Takagi Sayang (Part 13)



img322
Originally uploaded by Yoshihiro.

IZAN senyum melihat kedatanganku. Segera dia masuk ke dalam Kembara dan kami memecut laju menghala ke arah Kuala Lipis. Aku tak boleh sembarangan jumpa Izan di bandar ini. Mati aku kalau orang nampak.

“Sorry kalau I susahkan you Nil.. tapi I tak ada choice lain..”pintanya sambil memandangku. Apa sudah jadi dengan dia? Badannya yang kecil itu kelihatan cengkung.

“Tak apa.. tapi you kena paham la.. I tak boleh lama-lama sangat jumpa you ni.. Dian tinggal seorang di rumah..” ujarku sambil memberi signal ke kiri bila kami tiba di Jeram Besu. Izan Cuma tunduk dan melepaskan keluhan. Aku mengajaknya turun dan minum di gerai yang terdapat di situ.

Hari khamis begini tak ramai pengunjung yang datang.

“Kenapa you nak jumpa I?”soalku sambil merenungnya tunak. Izan menarik nafas resah.

“You mesti tolong i.. Cuma you jer yang boleh tolong I,”

“Ceritalah.. kalau dapat I tolong, I akan tolong..”aku cuba memberi jaminan.

“Kahwini I ..”Kata-kata yang lahir dari mulut Izan itu membuatkan aku ternganga..

DIAN seperti biasa, selepas mandi dan sembahyang dia akan menyediakan segelas milo panas untukku dan kami akan duduk berbual di anjung rumah, melihat keindahan malam yang ditaburi beribu bintang. Waktu inilah kami akan berbual-bual dengan anak kami, dan sesekali Dian akan tergelak kecil sambil menahan sakit bila anak kami menendang perutnya.

“Abang, kalau terjadi apa-apa pada Yan nanti.. abang kawin lain tak?”soalnya.

“Hishhh.. apa pulak fikir macam tu..”cepat aku memotong sambil merenungnya.

“Yan…Yan takutlah bang.. orang kata bersalin ni antara hidup dan mati..”aku tersenyum dan menggenggam tangannya.

“Janganlah fikir yang bukan-bukan..”aku meneguk milonya yang sedap.

“Abang sayang Yan tak?”soalnya sambil memandangku.

“tentulah..”jawabku ikhlas.

“Kalau abang sayang, jangan sia-siakan kepercayaan Yan pada abang selama ini,”pintanya. Aku mengangguk dan tersenyum.

“Yan dah lewat nie.. pergi masuk tidur dulu, abang masuk kejap lagi, okey?”Yan mengangguk dan masuk ke dalam. Aku menatap wajah bulan yang dipagari bintang.

Dilemma betul aku sekarang ini. Terngiang-ngiang permintaan Izan siang tadi. Adui.. tak ditolong, dia sahabat baik yang pernah berjasa pada aku. Tapi, takkan kerana itu aku harus mengecewakan Dian..

“I .. i tak dapat tolong you Izan..”

“Tolonglah Nil.. i tahu ini berat untuk you tapi i tak ada cara lain..”

“Kenapa sebelum perkara ni terjadi you tak fikir panjang?”Izan menangis tersedu-sedu.

“Cuma you yang I yakin boleh solve problem I ni.. please Nil..”rayuannya membuntukan fikiranku.

Terbayang wajah Izan yang manis itu. Aku pun tak sangka aku boleh menjadi teman rapatnya. Lima tahun kami berkawan, banyak sangat jasa dia pada aku. Waktu aku kesempitan duit dialah tempat aku mengadu. Maklumlah anak tunggal.. bapa pegawai tinggi kerajaan, ibu pula seorang pakar pemakanan.. Di kala assignment aku mengejar dateline dialah teman berbincang, sanggup berjaga hingga ke subuh membantu apa-apa yang patut.. dan paling tak dapat kulupakan sewaktu aku kemalangan di Jepun dulu, dialah yang mendermakan darahnya demi menyelamatkan nyawaku.
Manakan mungkin aku melupakan jasa-jasanya itu. Aku tahu masalahnya kali ini berat.. tapi Izan, aku lebih menyayangi isteriku. Mustahil aku melukai hatinya demi menyelamatkan dirimu.

MENTARI bersinar terang membias jalur-jalur cahaya di permukaan kolam. Kelihatan anak-anak keli yang berusia dua bulan kelihatan berebut-rebut mengisi perut bila makanan ditabur ke dalam kolam. Aku mencampakkan lagi makanan berzat untuk ikan-ikan peliharaanku ini. Kolam di hujung sana sudah diuruskan oleh Man.

Kadang-kadang aku berbangga juga dengan hasil usahaku ini. Selain dapat menjaga mak dan abah yang sudah tua, aku juga membantu mengisi peluang pekerjaan kepada anak-anak muda di kampung ini. Daripada melepak tak tentu hala ada baiknya mereka membantu aku mengusahakan ladang dan kolam. Malah.. aku juga galakkan mereka turut membuka kolam sendiri. Tanah-tanah bendang yang kosong dulu boleh diusahakan projek tanaman pisang. Alhamdulillah.. nampaknya ramai juga yang mengikut jejak langkah aku.

Titisan-titisan embun masih basah di hujung kelopak daun. Aku duduk di atas pelantar sambil berjuntai melihat ikan-ikan yang meriak kelaparan. Permintaan Izan petang semalam benar-benar mengusutkan fikiran. Kalau dari segi duit memang aku boleh tolong, tapi dia meminta aku mengahwininya. Gila!

“Abang.. telefon..”Rusiah sudah tercegat di belakangku dengan handset di tangannya.

“Siapa telefon?”soalku.

“Perempuan..”Hmm.. dah sah dia.

“Cakap abang tak ada.. dah.. jangan kacau abang!”pintaku dan terus meninggalkan Rusiah yang terpinga-pinga. Aku segera menuju ke arah Kembaraku. Tolonglah Izan jangan ganggu aku dengan permintaan paling
mengarut itu!

“Abang!”MasyaAllah! Rusiah tersengih melihat aku terkejut berruk.

“Ada apa lagi?”soalku.

“Telefon.. kakak telefon..”ohh.. segera aku mengambil telefon dari Rusiah.

“Abang.. kat mana tu?”

“Abang kat kolam nie.. kenapa? Yan okey ke?”soalku.

“Abang dah lupa ye.. hari ni kan Yan ada appointment dengan doktor..”Alamak! Aku menepuk dahi. Macammanalah aku boleh lupa.. padahal tarikh-tarikh temujanji dengan doktor memang dalam kepala.

“Sorrylah sayang.. abang lupa betul.. okey.. abang balik sekarang..”Aku segera melarikan Kembaraku. Tiba di halaman rumah kelihatan Dian sudah siap, memakai baju pregnant warna oren lembut dan tudung dari warna yang sama. Aku segera turun dan mendapatkannya.

“Abang tukar baju dulu, okey?”Dian Cuma menggeleng kepala melihat aku kelam kabut masuk ke rumah. Selesai menyarung T Shirt dan Jeans, aku bergegas mengunci pintu. Tangan isteri kupimpin ke kereta.

“Bang.. abang ni Yan tengok sejak semalam tak senang duduk jer.. kenapa?”soalan Dian kusambut dengan senyuman.

“Tak ada apa.. biasa jer.. penat sikit kot..”aku cuba memberi alasan yang terbaik.

“Abang marah Yan ye?”soalnya lagi sambil memegang sebelah tanganku.

“Marah? Kenapa?”soalku hairan.

“Pasal buah nangka hari tu..”MasyaAllah!!! Sebut pasal nangka aku terlupa yang hajat isteriku itu belum tertunai lagi.

“Yan.. sorry la.. abang terlupa pasal nangka tu.. nanti balik nanti abang pergi cari ye?”pintaku. Yan senyum.

“Tapi jangan cari rumah Mak Cik Siah tau bang.. ” sempat lagi dia berpesan. Aku Cuma tertawa. Dia melontar pandangan keluar.

Kadang-kadang aku kesian tengok dia. Pertama, muda-muda lagi dah kena kawin dengan aku. Hehehe.. kelakar bila mengenangkan peristiwa-peristiwa lucu sebelum kawin dulu. Aku pun terkejut juga bila mak dan abah menyatakan hasrat untuk melamar Dian. Iyelah.. sebab aku tahu Dian memang tak sukakan aku jadi bimbang nanti mak dan abah kecewa. Tapi, tak sangka pinanganku diterima. Sebenarnya aku memang sukakan dia. Garangnya memang tak siapa boleh lawan.. lagi la aku suka mengusik. Aku suka bila dia marah.. nampak lebih cantik, lebih terserlah kecunnannya itu.

“Abang.. berangan ye?”sapanya membuatkan aku tersenyum. Selepas meletakkan kereta di hadapan klinik aku menemaninya masuk. Sementara menanti giliran aku membaca beberapa brosur yang disusun kemas di situ. Ramai juga yang datang mendapatkan perkhidmatan dari Doktor Hamidah ini.

“Bang.. Yan nak pegi toilet kejap.. kalau sampai turn Yan nanti abang panggil ye?”Aku bangun dan memimpinnya ke toilet walaupun dia melarang.

Sejak akhir-akhir ini aku lihat Yan kurang bermaya. Mungkin kerana kandungan yang kian sarat.

“Dah la tu bang.. takkan nak masuk sama pulak..”cubitan halus hinggap di perut membuatkan aku tergelak kecil. Yan menjeling geram, ala.. saja nak mengusik..

Aku memandang sekeliling sambil membaca apa yang tertampal di board di depan aku. Tetapi tiba-tiba seorang perempuan bertubuh kecil yang sedang mengambil ubat di kaunter menarik perhatianku. Izan? Segera aku menghampirinya.

“Izan,”Izan menoleh dan tersenyum.

“Berapa bil dia?”soalku sambil mengeluarkan wallet.

“Tak pe Nil, tak pe.. I boleh bayar..”Izan menolak bila aku menghulurkan not lima puluh kepada gadis penjaga kaunter.

“Tak apa dik, abang bayar..”aku terus menghulur dan gadis itu menyambut. Izan mengeluh lemah.

“I ni tak habis-habis menyusahkan you.. you buat apa kat sini?”soalnya.

“I.. I hantar Dian, dia kata dia kurang sihat..”jawabku. Izan mengangguk.

“Tak apalah.. I pergi dulu..”Izan cepat-cepat beredar. Aku menggeleng kepala.

“Puan Diana Adurah!”ops! Aku berpatah untuk ke toilet tapi Yan sudah pun menghampiriku. Kami sama-sama masuk ke dalam bilik. Doktor Hamidah tersenyum melihat kehadiran kami.

“Baby okey? Aktif tak?”soal Doktor Hamidah sambil mengambil tekanan darah Yan.

“Hmm… aktif sangat doktor.. especially bila abah dia bacakan apa-apa surah..”jawab Yan sambil tersenyum memandangku. Tiba-tiba pintu bilik diketuk. Gadis di kaunter bayaran tadi masuk.

“Encik, ini balance duit tadi..”dia menghulurkan sekeping not sepuluh ringgit kepadaku.

“Eh.. abang bayarkan untuk siapa?”soal Dian membuatkan aku menelan air liur.

“Adik silap orang tak?”soal Dian.

“Tak.. betul.. encik ni yang tolong bayarkan untuk perempuan yang masuk sebelum ni..”ujar gadis itu bersungguh-sungguh. Aku tersenyum dan menyambut huluran itu.

“Siapa punya bil Maya?”

“Err.. Nor Azizan Arifin, ” My God! Wajah Dian dah berubah.

“Ohh.. patient sebelum you masuk, Dian.. kesian.. dia demam kuat,”Doktor Hamidah bercerita. Aku menjeling ke arah Dian yang sudah membatu.

“Key.. Dian… semalam call nak scan baby.. boleh la tau baby boy or girl..”Doktor Hamidah tersenyum dan berjalan ke katil.

“Dian, come..”Aku memujuknya lembut tapi dia langsung tak bergerak. Dian bangun, tapi menuju ke arah pintu.

“Tak apa la doktor.. tak payah tahu pun tak apa.. “

“Tapi I belum habis check you..”belum sempat ayat itu habis Dian sudah keluar dari bilik. Aku menepuk dahi beberapa kali sementara Doktor Hamidah memandangku penuh tanda tanya…..

Bersambung lagiiii……………………….

0Komen:
1. Jangan Menggunakan Simbol '@' Ini Untuk Nama Anda..
2. Jangan Lupa Follow Brozai Di Twitter..Klik Di Sini !
3. Terima Kasih Dengan Komen Anda

Catat Ulasan

 

Copyright © 2009 by Brother Zai - Template by Blog Templste 4 U | Blogspot Tutorial | Sport Page Ranking Tool