Sesuatu Yang Pergi - Part1



KALAU perangai tu senonoh tak apa jugak.. ini serupa dengan pelesit kampung dusun. Pelesit kampung pun lagi baik dari dia. Agaknya kalau hidup tu tak menyusahkan orang tak boleh agaknya! “Dia datang.. jeng jeng jeng! Dengan lenggang lenggoknya.. dia datang.. jeng jeng jeng!” Suara anak-anak katak diiringi dentingan gitar buruk di simpang ke rumah nenek sudah kedengaran. “Piah.. okey tak rambut aku?” soal Mastura sambil membetulkan rambutnya yang sengaja dilepaskan. “Okey..” jawabku slow. “Piah.. baju aku? Okey tak? Sepit aku senget tak?”soalnya lagi. “Eh.. engkau nie nak mengorat Tom Cruise ke?

Kalau setakat budak tak reti bahasa tu tak payah beriya!” ujarku boring. Mastura Cuma tersenyum. Lipstik merah jambunya menyerlahkan lagi kulitnya yang putih kuning. Hmm.. ni satu lagi yang sengaja nak menaikkan darah aku. Apa la yang digilakan sangat budak bawak tong buruk tu? Dah la kerja malas.. melepak siang malam jadi penunggu simpang. Simpang nak ke bandar ini dah jadi rumahtangga dia orang. Apa taknya.. pagi petang siang malam.. tak ada muka lain! Melepak, melepak dan melepak! “Assalamualaikum Piah.. baru balik dating yek?” Aku Cuma menjeling mendengar usikan itu. “Sombong betul cucu Tok Su ni! Tak kenal sedara agaknya!”

“Entah.. mentang-mentanglah dapat masuk U.. sombong..” sampuk Usin Bangsat.
“Piah.. cunlah kawan kau nie.. tengok macam ni la bagus.. senyum mesra.. hi, apa khabar?” Mastura tersengih macam dapat hadiah bila pemuda berambut lurus separas dagu itu menegurnya. Amboi.. gatalnya.. dengan pantas aku mengheret lengan Mastura. Malas aku nak layan sekumpulan kambing gurun yang sedang menyembek sana sini tu. Namun sepantas itu juga perjalananku disekat. Zul Cuma senyum, menyerlahkan lesung pipit di pipi kirinya. “Piah..”

“Apa?” soalku meninggi. Menyampahnya nak tengok muka tenuk sekor ni..
“Jangan sombong sangat.. berdosa, tau? Kau pun bukan lawa sangat..” Seraya itu aku ditertawakan sepuas hati oleh dia dan rakan-rakannya. Aku Cuma mampu menjeling, menjeling dan menjeling. Celaka punya budak! Dengan pantas aku menyeret Mastura pergi. “Kau ni Piah.. kenapa la buat orang macam tu? Tak baik tau..”
“Ahh.. aku tau la kau suka kat Zul tu.. ” sindirku sambil berjalan laju. Lalang-lalang di kiri kanan jalan meliuk lintuk dipuput angin petang. Bumbung rumah tua kelihatan dari jauh. Kelihatan nenek sedang mengutip terung telunjuk di tepi dapur yang lebat berbuah. “Nek..” kami tersenyum menyapa nenek. “Mak kamu baru aje telefon.. takut kamu tak sampai lagi..” Mastura senyum.

“Mak tu memang macam tu nek.. kalau Mas balik ke Melaka pun macam tu.. belum bergerak lagi bas dah telefon atuk kat sana..” jawab Mastura sambil tergelak kecil. “Hmm.. nanti kecil hati pulak atuk Mas kat Melaka sana Mas asyik balik sini aje..” ujar nenek. “Ala tak apa nek.. lagipun Mas suka balik sini.. ada nenek, ada atuk.. ada Piah..” Eleh.. aku menjeling. Yang sebenarnya motif utama dia semakin kerap ke sini kerana si budak tak cukup akal tu! Pantang cuti mesti dia akan balik ke sini.

Piah.. Piah… kenapa kau tak beritahu aku kat kampung nie ada pak we hensem?” “eh… kan ke kau kata kampung nie mundur.. tak moden macam kampung atuk kau kat Melaka sana?” sindirku. Dulu kalau nak tengok dia jejak ke sini bukan main liat. Tak ada Astro la.. tak ada NTV7 la.. line handset tak dapatlah.. banyak nyamuklah.. Mastura tersengih sambil mengeluarkan dua helai pakaiannya dari dalam beg. “Kau kenal tak budak tu Piah?” soalnya sambil meniarap di atas katil kayu.

“Yang mana satu? Yang hitam macam orang minyak ke..yang tinggi macam hantu galah tu?” soalku acuh tak acuh. “Ala.. yang paling hensem tu.. yang ikat rambut tutadi… ala… ” “Yang ada lesung pipit tu? Yang mata dia coklat tu?” “Err… kan yang muka panjang-panjang sikit tu..” “yang ada mata dua.. hidung satu..” “Piah!” Mastura memetik jari di hadapanku. Aku tersedar. “Ada apa?” soalku. “Cepat siap.. kita nak pergi kenduri. Nenek suruh siap..” Amboi.. kena pergi kenduri pulak.. Dengan malas aku memanjat tangga naik ke atas.

KALAU tidak kerana pujukan Mastura dan syarahan percuma dari nenek tadi mati hidup balik aku tak akan pergi ke rumahnya! Sengaja aku memaksa diri senyum dan memaniskan muka bila bersua dengan ibunya. Dan dia mengambil kesempatan tersengih macam kerang busuk di sebelah Mak Lijah sewaktu mereka bersalaman.
“Lama ke cuti Piah?” soal Mak Lijah.
“Lama jugak mak cik.. dalam sebulan ada kot…” jawabku sopan.
“Baru habis periksa..” sampuk nenek.
“Yang ini cucu Mak Su jugak ke?” soal Mak Lijah bila melihat Mastura yang sedang bermain mata dengan anak bujangnya.
“Hmm.. anaknya si Hasan.. salam dengan mak cik,”
Mastura dengan pantas menghulur tangan. Emmm… meluatnya aku.. tanpa menanti aku segera melarikan diri ke dapur. Tolong apa-apa yang patut. Lagipun malas aku nak menatap wajah orang yang amat-amat aku tak suka. Biarlah si Mastura yang melayan mamat tak betul tu. Lagipun bukan Mastura seorang yang sukakan dia. Dulu Maizatul anak penghulu kampung sebelah sampai putus tunang gara-gara terlalu sukakan Zul. Kalau aku nak bawa
balik kawan-kawan kena pikir dua kali dulu. Dulu sekali musim buah tahun lepas aku bawa balik room-mates seramai 3 orang.. tiga-tiga gila bayang bila terserempak dengan hantu tu waktu kami mengutip durian di kebun. Sekarang ni sepupu aku pulak minat bagai nak gila kat dia.

Kalau setakat minat tu tak apalah.. ni menyusahkan aku. Setiap kali balik mengirim salam berdozen-dozen.. tak sampaikan nanti berdosa pulak.. tapi aku lebih rela pulang balik salam dia orang tu daripada aku bercakap dengan si Zul tu. Dah tu aku pulak kena interview macam-macam. Kadang-kadang aku terfikir sendiri. Apa istimewa sangat Zul tu? Nak kata hensem.. ya Allah.. selekehh.. dengan Tshirt gambar hantu depan belakang.. jeans koyak rabak.. rambut panjang.. belum tengok kapcai dia lagi.. dah tak macam rupa motosikal.. penuh dengan steaker tah apa-apa.. bunyi motornya tu mengalahkan ekzos kapal terbang bunyinya.. satu kampung boleh terjaga kalau dia bawak motor malam-malam.

Tapi satu saja sifat baik yang aku nampak.. dia menjaga mak dan ayahnya. Dalam erti kata lain di samping menghabiskan beras mak bapak dia seorang saja yang sanggup tinggal di kampung ini walaupun ada degree dari UTM lagi.. hemm.. jangan main-main.. kutu lepak pon ada degree sekarang ni!

“Piah!” Opocot mak kau! Zul tertawa melekek. Baru aku sedar rupa-rupanya tinggal kami berdua saja di luar rumah. Mana pergi mak cik lagi dua orang yang sama-sama membasuh pinggan kotor tadi? Dah lesap? Ceh.. mengelat! Zul menghulur pinggan yang masih kotor kepadaku. Eeii.. menyampahnya aku.. dengan penuh rasa tak ikhlas aku menyambut. Dia pula segera duduk mencangkung di depanku untuk membilas pinggan yang sudah disabun.

“Sudi jugak datang rumah saya ye..” “Excuse me.. bukan rumah awak, rumah mak dan ayah awak..” “Rumah saya la jugak..” Zul menggeleng kepala. “Kenapa awak tak pernah senyum bila nampak saya?” “Saja.. suka!” “Saya banyak dosa dengan awak ke?” “Boleh tak jangan ganggu saya? Bosanlah.. sejak awak duduk kat kampung nie dah dua tahun dah.. asyik muka awak jer.. siang malam pagi petang.. ” ujarku akhirnya. Zul tersenyum.

“Intan apa khabar sekarang ni?” soalnya membuatkan aku menjeling tajam. “Kenapa awak nak tanya pasal dia lagi? Kan dah tercapai maksud hati awak tu?” “Saya tak buat apa-apa pun.. dah dia yang minat kat saya nak buat macammana?” “Eh tupai, kalau awak Cuma nak main-mainkan dia buat apa awak balas cinta dia?” Tanpa lengah aku bangun dan meninggalkannya seorang di situ. Menyampah betul. Sejak dia kembali semula ke kampung selepas tamat pengajian hidupku betul-betul sengsara.

Kalau boleh lari aku memang ingin lari tapi ke mana lagi tempat hendak kutuju? Rumah Pak Long? Belum lagi panas punggung sudah berdentum dentam dengar sindiran dari Mak Long. Ke banglo besar Pak Usu di Kajang? Serupa duduk dalam gua. Pak Usu dan Mak Usu sama saja sibuknya. Sekejap ke Paris, sekejap ke Tokyo.. nak balik melawat nenek dan atuk setahun sekali pun payah. Seingatku kali terakhir Pak Usu balik 10 bulan yang lalu. Itu pun semalaman saja. Kalau nenek dan atuk rindu sangat pada cucunya Amirul itu mereka saja yang ke sana. Atau paling tidak driver pak usu akan hantar Amirul ke kampung. Ke rumah Mastura di Ampang? Tak sempat meneguk air dah ditanya pasal tanah dan rumah peninggalan arwah ayah.

Sejak arwah ayah dan mak pergi 10 tahun yang lalu memang Pak Ngah selalu meninjau-ninjau jumlah aset yang arwah tinggalkan. Entahlah.. tak faham juga dengan perangai Pak Ngah yang sentiasa tak cukup-cukup harta. Lalu, kemana lagi harus kutuju kalau bukan rumah atuk dan nenek? Sudah ditakdirkan aku menjadi yatim piatu sejak kecil. Mujurlah Pak Usu banyak membantu dari segi kewangan. Mak usu juga selalu mengambil berat sehingga aku lebih popular dengan panggilan ‘lombong emas’ dikalangan sepupu-sepupu. “Piah.. kau tak dengar ke apa aku cakap ni?” Aku mengeluh bosan.

“Mas.. kau nie tak reti mengantuk ke.. dah pukul berapa ni.. aku nak tidur tau..” keluhku sambil memeluk bantal. Dari tadi sampai la sekarang sudah pukul 2.00 pagi asyik paksa aku mendengar luahan hatinya pada si Zul tu. Sejak balik dari kenduri tadi macam orang dilamun cinta. Sikit-sikit Zul.. sikit-sikit nama malaun tu.. “Kau ni kenapa? Kau jealous ye aku suka kat Zul tu?” “What?” Aku bingkas bangun dan merenung Mastura. “Habis tu kenapa bila aku cakap-cakap pasal Zul kau angin semacam?”

“Sebab aku tak nak kau jadi mangsa dia!” Mastura sengih. “Mangsa?” “Sudahlah Mas.. yang penting sekarang nie kau
lupakanlah hasrat nak bersama dia.. sebelum kau kecewa..” aku bangun dan membawa bantalku keluar dari bilik. Biarlah dia tidur sorang-sorang.. mujur-mujur Zul boleh menemaninya di dalam mimpi! Aku menolak daun pintu bilik sebelah.

Entah kenapa saat-saat begini mata enggan pula terkatup. Semuanya gara-gara si Zul. Seingatku Zul dan keluarganya berpindah ke kampung ini 12 tahun yang lalu, selepas bapanya bersara. Aku tak kenal sangat dengan keluarganya.. Cuma nenek kata kalau ada kena mengena pun ayahnya dua pupu dengan atuk. Zul Cuma sempat bersekolah di kampung sampai tingkatan tiga sahaja. Selepas itu dia ke MRSM Beseri, Perlis. Zul taklah sehandsome mana pada pandanganku.

Tapi mungkin kerana dia memiliki sepasang senyuman menawan dan renungan menggoda bak kata Mastura tadi, membuatkan ramai gadis tergila-gilakannya, termasuk kawan baikku Intan. Aku tak tahu apa salah aku. Setahuku aku Cuma memperkenalkan Intan dengan Zul, itupun setelah tiga hari tiga malam Intan membodek aku mengirim surat untuk Zul. Tak sangka pula Intan tak bertepuk sebelah tangan. Legalah aku.. tak payah jadi orang tengah lama-lama. aku ingat setelah tiga tahun berkawan akan kekal bahagia.. tetapi tiba-tiba saja Zul memutuskan hubungan. Dan yang peliknya sejak itu Intan menjauhkan diri dari aku.

Putusnya cinta dia dan Zul turut memusnahkan persahabatan kami. Paling sadis Intan ditendang keluar kerana tak cukup kredit tahun pertama di USM. Sejak hari itu hinggalah sekarang aku gagal mengesan Intan. Dan semenjak itu aku cukup benci melihat Zul. Menyesal aku.jadi orang tengah. Hari ini.. sepupu aku ni pulak terhegeh-hegeh nak bercinta dengan si malaun tu. Cukuplah sekali aku putus sahabat kerana seorang lelaki, jangan pula selepas ini aku putus saudara kerana si Zul tu.

PANAS terik yang membakar tubuh membuatkan kulitku terasa garing seperti tepung goreng pisang digoreng minyak penuh. Peluh dah meleleh seluruh tubuh.. menyesal pulak pakai T Shirt hitam. Motor buruk atuk yang hidup segan mati tak mahu kupandu berhati-hati. Bimbang berulang peristiwa beberapa tahun dahulu, seminggu aku di hospital gara-gara tertekan gear, melambung macam superman dalam ladang getah. Kalau ikutkan hati malu betul nak bawak motor atuk yang layak masuk muzium ni.

Kalau bunyinya okey tak apa jugak.. ni bunyi dia serupa bunyi kambing batuk. Putputputprenggg.. putputputprengggg.. muka aku ni pasti naik tebal seinci enam depa bila masuk ke jalan besar. Pasti kenderaan-kenderaan lain memberi penghormatan bila motor antik atuk ini kubawa menuju ke kedai. Geram juga rasa hati bila Mastura tertawa terkekeh sebaik saja aku menyetart motor.

Pandai dia.. mentang-mentanglah tak tahu bawak motor.. senang-senang suggest nama aku kat nenek suruh pergi kedai. Nenek pun satu.. macam tak paham perasaan aku saat atuk menghulurkan kunci motornya tadi. Padahal yang nak makan buah melaka tu si Mastura, bukan aku. Tapi biasalah, bila barang dapur habis aje aku jugak jadi mangsa.. bila cucu-cucu dia yang lain balik nak mencekik apa-apa.. aku jugak.. takkan nak suruh atuk pergi pulak.. kalau sejam pegi sejam balik sah! Bukan tak tahu atuk.. berjiwa penyayang.

Semut pun tak sampai hati nak langgar. Tak taulah sama ada dia sayangkan motornya atau semut tu.. tapi yang pasti memang tension kalau suruh atuk ke kedai. Bukan jauh mana pun.. kalau jalan kaki tak sampai 15 minit. Udara panas membahang tanpa sebarang sumber penyejuk seperti angin seumpamanya membuatkan mukaku merah terbakar. Motor atuk yang kejap-kejap batuk semput mentensionkan aku. Yang pasti aku akan lebih tension bila sudah kelihatan dua tiga ekor jerangkung dan pocong sedang bermain gitar di hujung simpang sana. Isshhh.. kenapalah kalau dalam sehari tak bertemu tak sah agaknya!

“Sepiah.. malam ini ku takkan pulang.. tak usah kau mencari aku.. dengan motor atukmu.. kahkahkahkah..” Shit! Aku menjeling geram. Sengaja aku memulas minyak kuat-kuat supaya boleh memecut laju tapi aku ni memang mangsa dugaan. Tiba-tiba saja motor atuk semput dan mati, betul-betul di hadapan budak-budak itu. “Apa ketawa-ketawa?” soalku bengang campur malu. Ishhh… bodoh punya motor! Aku cuba menyetartnya lagi tapi Cuma batuk-batuk kecil saja kedengaran. Zul dan kawan-kawannya sudah berguling-guling ketawa. Celaka punya budak! Tanpa lengah aku menongkat motor di situ.

“Piah..! Piah ooii.. takkan nak jalan kaki kot.. motor ni apa hal?” teriak Zul dengan tawa yang masih bersisa. Peduli apa aku! Tapi tiba-tiba aku terasa semacam. Eh.. kenapa tiba-tiba kaki sebelah kiri kosong jer.. aku paling ke belakang. Cis!! Selipar jepun putus pulak!!! Zul tersenyum-senyum dan menghampiriku dengan motor brutalnya. “Awak nak pegi mana? Biar saya hantar,” dia menawarkan khidmat. “Hantar saya ke lubang kubur, boleh?” soalku geram. “Piah.. kalau nak mati pun janganlah cakap kuat-kuat.. suara awak tak sedap..” “Suka hati saya lah nak cakap kuat ke slow ke.. ” Aku menjawab dan berjalan pantas. Zul masih mengekoriku dengan motornya. Alamak.. sabar ajelah.. dah la panas terik. Selipar jepun plak putus.. memang black Sunday betul!

“Piah.. cik Sepiah Abdullah! Janganlah macam tu.. buruk awak marah..” Dia ni memang nak kena! “Piah.. Piah..! awak ingat kita ni suka ke awak buat macam ni?” “Huyyoo.. marahnya.. macam harimau.. jap lagi keluarlah belang-belang kat badan..” “Boleh tolong diam tak?” soalku sambil berhenti di tepi jalan untuk melintas. “Apasal dalam banyak-banyak nama, nama Sepiah hinggap kat awak?” “Sibuk kenapa?” aku menjeling tajam dan berlari anak meninggalkannya di situ. Sakit jiwa raga. Sibuk jer.. kalau tak menyakat orang tak sah. Aku masuk ke dalam kedai runcit.

Pehh.. lega.. nasib baik ada kipas angin. Kak Melah tokei kedai sedang sibuk berdengkur. Kak Melah ni.. kalau la aku ni jahat aku curi je barang-barang dia ni. “Akak!” Kak Melah terjaga. Aku tersengih. “Tidur ye.. nanti Piah curi barang-barang ni..” usikku lantas ke belakang. “Curi je la Piah.. tuhan nampak..” balas kak Melah sambil menguap panjang. Boleh tahan buruknya muka kak Melah bila tak tutup mulut. Mau dua tiga ekor lalat tersalah haluan. “Akak tolong bungkuskan kacang hijau, kasi sekilo,” pintaku dan mencapai tepung pulut yang nenek pesan. Selesai membayar aku kembali berjalan kaki.

Nasib baik cuaca sudah redup tapi sakit hati aku tak kian surut bila jejaka bertshirt tanpa lengan dan memakai jeans sekerat lutut itu masih setia menanti di seberang jalan. “Awak ni tak ada kerja lain ke? Kalau sehari tak ganggu hidup saya boleh tak?” pintaku dan terus berjalan. Kaki ayam pun kaki ayamlah! “Piah.. mari la saya hantar awak balik, tak terbakar ke kaki awak tak ada selipar sebelah tu?” soalnya. “Biar terbakar kat kaki tak apa.. jangan terbakar kat hati..” “Piah.. kenapa ni? Awak marahkan saya lagi ke pasal Intan tu?”
“Jangan nak babitkan saya dengan Intan lagi.. saya tak ada kena mengena dengan awak mahupun Intan,” Zul Cuma tersenyum serupa seperti seekor cipanzi sedang tersenyum ayu. “Awak ni tak faham bahasa melayu ke? Kalau atuk dan nenek saya nampak awak mengekor saya ni apa kata dia org. Dah la bunyi motor tu macam gendang cina..” “Ehh Piah.. jangan hina motor saya nie.. dah berpuluh-puluh awek menenggek atas motor saya ni..” “Perempuan tak ada mata je suka kat awak, sudahlah! Jangan ikut saya lagi!” Aku keresahan bila bumbung rumah sudah kelihatan. Zul senyum lagi. “Piah.. kirim salam kat sepupu kau tu ye?” “Cakap sendiri! Tak kuasa nak layan!”

“PIAH!! Piah tolonglah! Kali ni je..” Mastura merayu-rayu. Aku dah agak dah! “Mas.. aku kalau hal lain aku boleh tolong.. tapi bab menipu nie sorry..” “Piahhhh!!! Tolonglah!!! Aku janji kejap jer,” dia menarik2 tanganku. Eii.. lemasnya! Mastura dah merengek-rengek macam budak kecil. “Aku janji dengan dia pukul 8.00 ni kat simpang.. tolonglah!!” pintanya sambil resah menjeling jam yang sudah menunjukkan pukul 7.50 malam. “Mas.. kau nak keluar tengok wayang dengan mamat tu keluarlah.. tapi tolonglah jangan melibatkan aku..” pintaku sambil melipat telekung. “Piah tolonglah.. kali ni je.. pleassee…” aku mengeluh lemah.
“Kejap je! Dan kali ini je.. lain kali kau tanggung sendiri, okey?” Mastura melompat girang.
“Thanks Piah.. sayang Piah!” Dia memelukku erat.

LAWAK Yassin dalam Lagi-lagi Senario langsung tak menarik minat. Kalau tak kerana si Mastura tak kuasa aku nak keluar malam-malam macam ni. Si Mastura bestlah, dah jumpa jejaka idaman semua lupa. Sudahlah aku yang terpaksa mereka cerita menipu atuk dan nenek, aku pulak rupanya kena tipu. Dia kata si malaun tu yang ajak keluar, tapi dalam perjalanan tadi dia kata sebenarnya dia yang ajak Zul keluar. Hampeh betul!! Itu yang membuatkan aku tak berselera nak ketawa tengok Senario. Dah tu biasalah.. si Zul bila keluar ke bandar.. (aku pun tak tahu apa yang special sangat dia ni) macam artis orang tengok dia. Tadi sampai ada sorang awek tu terlanggar tiang kerana asyik sangat melihat si Zul. Pelik aku.. “Piah.. makanlah.. kenapa tak makan?” tegur Zul melihat aku Cuma merenung saja nasi ayam goreng dihadapan mata.
“Iyelah.. makanlah Piah..”
“Aku risau ni… dah pukul 11.00 bila nak balik ni?”soalku.
“Ala kau nie.. tu pun risau.. releks la..” Mastura menjeling.
“Kalau kau tak nak balik tak pe.. aku balik dulu!” Aku bingkas bangun. Lantaklah.. bengang juga aku dengan si Mastura. Tadi janji akan balik sebelum pukul 10.30.. ini dah pukul berapa?

“Piah! Piah!” Mastura menghadang perjalananku. “Kasi chance la kat aku Piah..” ujarnya sambil mengerling ke arah Zul yang sedang membayar harga makanan.
“Kita janji tadi macammana? Sorry la Mas, lepas ni kau jangan haraplah aku nak tolong kau lagi..”
“Ala Piah..” Mas menarik muka masam.
“Okey.. jom kita balik..”
“Zul kata tadi nak bawak kita orang tengok live band..”
“Ehh.. dah pukul berapa dah ni.. nanti atuk dan nenek awak risau kat rumah..” Aiikk… alim la pulak mamat ni.. Zul sudahpun menuju ke Satria warna hijau tua. Ceh.. nak dating punya pasal sanggup sewa kereta…
“Err.. aku nak pergi toilet kejap..” Mastura berlari-lari anak meninggalkan kami berdua. Suasana agak sepi. Yang kedengaran cumalah lagu Sephia nyanyian Sheila On 7 di Radio Era.

“Piah.. cantik awak malam ni..” puji Zul tiba-tiba. “Terima kasih.. baru perasan ke?” soalku selamba membuatkan Zul tertawa. “Tapi Piah.. lebih cantik kalau awak tutup rambut awak tu. Pahala pun dapat..” Cis!! Aku hanya melihat dia
tersenyum.

“Awak dah ada boyfriend Piah?”
“Kenapa awak nak tahu?”
“Saja.. ambil berat.. “
“Belum lagi, terima kasih kerana bertanya,”
“Belajar dulu Piah.. jangan bercinta lagi.. awak muda lagi.. baru 23 tahun.. banyak lagi benda yang awak belum rasa..” Wah.. ajaibnya.. seorang kutu lepak sedang memberi ceramah motivasi kat aku!

“Awak sibuk nasihat saya.. awak tu.. kenapa awak biar aje degree awak tu berhabuk kat rumah..” aku menyindir balik. “Awak jangan ingat saya melepak saya tak ada duit… nanti awak terkejut kalau saya meminang awak nanti..” Zul tertawa kecil. Eleh, macamlah aku nak terima. Makan pakai pun mak bapak tanggung ada hati nak pinang
orang..

“Okey.. jom!” Mas tiba-tiba muncul dan masuk ke dalam perut kereta. Seketika Satria itu memecut laju menghala ke kampung…

“BUDAK tak ada maruah!” Pangg!!! Aku terasa mataku berpinar. Mujur ada nenek sempat menyambut tubuhku yang melayang. Mastura sudah pucat lesi ketakutan di sudut ruang tamu. “Hasan! Kalau iye pun kenapa kau pukul cucu aku ni?” soal nenek geram. Aku terasa airmataku sudah luruh membasahi pipi. Seumur hidup tak pernah lagi kena jentik walaupun sekali.

“Mak asyik nak menangkan si Piah ni.. sekarang ni takkan mak dan ayah tak sedar lagi.. ” Pak Ngah mengepal penumbuknya. “Piah.. kenapa Piah buat macam ni? Kenapa Piah tipu nenek?” Aku pandang Mastura yang diam tak
berkata-kata. “Ini semua salah cucu kesayangan mak ni.. walaupun Mas ni tinggal di KL tapi dia tak pernah keluar malam. Jauh sekali menipu saya..” Apa? Aku memandang wajah nenek. “Nek.. sebenarnya Piah tak salah nek..” ujarku membela diri. “Mas! Cakap kat abah.. siapa yang ajar Mas keluar balik lewat malam ni? Tau tak kelam kabut abah balik dari Ampang tadi.. ?” Mastura memandangku lama.

“Cakap!”
“Piah bah..” jawabnya perlahan. Apa?
“Piah yang pujuk Mas pergi tengok wayang di bandar.. dengan kawan dia..” Aku rasa macam nak koyak-koyak aje
mulut si Mastura. Sampai hati kau khianati aku.. (bersambung)

0Komen:
1. Jangan Menggunakan Simbol '@' Ini Untuk Nama Anda..
2. Jangan Lupa Follow Brozai Di Twitter..Klik Di Sini !
3. Terima Kasih Dengan Komen Anda

Catat Ulasan

 

Copyright © 2009 by Brother Zai - Template by Blog Templste 4 U | Blogspot Tutorial | Sport Page Ranking Tool