Nasib Si Kucing



Berang sungguh Pak Melan pada malam itu. Apa tidaknya, apabila dia pulang dari kedai kopi, didapati ada seekor anak kucing di dalam rumahnya. Melihat rupa anak kucing itu saja Pak Melan sudah benci, apatah lagi apabila mendengar ngiauannya yang tidak henti-henti. Menggelegak darah Pak Melan dibuatnya. "Pantang datuk nenek aku bela kucing dalam rumah. Siapa yang bawa balik anak kucing ni ha? Siapa ha?" Pak Melan menjegilkan biji matanya yang merah ke arah Mak Semah.
Mak Semah yang sedang membentangkan tilam untuk anak-anaknya tidur, mengucap berkali-kali. Datam hati, Mak Semah meminta pertolongan kepada allah S.W.T. supaya nafsu amarah Pak Melan cepat-cepat reda. Sudah serik Mak Semah terima penangan Pak Melan yang panas baran itu. Pantang ada salah silap sedikit, cepat saja Pak Melan hendak memukulnya.
Melihat rupa Pak Melan seperti hendak menelannya, dengan tenang Mak Semah men-jelaskan. "Sebenarnya anak kucing tu saya jumpa terjatuh dalam parit petang tadi. Kasihan saya tengok dia kelaparan dan kesejukan. Saya bawalah pulang, sekadar nak panaskan badannya dan beri makan. Besok saya hantarlah ke mana-mana tempat yang ia boleh hidup," kata Mak Semah.
"Wah, baik sangatlah kononnya awak tu. Saya susah payah cari duit nak bagi awak semua makan, senang-senang pula awak nak bagi makanan pada kucing tu. Sudahlah, jangan nak tunjuk baik pula. Keluarkan kucing ni sekarang juga. Kalau tidak awak tahulah apa saya nak buat nanti!" ugut Pak Melan.
Mak Semah hanya mendiamkan diri. Mak Semah tidak berganjak dari tempatnya. Dia sedang menyusukan Ijoi yang kelaparan.
Anak kucing yang Mak Semah pungut terus mengiau-ngiau tidak henti-henti. Pak Melan pula mundar-mandir di dalam rumah. Entah apa yang difikirkannya, Mak Semah tidak tahu. Mak Semah berdoa agar Pak Melan tidak mengapa-ngapakan anak kucing itu.
Pak Melan kemudian ke dapur lalu menyelongkar almari. "Ha, ini pun dia benda yang aku cari," Pak Melan tertawa kecil, sambil me-merhati barang yang dipegangnya.
"Eh, eh, apa yang nak buat dengan perangkap tikus tu?" Tiba-tiba saja Mak Semah sudah muncul di belakang Pak Melan. Pak Melan tidak mempedulikan Mak Semah. Pak Melan segera meng-ambil anak kucing itu lalu dimasukkan ke dalam perangkap tikus.
"Ha... ha, puas hati aku," kata Pak Melan apabila anak kucing itu menggelupur di dalam perangkap tikus itu untuk melepaskan dirinya.
"Jangan awak siksa anak kucing tu. la pun makhluk Allah S.W.T. juga dan berhak untuk hidup di atas dunia ini," rayu Mak Semah. Tapi sedikit pun Pak Melan tidak mempedulikan rayuan Mak Semah. Pak Melan menghidupkan enjin motornya lalu membawa anak kucing yang terkurung itu bersamanya.
Pak Melan yang tidak berhati perut itu membawa anak kucing tersebut jauh-jauh dari rumahnya. Apabila sampai di tempat pembuangan sampah, Pak Melan pun mencampakkan anak kucing. Tanpa menghiraukan ngiauan anak kucing itu, Pak Melan terus pulang ke rumahnya.
"Di mana awak lepaskan anak kucing tu," tegur Mak Semah sebaik sahaja Pak Melan melangkah masuk ke dalam rumah.
"Aku tak lepaskan. Aku biarkan ia terkurung dalam perangkap tu. Lagi cepat kucing tu mati lagi bagus. Menyusahkan hidup aku aje," jawab Pak Melan endah tak endah.
Mak Semah beristighfar beberapa kali. Mak Semah tahu betapa beratnya dosa menganiaya binatang. Bukankah kucing binatang kesayangan Rasulullah s.a.w.? Mak Semah segera teringat kisah seorang wanita tua pada zaman Rasulullah s.a.w. yang mengurung kucingnya hingga mati, lalu
Rasulullah menyatakan bahawa wanita itu akan masuk ke dalam neraka.
Pada malam itu Mak Semah tidak lena tidur. Sekejap mengiring ke kanan, sekejap mengiring ke kiri. Mak Semah berdoa agar Allah memberi pengajaran kepada suaminya. Memang selama ini jiwa Pak Melan tandus dengan kasih sayang.
Mungkin disebabkan ibu bapanya yang bercerai sewaktu Pak Melan masih kecil, menyebabkan Pak Melan tidak mendapat kasih sayang secukupnya.
Mak Semah memandang Pak Melan. Tidur Pak Melan juga tidak lena, sekejap dahinya berkerut, sekejap beralih ke kanan dan ke kiri. Mungkin juga Pak Melan sedang bermimpi, fikir Mak Semah.
Mak Semah menarik selimutnya. Mak Semah membaca Bismillah dan doa tidur. Tetapi baru sahaja Mak Semah hendak melelapkan mata, tiba-tiba terdengar teriakan yang kuat dari mulut Pak Melan.
"Tolong! Tolong! Panas! Panas!", teriak Pak Melan. Mak Semah bingkas bangun. Dia menggoncang tubuh Pak Melan. "Abang, bangun! Bangun! Kenapa ni? Abang mengigau ke?" Mak Semah mengejutkan Pak Melan.
Pak Melan membuka matanya. Dia beristighfar beberapa kali. Peluh mengalir membasahi tubuh-nya.
"Masya Allah, aku bermimpi rupanya. Syukurlah aku belum mati. Tapi aku dah rasa bahang api neraka," ucap Pak Melan sambil mengurut dadanya.
Pak Melan bingkas bangun lalu mencapai anak kunci motornya. Dengan hanya berkain pelekat, Pak Melan keluar dari rumah.
"Awak nak ke mana tu?" tanya Mak Semah dengan resah. "Kucing, kucing," hanya itu jawapan Pak Melan. Pak Melan terus melangkah mehinggalkan Mak Semah yang kehairanan.
0Komen:
1. Jangan Menggunakan Simbol '@' Ini Untuk Nama Anda..
2. Jangan Lupa Follow Brozai Di Twitter..Klik Di Sini !
3. Terima Kasih Dengan Komen Anda

Catat Ulasan

 

Copyright © 2009 by Brother Zai - Template by Blog Templste 4 U | Blogspot Tutorial | Sport Page Ranking Tool