Takagi Sayang (Part 4)



ABAH membetulkan kopiah putihnya di kepala. Mak yang asyik menjahit sesekali mengerling ke arahku. Suasana malam itu agak suram. Biasanya kami akan berkumpul bersama menonton tv. Adik-adikku awal-awal lagi dikerah masuk ke dalam bilik. Aku cuma buat muka selamba bila mata abah singgah di wajahku.
“Apa yang dah jadi ni, yan?” soal abah penuh lembut. Aku angkat muka.

“Apa yang dah terjadilah abah!” jawabku ringkas.

“Tahu tak apa yang kau dah buat ni?” soal mak pulak. Aku cuma buat muka sardin.

“Petang tadi kelam kabut Ngah Usop dengan Som datang ke sini tanyakan hal siang tadi,” abah menggeleng kepala, bingung.

“Dia yang cari pasal dulu, sakit kan hati orang..tak serius..”

“Kalau si Aznil tu tak serius takkan sampai kau berdua bertunang ni Diana ooii..” mak bersuara.

“Apa yang kurangnya Aznil tu? Pelajaran ada.. rupa ada.. rajin bekerja.. kau tengok tu.. umur belum lagi masuk 30 dah ada macam-macam..agama pun alhamdulillah..bahagia hidup kau dunia akhirat.. ingat senang ke nak dapat budak baik macam Aznil tu?” Amboi, beriya-iya benar abah puji bakal menantu nampak!

“Yan tak nak kawin dengan dia,”

“Kenapa dulu tak cakap awal-awal? Kan mak tanya dulu masa dia orang merisik kau.. kenapa masa tu tak cakap terus terang tak sukakan dia?”

“Dulu ingat tak jadi macam ni..”

“Dah tu?”

“tolonglah mak, abah..Yan betul-betul dah tawar hati kat dia..” pintaku.

“Jangan nak malukan abah, Dian, Abah tak mahu timbul masalah macam ni..ni abah tak suka ni..” warning abah.

“Kan abah kau ni pantang undur belakang..bak kata Slam tu..Tak Mungkin Berpaling..” Hai, boleh tahan jugak mak aku ni..aku sengih.

“Like father like doughter, Yan pun tak mungkin berpaling jugak mak,”

“Eh budak ni!” Mak membeliakkan matanya. Biarlah, yang nak kawin aku, bukan dia orang. Sukalah aku punya decision!

“Sudahlah tu mak nya..cakap banyak pun tak guna,” Mak dah pandang muka abah cemas. Aku pulak tersenyum macam dapat duit satu juta. Tentu abah tak mahu memanjangkan cerita. Cinta tak boleh dipaksa..kawin pun tak boleh dipaksa..dah aku tak mahu, so kenalah terima. Macam ni la abah yang understanding!

“Nanti dulu bang, saya belum habis lagi ni..apa kesalahan Aznil sampai kau tak nak kat dia?”

“Yan tak suka dia, tu je ..Yan rasa tak boleh hidup dengan dia..”jawabku ringkas.

“Kalau iye pun tak suka ikut la adat..kita ni orang melayu, orang kita kaya dengan adat..” mak menggeleng kepala.

“Ikut adatlah ni..Yan bagitahu kat mak..abah..nanti mak dengan abah cakaplah kat keluarga dia!”

“Amboi..pandai sangat mengajar orang tua..” tegur abah setelah sekian lama membisu.

“Anak abah kan..mestilah pandai..” Saja aku menyakat abah.

“Hai maknya..lemah akal saya cakap dengan anak awak ni..”

“Kau ni memalukan mak dengan abah aje tau Yan? Kejap nak kejap tak nak..lepas tu main ikut sedap hati je bertindak..”

“Betullah apa yang Yan buat ni mak..”

“Betul? Yang kau pergi baling cincin tunang kau tu siapa suruh? Macam tu ke pulangkan pemberian orang?” soal mak geram.

“Mana ada..” jawabku slow sambil mengurut-urut jari manisku yang telah kosong. Mak menjeling tajam.

“Habis, yang kau campak kat sungai tadi tu apa?”

“Tu..itu bukan cincin tunang..tu cincin yang mak kasi hari tu..Yan silap buang..”

“Apa? Silap? Betul bukan cincin tunang?” soal mak bertalu-talu. Aku angguk sikit.

“Jadi, cincin tunang tu ada lagilah?” Aku mengangguk terpaksa membuatkan mak dan abah tersenyum lega.

“Tapi mak abah..Yan tetap dengan keputusan Yan..” kata kata ku itu membuatkan mak dan abah terdiam. Abah mengurut kepala bingung. Aku cuma buat dek sambil menoleh ke arah bilik. Ehh..ada pengintip kat balik langsir! Ohh..mendengar dari tadi rupanya..kalau ada lastik dah lama aku lastik tiga-tiga ekor tu.

“Kenapalah dengan kau ni Yan..”keluh mak. Aku senyum. Nampaknya kemenangan berada di pihak aku!

“Dah la tu maknya..marilah kita pergi,” Abah akhirnya bersuara. Mak pandang abah lama.

“Apa pandang-pandang saya pulak? Cepatlah siap!” gesa abah. Mak renung abah antara percaya dan tidak.

“Awak biar betul abahnya..”

“Betullah..apa yang tak betulnya? Kita pergi rumah Usop sekarang jugak,” Yahoo!! Kalau tak fikir mak dan abah ada kat situ dah lama aku melompat tinggi. Bye bye buaya darat!!

“Abahnya..benda ni masih boleh diselesaikan antara kita anak beranak..takkan cepat benar awak terpengaruh dengan budak ni..fikir habis-habis bang..”

“Daripada benda ni berlarutan dan bertambah memeningkan kepala saya..lebih baik kita..” Abah mencapai kunci vannya yang tersangkut di dinding.

“Kita apa?” soal mak sambil membetulkan tudung kepala. Apa la mak ni, tak faham-faham lagi ke?

“Kita cepatkan tarikh langsung budak berdua ni!” Apa? Saat itu aku rasa nyawaku melayang. Abahh??

…..bersambung…

0Komen:
1. Jangan Menggunakan Simbol '@' Ini Untuk Nama Anda..
2. Jangan Lupa Follow Brozai Di Twitter..Klik Di Sini !
3. Terima Kasih Dengan Komen Anda

Catat Ulasan

 

Copyright © 2009 by Brother Zai - Template by Blog Templste 4 U | Blogspot Tutorial | Sport Page Ranking Tool