Takagi Sayang (Part 11)



racks
Originally uploaded by familybmx.

AKU terjaga bila mentari sudah menyuluh muka. Alamak.. terbabas subuh!Aku cepat-cepat bangun dan mencapai tuala. Di dapur kelihatan emak sedang mengemas meja makan.

“Kenapa mak tak kejutkan Yan?”soalku sambil menarik kerusi dengan tuala tersangkut di leher.
“Mak baru balik dari rumah mak mertua kamu.. Aznil demam teruk Yan.. kesian dia.. makan pun tak lalu..”mak merenungku lama.

“Jadi?”soalku acuh tak acuh.

“Along.. tak baik along tinggalkan abang macam tu.. along patut di sisi abang..”Fina yang sedang menunggu result SPM mencelah.

“Kawan dia tu ada lagi?”soalku.

“Tulah Fina nak cerita ni.. sepanjang along tak ada kak Izan tu yang tolong jaga.. ” amboi.. melampau!

“Baguslah ada orang jaga.. so tak payah Yan susah-susah kan mak?”sahutku dan masuk ke bilik air. Mak Cuma menggeleng kepala. Degil! Ahh.. mak sebagai perempuan, mak tentu faham perasaan Yan sekarang ini.. suami adalah segala-galanya setelah Yan bergelar isteri. Tapi kini Yan rasa dikhianati.

“Kau dah fikir habis-habis Yan?”soal Embun sambil menyedut air sirapnya.

“Dah.. dah nak pecah dah ni fikir..”

“Bercerai ni bukan satu jalan penyelesaian.. kalau boleh berbincang dulu..”nasihat Qursiah.

“Kau baru dua bulan bersama.. “

“Tapi apa maknanya aku jadi isteri dia kalau dia lebih sukakan perempuan tu..”balasku.

“Kau dengar dia cakap sendiri?”soal Embun lagi.

“Dia yang menghalang perempuan tu pergi.. so apa lagi? Dah terbuktikan?”

“Yan.. kau kena banyak bersabar.. banyak lagi dugaan yang kau tak hadapi.. ni baru sikit.. ” nasihat Embun lagi.

“Entahlah Embun.. sebenarnya aku sayangkan dia.. tapi bila jadi macam nie aku rasa macam perempuan bodoh..”

Aku cuba menahan air mata daripada luruh namun gagal. Akhirnya aku tersedu-sedu di bahu Embun.

“Yan.. kau kena banyak sabar.. sembahyang.. minta petunjuk dari Allah..”

Aku Cuma angguk. Mungkin ini adalah dugaan untuk menguji kasih sayangku.. mungkin..

“YAN dah fikir habis-habis.. Yan rasa abang lebih sukakan dia..”

“Kenapa Yan cakap macam tu? Abang tak tahu apa salah Izan pada Yan.. malah dia yang advise abang suruh telefon Yan ni..”

“Abang lebih percayakan dia?”soalku.

“Kalau dia nak merampas kebahagiaan yang sedang kita bina ni tak mungkin.. abang kenal dia dah lama..”

“Betullah kan apa yang Yan katakan tadi abang lebih perlukan dia..”Aku terasa air mata dah turun laju tapi kutahan.

“Yan.. abang nak Yan balik ke rumah kita.. jangan kerana perkara kecil macam ni kita terpisah..”

“Yan akan balik.. setelah Izan pergi..”tegasku.

“Yan.. kenapa Yan keras hati sangat?”soal Aznil kecewa.

“Tak apa la.. abang pun bahagia dia ada di sana.. Yan nak beritahu.. esok Yan nak ke KL,”

“Kenapa? Yan nak buat apa?”

“Yan nak kerja.. Yan nak bina hidup baru.. “

“Yan.. janganlah kerana perkara kecil ni Yan ambil keputusan terburu-buru..”

“Yan tak dapat maafkan perempuan yang sanggup mencabar kesabaran Yan.. maafkan Yan!”Gagang telefon kuletak segera. Aku jenguk ke kiri kanan. Mujurlah semua sudah tidur.. jadi tiada siapa tahu apa yang kukatakan pada suamiku tadi. Dalam gelap aku merenung masa depan. Andai cinta itu sudah tiada kurelakan segala-galanya terjadi.. walaupun aku yang akan tersungkur kerana luka ini..

“DIAN, kamu dah gila ke?”soal abah namun aku buat tak tahu. Beg pakaian sebesar tong beras kupikul ke tangga. Mak dan Fina Cuma menggeleng kepala. Memang mereka tak faham keadaan hati aku yang dah remuk ni. Tapi demi Allah, kerana aku sayangkan Aznil aku mengambil keputusan untuk mengundur diri. Aku tak mahu menjadi penghalang kehendak hatinya, jauh sekali menjadi punca keretakan hubungannya dengan Izan.

“Mak, Yan pegi dulu ye?”aku meraih tangan mak dan menciumnya.

“Yan.. dengarlah nasihat abah ni.. berdamai.. kalau perempuan tu puncanya kita selesaikan sekarang..”abah memegang bahuku.

“Cemburu biar bertempat Yan..”mak pula bersuara. Aku Cuma tersenyum. Ni bukan kes cemburu dah mak.. ni kes nak mati dah ni kalau Yan diam jer.. sekurang-kurangnya biar si Aznil tu tahu aku bukan perempuan bodoh! Aku mengangkat beg dan melangkah menuju ke arah jalan raya. Aku sendiri tidak pasti kemana harus aku tuju. Semalam aku sudah menelefon Mahani teman seuniversiti dulu. Dia sanggup menumpangkan aku sementara aku mendapat rumah sewa di sana nanti. Lagipun, untuk ke Cyberjaya aku perlu menaiki Bas ke Putrajaya. Ahh.. soalnya sekarang aku ke KL dulu..

“Along! Along tunggu!”Langkahku terhenti Belum sempat aku melepasi laman Ina sudah berteriak dari tingkap. Tergesa-gesa dia turun dan mendapatkanku. Ina memegang lenganku.

“Mak Ngah Som telefon, dia kata abang Nil masuk hospital..”Apa? Beg terlepas dari pegangan. Serius benarkah sakit dia? Aku pandang abah dan mak. Tapi mulutku berat untuk mengungkap sesuatu. Abah dan mak seakan faham dan segera menuju ke van.

“Mari kita ke hospital,”ujar abah dan aku masuk ke dalam van tanpa banyak soal.

AKU masih berdiri di luar pintu. Nak masuk ke tidak ni.. nak masuk ke tidak.. aku lihat semua ahli keluarga Aznil berkumpul di katilnya. Malu pun ada pada mertua kerana perbuatan aku yang memang dahsyat ini.

“Yan, buat apa kat sini?”Opocot! Aku berpaling. Wajah bapa mertuaku sedang tersenyum itu kutatap.

“Abah.. maafkan Yan abah..”Aku terasa air mataku dah menitis. Abah senyum dan mengusap kepalaku lembut.

“Dah la tu.. adatlah rumah tangga.. mari tengok suami kamu..”Dia menarik lenganku masuk ke dalam wad. Aku segera merapati Aznil yang tersenyum. Tangannya kukucup dan kugenggam erat.

“Yan minta maaf bang.. Yan tak sangka sakit abang seteruk ini..”pintaku.

“Doktor kata abang demam biasa jer.. tapi.. sakit di hati Yan tu lebih lagi kan.. abang minta maaf.. abang tak sepatutnya mengutamakan kawan abang dari isteri yang paling abang sayang..”pintanya lagi.

“Abang.. Yan tak halang abang berkawan tapi..”

“Abang dah tahu segala-galanya.. memang wajar Yan menyuruh dia pergi dari hidup kita.. abang sendiri tak sangka Izan selama ini mencintai abang.. tapi sungguh Yanlah orang yang abang cintai.. tak ada orang lain lagi..”kata-katanya membuatkan aku malu. Dahlah semua orang ada di sini.

“Dengar tak tu?”mak menjeling. Aku Cuma tersenyum. Iye mak.. salah Yan..

“Yan ambil abang air Yan”pintanya. Aku segera bangun tetapi tiba-tiba saja terasa pandanganku gelap. Eh kenapa ni?

“Yan.. Yan!”Suara-suara itu kedengaran sayup di cuping telinga.

MAK , abah, ibu Aznil dan ayahnya tertawa kelucuan. Eh.. kenapa pulak ni? Aku cuba bangun tapi dihalang oleh Aznil. Aikkk.. apasal pulak aku yang baring atas katil pesakit ni?

“Bang.. kenapa dengan Yan ni bang? Apasal Yan pulak yang baring sini?”soalku. Aznil tersenyum sambil mengucup dahiku.

“Abang tak tahu nak cakap macammana.. abang gembira sangat..”ucapnya sambil tersenyum-senyum. Mak dan abah juga turut tersenyum.

“Kau ni suka sangat buat lawak la Yan..”Kak Sal sudah tertawa kecil. Lawak? Apa yang lawak ni?

“Tadi kau pitam.. doktor dah check.. tahniah.. tak lama lagi jadi ibu..”

Apa?? Aku ternganga, betul ke apa yang aku dengar ni?

“Yan dah pregnant, sebulan lebih..”tambah Kak Sal lagi. Apa? Dah sebulan lebih? Biar betul.. tapi.. tak pernah pun aku muntah-muntah ke apa..

“Tapi.. tak ada tanda-tanda pun Yan mengandung..”soalku keliru. Mak menggeleng kepala.

“Bukan semua orang yang mabuk-mabuk.. ni contohnya.. suami kau ni yang demam teruk, rupa-rupanya nak jadi ayah. mabuk-mabuk kau tu kena kat dia…”seraya itu mereka tergelak kelucuan. Hah? Aku pandang Aznil yang tersenyum ceria.

“Patutlah abang selalu pening-pening.. loya-loya.. Yan pulak badan naik semacam.. ada orang baru nak datang..”usiknya. Aku turut tersenyum. Malunya! Barulah aku perasan, adik-adik dan suami komplen badan berisi, rupa-rupanya perut aku yang berisi..

“Lain kali kalau nak marah sangat pun, siasat dulu.. ini sampai nak tinggalkan kampung halaman..”aduii.. pedihnya kata-kata mak. Tapi, bukan salah aku.. kalau tak terjadi perkara itu sah mereka tak tahu berita gembira ini.

“Tak apalah.. yang penting tak lama lagi kita akan dapat cucu..”ibu mertuaku tersenyum sambil memelukku.

“Lepas ni jangan nak bergaduh-gaduh lagi.. jaga isteri kamu baik-baik Aznil..”pesan bapa mertuaku.

“baik abah..”

“Si Dian pun sama.. jangan nak tunjuk-tunjuk perasaan.. suami isteri ada masalah bincang.. bukan sorang ke sana sorang ke sini.. ni dah nak dapat anak.. dengar tak ni Yan?”aku angguk mendengar nasihat abah.

“Abah nak ke surau ni.. kejap lagi abah dan mak datang balik..”Abah, mak serta bapa dan mak mertuaku beredar meninggalkan katil begitu juga Kak Sal suami isteri. Aznil merenungku lama.

“Kenapa abang renung Yan?”soalku.

“Abang tengok Yan nie semakin..”dia senyum.

“Semakin apa?”soalku sambil membalas genggaman eratnya.

“Semakin tembam!”Apa? Seraya itu lengannya kucubit membuatkan dia tertawa kecil.

“Ohh.. kutuk kite ye..”

“Tak.. Yan ni suka buat lawaklah..”

“Kenapa pulak?”soalku.

“Iyelah.. Yan tu marah lebih.. tapi sayangnya kat abang ni tak terhingga betul tak?”soalnya.

“Kalau tak takkan abang sedar salah abang kan?”soalku kembali. Aznil mengangguk setuju.

“Abang marah ke Yan balik ke rumah mak?”soalku.

“Marahlah jugak.. pasal Yan tak nak jaga abang.. nasib baik ada Izan..”usiknya.

“Abang ni!”Aznil tertawa melihat aku mula merajuk.

“Boleh abang tahu kenapa Yan marah sangat pada dia?”soalnya. Aku menggeleng kepala. Biarlah itu menjadi rahsia kami berdua sahaja. Lagipun dia sudah pergi jauh dari hidupku.

“Tak apalah.. yang penting abang tetap setia pada Yan. Janganlah Yan bimbang.. Kita bina hidup baru.. dengan baby yang bakal lahir ni, okey?”

Aku angguk. Aku berjanji sendiri.. demi Aznil yang kucinta, demi rumahtangga kami yang sedang meniti bahagia ini.. aku tidak akan terburu-buru lagi dalam membuat pertimbangan. Terasa hidupku bermaya kembali, terima kasih mak, abah kerana menemukan Yan dengan suami sebaik ini!

“Yan sayang abang..”ucapku tulus.

Bersambung…………..

0Komen:
1. Jangan Menggunakan Simbol '@' Ini Untuk Nama Anda..
2. Jangan Lupa Follow Brozai Di Twitter..Klik Di Sini !
3. Terima Kasih Dengan Komen Anda

Catat Ulasan

 

Copyright © 2009 by Brother Zai - Template by Blog Templste 4 U | Blogspot Tutorial | Sport Page Ranking Tool