Iskandar



Assalamualaikum..

Lia pejam mata, inilah kali pertama biliknya dijejaki lelaki selain dari ayah. Suhu dibilik dikala malam yang mengigit gelap di luar rumah dah semakin panas, bahangnya seiring dengan bahang didalam hati Alia yang membara. Panas,.., panas jangan rapat nanti boleh hangus kalau tak tahan dengan bahangnya.

Alahai Ayah..!

Peristiwa dua bulan yang lalu kembali menerjah ke mindanya. Pesanan ayah kepada Dila teman serumahnya supaya pulang ke kampung dipenuhinya. Dia mohon cuti seminggu dari En. Wong Wai Meng, pengurus projek yang tegas, kena bebel dulu baru dapat kelulusan. Nasib baik telinga nie dah lali dengan ayat pengurus yang terkenal dengan panggilan mulut besar itu. Ah kacang jer kalau tahu caranya. Alia senyum bangga kerana selain dari cuti bersalin inilah cuti yang dapat kelulusan dengan mudah. Mungkin ‘mood’ En Wong Wai Meng baik hari itu. Kata Musa, teman sepejabatnya, En Wong Wai Meng kena loteri. Ada-ada aje idea Musa.

“Ha..kahwin..?” separuh menjerit Alia sebaik sahaja mendapat kabaran dari ayah, yang telah menerima pinangan dari sebuah keluarga dari Bandar.

” Yer.. kahwin..kamu tak tahu apa tu Kahwin .? ayah tersenyum melihat anaknya yang tak senang duduk.

Ish ayah nie, orang tahulah apa tu kahwin budak belum sekolah pun tahu apa tu kahwin niekan aku yang dah 12 tahun tinggalkan sekolah. Rambutnya yang lurus yang baru pertama kali mencecah bahu itu dikuaknya berkali-kali kebelakang, seingat Alia inilah pertama kali rambutnya panjang kalau dulu lebih senang rambut pendek, anak saudaranya kata macam tomboi ah biarlah aku lebih selesa dengan gaya macam tu, kalau tak kerana Ibu dah lama dah aku potong… adoi rimas pulak, sikit-sikit rambut depannya terjurai ke dahi…. Ah ..aku botakkan jugak kepala nie kang. Geram Alia dalam hati.

” Lia bawak duduk lia..” Ibu menatang dulang yang lengkap dengan teko tinggi perak kesayangan ibu, dipadankan dengan cawan yang seingat aku, yang aku hadiahkan pada ibu sepulangnya aku dari China, sepiring kuih bingka kegemaranku, tapi sayangnya petang itu kuih bingka yang kupesan ibu buatkan tak secalit pun mencuit seleraku.

Ayah sengih lagi.. ” Ha Lia, cuba kamu bawak duduk lia ..pening kepala ayah tengok kamu kehulur—kehilir macam satu masalah besar jer..”

Alia pandang tajam pada ayah. Alia tahu ayah perasan tapi ayah sengih lagi lebar. Adoi tensionnya… Alia jerit dalam hati. Didongakkan kepalanya memandang kipas yang berpusing laju. Hai dah Full dah aku pasang tapi masih berpeluh lagi, mengalahkan orang balik kampung jalan kaki pulak peluhnya mengalir. Alia pejam mata.
Terbayang wajah ayah sewaktu aku menolak pinangan dari Pak Kassim sebulan yang lalu.
” Masuk nie dah empat kali pinangan orang ayah tolak, Lia..” rokok yang masih berbara ditonyoh kedada extray.Pening kepalanya melayan kerenah anaknya yang sorang nie. Malu dengan keluarga Haji Selamat tak hilang lagi,dan sekarang nie bertambah pula pada teman karibnya sendiri, Kassim.

Alia sengih. Ish siapa nak kat Dolab samseng tu, getusnya dalam hati. ” Alah , ayah tak pecahkan rekod kak Yatie lagi,mana boleh..”

” Apa ..pecah rekod ? oo kamu nak sampai berapa lagi pinangan yang ayah nak kena tolak.?” Ayah bukak kopiahnya , betambah pening kepalanya yang separuh putih itu. ” Kak Yatie kamu tolak sebab dia dah ada orangnya, kamu dah ada orangnya ke? Ha kalau dah ada bawa-bawa jumpa ibu dengan ayah kat kampung nie..”

Alia tarik muncung.
” Ha Alia, bawak lah jumpa ibu..” ibu dari tadi yang setia disisi ayah bersuara.

Alahai siapa pulak nak jadi pak sanggup nie. Nak suruh Zam, sekarang nie tengah perang besar dengan dia. Nak minta tolong Mahmud, ish macam masuk mulut buaya jer rasanya. Sani..! alamak tengok muka pun orang tak confident umur dah 28 tahun.Siapa ..siapa.. semua kawan lelaki yang aku kenal semuanya dah ada bini dah ada bakal bini nanti kalau bini atau bakal bini diorang tahu tak ke aniya nama tu. Ish tak sanggup aku silap haribulan dapat title baru pulak. ..

Penyelamat sementara.

Beg galasnya diisi dengan beberapa pasang pakaian, ditepuk-tepuk begnya agar tak kelihatan membulat.
” Berapa hari kau kat kampung..” Noni mengambil tempat dikerusi malas didalam bilik Alia. Mug ditangan dipegang cermat. Sesekali dia meniup isi mug yang kelihatan berasap.
” Dua hari jer…”
” Hai..jadi ke Zam ikut kau balik kampung ?”
” Ha ..mana boleh tak jadi..” Alia sengih..Adoi letih jugak nak pujuk jantan sorang nie.
Hampir seminggu dia cuba menyelesaikan persengketaan yang tak sengaja berlaku antara dia dan Nizam.
” O oo patut lah dia buat baik dengan kita..!” tangannya masih lincah menekan butang-butang huruf di papan kekunci ” Rupanya ada Udang menyorok disebalik wantan mee..”
Alia senyum.. ” Alah Zam..kau janganlah marah aku..lagi pun aku betul kenal budak perempuan tu..” Alia ikat rambut dengan getah rambut yang setia dipergelangan tangannya. ” Dia tu kaki cukur..kawan aku dah terkena, takkan kau sebagai ex-ngorat aku pun nak terkena jugak…” Alia sambung, sambil tersengih.
” Apa ganjaran yang aku dapat..” cermin matanya ditanggalkan, ditonyohnya mata yang separuh pedih.Petang nie dia asyik menghadap komputer sampai berair biji matanya.
Alah tolong sikit pun dia minta upah.. ” Aik..tak boleh ker kau tolong aku dengan ikhlas hatinya” Alia mencebik.
” Kawan kau yang lain..?” kini dia menghadap teman sekerja yang suka bertekak dengannya.
Alia memuncungkan mulutnya. Ish kalau aku kata kau last choice yang aku ada, tak jadi pulak nanti. ” Aku rasa dalam banyak-banyak kawan yang aku kenal kau jelah yang paling faham aku..” harapnya jawapan yang tepat.
” Aku kan musuh kau..!” Nizam tersengih. Sengaja mengapikan teman dihadapan. Dia suka dengar Alia berceloteh, macam nenek, membebel boleh tahan, tapi pedasnya sampai berasap telinga bagi siapa yang terkena.
” kekadang tu musuh adalah seseorang yang lebih memahami diri kita lebih dari sahabat..” Alia menambah.
Nizam senyum…
” Lia…” wajah Dila terpacul dimuka pintu. ” Zam datang.., eh kau nak pegi mana nie..”
” Dia balik kampung lah..” Noni membantu menjawab, mug kosong diletakkan dimeja study Alia , sambil menjenguk ketingkap. ” Fuyoo, Honda Civic kau Lia.. kira bakal menantu bergaya habis lah nie..”
Alia turut sama menjengah keluar tingkap, alamak hai awat hang bawak keta mahai Zam ooi..hai nasib baik jalan raya kat kampung baru ditar.Kira selamat lagi lah, tapi aku tak jamin tak masuk tanah merah..
” Ha bakal menantu .. ?” Dila kerut dahi. ” Sejak bila pulak kau dengan Nizam nie ada Affair ha?”
Alia senyum. ” Aku pergi dulu..” sambil menepuk bahu Dila. ” Kau jangan takut, aku dah bagi hint kat Zam yang kau suka kat dia, tapi nak tau tak jawapan dia..”
” Ha apa dia..?”
” Dia senyum jer.” Alia angkat bahu. Dia memang ada niat untuk merapatkan Dila teman serumahnya itu dengan Nizam. Kesian dengan Dila, dapat boyfriend kaki pukul. Kira kalau dia dengan Nizam, selamatlah jugak, walaupun Nizam nie keras hati tapi boleh dibawa berbincang. Tambahan Dila pula lemah-lembut orangnya, tak seksi sangat, boleh dikatakan citarasa Nizam lah. Lemah-lembut, ada wajah keibuan, kira sesuailah.

Oh Alia.

” Hai Alia..tak sangka kau pakai kain batik..”

Alia kerut dahi… ” kenapa… tak percaya..”

” Bukan lah tak percaya, Cuma tak sangka, sebijik macam perempuan melayu terakhir..” Nizam memandang Alia, totally dia berubah, baru siang tadi aku berhadapan dengan minah yang ala-ala tomboi, sedikit kasar. Tapi bila kat sini, di kampung nie, aku seakan berhadapan dengan gadis desa yang penuh budi perkerti adat tatasusila melayu,lemah-lembut namun tegas. Nizam senyum.Terbayang perasaannya semasa bertembung dengan Alia, selesai solat Maghrib berjemaah dengan keluarga Alia.Dia tak pasti apakah perasaan itu, yang dia pasti dia tergamam seketika,melihat gadis dihadapannya yang sungguh manis memakai baju kurung kedah yang berwarna sedikit pudar, dan berkain batik. Dan tambah memalukan, akibat begitu asyik memerhatikan temannya yang sedang sibuk membantu ibunya didapur, sehingga tak sedar dirinya diperhatikan oleh Haji. Mahmod, ayah Alia. Tak sangka Alia mempunyai dua watak yang berbeza,kira aku nie tergolong dalam golongan bertuah dapat merasainya.” Boleh lah buat luruh jantung aku nie..” sambil tangan sasanya ditekap didada bidang miliknya.
Alia sengih.Bukan tak pernah orang puji dirinya. Ayah pun selalu puji aku.
” Kau nie cantik, secantik nama kau Nurul Alia..” Saat itu Nizam memandang wajah Alia, mencari mata bundar milik temannya itu.

Ish .,.gerunnya aku duduk lama dengan mamat nie. Alia bangun, kemudian membuang pasir halus ditangannya. ” Kau jaga api nie baik-baik yer ,Zam..” Selipar jepun yang dibuat alas punggungnya disarungkan kekaki.
Nizam senyum, dia tak mengagak tindakkan Alia sebegini,kebiasaannya dia akan membetah. ” Kau nak tinggalkan aku sorang-sorang ker..”
” Kenapa..kau takut.?” Alia berpaling, rambutnya yang panjang paras bahu itu turut terbuai mengikut lenggok kepalanya.
Sekali lagi Nizam terpana. Cepat-cepat disedarkan diri. ” …bukan apa, aku takut sejuk..” perlahan dia bersuara,dia berharap Alia tidak mendengarnya, kalau tidak nahas aku.Dia yakin Alia tidak mendengarnya kerana temannya itu terus mengatur langkah meninggalkan dirinya. Matanya memerhatikan langkah Alia sehingga dia benar-benar hilang kedalam rumah.
” Halim…Halim..” Alia berteriak diruang tamu, memanggil adik bongsunya.
Kelihatan adiknya yang dah makin tinggi macam pengait berlari-lari anak masuk ke dalam rumah. ” Yes..sister..” Alia sedikit mendongak memandang adiknya. Dulu dalam keluarga nie hanya dia yang paling tinggi, sekarang dah datang pencabar. Alah lelaki biasalah hormon lambat bertindak.
” Kau buat apa..?” dilihatnya Halim yang sedikit berbahang diwajahnya,
” Main api…” Halim berseloroh.. ” Tak lah.. jaga air, dengan masak telur rebus dengan abang Zam..”
Alia senyum. ” Nah..” dihulurkan dulang yang berisi seteko kopi, dan beberapa cawan serta sepiring kuih talam baki juadah petang yang tak habis. ” Nie bagi kat Zam okey..”
” Aaa.. buat apa sweater nie..” sweater kini tersangkut dibahunya.
” Bagi jer kat Zam tuu, dia kata dia sejuk..!” Alia tersengih.
Halim kerut dahi.. sejuk? Aku nie dah nak berpeluh duduk dekat api tu dia boleh pulak sejuk.. hish orang Bandar, tak faham aku.. Halim geleng kepala kemudian berhati-hati menatang dulang keluar rumah.
Iskandar senyum meleret, terbayang wajah gadis tomboi yang selalu diusiknya dulu, Berwajah ala- ala Cina dan berambut pendek. Gadis itu pantang dicabar, setiap minggu ada saja idea untuk mencabar gadis itu. ” Aku cabar kau..” ayat tu famous dibibir ini.
” Woit ..kau rasalah kan ada tak orang nak kan kau nie.” Gadis dihadapannya mencebik. ” Dah lah macam jantan, tengok macam, Salmi” anak ketua kampung yang pemuda-pemuda kat dalam kampung rebutkan.. ” lemah-lembut., pandai ma..”
” Ah sudah lah.. aku tak mabuk lah nak kan lelaki..” pantas gadis itu mebidas..
Kali ini Iskandar senyum lagi lebar … memang kau tak mabukkan lelaki..tapi aku yang mabukkan kau. Setelah hampir 10 tahun dia di New York, akhirnya dia tergerak untuk kembali ke tanah air.Tiba-tiba dia jadi rindu, rindu untuk ketemu dengan teman-teman lama, dan juga rindu untuk ketemu gadis tomboi itu. Dan semalam rindu itu terubat, dia tidak ketemu gadis tomboi yang dia bayangkan ketika menjejakkan kakinya di KLIA, tapi dia ketemu gadis yang umpama bidadari, pertama kali melihatnya dalam identiti yang baru itu, di Majlis doa selamat dirumah Haji Mahmod, dia terus terpikat, dan dia makin mabuk apabila tidur malamnya mula dihiasi wajah indah milik gadis idamannya itu.
” Lia ..aku nak hantar mak aku pinang orang ..” ketayap putih yang dipakainya dillipat kecil, lalu dimasukkan ke dalam saku baju melayu merah hatinya , kebetulan sedondon dengan baju kurung Alia. Terasa macam berjanjilah pula.
” Iyer..wa.. baru sebulan kau kat sini ,dah ada yang terbekenan yer. Pantas..”
” Pantaskan…” wajahnya didekatkan ke wajah putih milik Alia.
Alia senyum, dia sedikit berganjak. ” Siapa? ..Salmi?”
” Aku cabar kau..”
” Kau nie tak sudah-sudah mencabar aku,.. eh nie Lia tau, pantang dicabar..” Alia tergelak terkenang saat usianya remaja belia, nakal, dan tak makan saman.
” Aku cabar kau.. jadi suri dihati ini…” lambat-lambat Iskandar bersuara, namun pantas menikam kedada Alia. Dilihatnya wajah Iskandar yang serius dengan kata-katanya. Sesaat kemudian Alia tergelak…menyembunyikan getaran yang tiba-tiba mengetuk didadanya.
Iskandar tekat.
” Mak , esok kita balik kampung , tapi sebelum itu mak tolong temankan Is, beli cincin…” Hajah Maimon terkasima. ” Mak tolong pinangkan anak Haji Mahmod..” malu-malu dia untuk meneruskan ayatnya.
” Siapa… Alia..” wajah wanita yang awal 50an itu bercahaya, apabila menyebut nama gadis itu.

Bila kebingungan itu menjelma.

Nizam terburu- buru menghampiri meja yang terletak ditepi tasik.
” Ha..apa mustahak sangat nak jumpa aku ni..” sebaik sahaja dilabuhkan punggungnya dikerusi bertentangan dengan gadis yang berskaf separuh bewarna biru lembut.
Gadis dihadapannya mengeluh lembut. ” Hari nie last aku belanja kau..” Cermin mata hitamnya ditanggalkan.
” Aik tak sampai sebulan pun, ni dah langgar perjanjian..”
Alia ketap bibir. Dia pernah berjanji akan belanja Nizam makan selama 2 bulan kalau rancangan mereka berjaya. Tapi tak sampai 2 minggu, ayah dan Ibu didatangi rombongan meminang, kali nie tak tahu dari mana. Kata Ibu dari Kuala Lumpur.dan lebih dukacitanya ayah dan Ibu terima pinangan keluarga itu, tanpa berunding pun dengan dia, tidak seperti yang dilakukan dulu, minta persetujuan darinya. Mungkin ayah dan ibu dah mengagak jawapan dari aku. Tapi aku tak salahkan ayah dan Ibu ..silap aku juga, sebelum pulang ke KL selepas kenduri, aku ada pesan dengan Ibu, kalau ada orang masuk meminang dalam minggu depan ibu terima, kalau tak Alia akan tunggu Zam habis pengajian diperingkat Master, idea Nizam yang diterima pakai. Adoi kenapa begitu yakin, ha sekarang aku dah terjerat. Alia ketuk dahi.
” Siapa ?” membulat mata Nizam. Lah baru nak merasa makan free.
Alia geleng kepala.. ” Iskandar..” nama itu lancar dibibir mungilnya. Dan nama itu juga lancar di bibir ayah, jelas dipelupuk telinganya.

Hilang Teman mengadu

.Hari nie hari terakhir Zam menjadi teman sepejabatnya. Tiba-tiba hati Alia menjadi sebak mengenang saat manis bersama teman yang suka bertelingkah dengannya, teman yang sering tak sependapat, tapi itu luaran sahaja namun dia memuji kewibawaan lelaki itu, dia memuji sikap terbuka lelaki itu, dan sesungguhnya dia mengagumi lelaki itu. Siapa yang nak buatkan kopi untuknya bila petang menjelma. Siapa yang nak beri gula-gula setiap hari. Ah gula-gula boleh beli sendiri ,kopi buat sendiri . Alia ketap bibir. Tapi siapa nak dengar masalahnya. Alia kesat mata, air jernih itu mengalir tanpa diminta. Eh apa ni. Pantas disimbahnya air jernih dimuka yang tidak sedikit pun tercalit pewarna. Aku menangis? . Alia Tanya diri.
Sulie menghulurkan sebuah bungkusan yang indah berbalut. ” Ish apa susah-susah nie , Su..” namun huluran itu disambut juga. ” mana Alia..?” matanya mencari disegenap ruang, tubuh tinggi lampai milik temannya itu.
” Tuu..” Su memuncungkan bibirnya yang merah kearah sesusuk tubuh yang berbalut kurung hijau. Oh hari ini, hari Jumaat. Getus Nizam dalam hati.

” Kau kerja dengan family kau..?” sepotong kek blueberry tinggal separuh dipinggan, dicuitnya. ” Erm tak sangka..kaya jugak kau ni rupanya..” Alia geleng kepala, disangkakan Nizam orang sederhana sepertinya. Lelaki itu tidak pernah memperlihatkan kedudukan keluarga yang mempunyai rangkaian hotel terkemuka di Ibukota, dan sebuah syarikat consultant. Alia pegang dahi, ah normal lagi, getusnya dalam hati. Pernah dia tolong jahitkan kemeja Nizam yang tertetas benangnya, malah kemeja itu sering dipakai lelaki itu.
Nizam senyum. ” Sekarang kau dah tahu rahsia akukan ? dan aku berharap kau tetap menjadi sahabat aku..” Nizam telan liur.
” relax, brother..” wajah Nizam dipandangnya. Dihulurkan tangannya.ingin bersalaman . ” We still friend..” lantas ditumbuknya telapak tangan Nizam. Seperti biasa dilakukan, Alia tersengih. Macam mana kaya pun kau Nizam, aku akan tetap jadi kawan kau..kalau itu yang kau mahukan.
” eh.. lagi 2 minggu kan hari perkahwinan kau ?” mata Nizam bercahaya..
Alia telan liur.. ish kalau boleh dia nak lupakan hari itu. Alia senyum kelat.
” Aku harap kau tetap jadi teman aku, walaupun aku dah dapat title baru nanti..” Matanya mula berkaca ..cepat- cepat Alia dongakkan wajahnya, agar air jernih itu tidak mula bertakung.
” Aku sanggup jadi teman terbaik yang pernah kau miliki Lia, dan aku harap kau sanggup jadi teman sehidup semati aku selama-lamanya..aku nak kau jadi permaisuri hati ku” Nizam kenyit mata, apabila matanya bertembung dengan mata bundar milik Alia.
..kenapa? tak percaya … mata disebalik cermin mata itu berbicara.
.. bukan tak percaya,, tapi tolong jangan main-mainkan perasaan aku, tambahan situasi aku yang sudah tak mampu berundur… mata bundar itu berbicara.
Nizam mengeluh lembut. Namun dia masih mampu tersenyum. Kenapa berdegil Lia.. hati Nizam berbicara sendiri.

Iskandar

Terbayang wajah cemasnya apabila terpandang wajah lelaki itu ketika sang suami yang sah menjadi suaminya menyarungkan cincin tanda ikatan perkahwinan mereka ke jarinya manisnya petang tadi. Alia ketap bibir bila terbayang senyuman dibibir lelaki itu. Geram.
Sebaik terpandang wajah lelaki itu yang memasuki, dihalaunya lelaki itu keluar.
“Lia.. kenapa halau menantu ayah ni..” wajah ayah terpacul dimuka pintu.
” Dia dah melampau” bibirnya berbicara seakan berbisik, Alia ketap bibir, terasa dirinya dipermainkan.
” Alia…” suara ayah keras memberi amaran.

————————————

Lelaki yang berdiri segak dengan baju melayu yang sedondon dengan baju kebaya longgar yang dipakainya tersenyum memandang Isteri yang baru dinikahi, dan baru sahaja mengimamkan solat isyak dan solat sunat syukur, berjemaah bersama isteri tercinta..
Alia ketap bibir, sampul yang berisi gambar yang diberikan ibu dua minggu yang lalu dilipatnya kecil. Sekiranya dari awal lagi dia membuka sampul itu,sudah pasti dapat dicincangnya awal-awal lagi lelaki itu.
” Aku tak cukup kreteria ke Lia..”
” Aku bercermin mata.. dan lagi aku bagi kau bonus lagi, aku ada lesung pipit..” lelaki yang baru menjadi suaminya itu tersenyum, memperlihatkan kedua lesung pipit yang menjadi igauan wanita yang pernah melihat senyuman itu.
” Hah..perasan..” Alia mendengus, Hatinya menjadi lembut dan dia tersenyum akhirnya.
” ha manis pun isteri abang nie tersenyum..” Saat itu dicuitnya dagu isterinya. Abang..! Alia tiba-tiba terasa seram sejuk tubuhnya.
” Sayang, tak sudi terima abang ker..?” masih marahkah dirimu padaku. Sudah ku katakan aku ingin dirimu menjadi teman sehidup sematiku untuk selama-lamanya.
Sayang..! dia panggil aku sayang. Saat itu Alia mula berganjak sedikit apabila dirinya terasa begitu hampir dengan lelaki itu, hinggakan bauan yang disembur ditubuh lelaki itu begitu pekat dihidungnya, lembut dan menyenangkan.
” Sayang, tak sudi terima abang ker..?” soalan yang sama diucapkan Nizam.
Alia membisu.. ” Nizam.. awak kan suami saya..” lambat-lambat Alia bersuara,dia dah tak tahu nak bahasakan dirinya macam mana, aku dan kau.. alamak macam tak sesuai je..
” Sayang tak sudi terima abang ..”
” Awak dah pun menjadi suami saya..”
” Sayang , tak sudi terima abang ..?” soalan yang sama di ulangi Nizam.
Alia angkat muka, lama juga ditundukkan muka. Malu.Tapi kalau dah soalan yang sama diulang, hairan juga. Dia kini bertentangan empat mata dengan Nizam. Lelaki itu tidak memakai cermin matanya, Alia gugup.” Syed Muhammad Mukqris Iskandar @ Nizam bin Syed Muhammad Mukqris Aliaz, saya isteri awak dan awak suami saya..” sambil jarinya lembut menujah dada Nizam.
Pantas jemari milik isterinya disambar, lalu diciumnya telapak tangan yang tidak sedikit pun tercalit warna merah.Penuh kasih, berkali-kali. Nizam senyum, dia tahu disaat itu wajah Alia seakan tak berdarah, malahan tangannya kelihatan menggeletar. Alia pejam mata. Sesaat kemudian Alia terdengar Nizam berdoa, dan kemudian ubun-ubunnya dikucup mesra Nizam. Lampu berdiri kecil, yang menerangi bilik pengantin dipadamkan Nizam ” Zam…Lia..takut ..” bergetar suara Alia.
” Shy… abang kan ada..”
“Nizam..Li….”
…Ayah bangkit dari sejadahnya ” Sudah tu Salmah…” bahu isterinya diraih.
” Kahwin jugak anak kita bang..” airmata nya sejak angkat nikah tadi mudah benar mengalir, dia cukup terharu. Walaupun perkahwinan anak kesayangannya itu bukan seperti orang lain, siap bersyarat bagai sekadar majlis sederhana dan majllis kesyukuran, keluarga besannya tidak sedikit pun merungut.
” Alhamdulillah Sal..kalau dah jodoh tak kemana..”

———————————-

Is, kita terlewat sikit jer, mungkin 10 minit .. terngia suara pak lang Ramli, yang menjadi wakil keluarganya.Iskandar tarik rambut, terbayang wajah Salmi, gadis yang ditumpangkan pulang kerumah tok ketua, kalau tak kerana kau, mungkin aku dapat mendahului lelaki itu. Dia terlalu mengharap. Wajahnya dibenamkan didada katil, alangkah bahagianya di malam ini, bukan Iskandar itu yang berada disamping gadis idamannya tetapi aku. YA ALLAH, Astagfirullah halazim.. lelaki itu beristigfar. Diraupnya wajahnya yang kelihatan bulu-bulu yang tumbuh kasar di dagunya. Sesungguhnya aku mendoakan kebahagian dirimu Nurul Alia.

TamaT

0Komen:
1. Jangan Menggunakan Simbol '@' Ini Untuk Nama Anda..
2. Jangan Lupa Follow Brozai Di Twitter..Klik Di Sini !
3. Terima Kasih Dengan Komen Anda

Catat Ulasan

 

Copyright © 2009 by Brother Zai - Template by Blog Templste 4 U | Blogspot Tutorial | Sport Page Ranking Tool