Sampul Pink



Sampul pink (Secret admire)

Atikah merenung sampul pink yang bersih tanpa secalit tulisan dipermukaannya yang baru diterima dari Syafini. Ditenungnya lama seakan dapat cuba men’scan’ isi kandungan sampul pink.. semakin ditenung semakin pening kepalanya, tambahan pula pening ketika menjawab soalan cepumas dari Profesor Nazri tak hilang lagi.. Adoi sapa pulak yang lebih jiwang dari aku nie. Sampul pink diselitkan di dalam fail ungu. Alamak dah lambat.Jam ditangan berdeting, mengingatkannya meeting dengan group projek.
” lama nya kau..”

” Sorry la ada kawan panggil tadi.” mengambil tempat disisi Ainul.Fail ungu diletakkan dikerusi kosong disebelah.

Indahnya kenangan di Universiti -Teman sekepala.

“….Menyampah…. gila apa.. Si Helmi nie” telefon bimbitnya berjenama nokia 3315 itu dicampakkan ke katil, nyaris terjatuh cepat-cepat disambarnya.Takut ooo kalau Nokia kesayangannya itu terlebih dahulu mencium lantai. Itulah satu-satu barang yang paling mahal yang pernah dibelinya menggunakan duit poketnya sendiri selain buku-buku ilmiah yang harganya tak sampai RM50.00… actually buku-buku ilmiahnya, ada yang harganya mencecah RM 100.00 maupun lebih tapi disebabkan rajin ke kedai Photostat maka dapat murah lah kan… kalau nak dibandingkan buku yang difotostat dengan buku yang dibeli ‘ori’ dari kedai, tak jauh beza kualitinya. Buku Orginal,nama pun original,pasti dalamnya original,’colurful’ tak macam yang difotostat satu kaler jer..ah tapi semua tu tak penting buat aku, yang penting isinya…’Yes’ isinya asal faham ,best dan tak rugi.

Saat nie Atikah sedang bertenggek di kerusi meja studynya, sambil membelek buku yang baru diambil dari kedai Photostat Lily.

” Iqa ….”bergema suara Hana.

hah dah siap minah nie,ngomel Atikah.Sambil tangan ligat menyusun buku dan kertas yang bertaburan di meja study yang tak pernah ‘clear’.

” Iqa…” kali nie bergema satu blok. Gabungan suara-suara harmoni milik teman-temannya.

” sekejap..” wallet yang disimpan ditempat rahsia dikeluarkan,dicapainya kunci bilik dan handset yang tersadai di dada katil.Buat kali terakhir Atikah melihat dirinya dicermin.

” Iqa..” kali nie lebih kuat, dari suara harmoni yang 3 orang itu kini telah berganda harmoni. Nampaknya dah cukup ‘kroni’.

” Ya ..ya aku datanglah nie…”…pintu bilik dikunci cermat.Pantas kasut bata disarungnya ke kaki.Dia pantas menuruni anak tangga.

” Okey ..jom..” sebaik sahaja lima anak tangga terakhir diterjunnya sekaligus, bila lah aku nak jatuh kat sini, Atikah sengih teringat tragedy sorang budak tut..tut (identiti dirahsiakan), jatuh tangga ketika begayut dengan pakwe, tangan ini yang menolong budak tu bangun, tangan nie juga yang tolong dia kutip barang, kita yang risau tengok dia, ish kalau kau orang tengok pun ngeri siap tergolek dan tertiarap, tapi aku kagum dengan dia ni, handphone tak lepas woo macam melekat kat telinga dia pulak..kagum..kagum. Dia pulak boleh beritahu dengan orang kat hujung telefon sana..orang lain jatuh tangga…Dan di kaki tangga setia menanti Hana, Ainul, Wana, Esha, Min dan Lana, teman baik yang kekal dari minggu orientasi sehingga kini. Kira teman sekepala la nie.

Malam itu sekali lagi café yang menjadi tempat favorite, kami kunjungi.

Massage tidak diundang

‘ Hai apa kabar ? dh lama tak nampak kamu.Wah dah makin tembam dan berseri, awk makan bunga yerk..nak join boleh?’

ish sapa pulak nie.. number yang tertera di dada nokia ditenungnya,cuba mengingat, lama dia berfikir sapa si empunya nombor.

” Hana .. kau tau tak nombor sapa nie.?”
Nokia beralih tangan. Hana yang pakar dalam mengingat nombor itu berkerut-kerut dahinya. Ha gaya orang nak teleklah tu. Atikah senyum kelakar melihat lagat temannya. Kiew tiew Sup dihirupnya nikmat.

” Ish …macam penah nampak…tapi kat mana yek..?” Dagu yang berlekuk itu digarunya. ” Sorry aku tak ingat..” nokia kini kembali ketangan tuannya. Hana kembali menghadap mee goreng yang berbaki separuh itu. Ish orang nak makan dia tanya nombor pulak, getus Hana dalam hati. Dahlah hari ini terperuk kat bilik la nie lah baru nak makan..sorry Iqa otak gua ‘blur’ sekarang .

Atikah kembali merenung number yang tertera. Ah tak pelah..salah orang nie. Getusnya perlahan. Sup di pinggan dihirupnya licin. My favorite … kiew tiew sup.

Selepas Solat Mahgrib Iqa bersenang-senangan di atas katil, biasalah ambil mood sebelum start study.

‘Kamu tak kenal saya?’

Ish nombor yang sama …. Sapa nie? Memberontak jiwa mudanya ingin mengenali siapa pemilik nombor . Tak pelah kita check dulu. ‘…Baki anda ialah 20 ringgit dan 47 sen..’ ok thanks akak..cepat-cepat di tamatkan talian,tau tak perlu terburu-buru dan yang lagi best tak perlu bayar pun tapi kalau dah selalu dengar naik hafal pulak.

‘maaf saya tak kenal awk.? Tak keberatan? Sy nak tau sapa awk nie..?Minta maaf sekali lagi memng saya tak cam nombor awk’ ha losap kredit aku. Atikah meletakkan handsetnya cermat di atas meja.

Malam nie tekat dia nak study, esok ada paper. Pantas tangannya mencapai Fail berwarna Ungu, lalu diselaknya setiap helaian yang bertanda mengikut subjek. Pangkalan Data, tertera besar didada kertas berwarna merah. Jemarinya kembali menyelak,tapi kali ini lebih perlahan dari tadi.

…. Buz..buz…vibrate bergetar, kemudian deringan nokia menandakan message masuk berkumandang pendek, lagu Ada apa dengan Cinta Lambat-lambat Atikah mencapai nokianya.

‘ awk tak kenal saya lagi?…betul awk tak kenal saya?’ betullah aku tak kenal kau nie sapa, takkan nak main-main kot.butang arrow kebawah ditekannya. . ’sy Iqbal… Iqbal yang handal tu..’ Atikah tergamam, seakan tak percaya ditekan lagi arrow kebawah dan kemudian keatas, dibacanya sekali lagi. Sekali lagi,sekali lagi, sekali lagi. Berapa banyak kali da, tapi tak percaya punya pasal ditekannya lagi. Oh No.. tak mungkin dia message aku.. apa mimpi ke? Tak pernah-pernah.

Dibiarkan message itu tak berbalas.Jemarinya kembali menyelak nota Pangkalan Data,tapi kali ini selakkannya kosong.

Lagu AADC berkumandang lagi.Pantas tangannya mencapai nokianya,nada AADC tersangkut ditengah jalan ‘ Opening’ tertera di dada nokia.
‘ Sy Iqbal…kamu dah tak kenal sy lagi..sedihnya sy ..kamu tak simpan no sy.’
Alah sayunya nada aku baca message dia nie. Wajar ke tak aku balas? Atikah Tanya diri.. Ah balas jelah..

‘oooo kamu…maaf sy tak simpan no kamu..tapi jangan marah yerk..nanti kena jual..he.he.he’
Send.

Tak lama kemudian lagu AADC kembali berkumandang.
‘Sapa la saya nak marah kamu,tak da hak pun,tak pelah by the way ,I just want to wish you Good Luck’

‘Eh jgan mcm tuu..eh jangan sedih , ok.’ .Send

Lagu AADC berkumandang. Pantas Atikah membuka..Ah Report menandakan message nya sampai,dipadam. Nokia masih dipegang, lama kemudian diletakkan diatas meja kembali. Jemarinya kembali menyelak nota,sesekali nokia dijelingnya..ah senyap seribu bahasa. Dari nota tulis, beralih ke buku rujukan, sesekali telinganya sentiasa peka akan bunyi-bunyian yang ada disekelilingnya. Dari meja tulis, beralih berbaring di katil…. Akhirnya..ah dia takkan membalas. Kesimpulan yang nyata.

Selesai solat Subuh, Atikah ke bilik Hana.Melawat teman seperjuangan.
” Woi…Hana ..” Teman yang sedang berteleku di meja study disergahnya.” Kau nie kalau ngantuk ,buat cara ngantuk…ha tido” sebiji bantal diletakkan di hadapan bukunya.

” Alah aku tak ngantuk la” dicampak kembali bantal ke katil. ” Aku Cuma nak rehatkan mata jer” Cermin mata yang terletak dihidungnya ditanggalkan. Yelah tu rehatkan mata, dah nak tersungkur je aku nampak.

” Hana..Hana kau nak tau satu citer tak..?”

” Ha apa dia..”
Wah minah nie….. bulat mata Syahana menujah wajah Atikah. Atikah senyum.

” Nombor misteri….yang aku dapat kat gerai makan senja semalam …”

” Ha..ha aku tau tu…. Sapa punya nombor?”
” kau teka..?”
” Aku teka…dia.” Syahana senyum,senyum yang Atikah tak tau maksudnya. “Dia kan…” meminta kepastian dari temannya yang masih senyap tak mengangguk dan tak pulak mengeleng yang pasti ada kerutan didahinya.

” Kenapa dia message aku…” Soalan itu diajukan pada Syahana malah pada dirinya.Sejak dia membuat kesimpulan ,soalan itu menjelma.

” Ha itu tandanya….” Syahana senyum.. “tandanya dia ingatkan kau..” kali ini senyum nipis itu berubah kepada sengihan..aduh ikhlas ke minah nie..ke kau ketawakan aku.

” Nonsense …setelah setahun. “dibiarkan ayatnya mati. “okeylah aku nak tidur..” bantal yang sejak tadi ditindihnya,dipeluk erat. Betul-betul musykil

Hati yang Hilang

Apasal aku nie dah tak waras apa..? buku dihadapannya direnung kosong. Diary setia dicapainya lalu diselaknya perlahan-lahan setiap helaian menceritakan perjalanan hidupnya. ‘ Hari nie bosan..memang bosan tak tau nak buat apa hem tunggu lah petang sikit ..mungkin ada aktiviti menarik.’ Diselaknya lagi

‘ Hari nie aku dikenalkan dengan seseorang… pandangan pertama ..em baik orangnya, pendiam..ish apasal aku jumpa orang pendiam je..taknak.taknak.. Esha kata orang tu nak berkenalan..erm aku sambut.. dan Salam Perkenalan juga dari saya ..Atikah buat awak,Helmi..’

Diselaknya lagi… ‘ Pandangan Helmi berlainan… buat aku takut., message pun dah tak macam dulu.. gurau-gurau….tapi kali nie serius…. Hah buat aku takut nak buat lawak ..rasa macam ada yang tak kena..tak pelah si Helmi nie ada masalah kot…, nasihat aku take a good rest dan tenang-tenangkan fikiran…adoi ngantuknya malam nie.. Selamat malam.’

Diselaknya lagi… ‘ Iqa…wake up… wake up Atikah… lupakan dia…Lupakan dia..’ Tulisan yang penuh dua mukasurat itu direnungnya. Dikala itu hatinya mula tersentuh. Diary ditutup. Atikah berbaring, sambil merenung syiling konkrit yang berwarna putih gading itu. Why..? why ..soalan itu dah hampir 3 tahun tak berjawab. Why …kenapa aku jadi macam nie..mana Atikah yang dulu…Atikah yang bersemangat waja.. Atikah yang tak mudah goyah… Atikah yang tak pernah tunduk pada insan yang bernama lelaki.Atikah yang tak pernah ambil pusing pada pandangan orang… Atikah kini Atikah yang lain..sampaikan Atikah sendiri masih tercari-cari dirinya…why..why..kenapa.. jerit Atikah, namun yang dengar jeritannya Cuma saraf-saraf dan sel-sel di dalam tubuh-badannya dan mindanya.Gila kau nak jerit malam-malam nie..kena sampuk apa.tambah-tambah time final exam macam nie.

… mampukah aku melupakannya.. soal Atikah dalam diri.
… kenapa tiba-tiba kau muncul di saat aku cuba mengapai bayang-bayang ku kembali..bayang-bayang yang mengasing jauh dari tuannya… masih segar diingatannya message yang dia terima petang kelmarin.
Adakah kau cuba menguji aku..menguji tahap kesabaranku..menguji kemampuanku untuk melupakan dirimu… Ya Allah..Pantas Atikah bangun, diraub wajahnya. Jam Ungu dimeja dicapainya, tepat jam menunjukkan pukul 12.10 pagi, ah Solat Isyak.. dicapainya bakul barangan mandian lalu dijinjingnya ke toilet, cuci muka dan kemudian berwudhuk.

Setia.

Fail tebal di hadapannya di selak cermat. Pembentangan hampir 2 jam itu memenatkan.Tak ada kata putus..dicampakannya pen yang tak berdosa, ke dinding indah bercat biru.

” Relax ..iqa”, Azhan membongkok mengutip pen yang dicampakkan teman yang seangkatannya. ” Nah ..tenang-tenangkan fikiran..” mug hitam dihidangkan dimeja yang sedikit berserabut. ” Kita minum ..dulu..” lagak macam dalam iklan pulak si Azhan nie.

Atikah senyum.. Azhan teman sepejabat yang boleh dikatakan intim dengannya, pandai ambil hati dan menyenangkan, bak kata orang selesa la. Mana tidaknya, disini hanya dia , Suria,dan Azhan dari perut ‘U’ yang sama. Jadi ‘klik’ la.. almaklum kalau dengan Mokhtar, Sulaiman, Azian, Lim, Sathiya,dan beberapa orang staf lagi kalau berkumpul, suka benar cerita pasal Universiti mereka, Senior la, Super Senoir la..Super-super senior pun ada. Lagi pun dia dan Azhan dari Jabatan yang sama, kebanyakkan kerja bincang bersama, buat bersama.. kira pangkat partner la nie.

” Hai.. sayang” Mokhtar menyapa, Ha mamat nie adalah cerita yang nak dibawanya. Pantang kalau aku dan Azhan berdua berborak, berbincang semeja, mesti dia nak join sama. ” Baru sekarang I dapat tengok you ,Iqa. Hai kalau layan client tu tak baliklah I kat pejabat nie , tak tidur malam lah I malam nie.” Mokhtar kenyit mata.
Atikah sambung menulis, jangan dilayan ‘pakcik’ sorang nie. Azhan dah lama berlalu ke mejanya tak jauh pun , bertentangan dengan meja Atikah.

” Iqa, hujung minggu nie jom kita pergi kenduri Siti nak.”

” Ooo.. Siti kahwin ye hujung minggu nie, patutlah dah beberapa hari tak jumpa dia kat desk receptionist tu, saya nak pegi tapi bukan dengan awak Mokhtar.” Atikah menggiat, sambil membuat memek muka bosan.

” Alah jomlah.. at least dapat gak tempias, untung-untung tahun depan kita pula kawin”

memang dasar buaya ..getus Atikah dalam hati ” Awak nie Mokhtar, awak tu kan tunangan orang..awak tak ingat?”

” eh lupo eden..” Mokhtar sengih, digarunya kepala yang tak gatal. ” Hai kalau I tak betunang dulu kan bagus, memang I sambar U, jejak jer u kat pejabat nie. I kejar U Iqa.”

“..aa.. banyak lah kau punya kejar” Suria mencelah. “Iqa, akak rasa baik kau kahwin dengan si Azhan ni cepat-cepat.. taklah si Mokhtar buaya tembaga darat nie kacau kau lagi.” Petah mulut Suria berbicara. Disaat itu, matanya tertembung dengan mata disebalik cermin mata bujur bulat milik Azhan. Pandangan yang tajam milik Azhan, Atikah kerut dahi..tak mengerti. (Whats up?) isyarat tangan ditujukan pada Azhan. Namun hanya dibalas dengan pandangan yang Atikah tak tahu maksudnya, dan sebaris senyum yang cukup membuat hati wanita lain cair memandangnya.Tapi bukan Iqa. Atikah tunduk. Luka hatinya tak mampu diubati, dirasakan dirinya telalu bodoh menanti buah pada pokok yang sudah pasti tak kan berbuah..apa punya perupamaan da. Tapi adakah hatinya dilukai oleh dia, tidak, dia terlalu baik untuk melukai hatinya dan Atikah pasti hatinya dilukai oleh dirinya sendiri.Tangannya terlalu pendek untuk mengapai sesuatu yang sukar dan mustahil untuk gadis yang sederhana sepertinya gadis kampung, dan kerana kedegilannya itu dia terluka sendiri.. Atikah megeluh.. dan keluhaannya hanya bergema disanubarinya.Siapa lah gadis bertuah tu ye.. gumamnya perlahan. Setahun yang lalu, setelah mendapat berita pertunangan Iqbal,hatinya tak menentu, gembirakan dia atau sebaliknya. Masih terngia-ngia amarah Syahana dimalam itu, ” Iqa..dia dah nak bertunang”

” E..ye.. tahniah..” ikhlas ucapan itu keluar dari bibir mungilnya

” Ha..tahniah? iqa I repeat again, Mohd Iqbal..akan bertunang.. bertunang Iqa..! dan dia nak jumpa kau..” jerit Esha ketelinga Atikah. Geram melihat teman yang tidak berperasaan itu.

” So..” Atikah bertanya malas.

” So..? so Iqa.!” Sebijik bantal dicampak kewajahnya.tangkas Atikah menyambut.
” yelah.. dia dah jumpa dengan jodoh dia..baguslah tu, tapi kenapa nak jumpa aku pulak.. hye macam mana korang contact hah.. aku tak tau pun..” Atikah tarik muka.. ohooo mereka nie penah berhubungan yee.. Atikah ketap bibir.

” ala.. ” Esha dan Syahana berpandangan sesame sendiri.
” dia nak jumpa kau Iqa.. ” Syahana bersuara perlahan.

Atikah pandang kosong ke wajah Syahana. ” Untuk apa?.. nope.. no way..”

” Kau nie..adoi geram pulak aku dengan dia ni Hana.” Esha kepal tangan.

” yang korang nak marah-marah ni buat apa..relax aaa.. orang dah jumpa jodoh kita kena doakan kebahagiannya..betul tak.. lagi pun, aku dah tak ada feel apa-apa dekat dia.. hampir 6 tahun” sambil 6 batang jarinya tegak “..aku ingat dia dah lupakan aku nie…si pengacau..” Atikah menambah, dia tergelak lucu.

“pergi lah iqa..mungkin ada sesuatu yang dia nak sampaikan kat kau” Esha bersuara perlahan, cuba memujuk.

“untuk apa.. lama gila tak jumpa.. tapi bila nak dekat bertunang nak jumpa aku pulak..buat apa??” Atikah bersuara tegas

“he was your first love right?” Syahana duduk tenang di sisinya.

” No ..lah sapa kata.. he was’t my first love okey.. correction.. aku Cuma suka kat dia.. adore dia..tapi bukan cinta pertama, aku memang nak orang macam dia,tapi tak semestinya dia.. lagi pun kita tak tahu apa tu Cinta ..dan kita tak tahu bila kita jatuh Cinta..” Atikah senyum ..dirasakan itu lah jawapan yang paling tepat untuk memperbetulkan kesilapan yang bertahun-tahun tidak diperbaiki.

Syahana geleng kepala.. “Iqa jangan bohong pada diri sendiri Iqa. Kalau tak, kenapa kau tolak semua lelaki yang pernah hadir dalam hidup kau selama ini… kerana apa Iqa.. ini membuktikan yang kau tak boleh lupakan dia.. betul tak? tak boleh singkirkan dia dalam hati kau ?” Syahana puas.

Atikah diam. Dipandangnya wajah Syahana, beralih kepada Esha.. ” Kau orang nie macam tak puas hati jer…?..oo.nak aku merayu ker.. ha ..Iqbal jangan tinggal kan saya.. saya suka kat awak..” perli Atikah.. ” Ah lupakan lah.. itu kan kisah silam.. kita doakan dia bahagia okey.. kau orang pulak doakan aku jumpa seseorang yang sanggup menyahut tepukan aku nie..” Atikah betepuk tangan..Atikah senyum.. ye ke itu jawapannya, kerana dia sendiri tak pasti akan perasaannya disaat menerima berita itu, yang pasti hatinya kosong,kosong-sekosong kosongnya..

Misteri SA

” Assalamualaikum..” Perlahan Atikah memberi salam

” Waalaikumsalam…” suara garau di hujung corong telefon bergema dipeluput telinga Atikah. ” dah lama saya tunggu, hampir 7 tahun,thanks akhirnya awak call saya juga” sambung suara garau di hujung telefon.

Atikah kerut dahi, kehairanan. Mamat nie ingat aku nie member dia kot.
” Maaf saya rasa awak silap orang, saya tak …” ayat Atikah tersangkut.eh dia gelak pulak

” Nur Atikah Binti Sulaiman .. mana mungkin saya silap orang”
” Aaa… jangan gigit jari , nanti kalau putus saya pesan kat Ibu saya wang hantaran potong seribu” sambung nya lagi.

Atikah melepaskan jarinya, dia memandang sekeliling .. eh bengung aku kat rumah sendiri mana ada orang lain.. Esha dah keluar, Hana terperap kat atas.. mana dia tahu aku sedang..

” Eh ..sapa awak nie”

” Tak sangka awak masih simpan sampul tu yer”

Atikah menjeling pada sampul pink ditangannya. Sampul yang secara tak sengaja terjumpa sewaktu sedang selongkar kotak-kotak bukunya yang disimpan di dalam stor. Kalau tak kerana Sue anak Makcik Munah nak kan bukunya tak kuasa dia nak selongkar kotak-kotak yang abuknya tebal seinci.

” Kamu masih nantikan dia..?” suara dicorong telefon bertanya.

Atikah kehairanan” Siapa?

” Dia..” Suara dihujung telefon bersuara yakin

“Dia..?” Atikah bertanya perlahan. Namun cukup jelas untuk didengari sipemanggil.

” Erm ..insan yang pertama meraih hati kamu..insan yang sering kamu bandingkan dengan orang lain yang cuba mendekati kamu..”

tatkala itu Atikah terpana.. ditarik nafasnya dalam-dalam. “Maaf.. siapa awak nie.?” kesabarannya sukar dibendung..perlahan wajahnya diraub,walaupun sejuk malam itu tapi dirasakan panas, bahangnya terasa satu badan terutama diwajahnya.

” Esok saya jemput awak..”

Eh dia nak mengelak pulak ” Awak nie ..soalan saya tak berjawab lagi,nak mengelak lah tu” kata Atikah sinis.

” Eh saya tak mengelak…” suara dihujung telefon sunyi seketika, begitu juga Atikah.Dia setia menanti jawapan dari suara di hujung telefon. ” oKey..siapa saya” Atikah senyum puas akhirnya mengalah juga mamat nie ” Seseorang yang menagih kasih dari insan bernama Nur Atikah Binti Sulaiman..masih adakah ruang untuk saya?”

” Hello brother ..awak jangan main-main..” wajah Atikah merah menahan amarah yang tiba-tiba melonjak,terasa dirinya dipermain-mainkan.

” Esok saya jemput awak..” tenang suara di hujung telefon.

” No ..thanks, esok buah hati saya jemput saya” Atikah mengetap bibir.

” O ye…esok saya jemput awak.. Okey Atikah, Selamat Malam.. dan jangan lupa ada seseorang yang amat menyayangi awak..Assalamualaikum..”

Tuut..tut..tut..talian diputuskan tanpa suara ” Waalaikumsalam..” jawab Atikah perlahan, dia merenung ganggang yang sepi. Adoi menyesalnya. Sampul pink diramas. Aku pun satu yang pegi gatal tangan call tu buat apa, Atikah kutuk diri.tapi herannya macam mana mamat nie dapat agak aku yang call dia..ha confuse siap kasi full name lagi… ” tak pe esok kita tengok siapa mamat gila nie.”

Langsir sliding Door dibukanya luas, bagi pencahayaan ke dalam rumah.
Aik ..macam kenal jer kereta kat depan tu, getus Atikah. Tak kan Mamat nie kot. Cepat- cepat disisipkan langsir pada penyangkuknya. Pantas menyarung batanya.

” Azhan..?” sebaik tiba di pintu pagar rumah. Tanda tanya bermain dikepala Atikah.
” Hai ..Iqa, Assalamualaikum..selamat pagi” wajahnya berseri
” Waalaikumsalam..Apa awak buat kat depan rumah saya nie..” tangannya ditongkatkan pada tingkap kereta yang telah diturunkan.
” Iqa..awak lupa ke. Kita ada meeting pagi ni kan dengan Syarikat CC and Co, dah tu kereta awak kat workshop kan..!” Saat itu cermin mata hitam ditanggalkannya, memperlihatkan wajahnya yang tampan. Jejaka 2 tahun berturut-turut merangkul gelaran ‘prince charming’ di pejabat.
” Oooo…” Atikah pegang dahinya..ish macam mana boleh syak bukan-bukan nie.. ” Sekejap..ye Azhan saya ambil barang jap” Atikah berlari anak masuk ke dalam rumah.

” Ha dah jumpa S.A kau tu.” Hana sengih.
” Azhan lah.”
” Ha ..biar betul… Azhan.yang kacak tu ke.? ..S.A kau ke” Esha menyampuk sambil menatang dulang berisi sarapan mereka ke meja bulat.
” Eh bukan lah..pagi ni kami ada meeting dengan client .. ish aku lupa, nasib baik dia datang” berbanyak terima kasih pada awak Azhan. Nasib baik tak call teksi tadi. Laptop di tutup cermat, kemudian di simpan cermat didalam beg.
” Entah-entah.. Azhan tu S.A kau kot” Hana ligat menyapukan jem ke roti.
” Ah mengarut… ” pantas dipintas, kalau dibiarkan macam-macam andaian mengarut yang akan terungkap. ” Laah air nie panas pulak..ada botol air tak”
” Nak buat apa.?.”Esha menjerit di dapur.
” Nak buat bekal air lah ..apa lagi..” dicapainya roti yang siap bersapu jem dipinggan. ” Aku pegi dulu..”sweater milik Azhan yang dipinjamnya kelmarin dicapainya.
” Eh nanti .Iqa… nah ambil satu bagi kat S.A kau ye” Roti berjem disematkan di jari Atikah.
” Ada-ada lah korang nie..”

Mimpi kah aku

Pintu Hotel Istana ditolaknya cermat. Eh macam kenal.

” Hai Azhan..” Atikah menegur pemuda yang segak berkemeja.
” Hai Iqa, what are surprise?”
” Buat apa kat sini..” Atikah mengambil tempat disofa bertentangan.
” Tunggu kawan..” Azhan senyum lawa, rambutnya disisir dengan jari walaupun tanpa berminyak namun tampak kemas dan rapi.
” Kawan..? ke…” Atikah menduga, keningnya diangkat-angkat,
” O..yelah..saya tengah tunggu bakal tunang saya..”
” Ha kan bagus.. jujur gitu..” eh sapa lah awek si Azhan nie kan, hem mesti ala-ala model gitu. Atikah senyum teringat akan cerita Azhan tentang aweknya yang sesat.. bukan sesat apa,sesat dalam mengenal erti cinta.amboi jiwang habis Azhan,nampak je serius.
“Awak buat apa kat sini..”
” Saya.. ” sambil jari telunjuknya menunding pada dirinya. ” saya nak pegi korek rahsia..” Atikah kenyit mata.

Atikah mengambil tempat jauh dari tempat yang dijanjikan, meja 05 dipandangnya tak lepas. Jam Dipergelangan tangan menunjukkan pukul 8.30 malam, awal setengah jam dari masa yang dijanjikan. Sengaja dia datang awal,nak jadi spy la. Pelawaan sampul pink yang diterimanya petang tadi, dipenuhi jua walaupun hatinya berat. Asalnya tak kuasa nak layan tapi atas desakkan Esha dan Hana dia beranikan diri jua ke Hotel Istana.
Atikah memandang kesekeliling café yang menjadi tumpuan mereka yang rata-rata dari golongan eksekutif dan elit, Simple .. namun mewah dengan hiasan yang bercirikan barat. Cukup selesa.
” Cik Nur Atikah Sulaiman..” suara dari arah sisinya.
Atikah ketap bibir..adoi kantoi..dibetulkan duduknya. ” Ye saya ..” lambat-lambat dia jawab, didongakkan kepalanya kepada empunya suara.
Seorang pelayan yang segak bebaju batik senyum padanya. ” Ada pesanan untuk Cik..”
Sampul pink dihulurkan kepadanya.. ” Terima Kasih” Atikah berbahasa. “Boleh saya tau siapa..” aik dah hilang. Magik. Atikah memandang kesekeliling, mencari wajah pelayan tadi, namun sia-sia, rata-rata semua pelayannya nampak sama jer. Nampaknya dia lebih pantas dari aku.

Sampul pink dibuka cermat, ditarik keluar isi kandunganya

Terima kasih kerana Sudi hadir..”
Dan disaat ini saya tak tahu dah berapa kali saya jatuh cinta dengan awak, Atikah

Yang ikhlas menyayangi mu.,
Azri.

Atikah tekedu, direnungnya nama yang tertera didada kertas,selama ini hanya SA dituliskan. Dirasakan dirinya lemas dalam ruang yang berhawa dingin itu, bingkas Atikah bangun, wajahnya berbahang..pandangannya kelam namun digagahi dirinya untuk melangkah, pandangannya makin kabur akhirnya gelita dan dia hampir terjatuh apabila terlanggar objek lembut dihadapannya namun dalam separuh sedar itu dapat dirasakan dirinya tidak benar-benar tersungkur tapi disambut oleh seseorang,

‘ Saya ada hadiah untuk awak’ Helmi mencari sesuatu dari dalam beg galasnya.’ Saya harap awak terima’ dikeluarkan kotak kecil yang indah berbalut. Lalu dihuruskan pada Atikah. Rezeki jangan ditolak.
Atikah mengambil kotak kecil dari tangan sasa milik Helmi. ‘Bukalah’ pinta Helmi. Atikah senyum, dibukanya perlahan kotak kecil itu, lalu memperlihatkan sebentuk cincin. Cincin yang indah bertakhtakan berlian. Atikah terkedu, direnungnya cincin itu lama. ” Iqa… iqa tak bleh terima Hel…awak?” Atikah kehairanan ,macam mana boleh tukar orang nie. Dia memandang sekeliling..mencari Helmi. ” mana Helmi.?.”Tanya Atikah
” Saya harap Iqa dapat terima pemberian ikhlas dari saya..” pemuda dihadapannya senyum, terpancar ketulusan diwajahnya.
” Maaf Iqa tak boleh terima..” diserahkan kembali Cincin indah itu ke tangan Azri. Atikah cuba mengatur langkah namun pantas lengannya disambar Azri. ” Iqa ..buka lah pintu hati Iqa .. dan saya berjanji yang kebahagian itu milik Iqa untuk selama-lamanya..” Atikah berpaling ingin memandang wajah lelaki kacak itu, namun matanya lebih dahulu menangkap wajah seseorang yang sedang memerhatikan mereka, sambil tersenyum, Iqbal.. dan Iqbal makin menghilang namun senyumnya tidak lekang dibibirnya. Pandangannya beralih pula kepada Azri, namun Azri juga begitu ,semakin menghilang Atikah kaget..dia ingin menyatakan sesuatu namun bibirnya seakan terkunci.. ” Percayalah Iqa ..Han amat menyayangi Iqa” bergemu suara garau itu, sebelum dia benar-benar hilang dari pandangan. ” Azhan ..” akhirnya dia mampu bersuara.

” Iqa..” Hana menyentuh lembut pipi Atikah. Bergegas dia berlari dari biliknya ke bilik Atikah apabila mendengar jeritan temannya itu.
Atikah memisat mata .. lagaknya macam baru bangun tidur.Dia memandang sekeliling, dia kehairanan setahu dia, dia berada di Hotel Istana, macam mana boleh ada kat atas katil nie.Dekat rumah pulak tu.
” Macam mana aku ada kat rumah nie.”
” Iqa .. kau pengsan tadi.” Wajah Hana cemas.
” Aku pengsan kat Hotel Istana ?”
” Em.. nasib baik ada Azhan.. dia yang tolong bawa kau balik.” Esha memberi penjelasan.
” What.. Azhan yang bawa aku balik? ” memohon kepastian.
” Ha.. yelah..dan dia yanag bawa kau masuk ke bilik kau nie..”
” Ha…” Atikah terlopong, ” Dia masuk rumah kita..?” apa punya soalan da.
” Yelah.. dah dia je yang larat angkat kau..” Terang Hana
” What ..dia angkat aku..?” saat itu darah merah naik kemuka.
” Ish apasal kau nie..” Esha pegang dahi Atikah. ” patutlah ..demam..” getusnya
” kau Okey Iqa.. kita orang nak masuk tidur nie..” Hana terkuap
” Erm..aku Okey..” kepalanya diangguk laju.Walaupun pening-pening lalat dikepalanya tak hilang.
” Nie..ubat ..makan sebelum tidur..okey..” dua biji pil diletakkan di dalam pinggan kecil di sisi gelas berisi susu. ” ha nie from Azhan..” sampul pink diletakkan di sisi telefon.
Atikah angguk tanda faham.. ” Esha ..Hana Thanks” jerit Atikah setelah pintu biliknya ditutup.

Ku sambut tanganMU

Azhan lipat sejadah. Disusunnya cermat dirak pakaian.Dia menghadap komputernya kembali, beberapa baris ayat siap ditaip,jari-jemarinya yang ligat itu berhenti. Dia kembali menekan papan kekunci, tapi kali ini tak bermaya rasanya, macam nak tak nak jer keybord ditekan. Adoi letih-letih. Azhan berhenti menaip, dia buat senaman ringan. Setelah merenggangkan sedikit stress di jari-jarinya,dia kembali duduk menghadap komputer, beberapa baris ayat ditaip lagi. Asal tak best jer hati aku nie..bentak Azhan.Dia kembali bangun, tapi bukan nak buat senaman lagi tapi beralih duduk di sofa.Cermin mata ditanggalkannya, diurut-urut biji matanya, letih memandang monitor dari pagi sampai ke malam. Ajakan ibu berkelah di hari minggu nie di tolak lembut. Hatinya tak tenteram, tambahan setelah peristiwa malam jumaat kelmarin di Hotel Istana. Dapat dirasakan bahang suhu dari tubuh gadis Idamannya itu. Azhan peluk tubuh. Masih terngia-ngia igauan gadis idamannya, memanggil nama seseorang yang sukar ditangkap, hatinya gelisah,tertanya-tanya siapakah gerangannya. Adakah gadis Idaman telah ketemu pegganti.? Azhan semakin resah, dipejamkan matanya rapat-rapat.Tapi tak lama apabila telefon dibiliknya menjerit-jerit minta diangkat.

” Assalamualaikum.” Azhan memberi salam
di hujung telefon senyap, Azhan kerut dahi.. “Hello..”
” Waalaikummussalam” akhirnya dihujung telefon bersuara. Disaat itu degupan jantung Azhan seperti ter ‘pause’ apabila suara yang amat dikenali itu bergema digegendang telinganya. Suara yang amat dinanti-nantikan.
” Iqa..!” setelah kekuatan kembali terkumpul.
Di hujung telefon kembali sunyi..namun Azhan pasti desiran nafas yang lembut itu milik Iqa.Dia juga senyap..tak tersusun ayat untuk dituturkan,yang pasti disaat ini dia ingin meloncot gembira.
” Maaf kan saya…saya tak tahu nak..”
Azhan pantas memotong.. “Iqa tak perlu jelaskan apa-apa, Han nak ucapkan terima kasih Iqa, terima kasih kerana memberi peluang kepada Han. InsyaAllah Han akan usaha untuk membahagiakan Iqa, akan berusaha untuk megajarmu akan erti cinta, sayang.” Lembut bicara Azhan.
” Mungkin memberi peluang kepada saya juga…Azhan Iqa nak Tanya..awek Han yang Han katakana sesat tu..?”
Azhan tersengih.. ” Maaf Iqa..memang Han maksudkan kamu..”
” Iqa..Nur Atikah..” Azhan kaget apabila mendengar esakkan di hujung telefon..” Iqa ..iqa nangis..”
Kemudian terdengar gelak halus dihujung telefon. Aik tadi dia nangis,dah tu sekarang ketawa pulak.
” Minta Maaf Han..Saya pun tak tahu..ada masanya gembira pun saya nangis, kalau sedih apatah lagi..saya meraung kot..”
Azhan senyum..kau betul-betul buat aku merana Atikah.
” Iqa …saya kesana..?” tak sabar rasanya ingin ketemu gadis idaman. Dia mahu disisi Atikah disaat ini.
” Eh jangan..!” Atikah terjerit kecil. Hampir jam 1.00 pagi, tak kan nak jumpa waktu terlarang nie.
” kenapa..? ” soal Azhan, dikala ini Azhan tak ubah seperti anak kecil yang ingin kan ganjarannya setelah patuh akan arahan.
” kita jumpa di pejabat esok..” Atikah memujuk.
” Saya jemput awak esok..”
Hampir jam 1.30 pagi ganggam telefon diletakkan. Atikah merenung sampul pink yang diterima kelmarin.

Assalamualaikum..
Maaf kan saya Iqa.. kalau saya menakutkan awak.. tapi saya tak pernah bermain dengan hati ini Iqa. Dah lama saya ingin melamar awak Iqa, di hari Konvokesyen saya nak nyatakan hasrat dihati tapi apabila saya lihat awak bersana seorang lelaki yang saya pasti saya kalah ditangannya, saya berundur,walaupun selama ini saya tak pernah berundur dari apa yang saya perjuangkan. Tapi apabila Zul memberitahu saya yang lelaki itu adalah abang awak, saya melonjak gembira.tapi malangnya sekali lagi saya terlambat, awak dah pulang ke KL. Saya ke KL tapi awak telah berpindah rumah, saya cuba telefon awak,tapi no telefon yang Zul bagi dah tak valid. Saya terlalu rindu pada awak, Iqa. Dan Allah itu Maha Kuasa Iqa…saya diketemukan dengan awak dipejabat, saya tak sangka akan dapat mendampingi awak, walaupun sebagai teman sekerja dan berkerjasama dengan awak.

Saya tak pasti berapa kali saya jatuh Cinta pada awak,Iqa.

Saat, awak kata maaf ketika buku awak jatuh ke atas kepala saya di semester dua di universiti , itulah pertama kalinya saya jatuh Cinta pada awak. Saat awak menenangkan teman awak, saya jatuh Cinta sekali lagi pada awak, iqa. Saat awak berbicara, saya jatuh Cinta sekali lagi pada awak,Iqa. Saat awak menjeling,terutama pada Mokhtar, saya jatuh Cinta sekali lagi pada awak ,Iqa. Dan saya tekat untuk merampas Cinta awak, saat saya mengetahui bahawa awak terlalu setia pada yang tak pasti.
Maafkan saya Iqa, maafkan saya kerana jatuh Cinta pada awak.
Berilah saya peluang untuk merebut cinta mu ,Iqa. Saya nantikan awak.. bukalah hati mu agar dapat ku ubati dengan benih kebahagian dan kesetiaan. I will waiting your call.sekiranya Iqa bersedia untuk menyambut salam saya.

Insan yang amat menyayangi mu
Nor Azhan Azri Bin Azrin.

Lamunan Atikah dikejutkan dengan deringan telefon. Pantas dicapainya ganggang telefon.
” Asslamuaalaikum.Iqa. .”
” waalaikumsalam.. Azhan” Iqa kerut dahi.
” maafkan saya. Cuma nak pastikan..saya tak bermimpikan ..”
Atikah gelak halus..ada –ada jer si Azhan nie ” Tidak..awak tak bermimpi dan begitu juga saya..kita dalam alam relaiti bukan fantasi.. Han. “
Malam itu Atikah tanamkan jauh dilubuk hatinya nan dalam untuk menerima Azhan seadanya, berjanji untuk membuka hatinya untuk Azhan, dan pasrah untuk mengucapkan selamat tinggal pada kenangan yang silam. Dikala itu sampul pink dipeluknya erat. Terima kasih Han. Dan terima kasih Iqbal kerana darimu aku belajar akan erti setia. Atikah senyum menguntum. Dan bunga – bunga di taman itu yang dulunya layu kini kembang mekar dibajai setitik harapan dan seteguk kasih.

TamaT

0Komen:
1. Jangan Menggunakan Simbol '@' Ini Untuk Nama Anda..
2. Jangan Lupa Follow Brozai Di Twitter..Klik Di Sini !
3. Terima Kasih Dengan Komen Anda

Catat Ulasan

 

Copyright © 2009 by Brother Zai - Template by Blog Templste 4 U | Blogspot Tutorial | Sport Page Ranking Tool