Jangan Terlewat Lagi



PAGI-pagi lagi aku dah dikejutkan oleh pekikan pelajar-pelajar. Hmm aku menggosok-gosokkan mata. Ku capai jam loceng yang terbaring di sisiku. “Hmm.. baru jam 6 pagi. Aku mengantuk lagi ni”. Dah la malam tadi aku tidur lewat kerana memantau kegiatan Minggu Mesra Siswa. Kelat di mataku masih tak hilang lagi ni. Ku tarik bantal peluk ku. Nikmatnya! Selimut ku tarik. Ni yang buat aku makin malas nak bangun ni.

IMA! Bangun la.. dah pukul berapa ni? Kau tau tak dah kul 7.15!” jerit Ayu sambil mengetuk-ngetuk pintu bilik ku. Ha! Aku meloncat! Betul ke? Mataku terpaku pada jarum jam yang tepat menunjukkan jam 7.15 pagi. Alamak! Aku dah lambat ni. Mahu merah lagi ‘punch card’ aku ni. Karang mengamuk pulak bos aku tu. Dia tu ok tapi, kadang-kadang angin dia tu macam Laut China Selatan. Tak fasal-fasal nanti ribut. Ku tarik tuala biru ku dan terus menuju ke bilik air. La.. siapa pula yang tengah mandi ni. Aku nak cepat ni.

Ku ketuk pintu bilik air bertalu-talu. Rasa macam nak tumbang bilik air tu aku kerjakan. “Sapa kat dalam ha?” jeritku.

“Akak la… kejap la Ima akak dah nak siap ni” suara kak Ani menjawap soalan ku. He he he..kak Ani la. Silap besar la ni. Ustazah ni pulak yang tengah mandi. Mesti dia ‘mc’ hari ni. Kalau tidak tak akanlah dia bersiap selewat ini. Aku terus ke dapur. Ku bancuh nescafe di dalam mug merah kesayanganku. Ku biar sejuk. Aku tertinjau-tinjau kot-kot kak Ani dah keluar dari bilik air. Tak ada jugak! Kata dah nak siap. Wah..ni dah lebih ni.

“Kak Aniiiiiiiiiiii!!!!!!!!!! Cepatlah!’ jeritku.

Tiba-tiba pintu bilik terbuka. “Kenapa Ima? Akak dah lama keluar dari bilik air tu” kepala kak Ani terjengul keluar. Sah berkemban la tu.

“Abis tu, pintu bertutup” unjukku. “La.. tak ada orang la dalam tu cuba tolak” jawap kak Ani. Aku menolak pintu. He he he… alamak! Muka seposen betullah! Bilik air kosong beb! Suspen je.. pantas aku melompat masuk ke dalam bilik air.

Terkocoh-kocoh aku bersiap. Aku nak cepat ni. Aku bersiap ala-kadar. Berlari keluar mencari kasut. Teringatkan air nescafe yang ku sejukkan sebelum mandi. Tapi.. aik! Dah hilang. Ajaib ni! Malaun mana agaknya yang merembat air aku ni. Tiba-tiba aku terpandangkan mug kesayangan aku molek terletak di dalam sinki. Arghhhh!!! Rasa macam nak menjerit saja! Lain kali buatlah air sendiri! Sudah lambat kehausan pula. Hmm.. apa nak buat. Pantas aku menyarung kasut ku dan berlari. Berlari mengejar mesin perakam masa!

“Ha, Ima kau lambat lagi la tu!” Hardi tersenyum sambil bersandar di sebelah mesin perakam masa.

“Kau diamlah Di, aku dah lambat ni” aku menjawab termengah-mengah. “Mana pulak kad aku ni Di?” aku dah mula menggelabah. Dah lewat seminit ni! Tiba-tiba Hardi mengunjukkan aku kad yang tertulis ‘Halimatul Sa’adiah’. “Aku dah tolong punch kan untuk kau. Lambat la lagi” sengih Hadi. “Kau memang tak guna.. mendengki aku. Nasib baik aku tak mati sakit jantung!” marah ku. Hadi tersenyum lagi dan berlalu.

“Ops, Di…” panggilku. Hardi menoleh.

“Anyway…thanks” aku memandangnya sambil tersenyum. “Tak ada hal punya!” Hardi membalas.

PELUH mula menitik. Satu persatu. Basah dan agak merimaskan. Aku mula menggaru-garu. Gatallah! Aku rasa topi yang ku pakai sudah tidak boleh menahan panahan cahaya matahari petang yang semakin garang.

Tiba-tiba Hardi menghulurkan sehelai tisu. Entah bila dia tercongok kat sebelah aku agaknya. Aku pun tak tahu. Tisu tadi ku sapukan ke wajah ku.

“Berpeluh kau dibuatnya ye!” usik Hardi. “Woi, panas kau tau tak? Aku rasa macam nak pitam dah ni” usulku sambil mengesat-ngesat peluhku. “Tu la.. lain kali kalau orang ada aktiviti sukan ikutlah. Ini tidak memerap je kat dalam bilik tu. Baca buku, masak, baca buku, masak! Mana la tidak badan kau pun aku tengok dah macam guni beras!” usik Hardi.

“Ei, kau ni kan.. kalau sehari tak mengutuk aku tak boleh ye! Biarlah aku ni macam guni beras ke, macam tong drum ke, kau susah ape? Bukan makwe kau!” balasku geram. “Kau tu ha.. kalau aku tak masak tak adalah kau tu nak makan malam. Kira untung apa aku tau gak masak sesikit. Kalau harapkan kau.. aku mati hidup balik mati sekali lagi memang la aku kempunan!” ujarku geram.

“Eleh! Tak adanya aku kempunan nak makan masakan kau tu!” balas Hardi. “kau kan….kau diamlah!!!” jeritku tersekat-sekat. Apa lagi, tumbukan dan cubitan ku mula ku layangkan. Asalkan geram ku terbalas. Tak mengapa. “Woi! Apa ni Ima. Sakitlah ngok! Ish! Woi! Lebam nanti. Nanti mak aku marah kau cubit aku!’ pekik Hardi. Aku tak peduli! Tak aku sedar berpuluh-puluh mata memandang ke arah ku. Ah.. lantaklah!

Sebenarnya aku dengan Hardi bukannya ada apa-apa. Kawan yang amat rapat. Sehari kalau dia tak mengusik aku, tak mengutuk aku bukannya Hardi namanya. Aku pulak kalau tak bergurau dengannya macam tak cukup kitaran hidup ku sehari. Lagi pula kuaters ku dan kuatersnya berhadapan. Dapurnya dan dapurku menghadap antara satu sama lain. Dan yang paling hairan. Bilik dia pun mengadap bilik aku. Pantang aku gantung langsir warna biru. Dia pun gantung jugak langsir warna biru. Kalau langsir aku plain, langsir dia pulak berbunga-bunga. Tak mahu kalah dengan aku. Tapi aku dengan Hardi memang rapat. Untuk jatuh cinta. Ops! Tidak aku rasa. Aku dan dia masing-masing dah berpunya. Aku ada Azlan. Dia ada Natrah. Okey lah tu seri satu sama. Tetapi entahlah.. dua minggu yang lepas Hardi muram sahaja. Penat aku bertanya tapi dia diam. Aku pun tak tahu apa puncanya. Baru-baru ini sahaja dia sudah mula bergurau seperti biasa. Kalau tidak sepatah kata kita sepatah juga jawapnya.

MALAM ni aktiviti burung hantu akan diadakan. Alamak! Ni yang aku malas ni. Ku semak jadual. Buat dekat area Gunung Lambak la. Aku bersiap mana yang patut. Kenapalah aku pula yang terlibat. Penat tau jadi warden ni! Bukannya boleh berehat. Harapkan elaun je yang lebih sikit. Dari segi kerja memang tak berbaloi.

Aku menunggu di tepi van. Setelah pelajar-pelajar masuk ke dalam bas dan bergerak, aku, Hardi, En. Ali, Zubir dan Linda mengekor dengan van. Sampai sahaja di kaki Gunung Lambak aku dan En. Ali ditugaskan membawa pelajar ke dalam hutan. Pelajar tersebut aku tinggalkan satu persatu. Kemudian kami menuju ke tempat di tempat berkumpul yang telah ditetapkan. Dari jauh kelihatan cahaya lampu suluh menyuluh muka ku. Silau! Aku tahulah kerja siapa. Siapa lagi kalau bukan Hardi!

Kira-kira semeter lagi aku akan sampai ke tempat berkumpul tiba-tiba satu benda putih terbang dari atas dan mendarat betul-betul dihadapanku. Kelihatan benda tersebut berikat di atas kepalanya. Aku meloncat! Pocong!!!!!!! Semangatku seakan hilang. Aku menjerit tanpa suara! En. Ali bersilat tiba-tiba! Aku seperti nak lari meninggalkan tempat tersebut. Tapi kakiku seakan terbenam dan melekat di tanah yang kupijak. Mak .. tolonglah anakmu ini! Kakiku semakin menggigil! Tiba-tiba kedengaran suara orang ketawa. Tu suara Linda dan Hardi tu.

Dari celah-celah pokok kelihatan susuk Zubir keluar. “La.. kau Ima, aku ingatkan student tadi. Tu yang aku jatuhkan bantal ni ha!” kata Zubir sambil menepuk-nepuk ‘benda putih’ tersebut. “Ooo.. inilah kerja rahsia kau ye. Yang kau kata projek misteri kau tu!” kata ku sambil mengurut dada. “Sorrylah En. Ali. Tak sengaja. Tapi terror jugak ya En. Ali bersilat” kata Zubir lagi. “Mana saya pandai. Saya belasah je tadi. Terperanjat punya pasallah ni. Entah silat ape pun saya tak tahu” balas En. Ali sambil tersengih! Aku dan En. Ali berpandangan sesama sendiri. Ini baru gelagat kita orang, macam mana pulak dengan gelagat student baru yang seramai 200 orang tu. He he he tak sabar rasanya. Aku dan En. Ali melangkah ke belakang pokok. Terasa masih lagi menggigil kakiku tapi dah tak melekat kat tanah dah! Sampai di sana aku tengok Hardi ketawa sambil tergoleh-golek! Serupa macam orang sakit perut! Aku melabuhkan punggung di sebelahnya. Ku tarik telinganya kuat. Sukalah tu! Dapat kenakan aku! Setan!

Sepanjang malam aku dapat melihat gelagat pelajar yang bermacam-macam. Ada yang menjerit sekuat-kuat hati, yang terus menangis. Yang bersilat macam En. Ali pun ada jugak tapi lebih hebat! Siap tendang lagi bantal putih tu! Tapi alhamdulillah..nasib baik tak ada yang pengsan! Kalau tidak parah la kami nak menghantar ke hospital pulak.

Balik tu, aku dah terbaring. Keletihan. Tanpa menyalin baju aku terus tidur. Sebelum aku mematikan lampu tidur ku, aku mencapai gambar Azlan. Ku cium gambar tersebut. Lan, rindu ekkk! Dan mata ku semakin berat. Aku lena…

DADA ku seakan mahu pecah! Aku memandang ke atas. Pelajar-pelajar ku sudah berada di atas sekali. Aku jauh tertinggal ke belakang. Di dalam hati ku menyumpah-nyumpah. Siapa punya idea agaknya buat rancangan mendaki Gunung Lambak ni. Aku pun tak tau. Walau pun gunung ni tak setinggi mana tapi bagi aku yang nak berlari 100 meter pun payah semua ini satu penyeksaan. Rasa macam tak cukup udara untuk bernafas. Lelah dan penat bersatu. Tiba di satu persinggahan aku lihat Hardi tersenyum memandang ku. Tiba di depannya, aku terbongkok mengambil nafas. “Nah..” Hardi menghulurkan air mineral. Tanpa berkira aku mengambil dan a ku teguk. “Jauh lagi tak?” tanya ku. “Dah nak sampai dah” balas Hardi. Aku hanya mencebik. Aku pun tak tahu macam mana Hardi boleh berlari mendaki gunung ini. Tak penatkah dia? “Dah jom sambung. Tak kan kau nak tinggal kat sini sorang-sorang. Nak dukung kau aku tak larat..kau gemuk!” Usik Hardi sambil ketawa. Aku apa lagi, ku kumpul saki baki tenaga ku lalu mengejar Hardi. Tapi tak sampai 10 langkah aku dah berhenti. Aduh.. penatnya! Dari atas Hardi ketawa. Mentertawakan aku yang kelelahan. Tak apa kau Hardi. Ada ubi ada batas, ada hari nanti aku balas lah! Walau macam mana geram pun aku pada Hardi, dalam hatiku berterima kasih juga. Ya lah, dia akan menungguku di setiap perhentian sambil menghulurkan air. Kalau tidak mahu sesat aku dibuatnya.

Setibanya di puncak Gunung Lambak aku lihat pelajar-pelajar ku sedang berehat. Ada yang sedang minum ada yang menjamah roti. Aku lihat ada yang bergambar di tiang bendera. Meraikan kejayaan ini. Aku pula dah tersandar di seketul batu besar. Aku menarik nafas perlahan-lahan. Hardi tiba-tiba duduk disebelahku. Dia ketawa kecil. Aku menjeling. Ketawalah lagi..kau ketawa lagi aku sumbat mulut kau dengan botol air mineral ni!

“Ala..rileks la Ima. Baru Gunung Lambak. Belum aku buat program panjat Gunung Lumut ke, Gunung Ledang ke. Kau gunung macam ini pun kau dah semput. Ala..tak rugged la kau ni” usiknya. “Rugged kepala hotak kau. Aku ni rasa macam dah nak tercabut nyawa aku tau tak?” jawabku sambil termengah-mengah.

He he he he. Ketawa lagi kau. Aku sumbat betul-betul botol ni karang!

“Ok.. semua kita boleh turun sekarang ye!” tiba-tiba suara Zubir memecah keheningan. Ha.. dah nak turun dah! Oi! Aku baru sampai la. Tak hilang penat lagi. Aku memprotes dalam hati.

“Tu la..siapa suruh lambat sangat sampai!” usik Hardi seakan-akan tau kata hati ku. “Diamlah!” marahku. Aku bangkit perlahan-lahan. Tak ada siapa ke yang sudi mendukung aku ketika ini. Aku dah tak larat!

MALAM
penutup bagi Minggu Mesra Siswa berjalan meriah. Di akhir majlis, acara kota beracun di jalankan. Mesti best ni kenakan orang. Aku mengambil tempat. Muzik dimainkan. Ish.. boleh tahan berdebar jugak jantung aku ni. Cawan berisi air ku pas kan kepada pelajar di sebelah. Tiba-tiba muzik berhenti. Pergh! Lega..

Hampir setengah jam permainan kotak beracun berlangsung tiba-tiba sewaktu cawan berisi air itu berada di tanganku muzik secara tiba-tiba berhenti! Alamak! Muka ku disimbah darah panas. Merah! Menggigil aku mencabut denda.

“Anda dikehendaki melafazkan kata cinta kepada teman/kekasih yang tercinta dengan sepenuh hati”

Hm.. aku menggaru-garukan kepala yang tidak gatal. Aku cabut sekuntum bunga ros plastik dari pasu di atas meja. Aku memandang sekeliling. Pada siapa harus ku beri bunga ini? Aku garu kepala lagi. Aku pandang Hardi. Hardi tersengih. Perasan la tu handsome! Gerutuku di dalam hati. Aha! Aku dapat idea!

“Ok, saya akan tujukan bunga ini kepada staff yang paling handsome di Kolej ini” kataku selamba. Hardi ku lihat sudah mula membetulkan baju batik yang dipakainya. Sambil memberikan senyuman yang paling manis. Perlahan aku mendekatinya. Selang beberapa langkah aku membelok ke kanan. Lalu membongkok. Dengan penuh yakin aku berkata “En. Ali, sudilah kiranya menerima cintaku”. Muka ku sudah mula merona merah.

En. Ali tersenyum mempamerkan giginya yang putih bersih. Bunga ros ku diambil dan dimasukkan ke dalam poket. Sorakan bergema. Aku malu tapi aku kena berlagak sporting. Aku ambil tempat duduk ku kembali. Hardi menjeling ku tajam. “Eleh.. siapa suruh kau perasan handsome sangat!” Aku ketawa. Sambil mencebik aku berkata “Perasan!”

BERAKHIRNYA Minggu Mesra Pelajar bermakna aku boleh tidur dan makan. Tanpa pening memikirkan aktiviti-aktiviti pelajar. Masa inilah masa untuk berehat. Menjadi seorang sebagai warden memang meletihkan. Lebih-lebih tugasku sebagai Penyelaras Program CAOM memerlukan aku untuk bertugas dengan tekanan yang bukan sedikit. Pernah aku berbalah dengan penyelaras program dari cawangan lain semata-mata tidak bersetuju dengan perjalanan peperiksaan.

Ish.. lapar pulak perut ni. Perlahan aku bangun. Ku tuju ke dapur. Peti ais ku buka. Ada mee kuning, ada sos, ada ayam, hm.. cukuplah untuk buat mee goreng. Sedang aku menumis rencah tiba-tiba aku disapa. “Oi.. jiran sebelah.. masak apa tu?” suara Hardi kedengaran lantang.

“Tengah goreng mee” jawapku tanpa menoleh. “Eleh.. kita pun goreng mee jugak” balasnya lagi. Aku menoleh memandang Hardi yang tersengih sambil memegang bungkusan kuning. Mee Goreng segera Maggi! Eleh! Itu pun nak eksyen. Blah la! Tak hairan dengan mee segera tu! Itulah aku kata. Hardi ni pantang aku lebih sikit dari dia. Pantang aku buat apa sikit dia pun mulalah nak ikut. Aku goreng mee dia pun masak mee goreng jugak. Tak kisahlah mee maggi tapi ada jugak bunyi mee goreng. Eeee … mengada-ngada! Bisikku. Tapi kemudian aku tersenyum.

Aku menikmati mee goreng dengan penuh khusyuk. Tiba-tiba telinga ku menangkap bunyi petikan gitar. Lagu Awie “Di penjara Janji” berkumandang merdu. Ku selak langsir. Kelihatan Hardi leka memetik gitar. Aku juga turut terleka. Aku cukup gemar mendengar petikan gitarnya.

“Ei..Ima kau mengintai ye!” jerkah Ayu. Aku tersengih. “Mana ada… aku saja-saja je” balasku. “Ha.. nak apa?” tanyaku bila ku lihat Ayu tersengih-sengih. “Nak mee sikit boleh?”

“Amikla.. ada dalam kuali” kataku sambil menyuap mee ke dalam mulutku. Tiba-tiba aku dapat ilham. Ilham mendatang la katakan. Ku tekan suis radio Sony ku. Ku putar hingga volumenya mencecah ke angkat 15. Apa lagi berdentam-dentumlah bunyi radio ku. Sekali gus menganggu konsentrasi si pemetik gitar di sebelah. He..he.. he.. ada ubi ada batas!

Tuk! Tuk! Tuk! Tingkap bilikku diketuk! Aku tengok Hardi mencuka memandangku bila langsir bilik ku selak. “Kau ni pekak ke? Bukak radio kuat-kuat?” marahnya. Marahlah tu konon aku mengacau dia.

“Ha? Apa? Tak dengarlah?” jerit ku berpura-pura tidak mendengar. Yes!!

HARI ini aku berada di Segamat. Bertemu Azlan. Rindunya pada Azlan. Dari jauh ku lihat Azlan turun dari motor RXZ nya. Aku melambai-lambai. Kami makan di Taman Batu Hampar. Makan burger. Biasalah cinta brutal! Habis seluruh Segamat aku ronda. Buat masa ini, belum pernah sekali pun aku menjejakkan kaki ke rumah orang tua Azlan. Kalau ikutkan aku, aku pun tak mahu. Aku rasa aku belum bersedia sepenuhnya untuk bertemu orang tua Azlan. Untuk mengadap soalan-soalan yang aku kira sukar untuk dijawap. Sedang aku berehat di Taman Batu Hampar Hardi bangun untuk membeli air. Handphonenya ditinggalkan.

Ku capai handphonenya. Niat di hati ingin bermain ‘game’. Tiba-tiba handphone yang ku pegang bergegar. Ada satu message masuk tetapi tanpa bunyi. Rupanya handphone nya di silent kan. Aku tekan butang ‘read’.

Hai Lan sayang. Bestla tengok wayang semalam. Malam ni pergi lagi nak? Ada wayang best. Cerita Idola. Lan kan suka cerita tu kan?. I miss you! - Are-Young

Hampir tersedak aku membaca pesanan tersebut. Ni Ayang mana pulak ni? Perasaan ku bergelora. Ku genggam kuat handphone tersebut. Serasa ingin ku lontarkan ke dalam parit tidak jauh dari situ.

Azlan pergi tengok wayang? Dengan aku jangan kata tengok wayang. Ajak pun tak pernah! Dia kata tak baik orang perempuan tengok wayang berdua dengan lelaki. Orang pandang tak manis. Cheh! Dengan si Ayang ni boleh pulak! Tengok cerita Idola pulak tu! Mana si cik abang aku ni minat tengok cerita melayu macam ni. Yang dia tau kan tengok cerita mat salleh aje. Cerita melayu ni mana ada class dia kata.

Dalam pada aku termenung, tiba-tiba Azlan menghulurkan air mirinda strawberry kepadaku. Aku tersentak. Ku pandang wajahnya. Ingin saja ku tanyakan padanya tentang message tersebut. Tetapi lidahku seakan kelu untuk bertanya. Hatiku berbelah bahagi. Tak akanlah Azlan menduakan ku. Aku tahu betapa sayangnya Azlan padaku. Dan aku semestinya menyayanginya sepenuh hati. Aku pujuk hatiku sendiri. Aku berkeras mengatakan message itu tersalah masuk. Ku pejam mata.

“Kenapa Ima? Sakit ya? Pening kepala?” tanya Azlan. Tak sempat aku menjawap soalannya jari-jemarinya pantas memicit kepalaku. Hilang syak wasangkaku sebentar tadi. Hmm .. baiknya Azlan. Aku kembali terleka dalam kasih sayangnya.

BAS Transnational sudah menunggu. Bayangan Azlan masih tidak kelihatan. “Mana dia ni.. aku dah nak naik bas dah ni” bisikku sendiri. Tadi dia ada di belakang aku tapi bila aku toleh alih-alih rupanya aku bercakap sendirian. Aku berjalan mencari-cari Azlan. Aku tak mahu balik begitu sahaja. Sekurang-kurangnya aku nak dia berada di tepi bas menemani ku. Tiba-tiba mataku tertangkap Azlan di tepi pondok telefon. Dia sedang bercakap di dalam telefon. Aku kembali di tepi bas. Aku mula rasa tidak senang. Jarang benar Azlan berkelakuan begini. Selalunya kalau ada orang telefon pun dia akan bercakap di depanku. Jarang dia bersembunyi begini. Aku mula di tebak pelbagai persoalan.

“Sorry sayang, tadi Lan pergi bilik air sekejap” kata Azlan sambil tersenyum. Aku membalas senyumannya tawar. Bilik air kepala hotak kau berjambul! Gerutuku di dalam hati.

“Hm.. Lan pinjam telefon jap. Nak hantar message kat Ayu suruh jemput kat Bus Stand. Credit Ima dah habis la..” pintaku sembil tersenyum simpul. Apabila handphone bertukar tangan aku pantas menekan menu dan mencari ‘Call Register’. Dial Number… nombor aku yang terakhir. Oklah tu. Memang pun. Miss Call.. alamak! Nombor Are-Young. Aku semakin tak sedap hati. Received Call… Are-Young lagi! Nama aku sendiri dalam handphone ni dia letak Ima. Budak mana la pulak dia panggil ayang ni. Aku semakin tak menentu. Ku tenung muka Azlan lama.

“Kenapa?” tanya Azlan kehairanan. “Hmm.. tak ada apa-apa. Dah la Ima nak naik bas dulu. Jumpa lagi nanti” ucapku dan tanpa berlengah aku terus mendaki tangga bas satu persatu. Aku duduk dan terus membuka majalah wanita. Sedikit pun aku tidak menoleh ke arah Azlan. Hati ku diselubungi dengan pelbagai perasaan. Siapa Are-Young tu..? Siapa? Siapa? Siapa? Persoalan itu terus bermain di fikiran sehingga bas bergerak meninggalkan Azlan terpinga-pinga sendirian. Tidak pernah aku pergi tanpa bersalam dengannya.

MATAKU merah. Aku duduk di bangku luar yang memang untuk berehat di petang hari. Hardi yang duduk disebelahku menghulurkan tisu satu persatu.

“Dah la Ima, kau janganlah nangis lagi. Aku tak reti la nak pujuk kau” pujuk Hardi perlahan. “Kau diamlah Di. Aku tengah sedih ni. Siapa perempuan tu? Apa hubungan Azlan dengan dia. Apa aku ni dah tak baik lagi ke sampai dia ada perempuan lain” aku kembali tersedu. Hardi hulur sehelai lagi tisu. Begitulah aku. Walau macam mana aku bertekak dengan Hardi tetapi kami tetap kawan baik. Tak pernah meninggalkan kawan keseorangan jika salah seorang dari kami ditimpa masalah.

“Macam mana ni Di?” tanya ku.

“Macam ni.. kau jangan fikir bukan-bukan. Tanyalah Azlan tu macam mana. Kau jangan assume bukan-bukan. Nanti kau jugak yang pening. Kau sendiri tak pasti dia ada perempuan lain ke tidak. Dah la sabar. Kau pergilah tanya dulu kat dia” pujuk Hardi tak henti-henti.

“Kau cakap memangla senang!” aku menangis lagi. Aku bangun lalu menutup pintu rumahku. Meninggalkan Hardi tepinga-pinga. Serupa seperti yang ku lakukan kepada Azlan. Peduli apa aku!

Tiba-tiba aku rasa bersalah pada Hardi. Perlahan aku mengambil coklat Cadbury yang ku simpan di dalam peti ais. Orang kata coklat boleh menenang kan perasaan. Aku buka pintu dah duduk di sebelah Hardi sambil menghulurkan coklat.

“Aik! Tadi baik sangat menangis. Ni alih-alih makan coklat pulak” Hardi ketawa geli hati melihat gelagatku. Aku jeling Hardi geram. “Kau diamlah!” bentakku. Hardi ketawa semakin kuat. Dia tahu aku dah kembali seperti sedia kala. Aku dah boleh mengeluarkan ayat kegemaranku …’kau diamlah’. Tapi hati aku ni siapa yang tau. Azlan.. sampai hati!

SEPANJANG dua minggu ini aku tidak menelefon Azlan. Aku biarkan dia. Dia pun tak ada tanda-tanda untuk menghubungi ku. Aku pun hairan. Selalunya tak sampai 2 hari jika aku tak telefon berdering-deringlah handphone ku dibuatnya. Namun perasaan sakit hati aku ni tak boleh nak digambarkan. Lalu ku biarkan saja. Itu di depan aku. Belum di belakang aku lagi. Kalau di belakang aku entah apa yang dibuatnya.

Aku mula menyibukkan diri dengan tugasku. Rangka promosi bergerak belum teratur lagi. En. Ali sudah mula bertanya bila tentatif program itu akan siap. Kadang-kadang aku pun tak faham. Kenapa aku boleh terlibat dalam program promosi ni. Susah sangat suruhlah bahagian ‘marketing’ ibu pejabat yang buat. Ini tidak, balik-balik aku, balik-balik aku. Ku hempas-hempaskan fail di atas mejaku. Tiba-tiba telefonku berbunyi.

“Hello” ku tekan butang interkom.

“Kenapa Ima awak mengamuk ke? Tapi jangan lah sampai hentak meja. Sampai bilik saya ni dengar” suara En. Ali berkumandang melalui interkom. Erk! “Sorry En. Ali. Fail terlepas tadi” jawap ku tergagap-gagap. Macam tau-tau je aku mengata dia. Alih-alih dia telefon pulak. Aku marah dia, dia marah aku balik. Nasib lah .. kau kan bos!

IMA awak nak balik Muar tumpang saya tak hari ni?” tanya En. Ali. Aku memandang En. Ali dengan keadaan yang agak blur. “Nak tumpang kenapa?” tanyaku kehairanan.

“La.. awak ni kenapa? Esokkan Deepavali. Cuti, awak tak nak balik kampung ke?” Aku menepuk dahi. Ha’a la ..esokkan cuti. Dapatlah berehat 3 hari. Jumaat, Sabtu dan Ahad. “Boleh jugak En. Ali. Pukul berapa?”

“Lapan” balas En. Ali. Jam lapan tepat aku bertolak ke Muar menaiki kereta Wira En. Ali. En. Ali orang Melaka jadi setiap kali dia balik, maka aku pun menyibukkan diri untuk menumpang. Satu jalan. Apa salahnya. Kalau nak naik bas bukan tak nak tapi tak ada yang terus ke Muar. Ke Melaka adalah tapi selalu penuh. Jadi baik aku tumpang En. Ali.

Tiba-tiba handphone ku berbunyi. Ada message masuk rupanya. Dari Azlan.

Kenapa ni Ima? Senyap je. I ada buat salah ke? I’m sorry ok kalau i buat salah

Tiba-tiba hati ku rindu. Rindukan Azlan. Dah lama aku tak bertanya khabar dia. Hm.. cepatlah sampai Muar. Angin sampaikan rindu ku pada Azlan.

“Ima, program promosi tu awak dah siapkan ke belum?” tanya En. Ali. Aku tersentak. “Sikit lagi. Ke sekolah-sekolah dah settle. Cuma kat plaza je belum lagi. Pengurus plaza belum beri kata putus” kata ku tenang. “Jangan lambat sangat! Nanti En. Huzaini bising. Nanti dia kata kita tak buat promosi betul-betul. Student kita dah makin merosot. Cawangan Kota Tinggi yang baru bukak tu pun dah pintas kita dari segi bilangan student” bebel En. Ali. Adui..ketika ini ingin rasanya aku turun dari keretanya dan beli tiket bas. Lagi senang. Penat la.. kat office dah buat kerja kat dalam kereta pun nak bincang fasal office lagi ke? Cubalah tanya pakwe aku ke, kucing aku dah beranak ke belum? Kan senang. Ini tidak kerja, kerja, kerja! Letih!

Sampai je di kampung. Aku makan dulu. Siapa nak lepaskan lauk asam pedas mak. Memang terangkat! Habis saja makan aku menelefon Azlan. Rindu pada suaranya.

“Hello, Azlan ada?” tanyaku sebaik sahaja ganggang telefon rumah sewa Azlan diangkat.

“Siapa ni? Yati ye?” sahut satu suara. Kalau tak silap suara abang Man Jawa. Yati? Siapa Yati ye? Bisikku sendirian

“Ya, Yati ni, abang Azlan ada?” tanya ku lagi. Berpura-pura.

“Yati, Azlan tak ada. Dia keluar sekejap. Yati ada pesan apa?” abang Man Jawa bertanya kepadaku.

“Hm.. abang nak tanya la sikit. Abang Azlan dia ada girlfriend tak?” kataku mengada-ngada. Moga-moga menjadilah lakonan ku ini hendaknya. Aku ingin tahu apa jawapan abang Man Jawa.

“Hish.. Yati ni tak adalah. Mana ada. Setahu abang Man, dengan Yati je la dia berkawan. Mana ada lagi kawan perempuan dia tu. Dia serius tau dengan Yati” balas abang Man Jawa. Ingin saja ku jeritkan di telinga Abang Man aku ni Ima. Setahu ku satu rumah sewa Azlan tahu aku ni makwe Azlan. Bukan tahu sahaja, malah dah kenal pun. Sampai hati abang Man cakap macam tu. Konon nak cover line la tu dari Yati. Tak tau kau dah bongkar rahsia pada aku ni ha.

“Hm.. tak apalah abang Man. Terima kasih sajalah” kataku. Terasa pecah empangan air mataku di saat ini.

“Eh.. mana Yati tau abang ni abang Man..” klik! ku letak ganggang. Jadi Yati tu Are-Young la ya? Kenapa ye lelaki selalu begini. Tak cukup dengan satu? Bisikku bertalu-talu. Dan air mataku pun turun bertali-tali!

Setengah jam kemudian. Ku dail lagi nombor telefon Azlan. Kali ini aku berjaya. Azlan mengangkatnya.

“Lan, Ima ni” kata ku. Kedengaran suara Azlan seakan serba salah. “Ima, tadi Ima telefon ye?” tanya Azlan. “Ya” jawabku pendek. Aku mendiamkan diri. Aku tahu Azlan tahu aku inginkan penjelasan. Bukan sekejap usia perkenalan kami. Lebih dari 4 tahun. Masing-masing tahu isi hati masing-masing.

“Ima.. sebenarnya, Yati tu kawan Lan. Ima jangan salah faham” Azlan agak gugup. Aku tahu dia berbohong.

“Lan sayang dia?” tanyaku terus-terang. Tanpa perlu berselindung lagi.

“Er…..” Azlan hilang kata-kata.

“So Azlan nak hubungan kita ni macam mana?” tanya ku lagi. Azlan kedengaran serba salah. “Tak sampai hati Lan nak cakap” balasnya. Ooo.. tak sampai hati nak cakap.. tak apa. Biar lah aku yang tolong cakapkan.

“Ok, last Ima tanya Azlan. Azlan sayang dia kan?” aku bertanya sekali lagi. Aku tak mahu perasaan aku memalsukan pendengaran ku. Aku mahukan sesuatu yang jelas.

“Ya” aku tersentak. “Apa?” tanyaku. “Ya” jawab Azlan lagi. “Apa?” tanya ku kali ketiga.
“Ya, Lan sayang dia!” bentak Azlan seakan hilang sabar. Padanlah aku tak telefon dia dua minggu dia sikit pun tak kisah. Padanlah aku selama ini diabaikan. Padanlah… Padanlah..

“Ok, kalau Lan tak sampai hati nak cakap biarlah Ima cakap bagi pihak Lan. Kita putus! Mulai hari ini kita tak ada apa-apa” kataku.

“Ok. Lan tak kisah!” aku terduduk mendengar kata-katanya. Tak kisah? Itu je katanya. Benarlah kata orang. Untuk membina hubungan memerlukan masa berbulan-bulan malah bertahun-tahun lamanya. Untuk memutuskannya cukuplah sekadar dua saat.

“Baiklah Lan. Selamat tinggal…” aku meletakkan ganggang telefon ku. Ku renung telefon. Berharap agar Azlan menghubungi ku semula. Memujukku kembali. Tapi sia-sia. Telefon itu terbiar sepi. Benarkah apa yang aku lalui sebentar tadi? Aku tak percaya semudah ini kasih kami retak. Azlan….!

SEKEMBALINYA aku ke Kluang. Aku tercari-cari Hardi. Keretanya ada. Mana ye dia? Dia tak ada. Zubir kata dia bercuti. Ikut konvoi bermotor ke Kedah. Dia naik TZM dia la ni. Baru aku teringat dia ada khabarkan dia akan ke Tasik Pedu, Kedah untuk menyertai konvoi Highway Star. Sesungguhnya aku terlupa.

Esoknya aku ada temujanji dengan Azlan. Kami akan adakan pertukaran. Pertukaran suka sama suka. Aku akan kembalikan barang-barang pemberiannya dan dia akan pulangkan barang pemberianku. Aku hairan sebenarnya. Kenapa setiapkali pasangan kekasih berpisah kenapa mesti pulangkan barang-barang pemberian sepanjang waktu bercinta? Bukankah semasa bercinta pemberian itu seikhlas hati? Tak ada pula perjanjian mengatakan kena pulang kalau putus cinta. Tapi entahlah… aku kemaskan barang-barang Azlan. Album gambarnya yang aku reka khas ku ambil dan ku tatap buat kali terakhir. Ku peluk kejap. Frame gambar yang terisi potret wajahnya turut ku ambil.

Aku tiba di perhentian Segamat lewat tengah hari. Aku lihat Azlan sedang menungguku. Kami pergi ke kedai makan kegemaran kami. Ku pulangkan album gambar dan barang-barangnya. Dia juga memulangkan barang-barang ku. Akhir sekali yang dia pulangkan ialah satu sampul surat yang sarat dengan gambarku! Aku rasa macam nak meraung. Aku pulang gambar dia di dalam album yang cukup cantik terhias indah. Dia cuma letakkan gambar aku di dalam sampul surat terpakai! Agaknya begitulah aku diletakkan dihatinya. Azlan juga turut menunjukkan aku gambar Yati. Lawa budaknya. Cantik! Putih! Orang Kelantan. Kerja sebagai Operator di line yang Azlan jaga. Padanlah Azlan berubah hati. Pengganti aku macam langit dengan bumi. Tiba-tiba aku rasa rendah diri dengan diriku sendiri!

Tepat jam 5 aku menaiki bas kembali ke Kluang. Kali ini Azlan tidak menungguku seperti selalu. Dia terus balik. Kali ini aku betul-betul terasa. Azlan benar-benar telah berubah!

“Tinggal sayang..tinggallah pujaan” keluar pulak lagu yang mendayu. Terus pecah tabir air mataku. Sampai hati kau Azlan!

“LA… kenapa pulak minah ni, melalak pulak!” bisik hati Hardi. Aku menangis di bahunya. Kali ini aku menangis macam budak kecik yang hilang teddy bear kesayangannya.

Aku terus tersedu-sedu. Hardi menepuk-nepuk bahuku. Macam emak nak mendodoikan anaknya.

“Dia ada orang lain Di. Apa kurangnya aku ni? Sampai hati dia buat macam ni. Dia bukan lelaki macam tu Di. Dia tak pernah ada orang lain..” kataku dalam sendu yang panjang.

“Dah la.. mungkin ada rahmatnya. Sabarlah! Azlan pergi mungkin kerana korang tak ada jodoh sebenarnya. Sabarlah” Hardi hilang kata-kata. Tak tau bagaimana dia harus memujukku agar berhenti menangis.

Aku bangun, lalu ku renung muka Hardi. “Cuba kau cakap dengan aku Hardi, aku ni tak cantik ke? Tak lawa ke?”

Hardi pandang mukaku kembali. “Bukan cantik ngan lawa tu sama ke? Yang mana satu aku nak jawap dulu ni?”

La… mamat ni main-main la pulak! Aku dah susah hati macam nak mampus ni!

“Ok..ok.. kau bukan tak cantik, cantik… lawa… tapi kau ni montel! Mana ada orang suka perempuan macam kau!” kata Hardi sambil tergelak.

“Kau ni memang menyakitkan hati je!” marahku. Aku tahu dia bergurau tapi hatiku terguris. Ku hempas pintu. Ku masuk kebilikku dan berhenti di depan cermin.

“Alamak! Ima marah betul ke dengan aku?” Hardi menggaru-garu kepala yang tidak gatal.

Aku membelek-belek tubuhku. Tak la gemuk sangat. Cuma aku tergolong di dalam kumpulan orang-orang yang ‘plum’ badannya. Jenis yang berisi dan bulat. Ku keluarkan alat penimbang yang telah lama ku simpan di bawah katil. Ku timbang. Jarum naik dengan laju dan berhenti tepat di nombor 72. Ha…??? 72kg! Mak aih! Mak……..!!!!!!!!!!! memang aku dah gemuk!

Ku hempaskan badanku di atas katil. Padanlah Azlan tinggalkan aku. Dulu masa belajar berat badan aku cuma 59kg je. Tapi masa tu aku memang kurus giler. Sampai nampai tulang rusuk aku. Aku ni tak taulah berat ape. Tapi bila masuk 65kg tu aku macam orang yang beratnya 45kg! Tetapi semenjak aku bekerja ni berat badan aku mula bertambah. Aku perasan juga perubahan diri aku tapi aku selalu buat tak kisah. Sebab pada aku ukuran pada kasih sayang adalah pada hati bukan pada fizikal. Tapi aku salah perkiraan. Rupanya kira-kira tu penting jugak. Kalau tak ada 36-28-36 jangan haraplah! Akhirnya aku ditinggalkan. Aku mula menangis. Azlan…sampai hati kau! Aku mengesat air mataku yang gugur perlahan-lahan.

“Eh.. air apa ni?” aku kehairanan bila melihat titis-titis air menitik dari celah jendela ku. Hujan ke? Eh.. tak lah.. tadi terang-benderang!

“Tolong… ada orang terbakar kat dalam tu.. tolong! Tolong!” jerit Hardi dari luar. Terbakar? Ku buka tingkap biliku cemas. Kelihatan Hardi memegang paip air dan memancutkannya ke arah bilikku.

“Oi..Hardi! kau buat ape hah! Basah bilik aku tau!” jeritku.

Sambil tersenyum Hardi berkata “Tak tadi ada orang terbakar hatinya. So aku nak tolong padamkan la kebakaran tu. Nak panggil bomba tak patut. Apinya kecik je tapi boleh makan seminggu nyalanya tu”

“La.. kau diamlah Di!” jeritku sambil ketawa. Ooo… kau simbah aku ye nanti kau. Ingat rumah aku tak ada air. Aku melompat turun dah terus ke belakang pintu rumah. Ku buka pili air ku dan ku sembur ke arah Hardi yang masih mencangkung di sisi motornya. Hik! Hik! Petang itu belakang rumahku dah macam pesta air. Kak Ani dan Ayu kehairanan bila aku masuk ke dalam rumah dengan keadaan basah kuyup. Hujan tidak, ribut pun tidak, kenapa pulak budak ni basah! Aku hanya tersenyum. Bukan aku sorang je yang basah.. Hardi pun sama! Seketika aku lupa yang aku kini telah ditinggalkan oleh Azlan.

PETANG itu menjadi sejarah bila kelibat ku muncul di tengah-tengah padang. Hardi menggosok-gosok mata apabila melihat aku melompat-lompat bermain bola jaring. Saja je aku lepas tension. Seronok jugak main bola jaring ni bersama student. Hilang sedikit ingatan aku terhadap Azlan. Selama ini jangan harap aku nak turun padang. Petang-petang begini aku lebih suka berada di dapur dan memasak untuk makan malam. Tapi dah hampir 3 hari aku tak makan malam. Aku ada azam tersendiri. Aku pun nak kurus jugak. Aku nak buktikan pada Azlan aku pun boleh jadi macam Yati. Akan aku buktikan.

Pagi tadi kecoh satu rumah bila aku turun berjogging. Kak Ani hanya melopong. Siap dia tanya, aku ni dah buang tabiat ke?. He he he.. tak lah kak Ani, aku ni ada target aku tersendiri. Aku nak turunkan berat badan aku sampai 55kg. Aku tak akan berhenti selagi tak berjaya.

Selama hampir 5 bulan aku mula giat di dalam sukan. Kerja-kerja pejabat ku semuanya tak ada masalah. Program promosi berjaya dibuat. Lega rasanya. Balik tadi aku timbang. Berat aku dah turun hampir 65kg. Aku jadi kecewa. “Susahnya nak turun berat badan aku ni” rungutku sendirian.

Petang tu aku ke bandar Kluang. Aku singgah di farmasi. Niat di hati aku nak beli alatan mandian. Kulit aku memang sensitif dengan sabun jadi aku kena beli sabun yang sesuai dengan kulit aku. Tiba-tiba aku tertarik dengan satu produk melangsingkan badan. Tanpa teragak-agak aku ambil. Manalah tau berkesan. Lebih cepat daripada bersukan. Siapa tahu kan?

Hari ni aku keluarkan alat penimbang sekali lagi. Aku timbang. Turun! Tapi setengah kg aje. Baru 64.5kg. Hm.. macam tak berkesan aje ubat kurus tu. Agaknya aku makan sikit sangat kot. Aku belek lagi botol ubat tersebut. Ku baca arahan. Betullah banyak tu sukatannya yang aku telan hari-hari. Kata dalam masa seminggu boleh nampak kesannya. Tak jugak. Dah dekat 3 minggu aku telan ubat ni. Turun pun sikit aje. Tak apalah. Mula-mula je kot macam ni. Kalau makan lebih satu tablet pun ok kan. Ala..lebih sebijik tak matinya aku dibuatnya. He he he.. puh! Menjadilah hendaknya ramuan ni!

AKU mula tidak sedap badan. Kenapa agaknya aku pun tak tahu. Aku rasa macam nak demam tapi bukan demam. Perut ku sakit. Tapi aku rasa aku tak salah makan. Sedang aku berjalan-jalan di koridor pejabat tiba-tiba aku rasa dunia ini gelap.

Aku rasa sepi di dalam kegelapan ini. Sunyi. Aku kat mana ye?

“Ha.. dia dah sedar dah” aku kenal suara tu. Suara Hardi! “Ha’a la Ima dah sedar” suara kak Ani tu. Aku ni kat mana? Perlahan ku buka mata. Apasal diaorang ni ramai ramai kerumun aku ni. Aku rasa aku macam kenal suasana macam ni. Aku kat hospital ye?

“Ha’a kau kat hospital. Kau sakit” kata Ayu. Aku sakit? He he he tak akanlah. Aku tak demam pun boleh sakit. Apalah korang ni!

“Tu ha.. ubat kurus kau tu sebenarnya dah diharamkan. Yang kau pergi beli jugak tu kenapa?” marah kak Ani.

“Erk! Ye ke..? kenapa pulak?” tanya ku.

“Wooo silap-silap kau boleh mati tau. Dia boleh buat hati kau gagal berfungsi!” tegas Hardi beriya-ia. Eh! Mamat ni, lelebih pulak! Aku terdiam. Takut pulak aku mendengarnya. Aku pernah dengar benda tu semua. Tapi tak la aku ambil kisah sangat. Pada aku tak ada kena-mengena dengan aku. Aku garu-garu kepala. Aku pandang muka kawan-kawan ku satu persatu. Aku senyum sumbing. Aku tahu kejap lagi nipislah telinga ku mendengar ceramah diaorang.

Hampir satu jam aku di bebel oleh kak Ani. Sebelum pulang Hardi meletakkan sebungkus mee goreng yang menyebabkan aku merasa lapar. Tapi niat ku untuk berdiet masih kuat lagi.

“Jangan ingat nak diet. Makan sikit! Petang ni aku belikan kau nasi goreng boleh?” tanya Hardi.

“Tak nak….”

“Abis tu nak apa?” Hardi memandang ku tajam. Aku pulak naik kecut perut. “Aku nak makan bubur nasi” kata ku perlahan. Aku kalau sakit itulah makanan kegemaranku. Selagi tak dapat bubur nasi tu tu selagi itulah sakitku tak kebah.

“Ok petang nanti aku datang. Deman pun mengada-ngada nak itu ini” Hardi membebel.

Petang itu seperti yang dijanjikan Hardi datang dengan membawa semangkuk bubur nasi. “Beli kat mana ni? Lawanya bekas” kata ku sambil memegang bekas bubur tersebut. “Beli kau kata? Penat aku masak tau sampai tertidur-tidur” bebel Hardi. Mamat ni kalau membebel berilah kat dia. Boleh jadi johan dibuatnya.

“Kau masak sendiri? Mesti tak sedap kan?” usik ku. “Kau tak nak biar aku habiskan” ujarnya selamba. He he sorry kalau aku dah dapat jangan harap kau nak ambil balik!

Aku makan perlahan-lahan. Boleh tahan jugak mamat ni masak. Bolehlah aku tempah masa aku teringin. Aku tersengih lagi.

“Sengih-sengih. Sakit pun mintak macam-macam kau ni. Kau tu nama je sakit, tapi perut kau tetap macam stoking, boleh isi macam-macam”

“Eleh.. nak kata orang..kau dulu demam-demam siap minta KFC lagi. Habis aku pusing satu bandar Kluang ni carikan kau KFC tau tak? Sesekali balas budi aku balik apa salahnya kan?” usik ku sambil menghirup bubur. Tiba-tiba aku tersedak. Hardi pantas menepuk belakang ku sambil menghulurkan air. Tiba-tiba aku sebak. Alangkah indahnya jika Azlan berada di sini!

Kenapa Hardi sebaik ini? Alangkah bagusnya kalau Azlan juga sebaik Hardi. Menjagaku dengan penuh kasih sayang. Ku renung Hardi yang sedang mengupas buah epal kegemaranku. Ku renung mukanya lama. Aku jadi asyik melihatnya. Selama 5 bulan ini aku semakin banyak menghabiskan masa dengannya. Pagi berjogging bersama, petang kadang-kadang aku bermain badminton. Segala-galanya aku lakukan dengannya. Dan ketika aku sakit ini pun dia masih bersama aku.

“Nah” unjuk Hardi sepotong buah epal lantas mematikan lamunan ku. Aku tersengih. Ish! Aku ni asyik-asyik sengih. Letih lah nak kontrol senyum. “Doktor kata aku boleh keluar esok” kataku. “So siapa ek nak jemput aku?”

“Entah, En. Ali ada cakap nak jemput kau. Kau baik-baik dengan En. Ali tu” selamba Hardi berkata. “Eh! Kenapa pulak?” aku sedikit terkejut.

“Tak la, En. Ali tu ada tanyakan kau. So aku rasa dia nak masuk line. Jadi kalau kau rasa kau tak boleh nak bagi dia ruang jangan kau lebih-lebih pulak. Kalau kau rasa kau ok dengan dia, kawan betul-betul. Kau tu terlebih peramah. Orang cepat salah sangka dengan kau. Jangan En. Ali tu syok sendiri sudahlah” sambil membebel Hardi mengunyah epal yang dikupasnya. Aik! Aku dapat sepotong je epal yang lain semua di bedalnya. Aku yang sakit ke, dia yang sakit ni?

“Tak la kau ni Di, pandai-pandai aje kau ni reka-reka cerita. Dah habis ke gossip kat alam fana ni sampai aku pun kau nak gossipkan?” bebelku tak puas hati.

“Eh! Eh! Kau ni, sakit-sakit pun mulut kau laser lagi ye. Lain kali kalau kau sakit biarlah kau tu sakit mulut. Diam sikit” Hardi terus mengunyah epal. Aku dah terliur dah ni.

“Eh! Kau diamlah Di. Bagilah epal tu, melantak sorang-sorang!” kataku sambil mengambil epal yang baru hendak disuakan di mulutnya. Hardi ketawa. “Dah keluar dah ayat favourite dia.. dah baik la tu!” he he he … pandailah kau Di!

KECOH satu kolej kata aku kena ‘food poisoning’. La..bukan la.. aku tersilap makan ubat. Bukannya aku mati lagi. Bilikku tak habis-habis dikunjungi pelajar-pelajar. Ada yang memang berniat nak melawat, ada pulak yang nak tengok-tengok bilik aku yang tak la cantik tapi kemas (sesekali puji diri sendiri). Ada yang datang bawa buah-buahan, itu ok lagi. Tapi ada yang datang bawa coklat, mana aku boleh tahan. Nak je aku bukak dah menikmati coklat kegemaranku. Tapi ingat Ima kau tengah berdiet. Sabar… jangan terburu-buru. Depan student tu, kontrol..kontrol… aku cuba memujuk hati. Habis pipiku yang tembam ni menjadi tempat ciuman pelajar.. perempuan je la..lelaki tak termasuk dalam bab-bab macam ni.

“Cik Ima, belakang ni bilik siapa?” tanya Rina. Aku menjenguk ke tepi tingkap. “Ooo.. bilik En. Hardi kenapa?”

“Mana? Tak nampak pun dia keluar?” Rina bertanya lagi dengan penuh minat. Aik! Budak ni, ada hati nak mengorat kawan aku tu ye? Kau tak tau ke Hardi tu ada yang steady?

“Rina tak baik anak dara mengintai macam tu. Sopan la sikit!” tegur ku. Hik! Hik! Inilah orang kata ketam mengajar anak berjalan lurus. Aku pun kekadang macam tu jugak tapi depan student, baik aku jaga tingkah laku aku. Hari ni seharian aku tak nampak Hardi. Hairan jugak aku dibuatnya. Dah lama aku tak berperang dengan dia ni. Rindu pulak aku dibuatnya.

Tiba-tiba aku teringatkan kata-katanya minggu lepas. En. Ali.. hmm.. memang betul pun tanda-tanda tu ada. Tapi aku ni tak bolehlah. Dia tu macam bos aku je. So the boss is still the boss. Tiba-tiba aku teringatkan peristiwa kotak beracun tempohari. Eee..tak naklah aku, nanti kat off dah dia jadi boss kena dengar cakap dia, kat rumah pun nanti dia jugak jadi boss. Eiii.. seram pulak aku dibuatnya. Lagipun, susah aku nak pupuk perasaan aku kat dia. Ish..mustahil..!

HAMPIR seminggu Hardi bercuti. Balik kampung. Aku rasa macam kehilangan. Aku jadi tidak menentu. Aku kehilangan teman untuk bertekak, bergaduh dan mengadu masalah. Telefon aku pun tidak. Apa jauh sangat ke kampung kau tu Hardi? Sampai telefon pun tak ada line! Marahku sendirian. Besut, Terengganu. Memanglah jauh. Hm.. bosannya! Aku termenung sambil bersandar di kerusi.

“Ai.. tak ada mood ke Ima? Kawan kau hilang terus kau pun hilang jugak la!” sergah kak Ani. “Tak adalah..” jawabku malas.

“Tu la, kau dah rapat sangat dengan mamat tu. Akak tengok dia pun caring semacam je dengan kau. Kalau rasa-rasa ada hati tu, kau tackle je dia. Habis cerita. Hari-hari kau boleh bertekak dengan dia. Tak ada lah hilang mood macam ni sekali”, kata kak Ani.

“Apa ni kak Ani, usik-usik orang ni. Bukanlah, boring je Di tak ada. Tak adalah orang nak kena buli. Nak tackle dia pun agak-agaklah. Habis tu Natrah tu nak dicampakkan kat mana? Kat kolam belakang kolej ni?” jelas ku biar terang. “Kak Ani kenapa? Ada hal ke datang off kita ni?”

“Hantar borang cuti? Lamanya cuti dekat seminggu ni ha..? Pergi mana?” aku bertanya sambil menatap borang cuti. “Nak bertunang? Nak kahwin” serkap ku. Setahu aku kak Ani low profile. Tak pernah dengar pulak dia ada boyfriend ke. Aku garu kepala sekejap. Ku pandang kak Ani. Aku nak sain borang ni pun mesti aku tau sebabnya. Kalau tidak mahu bising En. Ali. Kelas kak Ani aku nak susun biar ada penggantinya. Kalau tak ada maknanya akulah yang kena ganti.

Ku pandang lagi muka kak Ani. Kak Ani ku lihat tersenyum. Kemudian dia mengangguk.

“Apa?” tanyaku. “Akak nak bertunang” kak Ani menjawap sambil tertunduk. Ha?! Biar betul kak Ani ni. Aku garu kepala sekali lagi. Ku belek-belek borang cuti. Perlahan ku sain. “Serius ke kak Ani nak bertunang? Dapat orang mana?” soalku lagi. Tak puas hati dengan penjelasan kak Ani sebentar tadi.

“Dapat orang jauh.. tapi tak la jauh sangat. Ala..cakap pun bukannya Ima tahu. Anyway, terima kasih luluskan. Siapa ganti kelas kak Ani nanti?” tanya kak Ani.

“Nantilah saya susun balik jadual. Kalau tak ada orang saya je masuk kelas nanti. Cuma minta tinggalkan silibus dan nota. Latihan saya boleh cari” kataku bersahaja. “Ok, thanks” kak Ani kelihatan lega. Aku menyorot langkah kak Ani. Aku membelek-belek lagi borang cuti tersebut. En. Ali kena sain borang ni, nantilah dia pun tak ada dalam bilik. Hmm ku perhatikan tarikh pada borang cuti tersebut. Macam ‘familiar’ je tarikh ni. Aku tersenyum. Tarikh yang telah aku pilih dengan Azlan untuk tarikh pertunangan kami. Kalau tiada aral maka aku akan bergelar tunang Azlan dalam tempoh seminggu lagi. Tapi tiada jodoh antara kami. Senyuman aku tiba-tiba mati. Ketika ini aku teringatkan Hardi. “Di.. cepatlah balik, aku nak mengadu nasib ni..!” bisikku sendirian. Lain kali kalau Hardi nak cuti aku tak nak luluskan. Biar dia ada kat sini je bila aku perlukan dia. Nampak sangat aku ni pentingkan diri sendiri. Ish..tak baik kau!

KAK Ani dah bercuti. Hardi pun tak balik lagi. Sepatutnya waktu macam ni dia dah sampai selalunya. Tadi dia ada telefon memberitahu yang di dalam perjalanan. Minta-minta selamat. Aku membelek-belek novel kesayangan aku ni. Mencari tanda terakhir pada novel tersebut.

“Ima! Ima!” jerit Ayu. La.. nak apa pulak minah ni. Terjerit-jerit. “Kenapa?” jengukku lemah. “Mas histeria kat hostel. Cepatlah aku tak tahu nak buat apa. Aku takut ni!” beritahu Ayu. Alamak! Ni yang malas ni! Bab-bab histeria ni yang aku paling tak suka. Alamat sampai pagi aku tak tidur. Selalunya aku memerlukan bantuan Hardi dalam perkara macam ni. Dalam bab-bab ni Hardi bolehlah dikatakan pandai.

Sewaktu melangkah keluar dari pintu, kereta Hardi berhenti betul-betul di belakang rumahku. Pantas aku menuju ke arahnya. Ku buka pintu kereta. “Di, cepat ikut aku. Mas histeria!” aku terkocoh-kocoh menarik tangan Hardi sambil berlari. Hardi dalam keadaan terpinga-pinga menjerit agar Ayu menutup pintu keretanya. Aku heret Hardi sehingga ke asrama perempuan. Dari jauh aku mendengar jeritan-jeritan yang entah apa butirnya. Sampai sahaja di pintu bilik pelajar lelaki sudah ramai berkumpul. Pelajar perempuan semua sudah berkumpul di luar.

Aku masih termengah-mengah lagi. Hardi menarik-narik tanganku. Aku pun pelik kenapa. Sekejap la..aku penat ni. Aku pandang muka Hardi. “Oi, Ima kau lepaskanlah tangan aku ni. Semua budak tengok kita” bisik Hardi. Ops! Aku lupa! Maaf. Ku lepaskan tanganku serta-merta. Aku tiba-tiba merasa malu. Ah! Persetankan dulu perasaanku. Sekarang ni setan kat dalam tu aku nak uruskan.

Aku pergi ke salah seorang pelajar perempuan yang kelihatan agak ketakutan. Aku tanya kenapa. Aku diberitahu Mas mengaruk di dalam. Melolong macam serigala bila nampak bulan mengambang. Ish.. Mas ni memang selalu macam ni. Aku termenung. Kawan-kawan sebilik cuba menangkap Mas yang berlari dan melolong-lolong. Tapi semuanya habis di tendang. Tenaganya terlalu kuat.

Hardi mengarahkan pelajar lelaki yang ada untuk menangkap Mas. En. Ali pun ada di belakang aku. Aku turut serta. Tapi aku sendiri seram bila melihat keadaan Mas. Macam serigala jadian.

Akhirnya Mas dapat juga ditangkap. Tapi dia terus meronta-ronta. Entah macam mana agaknya. Kemeja yang dipakai terbuka butangnya. Mas berlari dengan hanya memakai pakaian dalam. Aku menjerit tapi sempat berlari membawa selimut. Ku campakkan selimut dan budak-budak lelaki tadi dengan pantas memegang Mas. Hardi mengarahkan Mas di bawa ke dalam surau di bawah. Bimbang jika ditinggalkan dia akan menjangkiti rakan sebilik. Yang paling aku takut kalau dia terjun dari tingkat tiga ke bawah. Tak ke naya dibuatnya. Aku faham Hardi penat.

Kami beramai-ramai membawa Mas ke surau. Pintu surau ku kunci. Ku bawa sekali bajunya. Aku tahu benda pertama yang akan dicarinya ialah baju apabila dia sedar nanti.

Aku duduk di tangga surau. Pelajar perempuan telah ku arahkan membaca Yassin di asrama. Aku hanya di temani oleh Hardi. Kesian pulak aku tengok Hardi. Mukanya nampak letih. Perjalanan jauh tentu memenatkan. Entah kenapa kali ini aku tak banyak bercakap. Aku lebih suka mendiamkan diri dari membuka mulut. Hairan aku. Bila tak jumpa rindu nak bergaduh tapi bila dah jumpa diam seribu bahasa. Hardi pun diam. Aku tunduk memandang lantai.

Ku pandang jam tanganku sekilas. Jam 1 pagi. Padanlah aku mengantuk semacam. Sejuk pulak malam ni. Aku tunduk sambil memeluk tubuh. Ku rapatkan dadaku ke paha. Dan aku cuba melelapkan mata.

Tiba-tiba aku terasa badanku diselimuti satu kain yang agak suam rasanya. Memang selesa. Aku terbangun. Aku lihat Hardi sedang menyelimutkan aku dengan baju sejuk yang dipakainya. Kebetulan dia memang suka memakai baju berlapis-lapis ketika memandu jauh. Aku renung wajahnya. Aku tidur kembali. Sorrylah Hardi, aku mengantuk. Perlahan Hardi mengusap-usap kepalaku. Hmm … aku terasa seperti aku disayangi. Terima kasih Hardi.

PAGI
itu, Mas sedar seperti sedia kala. Dia aku arahkan balik ke kampung untuk berehat dalam masa 2 hari. Dia pun tak sihat. Kalau tinggal di sini aku tak yakin. Sebab Mas bukannya boleh ditinggal keseorangan. Silap-silap jadi balik macam malam tadi.
Sakit-sakit badanku akibat tidur di luar surau malam tadi. Hardi ku lihat tenang saja. Tapi aku berani confirm. Tengah hari nanti mesti dia flat! KO! Kalau aku jadi dia tak payah tunggu tengah hari, pagi ni pun aku dah tumbang.

Tepat seperti tekaanku. Hardi tengah hari dah tergolek di biliknya. Hik! Hik! Confirm dia tak boleh bangun punya. Terasa kesal pula melibatkan dia malam tadi. Aku tak sangka En. Ali pun ada. Kalau aku tau tak adalah aku heret Hardi bersama-sama. Kan sekarang ni dia dah terlentang kepenatan.

Petang tu baru Hardi keluar menunjukkan muka. Sempat lagi dia bermain bola. Aku tak berminat untuk bersukan hari ini. Aku hanya berjogging. Balik dari berjogging aku terserempak dengan dia. Aku diam, dia pun diam. Aku terus masuk ke dalam rumah. Entah kenapa aku tak boleh nak berbual dengan dia. Aku jadi segan. Lebih-lebih lagi kalau aku ingatkan peristiwa malam tadi. Aku hanya termenung di atas katil. Radio ku buka perlahan. Kenapa dengan aku ni? Ku selak langsir. Ku jenguk dan memerhatikan biliknya. Sunyi. Dia pun tak nampak. Kau gila ke Ima? Arghhhhh!!! Ku tutup muka ku dengan bantal.

“Ima kau kenapa?” Ayu menjengukkan muka. Aku angkat bantal dan memandang ke arah Ayu yang berjerawat tu. “Kau diamlah Ayu!” jerit ku!

MALAM di tepi tasik Mardi memang indah. Lampu berwarna-warni semakin menyerlahkan lagi keindahan tasik ini. Jamuan akhir pelajar-pelajar berjalan dengan lancar. Masing-masing sibuk menjamu selera. Aku menjenguk-jenguk ke arah Hardi. Hampir sebulan kami tidak bertegur sapa. Aku pun tak tahu kenapa. Nak kata kami bergaduh, tidak juga. Semuanya berlaku kerana malam itu. Kami berdua yang terkenal dengan panggilan belangkas kini seperti berperang dingin. Aku rela mengelakkan diri dari bertembung dengannya. Aku malu.

Ramai juga yang mempersoalkan perkara ini. Aku hanya mengangkat bahu. En. Ali pulak sudah mula menghantar makanan ke rumahku. Kadang-kadang mee goreng, lontong dan juga soto kegemaranku. Aku jadi takut. Kalau betullah En. Ali sukakan aku macam mana? Aku nak bagi jawapan yang macam mana? Ya atau tidak? Tapi En. Ali pandai berselindung. Selalu dia belikan makanan untuk kami bertiga. Dia tak tujukan khas untuk aku seorang sahaja. Cover line la tu….!

Aku mengeluh perlahan. Aku lihat Rina mula mendekati Hardi. Tiba-tiba aku rasa tidak senang. Perlahan aku bangun dan menuju ke meja Hardi. Aku lihat Rina duduk di sebelahnya. Hmm.. tak boleh jadi ni! Perlahan aku duduk di sebelah Hardi walaupun tidak dipelawa. Ternyata kedatanganku mengundang perhatian Hardi dan Rina.

“Er…” itulah perkataan pertama yang aku keluarkan.

“Kenapa Ima?” tanya Hardi kehairanan. Apa aku nak jawap ni? Aku garu-garu kepala. “Er.. En. Ali panggil!” terus ku bangun. Mampus aku! Apa aku buat pun aku tak tahu. Aku berjalan sehingga tiba di tebing tasik. Ku tarik nafas sedalam mungkin. Aku semakin tak mengerti. Hembusan apakah yang mengusik hatiku. Aku renung sedalamnya. Agaknya aku sunyi. Tak ada apa nak buat sehingga aku berasa cemburu bila ada orang cuba mengambil perhatian Hardi. Tapi kenapa pula aku jadi macam ni?

“Ima, tak ada pun En. Ali panggil saya. Awak ni biar betul Ima” terperanjat aku bila mendengar suara Hardi disebelahku. Sejak bila pulak dia ni pandai ber’saya’ dan ber’awak’ ni. Selalunya kau aku je. Ni aku dah masuk version Hardi yang keberapa pulak ni?

“Tak lah, tadi dia panggil awak” kataku. Chelamak! Aku pun dah pandai berawak pulak. Pergh! Tetiba aku kagum dengan diri aku sendiri. Sopannya aku di kala ini.

“Ima.. aku rindulah!” suara Hardi ku dengar gemersik. Aku pandang dia. Katalah kau rindukan aku. Tak cukup tapak tangan, air tasik ni ku hulurkan. “Aku pun sama Di” balasku.

“Er.. aku rindukan Natrah!”. Erk! Nasib baik aku tak terlepas cakap. “Aku pun rindukan Lan. Walaupun dia dah tak ada tapi aku masih sayangkan dia” chewah! Aku pun tak mahu kalah. Siap ada skirp tambahan lagi. Sah aku ni dah tersasar dari landasan yang sepatutnya.

“Angin sampaikan salam rindu buat Natrah” Hardi berbisik sambil menutup mata. Ala-ala Shah Rukh Khan dalam Mohabbatein gitu!. Aku pun mana boleh, kalau dia buat aku pun kena buat jugak. “Angin sampaikan salam rindu ku buat …..” aku tidak dapat menghabiskan ayat tersebut. Aku takut .. aku terasa kasih ku mula beralih arah!

SEMAKIN hari aku jadi semakin tak tenteram. Berat badan ku pun mulai turun mendadak. Aku susah hati. Aku tau aku dah tersalah menjerat perasaan. Yang menunjukkan minat hanyalah En. Ali. Tapi Hardi sedikit pun tidak menunjukkan sebarang tanda yang dia juga menyimpan hasrat yang sama sepertiku. Kenapalah aku asyik jatuh ’sayang’ pada orang yang salah.

Ku capai handphone ku. Ku bagi message pada Hardi.

Di, aku rindu la kat kau!

Aku tersenyum. Diam dan berdebar menanti balasan. Trit.. trit.. ha..! dah dapat dah. Aku buka message yang baru ku terima.

Oi, minah kalau nak gaduh mai la sini!

Amboi! Sedapnya ayat! Ku balas.

Blah lah kau! Aku benci la kat kau. Baik kau diam sebelum aku pergi bom rumah kau!

Hik! Hik! Padan muka kau. Kau nak tengok aku mengganas bolehlah. Nampak sangatlah Hardi sedikit pun tak menyimpan perasaan pada aku. Aku mengeluh panjang. Nampaknya terpaksalah aku terima En. Ali sahaja. Dah dia je yang beriya-iya. Sampai bila aku nak tunggu Hardi. Entah sayang entahkan tidak. Ala.. En. Ali pun baik jugak. Lagipun boss ape. Yang penting pilihlah orang menyayangi kita dari orang yang kita sayangi. Syahdu rasa bila ku ungkapkan kata pujangga tersebut. Tapi aku ni bukanlah terdesak sangat nak berpakwe ni. Berlaki jauh sekali. Tapi time ni la aku nak cari. Aku dah 25. dah cukup la tu had umur aku mencari. Aku garu-garu kepala.

Hm.. En. Ali, Hardi, En. Ali, Hardi, En. Ali, Hardi, En Ali.. ahhhhhh!!!!!!! Macam ni sampai besok pun aku tak tidur!

BESOKNYA aku dah mula memulakan tabiat lamaku. Aku dah mula berperang dengan Hardi. Ada saja gurauan kami. Aku rasa aku nekad memilih En. Ali. Bolehlah, dia pun baik, handsome lagi. Naik Wira. Lagipun, mak aku pun dah kenal dia. Aku pun dah kenal family dia. Aku dah mula keluar makan tengah hari dengan En. Ali. Tapi tak la berdua. Malulah. Aku ajak Ayu dan kak Ani sekali menemani aku.

Satu hari Hardi datang mendekati ku. “Ima.. jap la berhenti la menaip tu. Aku nak cakap ni!”

Aku berhenti. Lantas memandangnya. Apa hal mamat ni serius giler ni? “Kau serius ke dengan En. Ali Ima?” tiba-tiba soalan itu yang ditanyanya. Aku ketawa. Aku ingat hal ape yang penting sangat. Rupanya fasal tu.

“Kalau ya kenapa?” tanya ku kembali. “Betul ke?” Eh! Eh! Mamat ni main-main pulak dia. “Betul la. Dah tu kau nak macam mana lagi?”

“Tak adalah. Aku nak kan kepastian je. Kalau betul baguslah. Hmm.. la kau sibuk kan. Aku balik dulu la. Aku ada kelas la” Hardi terus bangun dengan keadaan yang blur. Apa kena mamat ni. Lain benar gelagatnya. Lantaklah. Aku tengah banyak kerja. Tak kuasa aku nak layan.

Hari ni En. Ali dapat bunga. Bunga ros putih lagi. He he he dari siapa lagi kalau bukan aku. Saja je..taktik mengorat. Aku baca dalam majalah. Pergh! Rasa macam nak pecah ketawa ku bila aku tengok muka En. Ali macam orang hilang akal. Mesti dia tertanya-tanya siapa gerangan yang beri bunga tu kat dia. Semua sekali 12 kuntum.

Selepas tu aku tengok En. Ali menghulurkan sekuntum bunga kepada setiap staff. Dengan aku-aku sekali dapat sekuntum bunga. Aik! Aku bagi dia, dia bagi aku balik? Aku bagi 12 kuntum aku dapat sekuntum je? Aku garu kepala. Berkesan ke beri bunga pada orang lelaki ni? Tapi tak apa sekurang-kurangnya aku dah cuba. Esok aku cuba taktik lain pulak. Taktik ajak keluar makan, berjalan-jalan, tengok wayang dah berjaya. Tapi semua keluar beramai-ramai. Yang penting aku yang ajak. Esok aku nak buat taktik apa pulak ye? Ah.. nantilah fikir.

HARI ni entah kenapa dengan kak Ani ni. Bad mood je. Bendera naik agaknya. Semacam je angin kus kus dia. Semenjak bertunang ni dia semakin jarang bercakap. Hari ni dengan semua orang dia tak bercakap. Aku dah naik risau. Gaduh dengan tunang dia ke? Ku ketuk pintu bilik dia. Senyap. Ku buka pintu bilik dia. La.. tak ada orang rupanya. Mana pulak kak Ani pergi? Jarang kak Ani keluar tanpa memberitahu rakan serumah.

Aku masuk dan memerhati keadaan sekeliling. Aku nampak gambar bertunang kak Ani. Cantiknya kak Ani! Eh! Eh! Aku macam kenal perempuan yang menyarung cincin ke jari manis kak Ani. Macam… aaaaaa!!!! Tidak!! Aku palingkan album tu. Gambar kak Ani dengan…. tidak!!!! Ini semua mimpi! Mimpi semata!! Aku letakkan album gambar itu kembali ke tempat asalnya. Pantas aku keluar. Pintu ku tutup. Dari jauh aku jerit.

“Hardi…!!! Hardi…!!” aku betul-betul marah. Aku rasa tercabar. Aku malu! Setan betul. Sekonyong-konyong Hardi keluar dengan mata kelat. Baru bangun tidur la tu. Dia datang mendekati ku. Apa lagi tangan ku macam ketam mencubit dia. Terjerit-jerit Hardi dibuatnya. Aku memang tak puas hati. Sampai hati kau buat aku macam ni Hardi. Apa salah aku. Kau memang setan!!!

KAU ni kenapa Ima tetiba naik angin” kata Hardi sambil menggosok-gosok tanda kemerah-merahan tanda dicubit oleh ku.

“Kak Ani…” kata ku berbisik. “Kenapa dengan kak Ani?” tanya Hardi.

“Kenapa kau tak bagi tau, kak Ani bertunang dengan En. Ali?” tanyaku sebak.

“Ha!! Kau biar betul. En. Ali tak bagi tau pun yang dia dah bertunang. Kau jangan serkap jarang je Ima. Entah betul ke entah tidak kau ni. Tak baik buat fitnah” marah Hardi bila mendengar kata-kata ku.

“Betul lah! Aku nampak gambar diaorang. Gambar kak Ani bertunang. Aku kenal mak En. Ali tau tak. Sampai hati kau tipu aku. Kau suruh aku serius dengan dia tapi kau tipu aku. Kau tak bagi tau pun aku. Aku malu!!!!!!!” jerit ku perlahan. Hardi menghulurkan tisu. Aku sebak. Aku kesat air mataku. Itu ajelah yang Hardi tau. Bagi tisu, bagi tisu. Bagilah aku biskut ke, coklat ke best la sikit. Ini tidak balik balik tisu!

Sebenarnya aku malu. Padanlah bila aku ajak keluar, En. Ali kata, ajak la ramai-ramai. Seganlah keluar berdua. Waaaa!! Kalau dia tau segan aku pun tahu segan jugak! Aku tak tau nak letak mana muka aku ni. Padanlah kak Ani mengamuk hari ni. Mesti dia angin bila En. Ali dapat bunga dari peminat misteri. Manalah aku nak letakkan muka aku ni. Ni semua Hardi punya pasallah! Aku nak kan kau, kau tak nak! Sombong! Mentang-mentanglah dah ada Natrah! Kau juallah mahal. Tak pe lain kali aku pun tak ingin nak beli! Kenapalah aku ni asyik salah pilih aje! Ku kesat air mata ku.

SEMENJAK hari tu aku hanya buat tak tahu sahaja. Seolah tak ada apa-apa yang berlaku. Yang tahu hanya aku, Hardi dan tuan punya kedai bunga. Aku pun tak pernah ajak En. Ali keluar lagi. Pandai kak Ani simpan rahsia. Padanlah masa kak Ani minta cuti hari tu, En. Ali sain je tanpa banyak soal. Kalau tidak cerewet jugak dia nak lepaskan staf cuti lama-lama. Rupanya buah hati En. Ali. Aku pun bodoh jugak. Boleh tak nampak perkara yang berlaku depan mata aku! Ima.. Ima..

Rupanya selama ini, En. Ali hantar makanan pada kak Ani. Aku je yang perasan. Ala..malunya nak mengaku yang aku ni perasan! Aku garu-garu kepala. Aku tak boleh lama macam ni. Aku kena keluar dari dunia ini. Ahhhh!! Jeritku sepenuh hati!

SEMINGGU aku bercuti. Tak pernah aku bercuti selama ini. Biarlah. Aku cuba membendung perasaan malu yang bertapak dihatiku. Perasaan rindu pada Hardi memang tak terucap. Walaupun sebenarnya aku cuba memikat En. Ali tapi hati aku hanya pada Hardi. Azlan telah lama berlalu. Hanya tinggal dalam memori. Tapi Hardi tak mungkin menjadi milikku. Dunia..dunia.. mengapa begini kejam? Seminggu di kampung aku telah ditegur oleh mak. Kenapa aku kurus sangat? Aku diet tak tau ke..fasal aku gemuk la Azlan tinggalkan aku! Ramai betul yang menegur perubahan diri aku. Sekurang-kurangnya aku tak boleh dipanggil budak montel lagi oleh Hardi.

Tiba-tiba telefon rumahku berdering. Adik ku menjerit. Panggilan untukku. Siapa pula? Aku angkat telefon. La.. rupanya Hardi.

“Ima.. lamanya kau cuti. Kau kenapa?” sayup kedengaran suara Hardi.

“Ala..kau cuti lama aku tak pernah bising. Aku baru nak ambil cuti kau dah membebel” balasku bersahaja.

“Baliklah cepat… aku rindu..!!”

Erk!! Ganggang terus ku letak. Gila apa mamat ni tetiba rindu kat aku. Time aku rindu kau buat dek je.. time aku dah frust macam ni pandai pulak kau.

Kring!! Kring!! Aku angkat telefon. “Ima kenapa kau letak?” jerit Hardi. “Kau diamlah Di” jeritku sambil menghempas telefon. Aku takut.. tapi hakikatnya aku suka jugak! Macam mana ni. Natrah??

SESAMPAI
je kaki ku melangkah ke rumah di Kluang, aku tengok Hardi sedang mencangkung menunggu ku. Aku tengok di pintu belakang ku terdapat kertas mahjung putih dan juga pen marker. Apa hal pulak ni?

Tiba-tiba aku nampak Hardi mengangkat kertas mahjung ditangannya. Tertulis ‘Ima, kau marah lagi ke?’. La.. budak ni dah bisu ke. Nak tanya macam tu pun kena tulis jugak ke?

Aku ambil kertas mahjung ku tulis ‘Tak aku bengang je!’. Lalu ku tunjukkan kepada Hardi. Dengan aku pun jadi bisu dibuatnya!

‘Ala..relaks la. Semua kan dah settle’ Eh! Eh! Dia balas lagi.

‘Kau apa tau! Aku yang rasa!’

‘kau jangan la marah.. aku nak bagi tau kau satu perkara’

Perkara apa pulak mamat ni. Kalau tulisan lawa tak apelah jugak, ini macam ayam tak cukup bulu je.

‘Apa dia?’

‘Aku sayang kau.. kau sayangkan aku tak?’

Aku terpana… adakah mataku menipuku? Aku baca berulang-ulang kali. Manalah tahu tulisan yang buruk tu buat aku salah baca. Tapi dah dekat 5 kali aku baca. Sebutannya tetap sama. Tangan ku pantas mencoret.. ‘Abis tu Natrah macam mana?’

Aku tengok Hardi pantas menulis.. ‘Natrah dah lama berlalu. Dia pergi sebelum Azlan pergi dari hidup kau’

Ha..aku macam mimpi aje..! bila Natrah pergi? Padanlah dah lama aku tak tengok Hardi pergi berdating. Aku ingat Natrah sibuk. Maklumlah doktor. Hardi pun tak pernah berkata apa-apa cuma seingat aku dia pernah hilang sehari suntuk. Tak tau ke mana. Selepas itu lama juga dia berdiam diri. Bersedih. Oo.. baru aku dapat cari puncanya. Sikit pun dia tak bagi tahu aku!

‘Kau kenapa? Kau ni sakit ke?’ tulisku kegeraman.

‘Ya.. aku sakit rindu. Kau pergi seminggu aku rasa macam nak gila dibuatnya’ unjuk Hardi.. ‘ha??’ tulisku lagi.

‘Aku dah lama sedar aku sukakan kau tapi aku tak berani nak cakap. Tu sebab aku kena tulis’ jelas dan besar tulisannya kali ini. Aku hanya diam. Hardi seakan tak puas hati. Diangkat lagi kertas mahjung yang tertulis ‘Aku sayang kau.. kau sayangkan aku tak?’ Mukanya kelihatan takut-takut.

Hik! Aku rasa macam aku bermimpi di siang hari. Menggigil-gigil aku tulis jawapannya. Tengok tulisan aku pun macam orang kena renjatan elektrik. Aku angkat kertas mahjong ku tinggi.. kertas yang tertulis ‘Ya’

“Ima .. aku sayang kau!’ pekik Hardi. Aku hanya ketawa. Kenapa la kau ni penakut sangat Hardi? Kan lebih senang kalau kita berterus terang. Tidak la tak fasal-fasal aku pergi mengorat En. Ali tu. Tak la kita jadi macam ni. Sama-sama rindu tapi bila bercakap.. kita lafazkan kerinduan pada orang lain. Apalah kita ni kan Di… Bodohnya kita! kali ini tiada lagi kesangsian.. cuma aku bersyukur aku tidak terlewat lagi.

0Komen:
1. Jangan Menggunakan Simbol '@' Ini Untuk Nama Anda..
2. Jangan Lupa Follow Brozai Di Twitter..Klik Di Sini !
3. Terima Kasih Dengan Komen Anda

Catat Ulasan

 

Copyright © 2009 by Brother Zai - Template by Blog Templste 4 U | Blogspot Tutorial | Sport Page Ranking Tool