Pulangkan Penunggu Sungai



Jusoh terkejut melihat keadaan Mihat.Dia menggelepar seperti ikan kekeringan air.Jusoh menerpa kepada sahabatnya itu.

“tolong aku Jusoh, badan aku panas,” adu mihat.

“kita baliklah” ujar Jusoh memberi cadangan.Mihat cuba bangun, namun dia tidak berdaya.Jusoh meminta bantuan pemancing2 lain utk memapah Mihat ke keretaJusoh memasukkan ikan kerapu yg di pancing mihat ke dalam kotak polistrin yg mereka bawa.Beberapa minit kemudian, Jusoh sudahpun memandu keretanya ke rumah Mihat.

“engkau nak ke klinik ke, boleh aku hantar.Ada klinik 24 jam dekat2 sini,” cadang Jusoh.Mihat hanya mengangguk.Jusoh segera menghalakan keretanya ke Klinik Mesra yg tidak jauh dari kawasan perumahan berhampiran kampung mereka.Doktor bertugas segera mengarahkan Mihat baring di katil.suhu badan Mhat di ambil, begitu juga dengan jenyutan nadi dan jantung.tetapi doktor hanya menggelengkan kepala “awak tak apa2,” kata2 doktor mengejutkan Mihat.

“mana bleh tak ada apa!, badan rasa terbakar tekak rasa begitu kering dan pandangan semakin berpinar, saya nak pitam tuan doktor,” ujar Mihat.

“kamu balik berehat, saya beri pil penenang,” kata doktor itu.

Jusoh menghantar terus Mihat kerumahnya malam itu.Mimi terkejut apabila melihat jusoh memapah suaminya.Mimi maklum, Mihat mengedu dia tidak begitu sihat sebelum dia pergi, tetapi tidak sangka suaminya balik dalam keadaan teruk begitu.Sepanjang mlm Mihat tidak boleh tidur.tekaknya terasa haus sepanjang masa.Mimi juga tidak tidur kerana menjaga suaminya.Tuala basah menyelimuti tubuh Mihat sepanjang malam.Mihat mengadu bdnnya panas.tetapi apabila Mimi meletakkan tanganya ke tubuh Mihat, badan suaminya tidak panas langsung.

“aku panas dalamlah!,” ujar Mihat sambil mengelap muka dengan tuala basah berulang kali.

“Abang makan sajalah ubat yg doktor bagi tu,” cadang Mimi.dua biji pil ditelan, tetapi keadaan Mihat masih samaHingga kesubuh Mihat langsung tidak boleh melelepkan mata.

Jusoh pula, sebak saja smpai ke rumah, dia segera membersihkan tubuh di bilik air.Sauyah hanya tersenyum.Dia seolah-olah menang kerana jangkaanya, bahawa suaminya tidak akan membawa sebarang tangkapan, ternyata benar.Sauyah tidak mahu bertanya banyak.Dia terus menyediakan makanan utk suaminya.Jam menunjukan empat pagi ketika kedua-duanya mahu masuk tidur semula.jusoh terlelap sebaik sahaja meletakan kepala ke bantal.Tetapi tidak Sauyah.Dia susah utk tidur semula kerana terjaga ketika Jusoh masuk ke biliknya sebentar tadiHingga terdengar Azan Subuh berkumandang, Sauyah segera bangun utk menjerang air di dapur pula.

Sauyah terpandang kereta Jusoh yg diletakan di depan rumah.Sauyah terkejut, bonet kereta JUsoh terbuka.”Agaknya dia lupalah hendak menutupnya semula malam tadi!,” Sauyah merungut-rungut meninggalkan sinki yg masih penuh dgn pinggan kotor.Dia hentak menutup semula bonet kereta suaminya.Sauyah menutup bonet kerata tanpa melihat kedalam bonet kereta suaminya.Dia masuk semula ke rumahnya.Bagaimanapun sekali lagi Sauyah terkejut apabila melihat penutup bonet kerata suaminya, terangkat dan terbuka seperti tadi.Rosakkah?, fikir Sauyah.

Agak mustahil kerana kereta itu baru lima bulan di beli oleh suaminya.Tidak mungkin mengalami kerosakkan.Sauyah keluar semula utk memastikan kereta suaminya berada dalam keadaan baik.tidak ada tanda2 kerata itu mengalami kerosakanSauyah hendak menutupnya semula.tiba2 telinganya menangkap bunyi mengelepar di dalam kotak politrin.

“astafirullahalazim, kata tak dapat ikan,” rungut Sauyah sambil mengeluarkan kotak tersebut.Sauyah berjaya mengeluarkan kotak selepas menariknya dgn sekuat hati. tetapi dia gagal membuka kotak polistrin itu, kerana penutupnya terkatup kuat.

“apa yang awak buat tu?,” tiba2 laungan jusoh Mengejutkan Sauyah.Jusoh berjalan ke arah isterinya

“abg kata tak dapat ikan, ni yg tergedik2 kat kotak ni apa?.” ujar Sauyah sambil cuba membuka penutup kotak itu berkali2.

“Ya Allah, lupa pulak abg nak bagitahu! Ikan ni Mihat yang dapat, abg lupa nak bagikan kat mimi!,” ujar Jusoh.

Ohh, kalau macam tu, abg hantar jelah kat rumah mimi,” cadang Sauyah.Jusoh mengangguk.terpanggil hatinya utk melihat rupa ikan kerapu yg di tangkap Mihat semalam.Sangkaanya tentu ikan itu sudah mati, tetapi bunyi menggelepar masih kuat.

Sauyah meninggalkan suaminya. jusoh berjaya membuka kotak tersebut beberapa minit kemudian.Dia terkejut, kotak bukan sahaja dihuni kerapu, tetapi darah menenggelami sebahagian ikan tersebut.Sangka Jusoh, tentu luka mulut iakn terkena mata kail mengalirkandarah.Tetapi tak mungkin sebanyak itu.Seingat Jusoh dia tidak memasukkan air ke dalam kotak.Kering sahaja kotak itu sewaktu dia menurunkanya dari kereta semalam.Jusoh mencurahkan air merah itu ke tepi longkang rumah.Kerapu makin kuat menggelepar.Yamg pelikmya, utk beberapa minit sahaja kelihatan darah bertakung semula di dalamnya.Jusoh membuangnya lagi.Utk memastikan luka si kerapu, jusoh mengangkat ikan tersebut dan mengamati muncungnya.Tidak ada darah yang keluar,kesan luka pun hanya sedikit.Tetapi tangan Jusoh mula dilumuri darah.Jusoh mencari punca luka yg mengalirkan darah dari tubuh kerapu, tiada.Hinggalah matanya terlihat aliran darah dari mata si kerapu.Lebih menggejutkan mata itu berkelip seperti mata manusia.

” Subhanallah!,” kedengaran suara Jusoh penuh dgn rasa terkejut.Cepat2 kerapu di masukan ke dalam kotaknya.”pasti ini bukan ikan biasa,” ujar Jusoh seorang diri.Tanpa memberitahu isterinya, Jusoh terus mengambil kuncikereta didalam rumah.Dia bergegas menghidupkan enjin, kotak polistrin dimasukkan semula ke dalam bonet.Jusoh bergegas pergi tanpa memberitahu Sauyah.

Kuala sungai elok sangat tenangnya ketika Jusoh sampai.Kabus pagi masih ada di permukaan,air sudah pasang penuh.Pokok2 bakau dan nipah tenggelam separu batang dan kini di panjat siput belitung pula.Jusoh memberhentikan keretanya menghadap ke muka sungai.Dadanya berdebar kencang.harap2 janganlah ada musibah yg menimpanya pula.Cukuplah Mihat saja yg di serang demam panas secara tiba2.Jusoh tergopoh-gapah menurunkan kotak polistrin dari bonet.Dia mengangkat kotak itu hingga betul2 mencecah air pasang.Penutup polistrin di buka.Jusoh melepaskan semula si kerapu ke sungai.Dalam sekelip mata, kerapu menghilang di dalam air separa keruh tanpa meninggalkan sebarang kesan darah.TEtapi kotak polistrin masih merah dgn air mata darah sang kerapu.Jusoh beristigfar berkali2.

Mihat termenung di tepi katil sebaik sahaja mendengar cerita Jusoh.Dia seperti tidak percaya dgn cerita kawanya.tak pecaya pun tidak boleh kerana tiba2 saja dia berasa pulih sepenuhnya.panas badanya sudah hilang.Rimas dan pitamnya melayang entah kamana.Kalau benarlah si kerapu salah seekor penunggu sungai, dia memang tersalah melabuhkan umpanMujur si kerapu tidak mati.

“kalau kerapu itu mati, jgn2 aku pun jalan sekali,: ujar Mihat.

“minta dijauhkan Allah.Bukan kita sengaja nak mengenakan dia.Ingatkan rezeki kita berlauk kerapu hari ini,” ujar Jusoh pula.

“lain kali kita pergi lagi memancing kat situ, banyak kerapu lain kat situ,” kata Mihat.

“aku tak mahu,”ujar Jusoh tegas.Mihat tersengih, jauh di sudut hatinya, dia juga berperasaan yg sama.Kalau orang lain nak memencing di sana, biarlah.Dia tidak mungkin ke sana lagi.

Sekian……..

0Komen:
1. Jangan Menggunakan Simbol '@' Ini Untuk Nama Anda..
2. Jangan Lupa Follow Brozai Di Twitter..Klik Di Sini !
3. Terima Kasih Dengan Komen Anda

Catat Ulasan

 

Copyright © 2009 by Brother Zai - Template by Blog Templste 4 U | Blogspot Tutorial | Sport Page Ranking Tool