Kau Buat Aku Jatuh Cinta (Part 5)



“Bertunang?!”Syakila sahabat baik Intan separuh terkejut.
Intan angguk kepala sambil tersenyum.”Kenapa,tak caya??”
“Memang aku tak caya………”Syakilla memeluk bahu Intan.”Siapalah agaknya jejaka malang tu ye???”Syakila mengusik.
“Jahatlah kau ni,Killa!Apa pulak malang.Untung tau!”Intan mencubit lengan Syakila.
“Sakitlah!”Syakila mengusap lengannya.”Bila nak bertunang??”
“Minggu depan.”
“Ha!Cepatnya……hilanglah kawan solo aku….”Syakila buat-buat sedih.
Intan ketawa.”Janganlah macam tu.Kau nanti pun kahwin jugak.Lagipun Anuar tu dah tak sabar.Aku pun ikut ajelah.”
“Kau rasa tak cepat sangat ke??Bertunang selepas 2 minggu bercinta kemudian berkahwin 2 bulan kemudian.”
“Entahlah….aku tak pulak rasa cemas.Aku dan Anuar pun dah berfikir sebaiknya.”
“Hmmm…mana-mana ajelah.Tapi bila dah kahwin jangan pulak lupa aku yer???”
“Iyelah……..”Intan memeluk Syakila.

Intan sendiri tidak menyangka dia dan Anuar akan bersatu dalam masa yang singkat.Riuh rendah rumah Intan pada hari pertunangannya dengan Anuar.Anuar juga turut hadir sama atas permintaan keluarga pihak perempuan.

“In,…..kau berdebar-debar tak??”Syakila yang menemani Intan di bilik bertanya.
Intan senyum.”Berdebarlah.Cuba kau tengok aku betul-betul….nak senyum pun terketar-ketar.”
Syakila ketawa.”Kau tau tak…kata orang kalau kau berdebar-debar…maknanya kau betul-betul cinta kat orang tu.”
“Ish!Memanglah aku cinta kat Anuar.Habis kau ingat aku dengan dia ni nak kahwin paksa ke??”Intan menjeling manja.
“Yelah…yelah…janganlah monyok.Hilang seri kau nanti.Aku tak nak Anuar salahkan aku pulak. Syakila ketawa.

“Bah!Hantaran kahwin dah kita semua setuju.Jadi kami ni keluarga pihak lelaki…nak juga tengok bakal menantu kami.Di harap pihak perempuan dapatlah bawa bakal menantu kami keluar bertemu saudara.”pinta ayah Anuar.
“Ya tak ya jugak!Sampai lupa jadinya.Tunggulah sekejap.Sementara tu minumlah dulu.”emak berlalu ke bilik Intan.
Anuar berdebar-debar.tapi dalam debaran tu senyuman dia makin melebar nampaknya.

Intan yang kelihatan manis berbaju kurung berwarna biru muda bertudung putih di bawa keluar.Berdebar-debar Intan menghampiri ibu dan ayah Anuar sambil menyalami mereka.

“Aduiii!Sama bah ni baju si perempuannya dengan si lelaki.”usik abah Intan.
“Dah namanya orang bertunang….sehati sejiwa”semua tetamu ketawa.
Intan perlahan-lahan duduk di samping Anuar.Wajahnya ditundukkan…segan nak memandang Anuar mahupun tetamu.

“Padan….”kedengaran suara-suara memuji Intan dan Anuar.Anuar dan Intan senyum.
“Ha!Anuar…ni pakcik nak tanya ni.Tengok betul-betul…ni ke budak yang kau nak buat bini tu??abah menyakat Anuar.Anuar senyum.
“A”ah!Tengok baik-baik…nanti salah sarung cincin..naya pulak.”usik ibu Anuar.
Perlahan-lahan Anuar memandang Intan.”Angkatlah muka tu sikit…”bisik Anuar pada Intan.Intan memandang Anuar sambil tersenyum.
“Inilah orangnya…..”jawab Anuar.
“Betul ni??Bukan Syakila ni ke??”abah mengusik lagi hingga semua ketawa.
“Intan….cuba tengok Anuar…Intan nak ke kat dia ni??”usik ayah Anuar.
Ha!Malunya….cepu emas betullah soalan tu.Takkanlah aku nak jawab.
Muka Intan merona merah.Intan diam ….hanya tersenyum.
“Jawablah……Anuar dah semacam tengok kau tu…..”Syakila menyiku lengan Intan.
Intan pandang Anuar yang juga tersenyum memandangnya.Perlahan-lahan…..Intan angguk kepala.Waaaa…….malunya…………!!!!!!!!Serentak itu jua…ibu Anuar menyarungkan cincin emas di jari Intan manakala emak Intan menyarungkan cincin emas putih di jari Anuar.Intan menyalami ibu dan ayah Anuar lalu beredar duduk di tempat duduk perempuan bersama emak dan ibu Anuar.

Intan leka berbual bersama saudara mara Anuar yang mahu berangkat pulang selepas bacaan doa selamat dan makan tengahari.

“Sayang….”Anuar berdiri di belakang Intan.Intan tak perasan langsung.Ibu dan ayah mereka tersenyum melihat Intan dan Anuar.
“Sayang….”Anuar memanggil kali kedua sambil memeluk bahu Intan.
Intan terperanjat.”Ha!!”Intan berpaling memandang Anuar.
“Ada apa??”lembut suara Intan.
“Sayang tak dengar ke An panggil tadi??”Anuar senyum.Muka Intan merona malu.Ni yang malas dengan Anuar ni……bukannya nak tengok tempat kalau nak beromanti

TaMaT

0Komen:
1. Jangan Menggunakan Simbol '@' Ini Untuk Nama Anda..
2. Jangan Lupa Follow Brozai Di Twitter..Klik Di Sini !
3. Terima Kasih Dengan Komen Anda

Catat Ulasan

 

Copyright © 2009 by Brother Zai - Template by Blog Templste 4 U | Blogspot Tutorial | Sport Page Ranking Tool