Kasihku Temui….



Nigina….. tiba tiba nama pelajar baru itu top, menjadi sebutan bukan sahaja pelajar lelaki tapi pelajar perempuan juga. Kejelitaannya menjadi bualan hangat di SMSJ sebuah sekolah elit di Petaling Jaya. Pelajar lelaki kagum dengan kejelitaan gadis itu masing masing mula menyimpan harapan tinggi untuk memikat gadis itu. Pelajar wanita pula biasalah lebih ramai bebulu dari memuji mana tidaknya saham mereka jatuhlah.

“Rie!..kau tak nak usha ke awek baru tu!” Aduh meluat betul aku bila orang tanya aku tentang awek baru tu. Gila apa? Awek tu cun gila aku ni apalah sangat. Jika hendak dibandingkan aku ni dengan

Nigina tu…Peh! Macam langit dengan bumi.

“Tak usha rugi Rie…dia tu cun gila!” Ad berkata lagi. Dia tak faham, aku ni dahlah rupa tak ada harta lagilah jangan harap, aku cuma ada sekeping hati aje. Hati aku nilah yang buat aku tidak sanggup . Sedarlah diri kita sikitkan. Zaman sekarang bukan zaman dulu dulu lagi. Zaman sekarang zaman internet sendiri mau ingatlah.

“Rie!…kau ni senyap aje dari tadi apasal?” Ad memandang tepat ke wajah aku yang tidak berapa handsome ni. Budak ni aku cepuk jugak kang!.

“Ha tu ha Rie!…panjang umur budak tu!” Aku turut memandang ke arah yang sama dengan Ad. Mak hai!….bisa gugur jantung gue. Jika hendak dibandingkan dengan artis remaja yang tengah top
masa kini yang dikatakan cantik tu. Jauh panggang dari api, kalau jadi artis sudah tentu tidak payah tunggu album atau lakonan keluar dekat tv sudah dipinang VIP dulu. Gila!.

“Ad!…budak berlagak macam tu pun kau nak usha ke?…tak payahlah Ad, buang karan aje!” Tiba tiba mulut aku terlepas kata. Budak Nigina tu memandang ke arah aku dengan Ad. Dia dengar kot apa yang aku cakap. Kantoi…yang mulut aku ni pun celupar sangat. Alah tapi silap budak tu jugak, pada mata aku nampak gaya dia berlagak sikit Lagipun bukan aku nak ngorat dia..lantaklah! maklumlah orang tengah glamour ni kan.

“Hai!” Tiba tiba dia menegur. Aku buat dek jelah. Mungkin dia tegur Ad kot. Fasal Ad handsome jika hendak dibandingkan dengan aku. Lepas tu dia pergi. Akupun tak kisahlah dia nak pergi.

“Rie dia tegur kaulah!..Apasal senyap aje?” Ad memandang aku.
“Kan dia tegur kau?” Aku tanya Ad balik.

“Dia tegur kaulah….Tahniahlah. Kau kira beruntung, setakat yang aku tahu.. Nigina ni tak layan orang sangat lagi lagi lelaki.” Kata Ad ketika itu perhatian aku tertumpu kearah sebuah kereta yang baru masuk kepekarangan sekolah. Mengancam beb kereta dia CRX lagi, tapi selamba aje dia masuk tidak tahu undang undang sekolah apa……. Mak hai!. Aku terkejut beruk.. rupanya kereta tu menjemput Nigina. Nigina telah hilang didalam perut kereta. Kereta tu pun mengaum garang sebelum berlalu pergi. Siol betul! Pemandu kereta tu macam hendak menunjuk nunjuk dekat pelajar.

Berlagaklah konon.

“Ad!…macam tu kau nak suruh aku usha dia…dah hilang akal apa?” Aku memandang Ad. Dan aku terus berlalu pergi.

“Yus..Yusrie, Hoi nantilah dulu!” Panggil Ad namun panggilan itu hilang dibawa angin lalu. Aku sudah melangkah jauh. Aku tak nak jadi bahalol, kalau aku ikut kata Ad tadi usha awek tu!…entah entah mamat yang bawak CRX tu balak dia tak fasal fasal aku kena cepuk tak ke naya aku. Tak nak aku kena cepuk fasal perempuan macam orang tak ada maruah aje!. Buat malu mak bapak.

* * *

Tension betul sejak balik sekolah sampai sekarang aku tak boleh lupa dengan Nigina sampaikan makan nasi tu pun aku ternampak wajah dia dekat dalam pinggan nasi aku. Aku tak pernah lagi dilanda perasaan sebegini apakah aku sudah jatuh cinta. Ah!…tak mungkin kalaupun aku jatuh cinta biarlah dengan gadis lain bukan dia, dia terlalu unggul untuk aku.

“Abang Yus…abang Yus!” Aku tersentak. Adik perempuan ku yang baru berusia 6 tahun sudah tercegat dihadapan aku. Sumpah aku tidak sedar lansung dengan kehadiran dia. Gila jugak penangan Nigina ni.

“Abang Yus!….mama suruh pergi kedai!” Kata adik ku. Sebelum aku tanya sudah terjawabpun soalan yang hendak aku tanya. Macam dia tahu tahu aje.

“Kedai…. beli apa?” Aku boring betullah nak keluar petang petang macam ni cuaca sekarangpun tak menentu petang macam ni pun panasnya semacam aje. Agaknya kalau berjemur tidak sampai dua jam kulit aku yang cerah ni boleh jadi gelap.

“Pergilah tanya mama!” Ucap Ain terus berlalu keluar sambil memeluk bantal busuknya. Hendak tak nak terpaksa aku pergi jugak kalau tidak bising pulak orang tua tu walaupun mama aku tu tak adalah tua sangat. Aku cuma berjalan kaki aje ke 7 eleven yang, tidak jauh dari rumah aku. Sedang aku membuka pintu 7 eleven tiba tiba “Ops! sorry!” Aik!…aku yang langgar dia, dia yang minta maaf kat aku. Hilang akal kebudak ni? Kasihan buku bukunya beterabur diatas simen. Akupun tunduk kononnya nak tolong kutiplah. Ops…..mata bertentang mata tiba tiba terasa dada aku seperti dilanggar LRT. Mak ooi!…camana aku boleh terlanggar dia ni.

“Aik!…apasal muka awak merah…rilekslah. Saya bukan sengaja langgar awak!” Katanya sambil tersenyum . Aku terpukau melihat sinar matanya. Kenapalah aku mesti bertemu dia dalam keadaan macam ni. Aku rasa aku belum bersedia untuk bertemu dengan dia. Aku tahu saat ini hati aku cair, secair coklat dibakar mentari.

“Er!…panas..tu muka aku merah!” Kelam kabut Aku menjawab.Alah Yusrie rilekslah jangan gabra sangat dengan perempuan

Aku rilekslah ni! Jawab suara hati aku.

“Dahlah saya minta maaf…menyusahkan awak tadi!” Nigina senyum lagi. Ah… manisnya senyumannya dalam manis tu ada racunnya dan aku rasa aku dah terkena racunnyalah. Habislah aku!.

“Saya Nigina…”

“Aku tahu!” Potong aku pantas. Ish!…celuparnya mulut aku kang dia berlagak pulak. Belum apa apa sudah tahu nama.

“Oh!..dah tahu baguslah. Nama awak?”

“Er!..Yus Yusrie!”

“Kru ke?” Gurau ke perli.

“Yus ni sombong ya!” Dia senyum lagi.

“Sombong!” Bila pulak aku ni sombong..aku rasa dekat SMSJ tu akulah paling ramah. Dia ni salah orang kot.

“Hem!…saya senyum dekat Yus…Yus buat dek aje!”

Senyum..senyum dekat aku? Bila ha!. Aku cuba mengingati bila pernah dia senyum dekat aku semalam ? Kelmarin ? tahun lepas ke? Gila, dia baru masuk hari ni tahun lepas pulak. Mulalah mengarut minda aku ni.

“Malu aje saya bila saya senyum dekat Yus…Yus tak balas!”

“Er!”

“Panggil Ina aje!” Oh! Dia membahasakan dirnya Ina..hantam ajelah!.

“Boleh tanya tak?”

“Tanyalah apa nak tanya pun!” Dia senyum lagi. Ish!…geram betul aku.

“Ina senyum dekat aku ke?…aku ingat Ina senyum dekat kawan aku!” Ucap aku jujur. Nigina senyum lagi. Ish!…apalah suka sangat dia ni senyum. Buat membakar pesona aku aje!

“Entahlah..tapi masa tu memang saya senyum dekat Yus!”

“Tapi Ina..senyuman kau tu aku rasa beracunlah!” Tiba tiba perkataan tu pulak yang keluar dari mulut aku. Hairan betul. Nigina pulak semakin manis senyumannya. Memang beracun pun. Mulut kau tu celupar sangat tak pandai cover senyuman nilah nanti akan membunuh jiwa kau! Kali ni Nigina tersenyum dalam hati. Dia bukan tidak dengar kata kata Yusrie masa disekolah. Ada dikatanya dia berlagak salah oranglah.

“Okeylah!…esok kita jumpa lagi!” Nigina menghadiah senyuman paling indah buat aku dan kerana senyuman itulah aku dibebel mama sebab tidak membeli barang yang disuruh mama. Macam mana nak beli asyik teringat Nigina dan senyumannya langsung lupa tentang tujuan aku ke kedai.

* * *

Rasanya hari inilah hari yang paling malang dalam hidup aku terpaksa lak bertumbuk kerana perempuan. Malu aje!..buat jatuh maruah aku, tapi aku terpaksa kalau aku tak bertumbukpun maruah aku sudah jatuh bergolek golekpun. Barulah aku tahu selama 23 hari termasuk hari sabtu dan ahad aku bercinta dengan Nigina, aku sedar dia cuma ingin permainkan perasaan aku. Terasa menyesal aje berkawan dengan dia, dulu dia yang beria- ia hendak berkawan dengan aku puas aku tolak pelbagai alasan yang aku bagi dia tak nak terima dan kesudahannya aku yang parah. Ini yang buat aku rasa tak nak bercinta lagi. Patut ke aku tengok Nigina keluar dengan balak lain jalan depan aku dah tu Nigina pun satu dipeluknya balak tu depan aku macam aku ni halimunan tak wujud depan dia walaupun ada. Balak tu pun samalah macam Nigina gatal. Hati aku memang panas tidak sanggup aku tengok awek aku curang depan mata. Tapi kesudahannya…ni yang buat aku sedih rasa macam nak nangis aje nasib baik aku ni lelaki kalau perempuan mungkin dah banjir. Ada patut Nigina kata aku ni yang tidak malu, perasan lebih sedangkan selama ini dia cuma anggap aku ni balaci dia. Aku ni pun bahalol masa bercinta dengan dia dulu semua dia suruh aku buat. Sanggup aku ponteng kelas semata mata hendak beli nasi lemak dekat SS 15 yang sedap tu kerana permintaan dia. Dah tu aku kantoi pulak. Kantoi
dengan guru displin pulak tu, Encik Sah yang garang gila. Cikgu tu memang anti dengan pelajar melayu. Fasal kes tu aku kena gantung sekolah tiga hari. Gila!…betapa kecewanya aku. Hadiah yang aku dapat dalam percintaan ni cuma lebam biji mata kanan, padan muka aku. Memang aku serik, aku pasti aku tak akan bercinta lagi lepas ni.

“Yus…Rilekslah!” Ad cuba menyabarkan aku.

“Ni semua kau punya fasallah Ad!….kau yang sibuk galakkan aku berkawan dengan budak gila tu. Kalau tidak mesti benda ni tak akan terjadi!” Ad pun aku bengang jugak, fasal dia yang beria ia suruh aku usha Nigina tu, tapi dia tak tanggung apa yang aku tanggung, diatak rasa apa yang aku rasa disaat ini. Dan dia tak akan faham sebab dia tidak mengalaminya, yang dia tahu cuma menyabarkan aku. Kalau ikutkan hati aku dengan dengan dia aku belasah nasib otak aku boleh berfungsi lagi ingat
kawan.

“Tapi Yus…aku tak tahu perangai dia tu baik sikit je dari jalang….kalau aku tahu akupun tak nak benda macam ni jadi dekat kau!”Suara Ad.

“Dah jadi macam ni…..bolehlah kau cakap macam tu, kalau tidak kau yang beria ia!” Aku rasa boleh hilang akal macam ni.Tapi apa nak dikata cempedak jadi nangka yang bahalolnya aku jugak.

Aku pernah terbaca satu atikel, kalau nak bercinta tu mestilah bersedia dalam semua segi yang paling utamanya bersedia untuk dikecewakan.

“Sorrylah Yus!”

“Dahlah Ad!….malaslah aku nak fikirkan benda ni lagi. Buat sakit jiwa aje!” Ucap aku saat ni rasa..ah!….aku tak kan bunuh diri macam lagu exist tu.Biarlah Nigina tu bahagia aku yakin suatu hari nanti dia akan kecewa seperti mana aku kecewa ketika itu baru dia sedar. Masa mula mula bercinta dengan dia, aku rasa itulah cinta yang terunggul aku janji untuk tidak mengecewakan dia kerana aku pasti aku terlalu menyayangi sehingga aku sanggup buat apa sahaja memang patut dia kata aku cuma balaci dia. Aku rela tapi aku tidak sangka bergini pula jadinya. Cuma apa yang menjadi persoalan dalam diri aku apa dosa aku sehingga sanggup dia curang sedangkan dia tahu aku terlalu menyayanginya yang pedihnya dia curang setelah aku melafazkan kata keramat macam lagu Siti Nurhaliza tu”Aku cinta padamu!” Dan lagu tu jugak aku selalu tujukan khas untuknya. Dan dia pun sama.Cuma yang aku hairan sungguh sampai hati dia mengecewakan aku. Ah!……bukan setakat lagu Siti Nurhaliza tu aje. Semua lagu yang ada sebut ‘ Love You ‘ aku selalu tujukan padanya. Rumah aku tak ada telefon tapi aku sanggup keluar cari telefon awam. Semata mata hendak telefon radio yang ketika tu rancangan permintaan sedang ke udara.

* * *

Gempar satu sekolah balak Nigina, Amri kena tangkap khalwat dengan seorang bohsia dekat rumah Amri sendiri ketika keluarga Amri tiada dirumah. Dan orang paling gembira disaat ini sudah tentulah aku padan muka Amri yang berlagak sejak akhir akhir ni sebab dapat merampas Nigina dari aku. Sebelum ni ke hulu kehilir dia usung awek bohsia dia tu dengan Virago dia. Sayang Nigina tidak pernah nampak akupun malas nak beritahu nanti dia kata aku cuma mahu menagih kasihnya. Sorrylah!…aku ada maruah beb!. Dan paling padan muka Niginalah, dia ingat orang handsome macam Amri tu baik sangat dan orang selekeh macam aku ni jahat sangat?. Tuhan tu adilkan. Tidak perlu aku buktikan tapi kenyatan terlebih dulu membuktikan segalanya.

“Yus!….kau dah dengar berita tu ke?” Aku cuma tersenyum memandang Ad. Sebelum langau bangun lagi aku dah tahu cerita tu!. Berita terkini yang berkait dengan orang tersayang mestilah ambil tahu.

“Padan muka dia orangkan…ingat buat projek haram tu boleh lepas apa?” Ad senyum sinis.

“Memanglah Ad!….kalau lepas dengan manusia… dengan Tuhan kantoi jugak!” Sampuk E-ka.

Aku cuma mendiamkan diri. Benda tidak elok macam ni mana boleh sorok.

“Yus!…aku rasa lepas ni mau rasanya Nigina tu melutut kat engkau!” Aku memandang Ad.

“Nigina!…tadi aku jumpa dia muka toya aje. Tegurpun dia buat dek aje!” E-ka pula berkata. Satu sekolah semua tahu tentang cinta aku dengan Nigina tu. Aku rasa aku tahu apa nak buat jika dia melutut dekat aku menagih kasih yang pernah aku berikan dulu, memang aku berharap agar dia kembali menemui aku selepas mendengar cerita tentang Amri ditangkap. Biar dia tahu balaci dia dulu lebih tulus cintanya dari balak mewah dia tu.

“Tapi Yus!…mahu ke kau terima dia balik?” Satu soalan cepu emas dari Ad. Aku serba salah nak terima balik, dia pernah mengecewakan aku. Tidak mahu terima balik aku sendiri masih menyayanginya dan aku selalu berdoa agar satu hari nanti dia akan kembali kepada aku semula. Dan dapat aku rasakan saatnya sudah hampir tiba.

“Ha’ ahlah Yus!…mahu ke kau terima dia balik?” Tanya E-ka wajahnya manis. Kenapalah E-ka ni tak jatuh cinta kat aku?. Aku rasa E-ka ni lebih tulus cintanya dari Nigina.

“Aku tak kisah….tapi ingatlah dia pernah kecewakan kau, dan jangan salahkan aku andaikata kau pilih dia…kemudian kau dikecewakan semula!” Kata Ad sedikit ada nasihat juga.

“Aku dah tak campur kali ni!” sambung Ad lagi.

“Aku rasa tak mungkin…tapi siapa tahu hati manusia sering berubah. Hari ni kata sayang esok kata bencikan!” Tutur aku sambil tersenyum. Setakat ni aku rasa akulah lelaki paling tabah walaupun telah dikecewakan Nigina aku masih tabah mengharungi hidup ini.

“Aku yakin…akupun perempuan juga. Aku pasti saat ni Nigina sedang kecewa mungkin kecewa yang amat sangat….aku rasa kalau kau masih sayangkan dia masa nilah kau pergi jumpa dia. Pujuk dia sekurang kurangnya dia tahu yang dia tersilap!” Kata E-ka panjang.

“Dan dia juga akan tahu cinta kau tulus, setulus cinta Romeo dan Juliet!” Sambung E-ka lagi.

“Gila!…kalau aku jumpa dia mana perginya maruah aku?. Kalau nak pun biar dia sendiri jumpa aku barulah aku tahu tulus cintanya!” Tegas ku. Gila!…bukan aku yang tinggalkan dia, tapi dia yang tinggalkan aku. Tak kuasa aku nak pergi jumpa dia. Biarlah dia sendiri jumpa aku jika masih ada lagi sisa sisa kasihnya pada aku.

“Aku tak campur!” Ad tarik diri . Dia berlalu pergi meninggalkan aku bersama E-ka ketika ini. Aku membiarkan sahaja dia berlalu pergi.

“Sorry E-ka!…aku lelaki aku ada maruah, kalau aku sendiri yang datang jumpa dia…apa kata dia nanti, saham dia lagi naik. Biarlah takdir aje yang akan menentukan ada ke tidak jodoh aku dengan dia!” Ucap aku sebelum berlalu pergi. Sempat aku lihat E-ka cuma menggeleng kepala. Lantaklah!…kau perempuan aku lelaki mana kau faham sikap lelaki. Mungkin aku ego tapi ego aku
bertempat, kalau yang salah tu aku…aku sendiri akan jumpa dia minta maaf. Tapi dia……..

* * *

Angin petang lembut menyapa pipi. Aku mengutip seketul batu lalu melemparkan ketengah tasik aku sengaja merehatkan diri di tepi tasik entah apa mimpi aku pergi joggingpun aku tak tahu. Tapi seronok juga, boleh cuci mata lagi. Awek…Peh!….punyalah ramai kalau aku tahu tahun lepas lagi aku jogging dekat tasik ni. Minda aku mula mengatal…Ah!..persetanlah. Aku serik kalau boleh aku tidak mahu memandang perempuan lagi. Seketul batu halus ku lemparkan lagi ditengah tasik. Percikan air naik keatas. Unik pada pandangan aku. Jika aku seorang pelukis akan aku lukiskan betapa indahnya percikan air tasik tu, tapi sayang aku tidak dianugerahkan sepasang tangan yang hebat seperti pelukis profesional setakat lukis orang lidi tu bolehlah. Dihujung sana aku lihat sepasang kekasih, gembira mereka tidak aku jadi hamba pada cinta. Kesudahannya aku yang kecewa. Kali ini aku mengutip sebiji batu yang agak besar. Batu tadi seperti juga batu batu yang sebelum ni aku lempar ketengah tasik dan sudahnya percikannya lebih tinggi dari percikan sebelum ni. Aku rasa damai tapi..

“Kenapa menganggu ketenangan air tasik tu?” Satu suara lembut menyapa aku. Macam kenal tapi..

“Yang kau sibuk apasal aku punya sukalah aku bukan ganggu kau!” Aku malas ingat siapa yang empunya suara tu aku masih merenung jauh ketengah tasik.

“Yus!awak masih marah kat saya ke?” Gulp!.aku menoleh. Sudah agak.

“Nigina,macamana kau boleh ada kat sini!” Aku cuba mengawal perasaan aku. Aku sebenarnya tidak mahu diganggu ketika ini. Lgi lagi dengan dia yang pernah kecewakan aku

“Yus!…awak tak jawap soalan saya lagi?” Aku tunduk aku tidak berani memandang wajahnya, aku takut diracun lagi. Senyumannya cuma untuk memerangkapkan insan, insan seperti aku yang mudah jatuh cinta.

“Masa mula kau kecewakan aku, aku memang marah kat kau…tapi tidak sekarang!” Kata aku jujur. Memang sekarang aku tidak kisah pun tentang dia. Lagipun itu memang sifat aku, aku marah seseorang tu tidak lebih dari lima minit lepas tu hati aku lembut balik.

“Betul?…lapang hati Ina!” Aku pandang dia, dia senyum cepat aku mengalihkan pandangan aku ketengah tasik semula, aku tidak sanggup diracun lagi.

“Yus!…Ina rasa menyesal atas apa yang terjadi!” Aku diam. Dari ekor mata aku, aku tahu dia tengah tunduk. Mungkin sedang menahan sebak. Alah!…perempuan. Airmata tu dah mainan mereka tidak hairan de!

“Andai Ina ada kuasa ingin Ina kembalikan saat dulu, saat kita…”

“Ina…cukup!”Potong aku pantas.

“Aku cuma seorang balaci…balaci kau. Aku tak mampu memberi kemewahan seperti apa yang Amri beri pada kau, aku cuma ada sekeping hati dan hati ini telah kau lukakan. Kini kau hendak guriskan kembali luka yang telah kau guriskan dulu?” Soal aku. Inilah yang ingin aku luahkan selepas dikecewakan Nigina. Serik aku nak jadi balaci dia.

Nigina tunduk.

“Tidak Yus!….Nigina menyesal. Cinta Yuslah yang tulus, Ina silap Ina minta maaf!” Nigina mendongak memandang tepat ke anak mata aku. Aku merenung dia. Tulus cinta aku konon, tapi cinta aku nilah yang kau persiakan!.

“Kau menyesal setelah Amri ditangkap?…..entah entah apa dah Amri tu buat kat engkau, kau boleh panggil aku balaci kau…tapi ingat aku bukan balaci yang sanggup jadi pak sanggup mengutip sisa orang lain! ” Terus terang aje aku cakap.

Wajahnya aku lihat berubah. Biarkan aku tak akan pujuk.

“Yus!…Yus jangan salah anggap, Ina masih suci kalau tak percaya..” Nigina hendak menangalkan butang baju kemeja yang dipakainya. Gile!.

“Nanti!” Aku tahan tangannya. Malu aku kalau dia buka betul betul. Tidak fasal aku pula kena

tangkap buat tidak senonoh.

“Biar!…buat apa halang?” Nigina memandang aku senyuman beracunnya tiada lagi yang ada cuma raut kekecewaan yang tergambar diwajahnya.

“Dahlah Ina!…aku percaya!” Aku terpaksa mengalah. Lagipun aku yakin bila melihat kesungguhannya dia masih suci itu yang aku harapkan sebenarnya.

“Salah ke Ina ingin tebus kesalahan Ina?…Salah ke Yus?” Dia menitis airmata. Aduh!..inilah buat aku lemah aku bukan boleh tengok airmata perempuan.

“Tiada ke lagi ruang untuk Yus tempatkan Ina dihati?” Aku mengelap airmatanya dengan saputangan aku.

“Terlalu payah untuk Yus katakan…..Untuk terima Ina, Yus takut kecewa lagi. Untuk menolak Ina, Yus sebenarnya masih lagi menyayangi Ina!” Aku lihat Nigina memejamkan matanya rapat rapat.

“Tak apalah Yus!…biarlah Ina pergi…memang Ina yang bodoh sebenarnya Ina bengang dengan Yus Ingat tak Yus pernah kata kat Ad yang Ina ni berlagak?” Aku diam sejenak memikirkan apa yang dikata Nigina itu. Aku ingat masa mula mula aku tengok dia, mulut aku memang celupar masa tu. Tapi takkanlah fasal tu pun dia nak bengang kat aku!.

“Yus ingatkan?” Aku cuma mengangguk.

“Maafkan Ina sekali lagi! Untuk pengetahuan Yus…Ina amat menyayangi Yus! ” dia mula mengatur langkah. Sedetik.dua detik.tiga detik.dan “Ina!” Terpaksa juga aku memanggil, tidak sanggup aku melepaskan dia pergi lagi. Aku buangkan jauh ego aku. Aku sebenarnya masih lagi menyayanginya. Aku tidak mahu kehilangannya lagi. Dia menoleh ke arah aku semula dan aku senyum. Dan dia seperti mengerti senyuman aku turut tersenyum, senyumnya masih seperti dulu beracun tapi aku tidak takut lagi malah aku yakin aku akan merindui senyumannya selepas ni. Saat ini telah aku temui kebahagian yang aku cari mungkin Nigina juga seperti aku. Dan yang pastinya kasih telah kutemui…….Biar langit biar bumi menjadi saksi betapa aku masih menyayanginya walaupun dia pernah mengecewakan aku.

TamaT

0Komen:
1. Jangan Menggunakan Simbol '@' Ini Untuk Nama Anda..
2. Jangan Lupa Follow Brozai Di Twitter..Klik Di Sini !
3. Terima Kasih Dengan Komen Anda

Catat Ulasan

 

Copyright © 2009 by Brother Zai - Template by Blog Templste 4 U | Blogspot Tutorial | Sport Page Ranking Tool