Lawak Orang Asli



Orang asli adalah satu kaum dalam Malaysia yang kehidupannya agak terpencil dan tidak terdedah pada sebarang pembangunan seperti di bandar.Tidak dinafikan sekarang ini telah ramai yang telah mendapat pelajaran tinggi dan tidak lagi berpakaian seperti orang-orang asli sebelum pembangunan menyapa kehidupan mereka.Lawak yang bakal dipersembahkan di sini adalah semasa zaman mereka di dalam hutan dan bukan semasa sekarang. So saya harap ianya tidak akan menyinggung perasaan masyarakat asli sekiranya mereka terbaca akan lawak ini.

Lawak 1

Seorang askar pernah bercerita semasa beliau berada di dalam hutan meronda beliau telah terserempak dengan seorang orang asli sedang memancing ikan.(Sebelum itu biarlah saya menerangkan bahawa orang asli adalh satu kaum yang amat betul bendul dan mereka takkan bercakap bohong)

Maka askar tersebut kononnya cuba nak bermesralah dengan orang asli tersebut lalu beliau pun bertanya dengan penuh mesra " Banyak dapat ikan??"Maka bertolehlah orang asli itu dalam keadaan terperanjat sambil menjawab " Mane shaye tauuu tanyalah ikan....shaye bukan ikan........!!!"

Lawak 2

Ada sekali tu ketua kampung orang asli tu telah dihadiahkan jam dinding oleh pihak tentera kerana menolong mereka dalam operasi. Alangkah bangganya ketua orang asli tersebut bila jam tersebut di gantungkan di depan pintu rumahnya dan orang kampung sering datang melihat jam tersebut seolah -olah barang hiasan kerana mereka pada masa tu tak tahu bagaimana menggunakan jam untuk melihat waktu.

Suatu hari anak ketua kampung tersebut memberitahunya yang jarum jam tu telah berhenti bergerak.Masa tu punyalah ramai anak buah dia kat halaman rumah sedang melihat jam tersebut.Maka ketua kampung tu pun konon nak tunjuk terrorlah lalu dia pun menurunkan jam tersebut dari tempat penggantungan dan membelek-belek jam tersebut depan belakang.Beliau ternampak tempat bateri jam tersebut dan telah dengan tidak sengaja terkuis bateri itu terkeluar dari tempatnya.Entah macam mana ada pulak bangkai seekor lipas dicelah-celah tempat bateri tu...beliau pun dengan bangganya memberitahu kepada anak-anak buahnya " OOOO... patutlah tak jalan drebarnya mati tershepittttt....!!"

Lawak 3

Memandangkan masa dulu orang asli ni tinggal di dalam hutan tebal maka banyaklah benda yang mereka tak pernah lihat.Mari kita dengar apa kata segelintir orang-orang asli ini apabila ditanya oleh tentera tentang beberapa benda yang tak pernah dilihat oleh mereka :

Askar : Kepala keretapi makan?

Orang asli : Makan jugak shikit-shikit
kalau taruk garam.....
........................................

Askar : Kapal terbang makan?

Orang asli : EEEiii shedap tu kalau di
buat gulai.....

........................................

Askar : Helikopter makan??

Orang asli : (Oleh kerana dia orang ni
hanya biasa tengok helikoptr
maka berikutlah jawapannya)
Issh!!.. helikopter mana
boleh makan..itukan beshi.!!



Lawak 4

Pada suatu hari ada seorang asli pergi keBalai Polis untuk membuat aduan tentang kematian kawannya.
Orang Asli:Datuk...saya datang ni nak buat report tentang kematian kawan saya,dia dibaham oleh harimau.
Polis: Pukul berapa?
Orang Asli:Tak pukul tok,harimau tu terkam jer.
Polis: Habis tu?
Orang Asli: Habis tak habislah tinggal tulang je.
0Komen:
1. Jangan Menggunakan Simbol '@' Ini Untuk Nama Anda..
2. Jangan Lupa Follow Brozai Di Twitter..Klik Di Sini !
3. Terima Kasih Dengan Komen Anda

Catat Ulasan

 

Copyright © 2009 by Brother Zai - Template by Blog Templste 4 U | Blogspot Tutorial | Sport Page Ranking Tool