Takagi Sayang (Part 14)



img322
Originally uploaded by Yoshihiro.

YAN.. nah.. ni nangka yang Yan nak hari tu kan.. abang dah carikan..” aku menghulur sepiring buah nangka yang masak kepadanya. Dian tidak menjawab. Matanya masih tajam merenung rancangan sukan di kaca tv walaupun aku tahu dia tak berapa suka menonton sukan. Aku menggaru kepala. Alamak.. apa cara lagi aku nak memujuk dia ni? Dah dua hari mogok macam ni”

“Err.. apa kata kita plan nama anak kita, nak?”Aku merapatinya tapi cepat-cepat dia beralih tempat.

“Emm.. Yan.. hari tu Yan kata baju baby tak cukup.. jom kita keluar pergi beli..”usulku walaupun aku tahu itu satu cadangan yang bodoh. Mana ada kedai yang buka lagi dah lewat pukul 11.00 sekarang nie..

“Yan.. Yan kenapa ni? Cuba cakap dengan abang apa lagi yang tak kena?”soalku tapi Dian tetap membisu. Aku mencapai remote tv dan switch off. Dian kuhampiri.

“Yan.. pandang abang,”Dian makin menoleh ke arah dinding bila aku menatapnya lama.

“Okey.. abang rasa kita perlu berbincang…”tegasku.

“Cakap, apa salah abang?”soalku.

“Jangan pura-puralah bang! Takkan abang tak tahu lagi?”soal Dian.

“Abang tanya Dian dengan elok, tolong jawab dengan elok..”pintaku bila Dian mula meninggikan suara.

“Abang dah berjanji dengan Yan, abang takkan ada apa-apa hubungan lagi dengan dia.. tapi di klinik kelmarin tu apa?”soalnya.

“Yan tak yakin dengan abang ke? Izan tu kawan abang, abang dah lama kenal dia.. salah ke abang menolong dia?”soalku.

“Tapi abang dah berjanji dengan Yan,”

“Kenapa Yan ni cemburu sangat?”soalku akhirnya. Tension dengan kerenahnya yang mengada-ngada.

“Cemburu Yan bertempat bang.. dia pernah cuba merampas abang dari Yan, wajar Yan cemburu, curiga.. kenapa dia mesti datang lagi ke sini? Untuk apa? Kerana abang kan?”Dian merenungku dengan air mata yang sudah berlinangan.

“Apa bukti yang dia mencintai abang?”soalku. Dian terdiam.

“Kenapa diam? Abang rasa Yan sangat memahami abang. Okey.. memang abang rapat dengan Izan, tapi tak lebih dari seorang kawan. Tapi, kerana cemburu Yan tu dia terpaksa pergi. Abang pun pelik dengan Yan nie.. apa salah Izan tu pun abang tak tahu..”aku mengurut dahi.

“Abang ingat tak abang kata kat Yan dulu? Abang kata abang tak tahu dia cintakan abang selama ni.. “

“Itu kerana abang tak mahu Yan berprasangka buruk pada hubungan kami,”Yan merenungku lama.

“Abang, kerana Dian tak mahu abang membenci dia Yan tak pernah beritahu kenapa.. tapi sebagai isteri, dia dah melampaui batas.. dia mencabar kedudukan Yan, priority Yan sebagai isteri abang..”Dian bangun dan menuju ke bilik. Aku Cuma memandang langkah beratnya dengan penuh kesalan. ..

“KENAPA you tak beritahu I you demam?”soalku. Izan Cuma tersenyum sambil menghirup kopi panas.

“Tak mengamuk ke isteri you tu kalau dia tahu you jumpa I nie?”soal Izan memerli. Aku senyum.

“Dian bukan begitu orangnya.. ” aku cuba membela imej Dian. Izan senyum lagi.

“I kenal you dah lama.. dan I boleh beza apa yang you cakap tu benar atau salah..”sekali lagi aku terpukul dengan sindiran Izan.

“You dah cakap dengan dia?”soalnya. Aku menarik nafas kemudian menggeleng kepala.

“Kita ke sempadan je Nil..”Izan memegang tanganku.

“Izan.. you jangan buat kerja gila..”pintaku sambil melepaskan pegangannya. Izan mengeluh sambil memicit dahinya.

“Kalau you tak tolong I matilah I Nil..”pintanya sambil mengesat pipi yang mulai basah.

“Kalau I kawin dengan you boleh solve ke problem you?”soalku. Izan mengangkat bahu.

“Sekurang-kurangnya I ada someone yang boleh I percayai..”jawabnya.

“And then?”Izan senyum sahaja bila aku bertanya begitu.

“Kita ikhtiarkan cara lain.. okey?”pujukku.

“Cara apa?”soal Izan sambil tertawa kecil.Pandangannya dilontar keluar.

“I tak mahu melukakan Dian.. tak adil bagi I kalau I buat macam you suggest ni..”aku cuba menerangkan kepadanya.

“Atau you takut bini?”soal Izan lagi.

“Bukan soal takut atau sebaliknya Izan.. I kawin bukan suka-suka.. I cintakan dia.. dan I hormati pendirian dia. Lagipun selama ini kami bahagia.. perkahwinan bukan permainan bagi I, bukan pertaruhan atau perjanjian untuk menyelamatkan diri..”Izan menjelingku.

“I bukan nak harta you Nil.. dan I bukan nak gugat kedudukan Dian sebagai first wife.. I Cuma perlukan you.. to be my protector..”jawabnya.

“Kalau benar you anggap I sebagai kawan baik you, tolonglah Nil.. ” pintanya lagi. Dan aku Cuma mampu mengeluh seperlahan yang mungkin…

“ABANG memang jumpa dia..”kataku akhirnya. Dian yang sedang merenungku menarik nafas berat.

“Jadi, betullah apa yang Fina beritahu Yan..”Aku mengangguk. Tak perlu lagi aku nak berselindung. Lagipun perkara yang benar.

“Kalau begitu.. tak perlulah Yan tanya apa-apa lagi..”Dian mengesat pipinya yang basah. Aku mengeluh dan duduk disisinya.

“Yan tak mahu dengar penjelasan abang?”Dian menggeleng kepala.

“Tapi abang perlu jelaskan pada Yan sesuatu mengenai Izan..”

“Tak perlu, Yan memang tak akan faham.. sebab abang lebih kenal dia dari Yan. Malah abang terlebih dulu berkawan dengan dia sebelum berkahwin dengan Yan.. abang tersilap kerana memilih Yan..”ujarnya.

“Yan.. janganlah cakap macam tu.. Izan lain.. Yan lain.. abang tak pernah membandingkan Yan dengan dia..”pujukku lembut.

“Sudahlah.. terpulanglah pada abang.. fikirkanlah masak-masak tentang perkahwinan kita nie.. tentang anak abang ni.. ” Dian memandangku lama. Aku tunduk. Tak terniat langsung untuk aku melukakan hatinya, jauh sekali membuatkannya menangis.

“Yan.. Izan dalam kesusahan sekarang.. dia perlukan bantuan abang..”

“Sudahlah bang.. Yan dah cakap, Yan tak nak dengar apa-apa lagi..”Dian bangun dan masuk ke bilik.

Aduii.. buntunya fikiran aku! Aku segera mencapai kunci motor. Lebih baik aku mencari ketenangan dahulu. Antara Dian dan Izan sama pentingnya. Bukan suka-suka Izan mahu aku mengahwininya.. dia meminta pertolongan dan wajar bagi ku untuk membantunya. Tapi kenapa Dian tak mahu mengerti?

“Kau nie.. sama ada gila atau hilang akal.. ” Abah menggeleng kepala. Aku tersenyum.

“Kenapa pulak abah cakap Nil macam tu?”soalku.

“Buat apa lagi kau jumpa perempuan tu?”Alamak.. aku tidak jadi meneguk nescafe panas yang emak buat.

“Dia ada masalah mak, abah.. bukan suka-suka dia nak datang cari Nil..”aku cuba menegakkan kebenaran.

“Apa masalah dia sampai sanggup datang ke sini?”soal abah.

“Dia dah guna duit syarikat tempat dia kerja tu. Orang yang ada bahan bukti tu ugut dia, kalau dia tak mahu dibawa ke balai dia mesti jadi isteri orang tu..”ujarku.

“Jadi?”

“Jadi.. dia minta Nil kawin dengan dia..”mendengar jawapanku itu abah dan mak berpandangan.

“Nil.. kalau nak percayakan orang janganlah sampai ke tahap paling tak logik..”abah menggeleng kepala.

“Tapi bah.. Nil terhutang budi pada Izan, dia pernah selamatkan nyawa Nil dulu.. jadi..”

“Jadi untuk membalas budi kau kena jadi suami dia?”soal abah pantas. Mak menarik kerusi dan duduk di sebelahku.

“Nil, perkahwinan bukan semudah yang disangka. Kau tak kesian ke pada Yan? Apa dosa dia sampai kau sanggup lukakan hati dia?”

“Mak.. Nil sayangkan Yan.. bukan Nil dah berpaling arah atau sebagainya.

Tapi Izan kawan Nil. Pada siapa lagi dia nak minta tolong kalau bukan Nil?”soalku kembali.

“Sampai kau sanggup mengorbankan rumahtangga kau?”soal abah. Aku mengeluh.

“Jangan ingat perkara ni main-main Aznil. Ini berkaitan dengan agama, tanggungjawab, keadilan.. ” sambung abah lagi.

“Abah tahu Izan ada berniat tak baik pada kau dan Dian.. abah tak mahu kata apa-apa.. hal ini abah nampak dengan mata abah sendiri, dan Yan juga nampak..”

“Apa maksud abah? Abah pun sama macam Yan..”

“Aznil.. kalau benar Izan tu perempuan baik-baik, dia tak akan ganggu rumahtangga orang.. takkan semata-mata nak elak dari masalah dia , kau yang dipilih untuk menjadi penyelamat” sedangkan rumahtangga kau bergoncang.. itu mementingkan diri sendiri namanya.. jangan gunakan keistimewaan berkahwin lebih dari satu tu untuk merosakkan kebahagiaan yang kau kecapi sekarang ni Nil..”

Aduiii.. kusut fikiran aku.

“Dengar nasihat abah dan mak ni Nil.. ” Aku mengangguk akur.

“Tak apalah mak, abah.. Nil balik dulu..”aku menyalami abah dan mak sebelum keluar dari rumah..

Bersambung………………

0Komen:
1. Jangan Menggunakan Simbol '@' Ini Untuk Nama Anda..
2. Jangan Lupa Follow Brozai Di Twitter..Klik Di Sini !
3. Terima Kasih Dengan Komen Anda

Catat Ulasan

 

Copyright © 2009 by Brother Zai - Template by Blog Templste 4 U | Blogspot Tutorial | Sport Page Ranking Tool