Tak pasal2 masuk penjara ...



Satu malam tu, kawan perempuan ini, dia baru sahaja balik dari party, tak tahu berapa gelas dia minum tapi memang dia betul-betul mabuk. Semasa dalam perjalanan balik, dia ditahan oleh polis dan diminta lesen memandu. Pada masa itu, tiba-tiba berlaku satu kemalangan di seberang jalan, agak major jugalah kemalangan itu jadi polis pun bergegas ke tempat kejadian kemalangan. Perempuan ini pula dah takut dan tak tahu nak buat macam mana, lalu dia pun lari balik ke kereta dan meneju terus ke rumah di Klang.

Pada keesokan pagi, polis datang ketuk pintu rumah dia dan polis tu tanya dia, "AWAK PERGI MANA SEMALAM?" Perempuan ini pula jawab, "TAK KEMANA ENCIK. SAYA KAT RUMAH JER." Polis itu tanya sekali lagi, "BETUL KER???" Perempuan ini jawab, "BETUL ENCIK. SUMPAH SAYA TAK PERGI MANA2, TANYALAH DENGAN HOUSEMATE SAYA." Polis itu pun kata, "YE KER? (sambil tergelak) MARI SINI, KELUAR SEKEJAP" Lepas itu polis itu tunjuk, "HA!!! ITU KERETA SIAPA??" Perempuan itu macam nak pengsan sebab dia dah terbawa kereta polis yg malam tadi balik rumah, dia ingat kereta dia sebab warna sama - warna putih (wira). Cuma kereta dia tak ada sticker polis kat tepi pintu. Tak pasal2 kena saman RM1000 dan gantung lesen 1 tahun
0Komen:
1. Jangan Menggunakan Simbol '@' Ini Untuk Nama Anda..
2. Jangan Lupa Follow Brozai Di Twitter..Klik Di Sini !
3. Terima Kasih Dengan Komen Anda

Catat Ulasan

 

Copyright © 2009 by Brother Zai - Template by Blog Templste 4 U | Blogspot Tutorial | Sport Page Ranking Tool