Ku Petik Bintang



Satu hari kau datang dan bertanyakan padaku, mana yang lebih penting? Diri mu atau nyawaku? Lantas aku menjawab nyawaku. Kau terus berlalu dengan perasaan kecewa dan sedih tanpa sepat aku khabarkan bahawa engkaulah ‘nyawaku’ itu…..

Ikhlas;
Pemburu bintang

…………………………………………………

Hampir2 aku terjerit membaca coretan ayat yang tertera di dalam kad yang baru aku terima tersebut. Entah dari siapa dan dari mana datangnya aku sendiri tak pasti. Tak pernah2 terima kat, tup2 ari ni dapat kad. Salah hantar agaknyer….. nak buru bintang pergilah kelangit, apa kejadahnyer pegi bagi kat aku… aku mengomel sendirian. Aku membelek2 sampul kad tesebut kot2 ader tanda2 bahawa aku kenal dengan pengirimnyer…. namun hampa. Agaknyer ada orang nak pernaya aku kot. Dalam pada aku dok mengenalpasti insan2 yang nak pernaya aku, aku tak sedar bila masa aku terlelap. Satu persatu kenangan waktu dulu2 hadir dalam hidup aku.

Alamak! Nampaknyer kena sembur lagilah aku dengan Puan Maria sebab masuk lambat lagi. Apa nak buat, ader jam loceng bateri pulak abis… set jam guna handpone, handpone lak rosak… nasib…nasib.Hari2 pi kuliah lambat, manalah aku tak di cop pelajar bermasalah. Apalagi…. pecutlah!

Bedebap!!!! Eh..eh…aku toleh kiri kanan. Bunyi apa tue. Laa…. ader nangka busuk jatuh rupanyer…
“Aduih….. ” perlahan jerk suara yang kedengaran.
“Cik kak oii… ingat badan saya nie tilam ker?” dari mana pulak datangnyer suara tu, aku toleh kiri kanan lagi. Takder pun?!!
“Bangun la woi…. sakit tau tak!” sepantas kilat aku terdorong untuk berdiri. Laa… aku terduduk atas badan dia ker… heheh
“Err… maaf saudara, hamba …. aku…. eh…. saya tak perasan lak”, dengan muka kelat aku terkocoh2 bangun, rasa macam nak nyuruk dalam kasut jerk masa tu . Tak perasan lak, time bila aku terlanggar dia dan terduduk pulak tu atas badan dia. Ishk…ish..ish… kes berat ni.
“Lain kali jalan tengok2 kiri kanan, jangan main redah jerk. Ini tak, mata letak kat kepala lutut agaknyer….” Dia terkial2 bangun mengutip kertas2 dan buku yang bertaburan. Aku meraba2 muka aku, aku rasa mata aku masih sedang elok terletak kat muka aku nie…bila masa lak aku letak kat kepala lutut?! Belum sempat aku nak tolong dia kutip barang2 yang bertabur… berdesup dia hilang. Aik??!! Rupanyer ader lagik orang yang lebih laju dari aku. Tapi raut muka dia bagai terlekat kat kotak fikiran aku. Cute gak cam teddy bear…hehehe. Disebabkan kes tu aku dah lambat masuk kuliah. Alang2 lambat biar terus takyah masuk, daripada kena perli baik aku chow! Jahatnyer aku…tumbuh tanduk atas kepala.

“Woi… asal ko tak masuk kuliah tadi. Apa nak jadi ngan ko nie”, Bedot membebel.
“Aku accident tadi, tu yang lambat tu. Dah lambat so aku batalkan jerk hajat aku … eh, pinjam nota ko, ek!” aku sengih mohon simpati Bedot. Kalau nak tau, Bedot nie ler library kedua aku. Hehehe..
“Ko ingat aku kedai buku ker… senang2 nak pinjam. Ko accident ke? Tak aper2 pun”, Bedot meraba2 badan aku nak tengok kot2 aku cedera ker tak…tau lak risau.
“Accident ngan teddy bear.. tak der apa2 la. Ko nak bagi pinjam ker tak ni?’, aku mula geram, kedekut gak minah nie. Eh, dah la nak pinjam nota orang… nak marah2 plak. Opss….heheh
“Eleh.. nak marah lak. Aku tak bagi kang….. Nah, ambik la…”, baik gak ko Bedot. Marah2 pun bagi jugak.Heheeh..macam tak biasa.
“Ok thanks… esok aku pulangkan, ek! Bye…”, tak boleh tunggu lama, aku ada hal lain. Lapar beb! Apalagi…pecut ler!
“Woi….. hampeh punya member. Ada ke patut tinggalkan aku macam tu jer. Ada jugak member gila macam ni … “, Bedot hanya menggeleng. Sorry arr Bedot, bukan ko tak tau perangai aku..Keh..keh..keh..

…………………………………………………

Aku cari part kegemaran aku. Aku duduk terus melantak makanan favorite aku, Bihun Bandung campur sos..heheeh… nikmat beb! Macam pelik jerk bunyinyer. Tak per arr, yang penting aku suka…. Hahahahah…habis makan aku cepat2 blah, nak balik hostel….tido. Rugi kalau tak tido, jangan lepaskan peluang yang ader. Tapi belum sempat aku jalan selangkah….

Kelekang..!!!! habis berterabur pinggan dan nasik2nyer sekali aku langgar. Alamak!!! Apa ler nasib aku nie, agaknyer memang dah ditakdirkan aku hidup untuk melanggar orang jerk!

“Maaf… er..er… “, aku tunduk mengutip pinggan. Pinggan jer lah yang mampu aku kutip. Takkan nak kutip nasik tu kot, kalau dapat kutip pun ,takkan ler dia nak makan lagi… terpaksa ler buat2 baik dok tolong kutip pingggan tu, kang kalau buat toya kang, kena sound lagik.
“Awak lagi?! Hari tu awak dok rempuh saya, la ni awak taburkan nasik saya… memang mata awak letak dekat lutut gaknyer..!!!”, tiba2 darah menyerbu muka aku. Hah??!!! Dia ker?? Alamak….lemah lutut aku. Rasa nak nyuruk bawah meja pulak. Tapi aku nak jugak dongak tengok muka dia…Aik, lesap!!! Dia nie hantu ker aper…. Tak sempat aku nak bayar ganti rugi. Lagi bagus, jimat duit aku..hehehehe

……………………………………………………

Huargghhh!!!! Ops…aku cepat2 tutup mulut. Nasib baik tak der sape2 nampak. Bosannyer aku rasa lecturer ni ngajor… entah apalah yang di ngomelkan. Baik aku tido sekejap buat tambah stamina. Dan dalam tido tu, aku mimpikan si teddy bear besar datang pada aku dan menjelma menjadi seorang putera macho… ala2 Orlando Bloom, eh tengok kali kedua macam mamat yang aku langgar itu hari..

Ish..saper lak yang gatal2 dok sondol lengan aku nie. Baru jerk aku nak tido. Aku genyeh2 mata aku, niat hati nak marah siempunya diri yang mengganggu ketenteraman aku.Takder keje lain ini mesti Bedot, kalau dia nak dengor hujah lecturer tu dengar la sorang2, tak yah kacau aku…sibuk betul. Aku menjengilkan mata…Hah!!! Aku dalam mimpi lagi ker??

“Macam mana nak pandai…tengah belajor dok pi bantainya tido…” dia bersuara.Aku terlopong. Betul ke aper yang ku tengok nie atau aku mimpi jer. Aku cubit pipi aku..adoiii…cepat2 aku tegakkan badan 90 darjah.
“Err….er…. bila masa tuan hamba..eh awak ada kat sini”, aku tanya soalan tolol, padahal aku tau di dewan kuliah nie tak spesifik untuk orang2 tertentu jerk… sape2 boleh join kelas ni ikut timetable yang dah di berikan. Dia kerut kening….
“Saya..er…saya…”, sejak bila pulak ler aku jadik gagap nie. Tak sangka pulak si budak teddy bear yang aku langgar tue hari dok kat sebelah aku. Entah bila dia ader aku pun tak perasan….
“Saya bukan tido, tadi tu saya terlalu kusyuk sampai tak perasan mata terlelap. Heheheh…”, aku sengih, yang pasti sengih aku saling tak tumpah macam kucing miang.
Dia angkat kening. Eh..eh… salah ker aku cakap. Aku tertunduk, malu ler pulak…
“Er… pasal hari tu.. saya nak mintak maaf bebanyakk….”, kataku seraya mendongak memandangnyer. Aikkk???? Ghaib lagi. Dia nie orang ke bunian? Atau aku masih lagi bemimpi .Lorrrr.. patut ler, kelas dah habis. Hampeh… gagal lagi. Baru nak berkenal2an. Tak der rezeki gaknyer.

……………………………………………

Hari nie ada exam. So, aku ler orang terawal sekali bangun…. Takut lambat lak masuk exam. Pernaya jerk kang kalau dihalang masuk dewan. Nasib baik ader motor kokak ayah aku bagi nie, kalau tak terpaksa ler aku berasak2 naik bas .Ish….. rimas! Eh, saper tu dok tolak motor pepagi buta nie. Nak bersenam pun takkan ler sampai tolak motor kot. Hahhahah… orang macam tu pun ader gaks! Aku melajukan motorku, pregggg……… makan asap ler ko…. Hah???? Terkejut beruk aku. Nasib baik aku sempat break. Betul ker apa yang aku nampak nie… Si teddy bear tu yang dok tolak motor ler…. Hehheheh, ader can ni! Aku undur motor aku..

“Hi…motor rosak ker?.”, aku menyapa dengan sopan santun sekali. Kesian tengok dia dok berpeluh2 tolak motor tu. Dia pandang aku, macam terkejut.
“Kenapa? Jangan takut, saya bukan nak langgar awak lagi”, takut gak aku kalau di marahnyer.. niat hati nak tolong kang, aku pulak yang kena mintak tolong. Dia diam.
“Entah ler, tadi elok jer tiba2 termati pulak engine ni. Baru servis semalam”, ader pun suara. Ermm.. barulah clear sikit nak mengayat.
“Ooh ye ker. Macam nie jelah …kita dah lambat nie, lagik pun nak betulkan makan masa. Apa kata awak park motor awak kat tepi nanti call mekanik suruh datang ambik. Saya tumpangkan awak sampai kolej”, aiseyman…. Ngayat mengalahkan lelaki. Hehehehh…. Nampak gayanyer peluang cerah.
“Eh tak hilang ke motor ni nanti”, ish…budak ini!
“Ler… jangan risau. Nanti call mekanik datang ambik. Takder orang berani curik punyer. Kalau ader sesiapa berani, orang tu makan penerajang saya. Jom ler saya tumpangkan!”, cewahhh…. Amboi2 aku nie, mengenyam….
“Err… tak per ler. Saya ambik teksi”, ek elehh… orang nak tumpangkan kira bagus. Eksyen pulak. Culik karang baru tau.
“Buat pengetahuan awk, teksi tak lalu sini. Lagipun kalau tunggu teksi awak terlepas peluang ambik exam. Mana awak nak?”, ceh…gertak2 orang pulak…. Sesuke jer aku nie..hehehehe…Dia diam.
“Jangan risau… saya takkan larikan awak”, kalau nak bawak lari pun apa salahnyer. Heheehhe. Ish, dalam ati jer.
“Saya tak biasa makan budi orang pompuan nie”, dia bersuara.
“Laaa…sapa suruh awak makan budi, nasi kan ader….”, sempat aku buat lawak bangang kat situ. Nak dilayan si teddy bear ni kang, aku pulak terlepas ambik exam. Lantak ko ler….
“Tak per arr kalau awak tak nak, Saya cuma nak tolong jer. Ok, saya gi dulu…babay..!!!” aku mula menghidupkan engine motor aku… aku tau ler motor aku nie huduh, tak nak naik sudah!!!!
“Eh….nanti. Boleh ker?!!” dia memanggil,….hahahaahah…..berjaya2. Aku tersenyum kambing.
“Macam tu la… baru anak bapak”, aku berseloroh, dia ketawa. Sebijik macam teddy bear senyum. Hahahahaah. Cutenyer….

…………………………………………………

Sejak peristiwa aku bawak si teddy bear tu, dah kecoh satu kolej aku di gosipkan dengan dia. Dan sejak tu jugak ler aku baik ngan dia. Rupa2nyer dia satu batch ngan aku, Cuma aku tak pernah nampak dia maklum ler, aku nie jarang2 masuk kelas. Heeehehe. Dan yang paling aku tak lupa nama dia…. Fariq Aizal, comel sungguh.

“Ko ngan si Fariq tu ader aper2 ker?”, Bedot menanya .Ish… budak nie sibuk betul.
“Ler… ko pun nak jadik mummy jarum gak ker? Lupakanlah bedot .Tak kuasa aku nak layan…”, aku bangun meninggalkan Bedot .Malas nak cakap lebih2, nanti ader yang kata aku syok sendirik pulak. Cuma akhir2 nie aku jarang nampak teddy bear tu… mana dia ek!

………………………………………………….

“Naz…. Cuti sem ni awak gi mana2 ker?”, tanya teddy bear padaku. Eh, ader aper2 ke ni.
“Tak kemana? Kenapa? Awak nak ajak saya dating ker….”, aku teka jer…kalau betul pun alhamdullilah. Dia memandangku. Kenapa? Ader taik hidung ker kat muka aku. Aku meraba2 mukaku.
“Kita gi Teluk Chempedak nak?”, ek eleh..aper kelas Teluk Chempedak… pergi ler Paris ker… Swiss Zealand ker…
“Hah…boleh gak!”, Ya Allah tak malunyer aku….. heheehheh…
“Okey Ahad nie saya ambik awak ….”, dia tersenyum. Sejak mula aku kenal mamat nie, dia memang tak banyak cakap. Mula2 dulu tu aku ingat dia ni berlagak sangat, tapi bila dah kenal ni barulah aku tau. Kadang2 tu entah aper yang dia fikir pun aku tak taulah. Musykil…musykil…..

Yahoooo!!! Cuti semester nie aku nak gi picnic .Yeh ..yeh… dan yang paling aku suka teddy bear ajak aku pegi. Bestnyer… tanpa tak malunyer aku terima ajakkan dia, ish memang tak malu betul!!

…………………………………………..

“Awak nie ader masalah ker. Kita dah datang kat sini tapi awak buat muka blur jerk .Asal ek? ” aku pun pelik ngan dia nie. Dia yang beriya2 ajak aku gi sini, tapi dia pulak tak seceria aku. Dia senyum… asyik senyum jerk….aku tarik pipi tu kang… Aku tengok dia menguis2 pasir tempat kami duduk. Hmmmm dok dating atas pasir, kat tepi pantai, bersaksikan bulan dan bintang… cewah… ala2 romantik gitu!
“Tak der aper ler wak… suka arrr tengok awak , ceria jer”, dia tengok aku. Ish mamat nie… nie yang buat aku malu nie .Nasib baik malam… kalau siang mau rasanyer nak menyuruk bawah pasir nie.
“Saya memang macam nie… kalau ader masalah, citer ler kat saya”, aku bertanya lagi. Kot2 dia nak citer ker mana tau. Aku menoleh ke arahnyer. Aikkk!!! Lesap…dia buat dah. Mana pulak budak nie. Aku tercari2 dia.
“Awak…sini”, aku dengar dia memanggil. Laa buat aper dia kat situ. Oooo… kutip kulit siput ker…Aku hanya memerhati. Memang sweet ler si teddy bear nie, memang dia datang untuk aku ker? Ishk aku nie, ke situ pulak… Sedang dia leka mengutip kulit siput.. klik!klik! aku tangkap gamabr dia sembunyi2 .Sesaje buat kenangan…
“Naz…apa impian awak?”, dia menanya aku. Impian? Apa impian aku ek! Aku pun kureng pasti…
“Impian…. Apa yerk. Nak jadi bintang”, kebetulan aku tengah pandang bintang, aku pun tibailah cakap benda tu. Mengarut tul…
“Bintang?…”, dia kerut kening. Mungkin pelik ngan jawapan aku.
“Yup… bintang hati”, aku mengenyit kearahnya sambil memandang ke langit …. Terlalu bergemerlapan bintang2 yang ada di atas sana. Dia turut memandang, kemudian tersenyum… Klik!klik! aku ambik lagi gambarnyer…
“Ambik apa?” eh takkan marah kot aku ambik gambar dia…
“Gambar… kenapa tak leh ker?”, aku bertanya.
“Kalau dah cuci nanti, bagi saya tengok ek”, dia mengenyit mata…. Hehehheh…. Ingatkan marah tadi.

………………………………………………..

Hampir luruh jantung aku dengar pengakuan dari mulut mama. Sedihnyer hati bukan kepalang. Mama dengan ayah aku dah berpisah, mereka dah bercerai…. Kenapa macam tu sekali. Sebelum nie aku selalu juga dengar mereka bertengkar, tapi tak sangka sampaikan ketahap bercerai. Sampai hati mereka. Dan yang paling aku sedih sekali aku terpaksa ikut mama pergi ke Paris dan menetap di sana. Dirumah makcik kami. Bagaimana dengan pelajaran aku kat sini? Macam mana dengan kawan2 aku? Macam mana dengan motor kesayanganku yang ayah aku bagi tu… dan macam mana dengan teddy bear..eh bukan, Fariq Aizal!!!!… aku akan tinggalkan mereka semua…tidak…tidak!!

“Naz…mama minta maaf sayang. Mama pun tak tau nak buat apa lagi. Naz ikut mama yer…”, mamaku merayu… aku tak sampai hati sebab aku memang manja sangat dengan dia berbanding ayahku. Tapi hati dan perasaan aku macam mana….
“Sebelum tu bagi Naz peluang fikirkan dulu ye ma…”, aku bangun menuju kebilik. Apa yang aku nak buat nie…rasa nak hantuk jer kepala kat dinding rumah.

0Komen:
1. Jangan Menggunakan Simbol '@' Ini Untuk Nama Anda..
2. Jangan Lupa Follow Brozai Di Twitter..Klik Di Sini !
3. Terima Kasih Dengan Komen Anda

Catat Ulasan

 

Copyright © 2009 by Brother Zai - Template by Blog Templste 4 U | Blogspot Tutorial | Sport Page Ranking Tool