Kak Lin.”Akak tak pasti apa perasaan Intan pada An sekarang ni.Kakak tak mahu memaksa….cuma,An betul-betul cintakan Intan.Dah terlalu lama….sejak akak tamat universiti dulu.Akak tahu An agak keterlaluan dengan pertemuan pertamanya dengan Intan dulu…..”
Intan tersentak.Anuar!Kenapa dia ceritakan pada kak Lin?!”Kakak tahu???”
Kak Lin senyum.”Akak tahu Anuar peluk Intan malam tu.Akak minta maaf atas sikap dia yang tak sabar tu.Anuar juga dah cakap dia cintakan Intankan???”
Itulah dugaan yang amat berat bagi aku.Mendengar ucapan cinta cukup membuat aku serba salah.
“Akak tahu ia adalah masa yang terlalu singkat untuk Intan mengenali siapa Anuar.Yang akak tahu….dia sangat menyintai Intan…..bukan kerana simpati pada Intan…tapi dia benar-benar cintakan Intan.”
“Intan minta maaf…………”kenapa aku pula yang melafazkan maaf??
“Tak de apa-apa yang perlu di maafkan…..cuma nasihat akak…..lupakan Amir.”
Airmataku sudah mula bergenang.Kenapa harus semua orang berpendapat aku masih lagi mengharapkan Amir?Kenapa??!
“Intan dah lama lupakan Amir….dia kekal dalam ingatan dan Intan tahu bahawa kisah cinta dan Amir sudah lama berakhir……”
“Habis tu??Kenapa tak bercinta lagi?????!”
Tak fahamkah orang perasaanku?!Ya!mungkin hanya mereka yang pernah kehilangan saja faham perasaan aku ni.
“Intan takut kehilangan……..ia memeritkan.Intan tak mahu kehilangan orang yang Intan cintai untuk kali ke-2…………..”
Kak Lin tunduk……baru kini aku faham kenapa Intan menjauhkan diri dari cinta.”Namun Intan tak boleh terus hidup macam ni!Dalam dunia ni masih banyak harapan untuk Intan.Masih ada peluang untuk Intan bahagia…Intan harus berani mencuba…jadikan kenangan lalu sebagai pendorong Intan untuk hidup dengan lebih bahagia.”
Memang mudah nak berkata…..tapi aku yang merasa takutnya.”Entahlah………..”mungkin ada benarnya kata-kata kak Lin.

Bell pintu berbunyi.Intan membuka pintu.

“Ha! Dah dapat!Kat sini kak In rupanya ye???”Azrin memeluk lengan Intan manja.Intan senyum.Sebaik saja melihat kelibat Anuar di belakang abang Joe..senyum Intan mati.

Intan…..kenapa dia ni??tadi punya main ok respon dia bagi.

“Kenapa cari kakak??”
“Rin nak ambil gambar dengan akak ler……boleh tak?”
“Boleh….mana ada tak boleh.”Intan senyum.Terhibur dengan sikap Azrin yang sudah di anggap seperti adik sendiri.
“Abang…..tolong ambil yer…cantik-cantik tau!”Anuar menyambut kamera dari tangan Azrin.

Kemudian,Intan terus terbiar sepi di sofa seorang diri sedang Azrin begitu becok menyakat Kak Lin dan Abang Joe.

Anuar memandang Intan…..nak duduk ke tidak.Kaki Anuar melangkah lantas duduk di samping Intan.
Jangan hampiri aku An………Intan memalingkan muka.
“In……..”lembut suara Anuar menyentuh hati Intan.
Intan buat-buat tak dengar.Anuar…..pergilah……
“In…..!”Anuar tidak berpuas hati.
Suka memaksa!Intan mengeluh lalu menatap Anuar. “Hmmmm………”
“Kenapa ni???”Intan geleng kepala.
“Janganlah macam ni….An risau.”Anuar sampai bilalah kau ni tahan nak melayan aku macam ni?Kau tak bosan ke?Tak faham aku tak nak???
“In ok…..thanks sebab jaga In petang tadi.”

Flash kamera mengejutkan mereka.Azrin tersengih.

“Apa ni Rin??”kacau betullah budak ni.Tak bagi duit nanti.
“Eh!Marah pulak?Kita tolong kena marah pulak!”azrin menjuihkan bibir.
“Nak apa?”tanya Anuar.Saja nak minta pertolongan dari adik dia ler tu.
“Erm……nak ambil gambar abang dengan kak In boleh tak?”Azrin kenyit mata pada Anuar.
Intan diam.Intan mula lemas dihimpit keadaan. Kata-kata Kak Lin masih lagi jelas di telinga kini di tambah dengan sikap Anuar pulak.
“Kak In….duduklah rapat sikit dengan abang……”Intan pandang Anuar.
Keras betul hati Intan.tak boleh ke nak ambil gambar berdua?Anuar geram.Lantas Anuar mendekati Intan….rapat lalu tanpa memohon keizinan,dia memeluk bahu Intan dan sebelah tangannya menggenggam tangan Intan yang ditutupi selendang.
Intan melirik pada Anuar.dia cuba menarik tangannya namun genggaman Anuar terlalu kejap.Akhirnya Intan akur memberikan pose yang terbaik buat Azrin.

“Intan balik dulu,kak Lin.”Intan mencium pipi kak Lin.Dia ingin cepat-cepat lari dari Anuar.Perasaannya semakin tak menentu.Anuar berdiri di belakang Intan.

“Kak In!”Azrin memanggil tiba-tiba.
“Kenapa??”
“Selendang akak terlepas…..”
“Ha!Mana??”Intan menarik selendangnya yang terlepas dari bahu kanan.
Anuar memegang tangan Intan.Intan cuba tarik….”In boleh buat sendiri….”
“Tak peduli!Biar An tolong.”Anuar menarik Intan rapat kepadanya.
Anuar….tolonglah jangan buat Intan macam ni!ya,Allah tolonglah……
“An nak pin ni….kalau tercucuk bagitahu ok??”ah!kata-kata Anuar….semuanya menyentuh hati ku.
“Sakit tak??Bagitahu kalau sakit…..nanti kalau tercucuk….In nangis pulak.Susah An nak pujuk.”Anuar senyum.Intan jadi malu pada kak Lin,abang Joe dan Azrin.
“Okey dah!Tak nak say thanks ke…..?”
Intan tak tahu nak kata.Perasaannya semakin tak menentu.Intan menangis.
“Intan…..kenapa ni???”kenapa pulak dia ni menangis.Bengang!”In kenapa ni?An buat salah ke???”
Intan memandang Anuar.Kenapa kau buat aku macam ni An?Anuar terlalu menyayangi Intan….dapat Intan rasakannya.
“An…………..”intan tak mampu bertahan lantas berlari keluar meninggalkan mereka.

Anuar mengejar Intan sehingga ke tempat meletak kereta. Intan sudah menghampiri keretanya.

“Intan!”Anuar menarik selendang Intan.Beri aku peluang Intan.
Intan berhenti.”Lepaskan In!!Let me go!please!!!”
Anuar berdiri dihadapan Intan.”No!An takkan lepaskan melainkan In beri penjelasan pada An!”
Intan menangis.”Please An!Penjelasan apa lagi?”Intan cuba menarik tangannya.Anuar semakin berani.Tidak pernah Intan diperlakukan lelaki seperti ini.Amir juga tidak.
“Kenapa In nak jauhkan diri dari An??An bersalahkah??Jangan buat An macam ni.An risau tau tak?”Anuar cuba berlembut.
Intan mendengus.”An memang bersalah!”Intan memukul bahu Anuar.”An bersalah sebab seksa In macam ni!An bersalah sebab menyintai In!An bersalah sebab memaksa In menyintai An!An memang bersalah tahu tak!”Intan terus memukul Anuar.

“Intan….”Anuar memegang kedua belah tangan Intan.”Sori sayang…..”Intan jadi lemah dengan ucapan sayang Anuar.”An tak berniat nak memaksa In.tapi An terlalu sayangkan In……terlalu sayangkan In!Terlalu cintakan In!Bagi An peluang sayang….”
Intan menggeleng perlahan.”No!In tak berani…….In tak mahu!Macam mana kalau In kehilangan lagi??Siapa yang akan faham hati In….”
“In cintakan An tak??”
Intan diam.
“In cintakan An tak?!”
Intan menarik tangannya.”In tak tahu! In tak tahu!”
“Ok…but please….pandang mata An.”
“Tak mahu!”Intan cuba berpaling namun Anuar cepat menariknya ke dalam pelukan.
Mata Intan memandang tajam pada Anuar.Anuar sudah melampau kerana berani memeluknya.”Lepaskan In!”
“No!Pandang mata An dulu…..”
Intan berkeras.”In……sayang …sayang dengar tak ni?”lembut suara Anuar memujuk.
Entah kenapa hati Intan jadi lembut untuk menatap mata Anuar dan Intan terpaku.An….don”t say it!don”t say you love me!

“In……I love you.I really mean it.An cintakan In….sangat menyintai….sangat menyayangi..”
An……Intan semakin lemah….hatinya kalah mendengar kata-kata Anuar.Apa kelebihan Anuar sukar dia menafsirkannya.
“An……………..”
Anuar memeluk Intan.”Maafkan An sayang…..atas kekasaran An.An tak bermaksud macam tu.Maafkan An sayang.An cintakan In….maafkan An kerana memaksa.An takkan paksa In lagi…..cuma An pinta…..beri peluang pada An untuk menyintai diri In……please…..beri peluang untuk kita sayang…….”
“In……..In tak tahu…”Intan menatap wajah Anuar.
“Syyy…jangan cakap apa-apa lagi.”Anuar memeluk Intan kembali.”Just hear…that I really love you.I”m really love you.”

Satu masa telah terlewati….
Benci dan rindu merasuk di kalbu..
Ada apa dengan cintaku..
Sulit untuk aku ungkap semua..

Jangan pernah bibir tertutup..
Bicarakan semua yang kau rasakan….
Cinta itu kita yang rasa…
Bila sengsara hatikan merana…

Wahai pujangga cinta….
Biar membelai indah…
Telaga di kalbuku….
Jujurlah pada hatiku,,,,,

Ada apa dengan cinta..
Perbedaan amatku dengan kau.
Biar menjadi bait…
Dalam puisi cinta terindah..

Anuar memandu tenang.Sesekali dia melirik pada Intan yang duduk di sebelahnya.Intan tertidur dan Anuar membiarkan sahaja.Dia tidak sanggup membiarkan Intan pulang sendiri dalam keadaan begini.

Maafkan aku Intan……kerana terlalu memaksa.Hanya ini saja cara yang terbaik agar kau menjadi milik aku.aku terlalu menyintai kau.Aku sia-siakan masa beberapa tahun untuk menanti saat-saat bertemu dengan kau.

Ikutkan hati memang Anuar tak sanggup nak desak Intan.Tak sanggup nak tengok Intan menangis tapi itulah namanya kuasa cinta.Bila dah jatuh cinta…..macam-macam yang terjadi.Cinta…..cinta…..

“An…………..”lembut suara Intan.
Anuar berpaling ke arah Intan.”Ye sayang…..kejap lagi sampai.”Anuar senyum.
“An………”Intan menangis lagi.Apa harus aku buat sekarang?Perasaan aku dah jadi tak menentu kerana ungkapan cinta Anuar.
“Kenapa ni??”Anuar cemas melihat Intan menangis lagi.”Mimpi hantu ke?”Anuar cuba menyakat.
“Mana ada!Bukanlah!”Intan ketap bibir.
“Habis tu??”Anuar kerut kening.
“Pasal tadi…………….In…..In tak tahu nak…………….”Intan mematikan kata-katanya dengan suatu keluhan.Macam mana sekarang ni??Apa yang hati aku nak sebenarnya?
“An dah cakapkan…………In jangan fikirkan sangat.An tak mahu memaksa….yang penting In tahu yang An cintakan In.Fahamkan?”
“Tapi……macam mana…”
“In…….dah le tu sayang.Jangan fikir lagi.Kita dah sampai ni….”
Intan diam.Betapa sayangnya Anuar pada aku……apa harus aku buat???
“Jom….An hantar sampai atas”.
“An….”
“Yup!Napa?”Anuar senyum.Lega melihat reaksi Intan.”Tak nak balik??Berat hati nak tinggalkan An ke?”kalaulah Intan cakap YA..gerenti aku terbang.
“Jangan cakap macam tu……..”Intan tunduk.
“Salah ke??dengan kekasih takkan tak boleh?”Anuar senyum nakal.
“An.!!”tadi suruh orang jangan fikir banyak.Pelik betullah dia ni.
“Ok…..ok!Sori sayang.”
Intan diam.Malas nak layan Anuar.”In naik dulu….tak payah hantar.Takat ni jak….”
“Berani ke??Nanti ada hantu……”
“An….!”
“Yelah…..dah tak nakkan??Tu baik-baik.Sweet dream ok.”
Intan angguk kepala.”Assalamualaikum …..”
“Wa alaikumsalam…..”
Intan keluar dari kereta dan terus menuju ke pintu lif.Handphone Intan berdering.Siapa pulak call malam-malam ni?Tak de dalam simpanan aku pun nombor ni….sapa ye??
“Hello………”
“Sayang…..I love you and really miss u.Bye.”sah itu suara Anuar.Dan Anuar memutuskan talian sebaik mengucapkan kata-kata itu.
Intan mengeluh….cinta sangatkah Anuar pada aku?Sedangkan sekarang dia sudah terlalu mengharapkan sedangkan aku belum pun memberikan kata dua kepadanya.
0Komen:
1. Jangan Menggunakan Simbol '@' Ini Untuk Nama Anda..
2. Jangan Lupa Follow Brozai Di Twitter..Klik Di Sini !
3. Terima Kasih Dengan Komen Anda

Catat Ulasan

 

Copyright © 2009 by Brother Zai - Template by Blog Templste 4 U | Blogspot Tutorial | Sport Page Ranking Tool