Pedang Kecil



Satu cerita aku pada form 1, di sebuah sekolah menengah untuk mereka-mereka yang keputusan UPSR tak bagus, (dan aku salah seorang darinya..oh..) di sebuah kelas conner lot.

Kelihatan seorang guru sedang membaca buku teks dengan suara yg lantang di hadapan murid-murid yang khusuk mendengar. Guru itu membaca sepatah-sepatah perkataan dan bagaikan mendayu2 suaranya. Aku yg mengambil posisi di belakang sekali mengalami kebosanan. Aku juga diancam mengantuk ditahap maksima dan untuk mengelakkan aku jatuh tidur, aku me'lombong'..

Supian (macam nama sebenar) juga dalam posisi boring giler. Dengan tangan menongkat dagu, matanya memandang pada belakang Fatimah (bukan nama sebenar). Sesekali kelihatan air liurnya meleleh. Aku yang disebelahnya menahan ketawa bila melihat dia terkejut kambing kerana air liurnya jatuh ke permukaan meja.

"Kau nak tengok 'pedang' kecil tak?" bisik aku perlahan ke telinganya.. "mana?" tanya dia, nampaknya seakan berminat.

Lalu aku meletakkan 'pedang kecil' di hujung jarinya. Dia seperti kagum dan mendekatkan 'pedang kecil' itu ke matanya. Dia menilik berkali-kali, sesekali menggetel 'pedang kecil' itu..

'Pedang kecil' itu bersaiz 8 mm panjang dan berdiameter 1mm lebih kurang..

"Pedang…?" dia bertanya sambil berbisik dan matanya di bulat-bulatkan sebesar2nya seraya mendekatkan lagi 'pedang kecil' itu ke matanya..

Tiba2 dia menjerit dengan kuat!!!

INI TAHI HIDUNG!!!!!

Aku terkejut, dia terkejut, Fátimah yang didepannya pun turut terkejut, cikgu lagi terkejut, seluruh kelas pun turut terkejut!

"Supian... kenapa kamu menjerit 'tahi hidung' tadi?" Tanya cikgu.. Cikgu suruh dia cerita..dia cakap takde apa2…

Aku menahan ketawa..sampai meleleh air mata dipipiku..lawak..sungguh lawak… dan si supian ni tak cerita kerana cover malu..ha ha ha!

Supian, kiranya kau terbaca email ini..aku nak mintak maaf sangat2..Aku dah mintak maaf kat engkau dulu..la ni aku nak mintak maaf lagi…

Maafkan aku kawan
Maafkan aku wahai makhluk tuhan

(moral: bila korang gentel tahi hidung, ianya terbentuk seakan2 sebilah pedang)

0Komen:
1. Jangan Menggunakan Simbol '@' Ini Untuk Nama Anda..
2. Jangan Lupa Follow Brozai Di Twitter..Klik Di Sini !
3. Terima Kasih Dengan Komen Anda

Catat Ulasan

 

Copyright © 2009 by Brother Zai - Template by Blog Templste 4 U | Blogspot Tutorial | Sport Page Ranking Tool