Terima Kasih Teman : Part 8



“Ika, kau kena balik ke sini sekarang! Syed ‘accident’.”

Kata-kata Daniel mengejutkan Ika. Seminggu sebelum dia pulang ke kempung menjenguk kedua orang tuanya dan adik-adiknya. Syed masih sihat menghantarnya ke lapangan terbang. IKA terus meminta diri dari Umi dan Abahnya. Balqis bertegas menghantar Ika dan anak-anaknya serta Amran ke lapangan terbang. Setelah dia boleh berbahagia dnegan keluarganya, Syed pula ditimpa bencana. Ika terus mengambil ‘flight’ ke Terengganu. Sebaik tiba di Terengganu, Daniel setia menantinya.

“Parah ke dia, Nell?”
“Ntahlah Ika, tapi buat masa ni da masih tak sedarkan diri.”
“Ya allah! Tabahkan hatiku, selamtkanlah suamiku.”
“Sabar Kak Chik. Am yakin, Abang Chik selamat.”

Amran memberi harapan agar Ika tidak terlalu beremosi. Sebaik tiba di hospital.

“Wad 8A, Ika.”
“Am tengok budak-budak ni ya. Akak naik dengan abang Nell. Lagipun budak-budak ni dah penat.”

Ika melangkah laju, dengan adanya Daniel. Ika dibenarkan masuk tanpa sebarang pas. Setiba di wad Syed, Ika terus menangis hiba. Melihatkan Syed yang masih terlena dengan wayar-wayar di lengannya. Malah kakinya berbalut kemas.

“Ika….”

Syed memanggil Ika dengan lemah dan sayu. Ika menghampiri Syed dan mencium tangan Syed berkali-kali.

“Ya, bang….Ika ni.”
“Abang tak apa-apa, cuma abang rindukan Ika dan anak-anak.”
“Abang tidurlah. Abang masih lemah lagi tu.”
“Jangan tinggalkan abang, sayang.”

Ika mencium lembut dahi Syed. Daniel menghampiri Ika.

“Nell, boleh bawa anak-anak dan adik Ika ke rumah. Ini kuncinya. Kalau boleh, minta Nell tengok-tengokkan mereka sementara Ika di sini.”

Daniel mengangguk. Selepas Daniel berlalu. Ika termangu di tepi katil. Raut wajah suaminya dipandang sayu. Dulu dia tidak pernah terfikir akan menjadi isteri kepada teman baiknya sendiri. Malah dia menolak Syed mentah-mentah bila Syed meluahkan perasaannya. Diusapnya wajah Syed lembut. Airmatanya gugur, kalau tidak kerana menyelesaikan kekusutan keluarga. Tak mungkin Syed ditinggalkan bersendirian di rumah. Ika merasa benar-benar bersalah.
Wajah Syed ditenung lagi, teringat kembali zaman perrrsekolahannya bersama Syed dulu. Tak pernah dia merancang bahawa suaminya adalah insan yang paling rapat dengannya selama ini. Malah Syed hanya tua 3 bulan darinya. Ika tersenyum sendirian, mungkin kerana jodohnya dengan Syed maka Allah tentukan cara mana Ika dan Syed boleh bersama. Beberapa hari semenjak dia ke rumah umi, badannya selalu sakit-sakit. Mungkin kerana kerinduan yang amat sangat pada Syed yang bersendirian. Ika merenung wajah Syed sayu, dielus lembut rambut suaminya yang terjuntai di dahi. Lelaki inilah yang diimpikan oleh Azie, lelaki inilah yang dipuja Azie. Malah Ika sendiri tahu Azie boleh buat apa saja untuk memiliki suaminya.

“Takkan Ika biar orang lain merampas abang dari Ika. Ika terlalu sayangkan abang. Seluruh jiwa raga Ika pertaruhkan buat abang. Ika cintakan abang.”

Sejurus dengan itu, Syed terbatuk kecil. Ika terkejut.

“Ika….”
“Ya, abang.”
“Abang pun cintakan Ika.”

Ika tersnyum, tak terduga oleh dirinya. Pengakuannya sebentar tadi disedari Syed. Ika mencium tangan Syed kemudian di bawa kepipinya. Syed membuka mata, memandang Ika.

“Air….”

Ika bergegas bangun menyuakan air ke mulut Syed. Beberapa hari Syed terlantar di hospital, dan tiap-tiap hari jugalah Ika bermalam di hospital. Amran dihantar oleh Daniel setiap pagi ke sekolah barunya iaitu Sekolah Menengah Sultan Sulaiman. Malah Mak Mah telah dihantar oleh kedua orang tua Syed untuk menjaga kedua-dua anaknya. Akhirnya Syed dibenarkan pulang dan diberi cuti rehat selama seminggu. Ika menjemput Syed bersendirian di hospital.

“Mana anak-anak?”
“Kat rumah, diorang tunggu abang kat rumah je.”

Selepas ‘check-out’ mereka beriringan melangkah pulang. Syed bergegas untuk memandu. Ika terpaksa akur.

“Abang….Kita ada re-union sekolah malam Khamis ni.”
“Iya ke? Kat mana tu?”
“Dekat Terengganu gak! Sebab ramai member-member sekolah kita setuju nak adakannya di Grand Continental.”
“Baguslah tu. Dah lama tak jumpa member-member lama. Dah hampir 10 tahun, kan.”
“Ika ingat abang tak nak pergi.”

Ika memandang jauh keluar tingkap kereta.

“Siapa yang kita kena ‘contact’ untuk confirm tempat untuk kita?”
“Rin dan Syaf.”

Ika menjawab pendek.

“Hah! Hantarlah sms kat Rin, tempah untuk 4 orang.”
“Siapa ramai-ramai tu?”
“Kembar kita tu. Kali ni abang nak beritahu semua kawan-kawan kita abang miliki segalanya.”

Jari jemari Ika digenggam erat.

“Jamuan tu lagi 4 hari, kan? Esok kita pergi shopping baju untuk ke jamuan tu. Abang nak pakai biru je.”
“Habis?! Sempat tak? Kalau abang biru, Ika dan anak-anak kena colour lain ke?”

Ika bersuara perlahan.

“Kenapa ni, sayang?”
“Ika takutlah, bang?”
“Takut apa? Azie?!”
“Tak jugak! Lagipun abang tahu tak, budak-budak dari Kemaman yang beria sangat buat re-union ni untuk pelajar Permatang tahun kita. Diorang nak jumpa kita semua.”
“Haa! Baguslah.”

Kereta memasuki kawasan apartmen mereka. Ika membantu Syed mengangkat beg dan beberapa kelengkapan.

“Ika buat abang macam patah kaki tangan ya.”
“Isy! Ada ke macam tu. Ika tahu abang tak hundred percent sihat lagi.”
“Eh!! Abang dah sihatlah, nak angkat Ika pun dah boleh tau.”

Tanpa sedar, mereka telah menapak di depan pintu apartmen. Sebaik pintu dibuka.

“Abah!!!”

Ain dan Aril menyerbu dengan pelukan dan ciuman bertalu-talu.

“Abah sakit tu, abah kena ‘rest’.”
“Hah! Amran pun ada. Lama abang tak jumpa Am tau.”
“Abang apa khabar?”

Sebaik melepaskan pelukan pada abang iparnya, Amran terus bertanya khabar.

“Dah besar adik ipar abang ni?”
“Iyalah, dah sekolah menengah pun, bang. Awek pun dah ada tu. Ni kes tukar sini sebab ayah suruh tukar sini. Tiap malam telefon kat rumah tu berdering. Nak cakap dengan mamat cute ni.”
“Kak Chik ni banyaklah! Mana ada, Am yang nak pindah sini nak dekatkan diri dengan akak dan abang. Am nak lepaskan rindu Am selama 6 tahun ni.”

Ika terdiam.

“Akak masuk dapur dulu. Nak tengokkan Mak Mah tu! Masak apa untuk hari ni.”

Ika tak mahu kisah lampau diulang kembali. Tak snaggup rasanya dia mengulang kembali memori-memori hitam dalam hidupnya itu. Di dapur.

“Ika dah beritahu Syed?”

Persoalan dari Mak Mah membuatkan Ika teringat kembali apa yang menimpanya beberapa hari lepas. Ika menggeleng.

“Kenapa tak beritahu perkara baik macam tu awal-awal?”
“Ika lupalah, nantilah.”

Ika memeluk Mak Mah. Dia benar-benar terlupa.

“Hisy! Budak ni, anak baru dua dah nyanyuk ke?”
“Mak Mah masak apa? Ika rasa Ika nak makan tom yam je.”
“Hah! Mak Mah tahu, Tu Mak Mah dah masakkan. Jom kita makan ramai-ramai.”

Ika membantu Mak Mah menyiapkan meja makan. Di meja makan.

“Ika, abang tengok bukan main lagi Ika melantak tom yam tu. Kali ni dah masuk 3 mangkuk kan?”

Syed menegur.

“Biarlah, Syed. Selama ni makan tak pernah lalu. Biar si Ika ni makan puas-puas. Lagipun selama ni dia selalu susah hati. Dengan karenah anak-anaknya. Dengan macam-macam hal lagilah.”
“Takut Syed tengok Ika makan banyak-banyak macam tu. Licin pinggan dia.”
“Tak suka Ika makan banyak-banyak sudah.”

Ika mengangkat punggung dari kerusi, terus ke dapur membasuh pinggannya.

“Amboi! Sensitifnya, Kak Chik kamu ni Am.”
“Alah, selama ni abang takde nak pujuk-pujuk. Bila abang balik nilah dia nak merajuk.”

Amran mengusik lagi.

“Ika nak masuk bilik dulu. Penat betul hari ni.”
“O.klah tuan puteri. Nanti adinda hantar kekanda putera masuk beradu.”
“Amran….”

Ika mulai geram dengan sikap Amran yang suka mengusiknya. Ika berlalu masuk ke bilik. Novel yang baru dibelinya petang tadi dibuka untuk dibaca. ‘Seredup Kasihmu’ karya Nia Azalea, keluaran terbaru Alaf 21. Di bacanya dengan khusyuk. Hobinya nan satu ini tidak pernah berubah. Ika semakin terbuai dengan novelnya. Tiba-tibanya kepalanya terasa berputar-putar, tekaknya terasa loya. Dia mencapai beg galasnya. Di cari jeruk mempelam yang dibelinya petang tadi. Kemudian sambil mengunyah jeruk, Ika kembali menyambung bacaannya yang tergendala.
Syed masuk bila melihat isterinya berbaring malas di katil dengan novel yang masih terbuka didadanya. Dikemaskan disekitar katil, Ika telah terlena. Hairan dia bila melihat 2 plastik asam jeruk terdampar kosong di sisi Ika. Ketika Syed cuba menarik novel dari pelukan Ika, Ika terkejut.

“Abang….”

Terpisat-pisat Ika bangun.

“Syy…Tidurlah, kenapa ni?”
“Tak sedar pukul berapa Ika lelap, bang?”
“Kenapa ni? Tidur jelah.”
“Ika bukan nak tidur sangat. Hisy! Tak sedar bila terlelap, Ika tunggu abang masuk.”
“Kenapa?? Nak apa-apa dari abang ke?”

Syed tersenyum sinis.

“Hisy! Ke situ lak dia ni.”

Syed menekan remote tv di biliknya. Syed bersandar di kepala katil, manakala Ika terus merebahkan badannya ke dada Syed.

“Ika nak baritahu abang sesuatu ni.”
“Hah?! Hal apa ni?”

Ika menarik tangan Syed kemudian di bawa keperutnya. Syed mencium ubun-ubun Ika lembut.

“Abang faham tak?”
“Apa dia ni?”

Ika mengulang aksinya sebentar tadi. Syed masih menonton tv.

“Abang ni, sia-sia je. Malaslah nak layan abang.”

Ika berlalu turun dari katil. Tiba-tiba tekaknaya terasa loya. Ika bergegas ke tandas. Syed kehairanan.

“Tulah banyak sangat makan.”

Bebelan Syed membuatkan Ika semakin geram. Ika keluar dari bilik air dengan bercekak pinggang.

“Malam ni abang tidur luar!”
Ika meradang. Syed bertambah kehairanan.
“Kenapa pulak ni?”
Syed menarik Ika ke dalam pangkuannya.
“Abang tahu tak?!”
“Tak tahu, sayang. Kenapa sayang tak nak pergi ke re-union tu ke?”
“Takk…”
“Sayang rindu abang?”
Ika menggeleng.
“Nak manja ngan abang ke?”
Ika menggeleng lagi.
“Nak balik rumah Umi?”

Ika menggeleng. Akhirnya Ika jadi sebak sendiri. Airmata bergenang. Syed semakin panik. Di tutup televisyen di depannya. Hajatnya untuk main-main dengan Ika hilang.

“O.k, tell the truth, honey.”
“Abang tak faham saya.”

Ika memanjat naik ke tempat baringannya. Ika tersedu di bantalnya. Geram dengan sikap acuh Syed. Syed memujuk Ika berkali-kali.

“Kenapa ni? Jangan buat abang macam ni? Please…honey. Jangan buat abang serba salah. Abang minta maaf ok?”

Syed mengangkat tangan tanda ‘surrender’.

“Saya….Saya….’pregnant’. Sampai hati abang.”

Syed terkejut. Patutlah isterinya sensitif semacam je. Malah makan pun bukan main lagi berselera. Syed menarik Ika ke sisinya. Dia benar-benar gembira. Tak bermaksud pun di hatinya untuk menyakiti hati isteri yang sedang mengandungkan benih cinta mereka.

“Beat me, honey!! Tapi dont do like this to me….Please. Punish me, honey.”

Ika memeluk tubuh suaminya erat. Syed mencium ubun-ubun isterinya lembut.

“Syukurlah…Nanti Ain dan Aril dapat adik. Kali ni Syed ke? Syarifah?”

Syed benar-benar gembira. Esoknya selepas menghantar Amran dan anak-anaknya ke sekolah, Syed menghabiskan masa di rumah. Bersama isteri tersayang, diturut segala kehendak Ika.

“Dulu abang terlepas saat-saat macam ni, sekarang abang nak hargai masa ni betul-betul. Dah berapa bulan, sayang?”
“4 months. Tapi tak macam yang dulu, 4 bulan dah susah nak bergerak.”
“Yang tu dua-dua sekaligus.”

Ika masih dalam pelukan Syed, lansung tak berenggang.

“Hari ni kita nak shopping, kan?”
“Alamak, abang pun lupalah. Lepas Am dan Aril balik nanti kita pergi. Sayang larat ke?”
“Baru 4 bulan, bang. Daki gunung pun boleh lagi ni.”
“Jangan kamu buat gitu Ika. Terkangkang kamu nanti. Syed, Ika….Lusa Makcik dah nak balik. Kamu tak kisah, kan?”
“Takpelah, makcik. Ika boleh lagi masak untuk orang rumah ni.”

Bahu Mak Mah dipeluk manja.

“Makcik bimbangkan Ika. Jangan buat kerja bera-berat ya. Jangan biar Ika tertekan sangat. Nanti jejas ‘baby’ tu. Tidur jangan lewat-lewat. Kamu tu Syed, balik jangan lewat-lewat. Bimbang Ika tinggal sorang-sorang kat rumah ni.”
“Iyalah Makcik, Syed akan jaga Ika baik-baik.”
“Makcik bukannya apa. Kamu ni orang muda. Jangan ikut darah muda kamu.”
“Muda apalah Makcik ni. Dah 28 tahun. Dah ada anak pun. Tahulah kami Makcik.”
“Esok kita hantar Makcik kat airport, bang.”
“Tak payah naik tu lah, Ika. Naik bas dahlah.”
“Takpelah, lagipun bukannya Makcik boleh duduk dalam bas lama-lama. Naik ‘flight’ sejam lebih je dah sampai.”
“Makcik gayat.”

Jawapan Mak Mah membuatkan Ika dan Syed ketawa. Petang itu, mereka mengajak Mak Mah dan Amran merayau ke serata ceruk bandar Terengganu..

0Komen:
1. Jangan Menggunakan Simbol '@' Ini Untuk Nama Anda..
2. Jangan Lupa Follow Brozai Di Twitter..Klik Di Sini !
3. Terima Kasih Dengan Komen Anda

Catat Ulasan

 

Copyright © 2009 by Brother Zai - Template by Blog Templste 4 U | Blogspot Tutorial | Sport Page Ranking Tool