Terima Kasih Teman : Part 9



“Hah! Lamer tak tengok kau, Syed.”
“Kau yang menghilang. Ghaib.”
“Mana anak isteri kau, aku dengar sekarang bukan main lagi. Kau dapat cekup ‘burung impian’ ya.”


Zul mengusik, sebaik melihat kelibat Syed dalam majlis re-union tersebut. Sementara di sudut lain. Ika melayani Rin, Sue, Zira dan beberapa orang teman lain.

“Ika….Ada someone nak jumpa kau.”
“Sapa?!”
“Adalah tu member lama yang paling syok kat kau masa sekolah-sekolah dulu.”

Ika cuba mengingat kembali teman-teman lamanya.

“Jeng!Jeng!”

Ika terkejut, begitu juga teman-teman lain. Azlan muncul tanpa disangka-sangka.

“Hai, Ika.”
“Hai je, tadi bukan main nak bagi something. Jeles aku bila fikirkan kau, Lan.”

Maa mengusik Azlan. Azlan tersengih-sengih. Namun Ika sedikit kurang senang dengan situasi sedemikian.

“Just for my girl.”

Azlan menghulurkan sekuntum mawar dan sekotak hadiah.

“Aku kena tinggalkan mereka berdua je. Jom kawan-kawan, jangan dikacau kekasih lama ni nak bersembang.”

Maa menarik teman-teman sekitar Ika agar berlalu dari tempat Ika dan Azlan berada.

“Jom, duduk sana.”
“Lan….Kenapa buat semua ni kat saya.”

Azlan menarik dua buah kerusi dan mereka duduk berbual di sudut itu.

“Sebab awak istimewa Ika.”

Ika hanya menunduk.

“Saya tak boleh terima semua ni. Saya…saya….”
“Jangan, Ika! Saya tunggu awak selama 15 tahun. Tiada sapa yang boleh menarik awak dari terus menjadi pujaan saya. I want you married me, Ika.”
“Nonsence!! Kenapa awak tak siasat status saya sekarang ni?! Awak tahu tak siapa saya, mungkin lepas awak tahu siapa saya. Awak takkan seberani macam ni.”
“Saya tahu siapa saya, Ika. Tapi tak payahlah awak berpura-pura. Mesti awak nak saya tahu awak dah berkahwin, kan?”
“Ya!”

Ika menjawab tegas.

“Azie dah beritahu segalanya pada saya, awak dah banyak berubah. I cannot believe yang awak dah kahwin. Siapa suami awak?! Dah berapa anak awak ada sekarang?! Saya tahu awak dah kahwin tapi, dengan insan yang awak benci, kan?”
“Azlan!!!”
“Awak tak bahagia, kan? Bercerailah dan married me.”
“What you talk about, Azlan?”
“Saya dah kahwin dan awak kenal suami saya, malahan kami dah dikurniakan 2 orang anak. Kami bahagia.”

Azlan terpempan.

“Who’s the lucky guy?”
“Azie tak beritahu awak?”

Azlan menggeleng hampa.

“Azlan!!! Long time not see you. You dah benar-benar berubah.”

Kedatangan Syed melegakan Ika. Syed terus memegang kerusi yang diduduki Ika.

“Syed….Ingat lagi kau kat aku.”
“Ika, Ain dan Aril need you now.”

Syed berbisik ke telinga Ika. Azlan hanya memandang tanpa mengesyaki apa-apa.

“Syed….Come join me. I want ask you about Ika. I need to know the truth.”
“What you want know, Azlan.”
“Ika is my lucky girl, i always dream to get her as my ‘queen’.”

Giliran Syed mula terkejut. Benarlah apa yang diberitahu Rin sebentar tadi. Azlan cuba mendapatkan Ika kembali.

“Lan….kat mana kau kerja sekarang.”
“Multech Trading. My own company.”
“Ohh….I pernah dengar tentang syarikat tu. Tapi tak pasti perusahan apa yang dijalankan. Kat mana kau menghilang lepas kau pindah dulu?”
“New Castle, papa paksa I ikut dia. Jadi I terpaksa tinggalkan Ika sendirian. Kesian dia. I tak pernah luahkan apa yang tersirat selama ni padanya. I really love him. He’s so special in my life. And now I lost him.”

Syed cuba bertenang.

“Ika dah kahwin.”
“Ya, aku tahu. Tapi dia tak bahagia dengan her husband, kan? Azie sendiri cerita kat aku, dia kena tangkap khalwat dan terpaksa dikahwinkan dengan paksa. I tak nak dia menderita, Syed. Malah Azie pun beritahu aku suami Ika kekasih dia. Dia akan cuba dapatkan husband Ika walau dengan apa cara sekalipun. I tak nak Ika di sakiti. Kau tahu sapa hubby dia?”
“Hmm…..”
“Abang….”

Azlan dan Syed sama-sama berpaling.

“Yes, honey!”
“Abang nak sangat abang dengan dia. Please….”
“Syed….”
“Maafkan aku, Lan. Ika milikku yang sah dan kami bahagia.”
“Ya allah! Maafkan aku, Syed.”

Azlan benar-benar kecewa. Di tahan hatinya gara tidak memberontak. Selepas meminta diri, Azlan terus meninggalkan majlis. Azlan memandu laju menuju ke Pantai Batu Buruk.

“Nonsence!!!”

Penumbuknya dilepaskan ke stereng kereta. Dia menekup muka ke stereng dan melepaskan tangisnya.

“Syed kawan aku, dan Ika…..Ya allah! Papa hukuman apakah yang menimpa anakmu ini. Kalau kutahu aku akan sekecewa ini, takkan kumelangkahkan kaki ke daerah ini. Bedosanya ku, Ya allah.”

Syed terduduk di pepasir. Ingatannya kembali mengingati apa yang pernah diberitahu tentang Ika dari Azie.

“Kau ke mana selama ni?”

Waktu itu Azlan tidak sabar untuk bertanyakan Azie tentang Ika.

“Aku ikut family aku ke New Castle, papa kecewa selepas semua orang salahkan kami kerana kematian mama. Argh! Lupakan tu semua. I need to know about someone. Dan aku balik ni pun kerana dia. Tak sabar aku nak bawa dia kembali mengikutku berjumpa family ku di sana.”
“Who?!”
“Ika….Ika Ashrima you knew him.”
“Ohh…Ika.”

Azie mengeluh. Azlan lansung tidak menyedari tentang niat buruk Azie ketika itu.

“Dulu dia best friend aku. Tapi….”
“Tapi apa?”
“Tapi sekarang dia dah rampas kekasih aku, Lan. Dia dah kahwin sekarang.”
“Argh! I’m lost again.”
“Hah?!”

Azie hairan.

“Yess! Aku tak boleh hancurkan rumahtangga Ika, aku harap dia bahagia.”

Azlan cuba senyum.

“Tapi….Ika tak pernah bahagia, Lan. Aku tersalah anggap tentang Ika, rupanya mereka ditangkap khalwat akibat rakan baik Ika sendiri. Lantas Ika terpaksa demi menutup malu.”
“What?! Maksud kau Ika tak bahagia?”
“Hmm….”
“Aku ada peluang lagi?”
“Yess….Ika pun ada beri jaminan padaku untuk memulangkan kembali kekasihku yang pernah dirampas olehnya.”

Azlan semakin mengharap.

“It’s take long time to settle all of this.”
“Yess…And i always with you to help you.”
“Thanks…”
“Aku takkan berdiam diri, aku takkan benarkan Azie buat apa-apa pun pada Ika.”

Azlan memandu kembali ke majlis tersebut. Sebaik dia melangkah masuk, Syed sedang berada di pentas. Baru memulakan ucapan.

“Di kesempatan ini saya, Syed Nizam Ikhwan dan isteri saya Ika Ashrima…. Ingin umumkan pada anda semua yang kami benar-benar bertuah memliki anda semua sebagai sahabat kami, serta kedua benih cinta kami Syarifah Ain Asmawati dan Syed Aril Ikhmal. Terima kasih atas kehadiran kalian dalam hidup kami. Tanpa kalian, tak mungkin Ika Ashrima menjadi milik saya.“
Syed menghulurkan tangan ke arah Ika, masing-masing bersorak girang. Ika agak gugup naik ke pentas. Sebaik Ika berada di sebelah Syed, pinggannya terus dirangkul oleh Syed dan satu kucupan kasih hinggap di pipinya. Ika tertunduk malu.
“Malah, tak lama lagi kami akan dikurniakan ‘orang baru’…”

Gamat seluruh dewan dengan pengumuman dari Syed. Azlan terus mengangkat kaki, manakala rakan-rakan yang lain terus menyerbu Ika dan Syed mengucapkan tahniah. Lebih kurang jam 12 malam barulah majlis tamat, Ika dan Syed memimpin putera dan puteri mereka ke kereta.

“Penat betul hari ni, bang.”
“Eh! Apa ni?!”

Syed turun dari kereta bila melihat kertas putih yang diletakkan di bawah wiper.

~……..Assalamualaikum Ika,
Aku harap kau dapat berhati-hati selepas hari ini, terlalu ramai insan yang dengkikan kebahagiaan kau dan syed. Tahniah Syed, kau berjaya juga memiliki sebuah kebahagiaan dengan gadis pujaan ku.
Mungkin korang faham maksudku, aku tak mahu ada di antara kalian teraniaya. Aku tak mahu sesiapa rosakkan kebahagiaan korang. Aku akan pulang ke New Castle esok. Maafkan aku. Aku terlalu sayangkan Ika. Maafkan aku, Syed. Aku sayangkan insan yang telah menjadi milikmu yang sah. Tahniah.

Azlan Dato’ Anwar…..’

“Ya allah! Entah apa yang dilalutkan oleh Azlan ni?”
“Abang….Ika takut, mesti Ika maksudkan seseorang. Seseorang yang pernah salah seorang dari Ika sakiti.”
“Hah! Jangan fikir lagi Ika. Abang ngantuk dan letih ni. Kita kena balik ni.”

Mereka terus pulang ke rumah.

* * *


“Abang!!! Jangan buat Ika macam ni?! Ika rayu, bang!!”

Berubi-tubi tamparan Syed hinggap di mukanya, malah sikap Syed benar-benar menakutkan Ika. Sejak beberapa hari ini Syed seolah-olah melepaskan amarahnya pada tubuh Ika. Syed terus mengerjakan Ika habis-haibisan.

“Abang……..”

Ika terus meratapi nasib malangnya. Syed terus menghilang di bilik air. Kemudian selesai membersihkan diri, Syed terus menghilang. Beberapa ketika kemudian Mak Mah masuk ke bilik Ika. Ika dipeluknya erat, sambil matanya terus dibasahi airmata.

“Maafkan makcik, Ika. Makcik tak boleh buat apa-apa. Betapa seksa kau, nak. Makcik tak tahu kenapa Syed berubah sampaikan begitu sekali.”
“Makcik…..Ika rasa…”

Mak Mah pelik. Ika bangun dengan lemah sambil mengendong perutnya yang semakin membesar. Ika mencapai tuala dan terus menghilang ke bilik air. Mak Mah mengutip pakaian Ika dan Syed yang berteraburan di lantai.

“Pang!!”

Syed berdiri di muka pintu. Mak Mah semakin kecut.

“Makcik buat apa kat billik saya ni!”

Syed separuh menengking. Selama Mak Mah mengenali Syed, tidak pernah Syed bersikap bengis sebegitu. Mak Mah keluar terpisat-pisat dari bilik Syed. Sebaik kakinya melangkah ke ruang tamu.

“Mak cik….”

Syed memanggil lembut. Berbeza dengan tadi. Mak Mah berpaling.

“Maafkan saya.”

Mata Syed berlinang. Mak Mah jadi hairan. Syed duduk di sofa. Dia menekup muka. Mak Mah menghampiri Syed. Sebaik Mak Mah menyentuh lembut kepala Syed. Syed terduduk di lantai memegang lutut Mak Mah.

“Tolong saya, Mak cik….Tolong Syed!!”

Syed teresak. Mak Mah kaget dengan keadaan Syed.

“Kenapa, nak?”
“Saya tak tahan, Mak cik! Ika dah mengandung hampir 7 bulan. Saya tak tahu kenapa sejak akhir-akhir ni, saya benci bila Ika asyik membebel, menengking dan macam-macam. Dia kata saya busuk, malah dia seolah mencabar saya, Makcik. Dia tak mahu saya tidur dengannya malah dia seolah-olah bencikan saya. Saya tak boleh terima. Setiap kali saya melangkahkan kaki ke bilik tu atau melihat Ika. Perasaan marah menguasai saya.”
“Syed…..”

Mak Mah jadi terharu, ditariknya Syed ke sisinya. Nasib anak-anak Syed dan Ika telah diambil oleh abah dan umi Syed sementara waktu cuti sekolah. Syed cuba ditenteramkannya.

“Prang!!!”

Terdengar kaca pecah di dalam bilik. Syed tersentak, bingkas Syed bangun dari duduknya. Mak Mah semakin bimbang, Syed terus berlalu ke bilik. Tangan Mak Mah yang cuba menghalang, direntap kasar oleh Syed. Seperti biasa, di dalam bilik raungan dari Ika akan kedengaran. Mak Mah jadi sebak. Tangisan dan jeritan Ika didengar satu-persatu. Dia mulai syak sesuatu. Mak Mah mausk ke biliknya. Mak Mah mula mengesan sesuatu dengan perilaku Syed sejak 3 bulan lalu. Malah Mak Mah teringat surat yang ditunjukkan oleh Ika padanya selepas balik dari malam re-union bekas pelajar sekolahnya dulu.
Banyak perkara pelik berlaku dalam rumah itu sejak kepulangannya dari kampung dulu. Mak Mah mulai tidak sedap hati. Mak Mah mengambil wuduk dan tunduk menghadap Yang Maha Esa. Diminta petunjuk dari Allah s.w.t, agar keluarga Syed dan Ika beroleh ketenteraman. Sedang dia asyik di tikar sembahyang. Pintu biliknya diketuk bertalu-talu. Sebik saja dibuka, wajah tangis Ika terus menerpa ke arah Mak Mah.

“Makcik, tolong Ika…..Ika tak tahan lagi makcik.”

Ika ditenangkan perlahan-lahan. Diusap rambut Ika yang berserabut. Ika dipeluk dan diusapnya perlahan-lahan.

“Ika rasa, Ika rasa….”
“Ya, sayang, beritahu Mak Mah. Apa yang Ika rasa?”
“Ika takut makcik….Tolong Ika…..Apa yang terjadi hari dan sejak 3 bulan lalu bukannya peribadi abang yang sebenar.”

Mak Mah terkejut.

“Ika…..Ika dengar makcik cakap ni.”
“Lepas Azlan bagi kertas tu…Abang banyak berubah. Ika takut Mak cik…Ika takut. Ada orang dengkikan Ika ngan Syed.”

Ika memandang Mak Mah.

“Kita kena pulihkan Syed. Jiwa Syed memberontak. Tadi dia minta maaf dari Mak Mah, minta Mak Mah tolong dia. Kita ikhtiarkan perlahan-lahan Ika. Kita sembahyang hajat dan banyakkan berdoa. Malah kita minta air penerang hati atau air Yassin daripada masjid terdekat. Kita ubatkan jiwa Syed. “
“Macam-mana lagi, makcik. Tak sanggup rasanya Ika dan anak dalam ni nak menanggung semua ni. Sakit, makcik.”
“Tok, tok,tok”

Pintu diketuk, Ika diburu ketakutan. Mak Mah bangun membuka pintu. Syed terus menyerbu masuk. Ika ketakutan.

“Ika kena tidur dengan saya, makcik.”

Syed terus mengeheret Ika ke bilik. Rayuan Ika dan Mak Mah lansung tak dihiraukan. Naluri tua Mak Mah semakin kuat untuk membentu Mak Mah. Esoknya, pagi-pagi lagi Mak Mah bangun menuju ke bilik Ika. Ketika itu Syed telah lama menghilang ke tempat kerja. Ika benar-benar lemah dan tidak bermaya.

“Ika…Mak Mah nak ke Johor ni.”
“Makcik nak tinggalkan saya?! Jangan tinggalkan Ika, makcik. Ika takut. Takut kalau abang bertndak ganas lagi.”
“Mak Mah tahu, sayang. Tapi Mak Mah nak jumpa adik Mak Mah kat sana. Haji Ibrahim, Mak Mah nak mintak tolong dia tengok-tengokkan Syed. “
“Makcik….”
“Mak Mah janji, dua hari je Mak Mah ke sana. Mak Mah dah telefon suruh Tan Sri dan Puan Sri ke mari. Doa Mak Mah sentiasa dengan Ika, percayalah.”
“Makcik, cepat sikit nanti Ika takut kalau-kalau Ika tak sempat….”
“Ya allah, jangan merepek, nak.”

Mak Mah mencium dahi Ika sebelum melangkah pergi. Di kuatkan semangatnya biarpun dihatinya terdetik kebimbangan, namun kesudiaan Puan Sri Jasmin datang menemani Ika sudah melegakan Mak Mah. Mak Mah terus ke ‘airport’, kemudian terbang ke Johor. DI sana Mak Mah menalami sedikit kesulitan kerana terpaksa menunggu kepulangan adiknya dari sebuah madrasah di Kelantan. Seminggu Mak Mah bermalam di sana. Hinggalah selepas kepulangan Haji Ibrahim. Terus mereka terbang ke Terengganu. Namun sebaik tiba di apartmen Syed. Mak Mah terkejut bila melihatkan tiada sesiapa yang berada di rumah tersebut.

“Ohh Mak cik, tala olang lagi. Tadi lu punya anak ada jatuh, apa itu nama?! Hah! Ika, kan….Dia kena pergi ke hospital la.”

Mak Mah terkejut.

“Terima Kasih Madam Sue, Mak Mah ke hospital dulu ya. Hospital Besar, kan?”

Madam Sue dmengngguk.

“Mari, Ngah. Kita pergi hospital.”
“Takpelah, kak. Kakak pergi dulu ke hospital, aku rasa aku ada kerja sket ni. Kalau boleh mintak Datuk dan sape-sape saudara lelaki pulang dulu nanti ya.”
“Baiklah, Ngah. Aku turutkan nanti.”
“Kak…Jangan main-main perkara gini. Aku tahu ‘benda’ tu dah semakin kuat. Aku…”
“Ngah, aku tak tahu macam mana semua ni boleh terjadi. Syed dah bukan macam Syed yang sebelum ni.”

Mak Mah terus ke hospital. Sebaik mendapatkan maklumat wad Ika. Mak Mah terus ke tempat yang dituju. Sebaik Mak Mah ingin menolak pintu wad. Seseorang menarik tangan Mak Mah.

“Ya allah!”
“Makcik, pleasee….Ikut Syed sekejap.”

Muka Syed agak kelam, semakin berserabut dan tak terurus. Malah anak-anak jambang mulai kelihatan. Terkejut Mak Mah. Mak Mah hanya mengikut langkah Syed.
Sebaik tiba di ruamh menunggu.

“Makcik, tolong Syed. Syed dah berdosa pada Ika. Kami dah kehilangan bayi yang Ika kandungkan.”

Syed mula teresak. Mak Mah terkejut.

“Syed….”

Tangan Syed diusap perlahan-lahan. Ditenangnya Syed yang mengongoi menangis.

“Syed dah tengok Ika?”
“Tak boleh, makcik. Tiap kali Syed tengok Ika. Jiwa ni rasa panas, malah berapi-api. Syed tak tahu kenapa. Tangan dan kaki ni senang je nak pukul dan hentam Ika. Makcik tengoklah macam mana keadaan dia. Syed tak tahu macam mana Syed boleh pukul dia sampai macam tu sekali. Sekarang Ika masih tak sedarkan diri. Syed tak rasa Syed yang pukul Ika, selama ni Syed tak sanggup pun nak ‘cuit’ Ika sekalipun. Tapi sekarang makcik tengoklah. Syed buat Ika macam anjing kurap. Syed sayangkan Ika. Kalau Syed masih macam ni, Syed….Syed…..rela lepaskan Ika!! Syed tak sanggup, makcik.”
“Ya allah! Jangan, nak. Fikirkan diri Ika dan anak-anak. Mereka masih perlukan Syed.”
“Makcik, bantulah Syed. Syed pun sayangkan Ika. Tapi….Dalam masa yang sama Syed teramat-amat bencikan dia.”

Syed terus menangis. Mak Mah teringatkan adiknya yang menanti di rumah.

“Syed….Syed kena gagah. Syed balik rumah dulu. Makcik akan usahakan. Rehatkan dan uruskan diri Syed tu. Lawan perasaan tu.”

Syed meninggalkan Mak Mah dan terus melangkah longlai. Mak Mah masuk ke wad Ika, dicarinya wajah Ika pada setiap pesakit. Mak Mah mendapatkan katil Ika apabila terpandangkan wajah Puan Sri Jasmin dan Tan Sri Hisyam. Sebaik Mak Mah menapak di depan katil Ika. Puan Sri Jasmin terus memeluk Mak Mah.

“Tengoklah Mah! Apa dah jadi ngan budak Syed tu. Kesian Ika.”

Puan Sri Jasmin teresak di dalam pelukan Mak Mah. Mak Mah pun turut sebak. Lebih-lebih lagi melihat Ika yang terbujur kaku.

“Tan Sri …. Tan Sri balik dulu. Ada seseorang tunggu Datuk di rumah tu.”

Mak Mah teringat pesanan adiknya sebelum dia ke sini sebentar tadi. Datuk pun melangkah meniggalkan wad selepas Mak Mah menceritakan sedikit sebanyak tentang Syed. Selepas beberapa minit Tan Sri Hisyam berlalu, datang beberapa orang kawan Ika. Daniel, Rin, Zam dan Azlan. Azlan agak terkejut dengan berita yang diterimanya dari Azie semalam.

“Lan…..Esok aku akan pastikan Syed kembali padaku. Sekarang Ika pun dah masuk hospital. Biar setan tu mati je!!!”

Talian terus diputuskan oleh Azlan, Azie semakin berani. Azlan sendiri terkejut melihat keadaan Ika. Hatinya diruntun kesedihan. Badan Ika lebam-lebam.

“Syed ke pukul Ika, Datin?”

Datin hanya terdiam. Malu mengaku aib anak tunggalnya. Mak Mah faham, dan hanya mengisyaratkan pada Rin agar berhenti bertanya. Azlan melepaskan penumbuk di atas meja. Geram. Daniel hanya terdiam, sedih bilamana Syed sanggup bertindak diluar batasan. Sejak akhir-akhir ni Daniel banyak mendengar luahan dari Syed. Dia faham Syed bena-benar bermasalah sejak akhir-akhir ini. Malah Daniel pun pelik dengan perubahan Syed.

“Daniel….Makcik nak mintak tolong kamu, pergi ke rumah Syed. Adik makcik datang nak berubatkan dia. Nak sembuhkan ‘jiwa’ dan ‘semangat’ dia. Anak berdua ni pun boleh ikut Daniel sekali.”

Kata-kata dari Mak Mah mengejutkan Daniel. Zam dan Azlan turut akur, mereka terus meminta diri untuk pergi ke apartmen Syed. Beberapa minit kemudian, Ika mulai sedar.

“Umi….”
“Makcik…”

Ika memanggil lemah, Ika cuba bangun. Namun cepat-cepat Puan Sri Jasmin menghalang. Ika meraba tangan ke perutnya, kemudian memandang Mak Mah dan Puan Sri Jasmin kemudian beralih ke wajah Rin. Masing-masing menyepi, tidak tahu apa yang harus diperkatakan.

“Baby Ika selamat, kan? Umi? Rin?”
“Sabar Ika. Jangan ikutkan perasaan kau tu, kau tu masih lemah. Berehatlah Ika.”

Rin menghampiri Ika sambil memeluk Ika. Ika terus mengongoi seperti budak kecil yang kehilangan mamanya. Puan Sri Jasmin datang meredakan Ika. Mak Mah juga menangis bila melihatkan Ika yang kesedihan.

“Mana anak Ika, umi? Rin? Makcik?!”

Ika masih menangis kesedihan. Keadaan Ika, membuatkan Puan Sri bergegas memanggil doktor. Ika diberikan ubat pelali. Akhirnya Ika terlena kembali. Puan Sri terduduk di lantai, turut menangis.

“Kenapalah adik boleh jadi seteruk tu, Mah. Aku tak sanggup tengok Ika macam ni.”
“Sabarlah aunt, Rin yakin. Ika bukanlah selemah ini.”
“Macam mana dia tak lemah Rin, aunt pun rasa berdosa tau. Suami sendiri jadi penyebab dia kehilangan anak yang telah ‘hidup’ dalam kandungannya selama 6 bulan, Rin.”

Rin terdiam, pengumuman Syed tentang bakal menerima ‘orang baru’ dalam keluarga mereka ketika majlis re-union baru-baru ini turut membuatkan hati Rin tersentuh. Rin pun tidak tahu mengapa Syed yang dikenali dulu sebagai lelaki yang lembut dengan Ika boleh jadi seganas seperti hari ini. Mak Mah duduk membantu Puan Sri Jasmin duduk di kerusi.

Segala-galanya terlalu pahit untuk diceritakan kepada sesiapa pun. Azlan beristigfar di atas sejadah setelah mengaminkan salam terakhirnya untuk solat Isyak. Sesungguhnya selama ini dia jahil untuk menyentuh sejadah dan mengangkat wuduk sekalipun. Perkara yang berlaku beberapa minggu lau menyedarkan Azlan. Kaki yang dulunya sentiasa ringan menuju ke kelab-kelab malam sebaik matahri terbenam kini mula terasa berat. Bibir yang dulunya kerap menciumi gadis-gadis pelayan di bar kini seolah-olah hanya tahu berzikir dan berdoa. Azlan benar-benar berubah. Tak semua yang tahu apa yang menimpanya sehingga dia sanggup berubah sedemikian. Peristiwa yang menimpa Syed sekeluarga membuatkan Azlan benar-benar insaf dengan kejahilannya selama ini. Ika telah dibenarkan pulang ke rumah beberapa hari lalu.
Encik Badrul sendiripun hairan, selama dia dan anaknya menetap di New Castle pantang kalau disuruh sembahyang. Malah kegiatan malamnya tiada siapa yang boleh mengubah. Azlan mula teringatkan mamanya. Hampir 15 tahun dia kehilangan mamanya, Puan Zaerah. Mama mati setelah ditimpa kemalangan jalanraya. Gara-gara bergaduh dengan papa. Mama meluru keluar dari rumah mereka, tanpa menyedari kehadiran sebuah lori kayu di jalanraya di hadapan banglo mewah mereka. Waktu itu tiada siap yang mendengar jeritan mama, papa yang masih marah keluar dari rumah selepas diberitahu oleh anak jiran mereka. Hanya Tuhan yang tahu bagaimana papa teresak memangku mama di birai jalan. Papa meraung bagaikan orang gila. Mama sudah tidak bernyawa lagi. Sesalan semakin melingkari hidup papa apabila keluarga mama yang menuduhnya dengan berbagai tuduhan. Akhirnya papa membawa diri ke New Castle. Di sana papa menemui Jacinta Lee. Papa terpikat dengan mummy kerana rupa mummy yang agak mirip dengan mama. Mereka dikurniakan 3 orang cahaya mata. Tapi sayang papa tidak mempunyai puteri. Kehadiran Brandon, Brad dan Buqairi mengubah hidup Azlan. Juga hidup papa. Kehadiran ketiga-tiga ‘musqeteers’ dalam keluarga papa membuatkan papa semakin mengabaikan Azlan. Hidup papa lengkap. Hanya mummy Jas yang memberikan kasih sayang yang tak berbelah bagi pada Azlan.

“Trutt!!Ttrutt!”

Bunyi telefon menmatikan lamunan Azlan. Azlan bangun menyidai sejadah ke penyangkut. Telefon yang memanggil sejak tadi mulai senyap setelah gagangnya diangkat.

“Hello!”
“Along! Papa ni, bila nak kembali ke sini? Mummy dah mula rindukan Along ni.”
“Assalamualikum, pa.”

Encik Badrul terdiam sebentar. Tergamam dengan salam yang dihulurkan oleh anak terunanya.

“Waalaikumsalam.”
“Papa, Along tak tentu lagi nak balik bila ke sana. Lagipun masih banyak yang perlu Along selesaikan di sini. Along pun rindukan mummy. Papa dah lupa ke nak balik sini?”
“Along….”

Satu keluhan keluar dari bibir Encik Badrul.

“Ya, Along tahu, pa. Tapi sampai bila papa nak lari? Along pun nak jumpa nenek dan Wan kat kampung. Kalau papa tak kisah, insyaallah Along akan ke Kelantan minggu depan.”
“Sampaikan salam papa pada mereka, Long. Kalau mereka tak boleh terima Along?”
“Along redha, pa. Lagipun Along masih ingat tentang mereka. “
“Long, ni mummy kamu nak bercakap dengan kamu ni.”
“Iyalah, pa.”
“Assalamualiakum, big brother.”
“Waalaikumsalam, mummy.”
“Bila anak mummy ni nak balik, mummy rindulah.”

Mummy Jascinta memang lembut orangnya, Azlan tersenyum sendiri bila mengingatkan hubungan akrabnya dengan mummynya. Segala rahsia hatinya diceritakan pada mummynya. Mummy lebih memahami berbanding papanya.

“Along….Along….Ok ke?”

Suara cemas mummy Jascinta mengejutkan Azlan.

“Hah?! Along ok, mummy. Maaflah.”
“Betul ke ni? Kenapa Along tak dengar mummy tanya tadi. Along sihat ke? Minggu ni mummy suruh papa hantarkan mummy kat sana ya. Along tak apa-apa, kan?”

Mummy Jascinta mulai bertanya dengan pelbagai pertanyaan, sikap ambil berat mummy Jascinta kepada Azlan begitu kuat.

“Mummy…Mummy…Wait! Along ok, mummy tak payah datang sini. Along takde apa-apa. Cuma…Cuma along rindukan masakan mummy, along rindukan mummy.”

Jascinta terdiam, suara manja anak terunanya itu menusuk ke jiwa. Hampir 1 tahun anaknya itu berada di Malaysia. Dan sepanjang itu jugalah dia tidak pernah lupa meminta pada Tuhan melindungi anak tirinya itu. Hatinya jadi sebak, bila mendengar keluhan rindu Azlan.

“Mummy….Mummy pergi sana nanti Long. Mummy pun rindukan along. Tak lama lagi kita nak puasa, kan? Along baliklah puasa dengan kami. Mummy pun rindukan along.”

Jascinta mulai teresak.

“Mummy…..Along sayangkan mummy.”
“Mummy pun. Tapi….Mummy takut, mummy takut…..”

Jascinta mulai terasa sesuatu dalam dirinya, bila suaminya memberitahu tentang hasrat Azlan untuk menemui keluarga arwah mamanya. Jascinta mulai merasai kehilangan anak terunanya itu.

“Mummy….Jangan mummy sangsikan kasih sayang mummy bag pada Along boleh membuatkan Along akan terus melupakan mummy. Mummy Along hanay sorang, dan sampai ke mat pun mummy jelah mummy Along. Along janji, mummy.”

Kedengaran telefon mula beralih tangan.

“Along….Mummy kamu tu sensitif je. Janganlah kamu risau, papa akan cuba pujuk mummy nanti.”
“O.klah, pa. Along pun ada hal ni. Banyak kerja-kerja pejabat yang masih belum disiapkan. Takpelah, pa.”
“Along, kalau syarikat kamu perlukan bantuan kewangan jangan segan beritahu papa ya.”
“Insyaallah, pa. Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam.”

Gagang telefon diletakkan, Badrul menghampiri isterinya. Memujuk agar isterinya itu berhenti memikirkan kehilangan Azlan.

“Cerai?!Ika dah fikir masak-masak ke? Ini bukan perkara main-main dik.”

Radhiah tersentak. Keputusan satu-satu adik iparnya itu mengejutkan Radhiah. Di tarik tangan Ika lantas digenggamnya erat. Cuba memberikan semangat buat Ika yang ternyata begitu kecewa dengan sikap adiknya. Gadis yang dulunya begitu dicintai oleh adiknya, gadis yang dipuja sejak dibangku sekolah lagi. Dan gadis yang bertahta dalam hati adiknya sejak dulu hingga ke hari ini.

“Ika….Fikirkan anak-anak, jangan buat keputusan tergesa-gesa macam ni, dik.”
“Kak….Kerana saya sayangkan anak-anaklah saya buat macam ni. Saya nak bina hidup baru kak. Lagipun….”
“Dik….Akak tahu Ika kecewa dengan sikap Syed. Tapi semua tu diluar kerelaan dia juga. Dah dua minggu perkara tu berlalu.”

Ika memegang bahu kakak iparnya, direnung ke dalam mata Radhiah.

“Akak tak tahu….Betapa perit derita yang saya tanggung. Anak yang dijaga dalam rahim saya selama 7 bulan. Sedar-sedar hilang beitu saja, akibat insan yang saya hormat sebagai suami saya. Saya tak sanggup, kak. Tiap kali saya pandang muka Syed, saya terbayangkan apa yang dibuat oleh Syed pada saya sebelum ni. Dua bulan dia dera hati dan perasaan saya, malah dia sakiti saya. Hati saya hancur, kak.”

Ika tersedu. Ikmal keluar melihat keadaan adiknya. Ditarik Ika ke dalam pangkuannya.

“Kak….Achik belum pulih sepenuhnya lagi. Sabarlah, angah yakin satu hari nanti achik tentu boleh terima Syed semula.”

Ika terkejut dengan pengakuan Ikmal. Ditolak badan Ikmal kasar. Menyingga dengan sikap Ikmal. Ika bangun memandang tajam ke arah Ikmal.

“Angah ingat achik boleh terima ke dengan apa yang Syed buat pada achik. Hati Achik sakit, ngah. Achik hilang anak yang achik kandung!! Semua orang tak faham apa yang Syed buat pada achik. Achik muktamad nak bercerai dengan Syed.”
“Jangan main-main dengan ungkapan cerai, dik.”

Radhiah menegur perlahan.

“Ika tak kira!! Ika nak Syed ceraikan Ika!!! Ika tak kira!!!!”

Ika terus meradang, sikap Ika membingungkan Ikmal. Cuba ditenteramkan Ika yang masih menjerit-jerit meradang. Namun tangan Ikmal ditolak kasar. Radhiah mulai panik. Ika sudah berubah. Ika menggelupur bila Radhiah pula cuba memeluknya.

“Aku tak suka korang kacau rumahtangga aku, aku tak suka. Ini hal aku dan Syed. Aku tak suka Syed!!! Aku benci Syed!!”

Ika semakin agresif. Umi Ika keluar dari dapur bila terkejut dengan perubahan anak perempuannya. Ikmal mula merasa kelainan dengan sikap adiknya, Ika mulai menjerit-jerit. Radhiah pun merasa pelik dengan perangai Ika.

“Ikmal!! Cepat telefon Syed, dia ada kat rumah Umi akak sekarang ni.”

Radhiah memeluk Ika erat, sambil mulutnya lancar membaca surah-surah pendek. Umi Ika turut membantu. Kadang-kadang diseka airmata yang melelh ke pipi, sedih dengan kekecewaan yang dialami oleh anaknya. Sejak 2 minggu lalu, emosi Ika agak terganggu. Beberapa minit Ika meraung dan menjerit-jerit. Syed datang sambil membawa seorang imam dari masjid terdekat. Ika mula keletihan. Syed terus mendapatkan Ika yang masih meronta-ronta dalam pelukan Radhiah.

“Ika….Ika…..Pandang abang, sayang.”

Muka Ika dipegang dan dipandangnya dalam-dalam. Ika terus memeluk Syed erat.

“Tolong Ika, bang. Tolong….”

Ika lemah dalam pelukan Syed. Radhiah menjadi sebak melihatkan keadaan adik iparnya. Imam Syafiq yang dibawa Syed terus membaca beberapa potong ayat kemudiannya dihembuskan ke wajah Ika.

“Kenapa dengan isteri saya, Imam?”

“Kamu bawa dia ke bilik dulu.”

Syed menurut, dicempung tubuh isterinya ke bilik, sambil diikuti oleh Radhiah dan ibu mertuanya. Kemudian Syed keluar mendapatkan Imam Syafiq di ruang tamu.

“Biasalah, nak. Keadaan isteri kamu yang masih dalam keadaan ‘kotor’ dan dengan emosinya terganggu membuatkan senang dirasuki oleh ‘benda-benda’ halus.”
“Maksud Imam?”

Ikmal mulai berminat. Dulu adik iparnya yang dirasuki ‘benda-benda’ sebegitu. Mereka saling berpandangan.

“Saya pun tak pasti. Tapi saya rasa ‘benda’ tu memang sengaja di hantar oleh seseorang. Ada orang yang dengkikan keluarga kamu.”

Kali ini giliran Syed pula yang terkejut, dulu kata-kata itu di luahkan oleh Haji Ibrahim selepas merawatnya. Kali ini Imam Syafiq pula yang menuturkan kata-kata sebegitu. Syed menumbuk geram ke meja di depannya.

“Kenapa semua orang dengkikan rumah tangga kami. Saya tak faham Pak Imam. Kalau dengkikan saya sekalipun kenapa sakitkan isteri saya. Dia tak salah.”

Syed mengeluh perlahan, Ikmal menepuk bahu adik iparnya yang ternyata begitu kecewa.

“Sabarlah, nak. Mungkin ada sesiapa yang tak sengaja buat benda-benda karut sebegini.”
“Takk….Pak Imam. Dulu saya yang ‘kena’. Setiap kali saya pandang wajah isteri saya, saya jadi sakit hati, jadi benci, malah saya sanggup pukul dia. Malah…Anak kami pun terkorban kerana sikap baran saya masa tu.”

Imam Syafiq mulai tertarik dengan cerita Syed. Smemangnya semua ini merupakan salah satu kepercayaan karut manusia masa kini.

“Banyakkan istighfar, dan ingatkan Tuhan banyak-banyak, nak. Saya yakin Tuhan bersama orang-orang yang teraniaya. Insyaallah, kalau ada perkara yag lebih teruk dari hari ini lagi selepas ini. Saya akan cuba membantu. Kita cuba jauhkan ‘benda’ tu dari keluarga kamu.”

Selepas berborak-borak seketika, Imam Syafiq pun meminta diri untuk pulang. Sebaik Imam Syafiq meninggalkan rumah dengan dihantar oleh Ikmal. Radhiah tergesa-gesa keluar memanggil Syed.

“Dik….Cepat, Ika…Ika…”

Radhiah tidak sempat meneruskan kata-kata. Syed berlari mendapatkan Ika di bilik. Ika tiada di katil, tapi berteleku di ceruk dinding. Ika memeluk lututnya kejap sambil matanya melilau ke serata ruang bilik. Syed terus mendapatkan Ika. Ika terus memeluk Syed dengan kejap. Syed turut membalas pelukan Ika.

“Jangan tinggalkan Ika, Syed. Tolong Ika. Jangan biar diorang bawa Syed pergi. Ika perlukan Syed. Aril…Ain..Jangan tinggalkan Umi, sayang. Umi sayang Ain..Umi sayang Aril… Syed…”

Ika teresak lagi. Ika menangis di dada Syed.

“Takk, sayang. Siapa yang akan bawa abang ‘pergi’. Abang sayangkan Ika. Abang janji, abang takkan tinggalkan Ika. Abang janji.”
“Tapi…..Tapi…”

Ika cuba mengawal perasaannya. Dia menarik nafas dalam-dalam, kemudian dihembuskan perlahan. Ika seolah-olah baru tersedar dari satu mimpi ngeri. Seboleh-bolehnya dia cuba mengawal perasaan dan kesakitan yang menerpa keseluruh badannya.

“Astaghfirrullah….”

Syed masih kejap memeluk Ika.

“Ya allah!! Apa dah jadi, bang?!”

Ika sendiri pun hairan mengapa badannya terasa lemah dan lesu. Radhiah mengahampiri Ika perlahan.

“Kenapa kak?”
“Ika…Tadi…Akak minta maaf pasal terlalu mendesak Ika tadi tu.”

Ika masih hairan, seingatnya baru sebentar tadi dia bertegang leher dengan Radhiah kerana Syed, dia sendiri tak pasti bagaimana dia boleh tersedar yang dirinya berada di ceruk dinding bilik dengan ditemani Syed. Ika teringat beberapa kejadian ketika dia masih di wad.

“Ika…Bukan aku nak burukkan Azie, tapi….Sebenarnya dia yang merancang untuk mengahancurkan rumahtangga kau. Dia mahu rampas Syed dari kau.”

Azlan pernah berpesan pada Ika. Malah Ika sendiri pernah mengikut Mak Mah dan adiknya, Haji Ibrahim mengeluarkan ‘kain kuning’ yang terdapat dalam kereta Syed. Kemudian Mak Mah menemaninya berjumpa dengan seorang bidan di kampung Haji Ibrahim untuk menanam ari-ari anak yang keguguran dalam kandungannya tempoh hari di tempat yang lebih selamat.

“Ika….Ika…..”

Ika tersentak. Barulah ingatannya kembali kepada Ain dan Aril.

“Mana anak-anak saya, kak?”
“Hah?! Mereka ada di rumah umi dan abah. Kenapa, dik?!”

Ika bangun sambil dibantu Syed. Ika dibiarkan berehat di bilik. Beberapa minit kemudian, Mak Mah masuk ke bilik.

“Makcik…..’Benda’ tu datang lagi.”
“Makcik tahu, tapi makcik tahu Ika kuat. Ika boleh lawan semua tu.”
“Tapi….Kalau saya tak berdaya?!”

Ika tiba-tiba jadi sedih.

“Insyaallah, nak. Allah bersama hamba-Nya yang benar.”

Mak Mah memeluk Ika erat.

“Makcik…..Andainya Ika tak berdaya nanti, Ika pohon dari makcik….Tolong tengok-tengokkan anak-anak saya. Saya rayu dari makcik.”
“Insyaallah, nak.”

Syed semakin hairan dengan perangai Ika. Sejak dia dibawa pulang kerumah keluarga Syed. Ika lansung tak berenggang dari Aril mahupun Ain. Malah dengan Syed pun Ika turut mengambil berat. Cuma Syed agak hairan bila Ika menolak untuk tidak ‘bermesra’ dengannya setiap kali mereka berdua di bilik. Syed masuk ke bilik, ketika itu Ika baru keluar dar bilik air. Syed melabuhkan punggung ke sofa, dilihatnya gerak-geri isterinya yang masih mencari pakaian dari dalam almari. Entah mengapa keinginannya tinggi untuk memesrai isteri yang telah saban malam tidak disentuhnya. Syed menghampiri Ika dari belakang, pinggang Ika dipeluk erat. Ika cuba berlagak sebaik mungkin. Perilaku suaminya hanya dibiarkan.

“Dah lama Ikita tak bersama, lagipun sekarang abang menyesal dengan apa yang abang buat dulu. Maafkan abang, sayang. .”

Ika terdiam lagi. Dicapainya baju tidur yang berlipat dari dalam almari, kemudian cuba meloloskan diri dari pelukan Syed. SYed memaksa Ika akur pada permintaannya, akhirnya Ika terpaksa akur dengan permintaan Syed. Mereka sama-sama terlena. Akhirnya malam berlalu dengan ceritanya sendiri. Keesokannya, Syed hairan bila mendapati Ika tiada disebelahnya. Bingkas Syed bangun dan mencari-cari Ika di bilik air. Entah mengapa hatinya tidak tenteram dengan kehilangn Ika. Syed keluar dari biliknya, mencari Ika di ruang tamu dan di bilik. Di dapur Syed bertembung dengan Radhiah.

“Along, nampak Ika tak?!”
Radhiah tersenyum.

“Amboi!! Macam mana adik ni isteri hilang pun tanya Along. Takkan Ika tak beritahu dia ke mana.”
Syed kegelisahan, Radhiah ketawa lucu dengan sikap adiknya.
“Tak lari ke mannya isteri kamu tu, dik. Gelisah macamlah Ika tu dah tinggalkan dia. Semalam tak ‘belayar’ ke?”
Radhiah menyakat Syed.
“Apalah Along ni?!!”
“Syed ni dah solat Subuh ke tak? Masih dengan seluar tidur lagi ni. Dah mandi?!!”

Radhiah semakin galak menyakat. Syed berlalu tanpa mempedulikan usikan dari Radhiah. Radhiah hanya menggeleng. Semenjak Ika pulang ke rumah keluarganya. Jarang Ika bermesra seperti selalu. Ika seolah-olah janggal dengan keluarga Syed. Kadang-kadang Radhiah pun pelik, namun bila mengenangkan apa yang melanda rumahtangga adiknya baru-baru ini. Radhiah cuba menerima perubahan Ika.
Lagipun petang nanti, suami dan anak-anaknya akan menjemputnya pulang ke rumah mereka. Memandangkan selama beberapa hari anak-anak dan suaminya berkhemah di luar daerah. Memang begitu kebiasaan suaminya, bila cuti sekolah menjengah di gesa anak-anak mengikutnya melakukan aktiviti lasak. Sampaikan anak perempuan mereka, Rasya pun sudah seperti lelaki.

“Along!!”
Panggilan dari Syed mengejutkan lamunan Radhiah.
“Apehal ni, dik?”
“Ika…Ika…”

Radhiah terus meluru ke arah Syed bila melihat adiknya yang kelihatan sedikit panik. Radhiah mengikut Syed masuk ke biliknya.

“Kenapa, dik?”
“Ika…..Ika dan ‘pergi’. Dia dah tinggalkan saya.”

Syed tunduk sambil menyerahkan sekeping kertas yang ditemui sebentar tadi. Radhiah semakin keliru, kertas dari tangan Syed di ambil. Dibacanya satu-persatu isi surat tersebut.

‘assalamualaikum, bang…..
Maaf kerana meninggalkan rumah tanpa kebenaran abang. Ika tahu perbuatan ini menyebabkan Ika kehilangan ‘tempat’ Ika di syurga. Ika terpaksa pergi, keadaan tak mengizinkan Ika untuk terus dimilik abang. Ika tak mahu abnag disakiti oleh sesiapa pun. Begitu juga anak-anak. Ika tahu keputusan Ika ini merupakan penyelesaian terbaik untuk pastikan abang dan anak-anak sihat walafiat. Lepaskan Ika, bang dan halalkan segala apa yang termakan, terminum dan kata-kata Ika selama Ika menjadi isteri abang. Selamat Tinggal, abang.

Ika. “

Radhiah terjelepok ke lantai. Airmata mengalir tanpa dipinta. Syed terus dipujuknya. Syed menepis tangan Radhiah dan terus ke bilik air. Menyiapkan diri. Selesai mandi, Syed terus mencapai telefon. Menelefon rumah keluarga mertuanya. Namun masing-masing tidak tahu ke mana Ika menghilang. Syed terus mencari. Masing-masing pun hairan dengan perbuatan Ika. Hinggalah genap sebulan kehilangan Ika, Syed didatangi oleh Azlan. Syed semakin tidak terurus.

“Lan…..”

Azlan disalami dan dipeluknya. Mereka sama-sama berbual di halaman rumah.

“Ika tak balik rumah lagi, Syed?”
“Takk….Aku tak tahu ke mana dia menghilang. Anak-anak pun dah rindukan dia. Tu..Ain, dah 2 minggu demam asyik ingatkan Ika. Tolong aku, Lan. Kalau kau tahu di mana Ika tolong beritahu aku.”

Azlan terdiam, wajah Syed yang semakin kurust serta berjambang, menyedihkan Azlan.

“Syed…..Aku, sebenarnya tak tahu juga apa yang sebenarnya terjadi. Tapi selepas Ika pergi dari rumah kau. Dia ada ke pejabat aku. Dia minta aku tengok-tengokkan keadaan kau. Tapi masa tu aku ingat rajuk Ika hanya sementara. Bila aku tanya ke mana dia nak pergi. Dia tak percaya untuk beritahu aku. Tapi….Dia ada kata, dia nak selamatkan keluarganya. Mungkin Azie tahu.”

Jawapan Azlan mengejutkan Syed, kenapalah Azie tidak sudah-sudah menyusahkan keluarganya. Azlan membawa Sye dmenemui Azie yang ketika itu berada di apartmennya.

“Assalamualaikum!!”

Salam diberi seiring dengan bunyi loceng pintu.

“Waalaikumsalam.”

Pintu dibuka. Muka seorang makcik tersembul di muka pintu.

“Azie, mana?!!”
“Anak ni sape?”
“Azie mana?!!”

Syed seolah hilang kesabaran, pintu rumah dirempuh. Perempuan tua tadi terkejut dengan perlakuan Syed. Azlan cuba mententeramkan Syed.

“Makcik ni sape?”

Azlan cuba bermanis muka. Sementara Syed terus menyelongkar apartmen tersebut.

“Ooh…Saya ni makcik pada Azie. Apa anak nak dari Azie?”
“Kami ni kawan dia….”

Sebelum habis Azlan menghabiskan kata-katanya.

“Mana dia sembunyikan isteri saya?!”
“Hah?! Isteri kamu? Siapa namanya?!”

Makcik Salmah terkejut mendengar pertanyaan Syed.

“Ika!!”

Syed semakin hilang kesabaran.

“Ya allah!! Nasib baik makcik jumpa kamu. Kamu ni Syed, kan?”
“Makcik……Makcik…”

Syed menghampiri Makcik Salmah dengan pandangan tajam.

“Kenapa dengan isteri saya?”
“Panjang ceritanya, nak. Isteri kamu ada di rumah makcik di kampung. Makcik pun sedang menunggu kepulangan Azie. Dah 2 hari dia pergi. Katanya dia nak memaklumkan pada kamu. Isteri kamu…..Dah teruk sangat tu.”

Syed semakin hairan, Hal tersebut di sampaikan pada keluarganya dan keluarga Ika. Mereka terus bertolak ke Terengganu dengan penerbangan tengah malam. Anak-anak ditinggalkan pada Radhiah. Sepanjang perjalanan ke rumah Makcik Salmah, dia tidak putus-putus memohon doa.

“Maafkan makcik, nak. Makcik tahu Azie dah buat apa pada rumahtangga kalian. Tapi makcik hanya diamkan diri. Makcik turutkan Azie, makcik terima hasutan dia bila makcik percaya dengan apa yang diceritakan pada makcik selama ni. Maafkan makcik, nak.”

Makcik Salmah mengesat airmata. Sebaik sampai ke rumah, rumah makcik Salmah diterangi cahaya lampu, terang benderang. Malah rumah makcik Salmah dikunjungi ramai orang. Sebaik makcik Salmah melangkahkan kaki ke dalam rumah.

“Mak…..Cepat mak!!.”

Makcik Salmah meluru ke bilik diikuti Syed dan kelurganya. Syed terkejut melihat keadaan Ika, Ika berbaring lesu. Malah Syed lansung tidak mengenali Ika. Hanya senyuman yang dilontarkan oleh Ika yang dalam keadaan begitu menyayat hati. Tubuh Ika begitu kurus. Hanya kulit meliputi tulang-tulang yang tersembul. Puan Sri Jasmin dan Datin Marina berpelukan menangis melihat keadaan Ika.

“Abang…..”

Syed pantas mendapatkan Ika yang semakin nazak.

“Maafkan Ika. Umi, ayah dan semua maafkan Ika.”

Selepas Ika mengucapkan maaf, Ika menarik nafas dengan sukar. Seolah-olah sedang bersabung dengan nyawa. Syed memangku Ika ke dalam pelukannya.

“Umi!!! Kita bawa Ika berubat, kita bawak Ika balik. Cepat Umi. Kita balik, sayang.”

Syed menangis memeluk Ika. Makcik Salmah mendekati Syed. Ditenangkan Syed yang mula mencempun Ika.

“Masanya dah sampai, nak.”
“Tak!!! Tak!!! Ika tak boleh tinggalkan abang. Ika tak boleh tinggalkan anak-anak kita, sayang!!”

Datuk Ikbal memeluk Syed. Cuba ditenangkan menantunya, biarpun hatinya hancur melihat penderitaan anaknya.

“Jangan, Syed. Tengok Achik dah tak larat tu. Macam mana semua ni boleh terjadi, kak?”
“Semua ni sebab kelalaian saya sendiri. “
“Binatang!!! Kau bunuh anak aku!! Sanggup kau buat dia macam tu!!”

Datin Marina meluru cuba membelasah makcik Salmah. Namun sempat ditahan oleh Puan Sri Jasmin. Tan Sri Hisyam cuba menyabarkan Syed. Perlahan-lahan dibisikkan kalimah syahadah ke telinga Ika. Menantu yang disayangi selama ini seolah-olah sedang bertarung dengan maut. Ika mengerakkan bibir mengikut ucapan dari ayah mertuanya. Selepas kalimah syahadah diucapkan, mata Ika membuntang ke atas. Kemudian Ika kaku dalam pelukan Syed. Ika ‘pergi’ meninggalkan Syed selepas hajat terakhirnya melihat Syed tercapai. Tan Sri Hisyam dan Datuk Ikbal menarik Syed dan dari terus memeluk Ika. Jenazah Ika di semadikan di kampung tersebut, memandangkan perjalanan mereka ke Pahang agak jauh.
Azlan dan beberapa teman Ika yang lain turut terkejut menerima pengkhabaran tersebut. Masing-masing tidak percaya. Syed terus termenung tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Setiap kali terpandangkan wajah putera dan puterinya. Airmata Syed mengalir. Selepas jenazah Ika selamat disemadikan.

“Saya tahu saya salah, kak….Selama ni saya terlalu manjakan Azie dan melayani segala kehendaknya. Hinggakan ianya melibatkan orang lain. Saya tak sangka Azie sanggup bertindak sebegini jauh.”

Makcik Salmah mula berceita pada Tan Sri Hisyam, Datuk Ikbal serta beberapa ahli keluarga Ika dan Syed yang lain.

“Apa maksud kau? Kematian anak aku ni disebabkan oleh kaulah!! Kau ingat nyawa orang tu kau boleh tarik sesuka hati ke? Malaikat pun tak sanggup tau!!”
“Marina….Jaga sikit laku awak tu.”

Datuk Ikbal mengingatkan Datin Marina.

“Abang ni?! Abang tak tengok ke? Tengok menantu dengan cucu-cucu kita tu. Abang tak kesian ke!”

Datin Marina merengus kasar.

“Azie terlalu sayang dan cintakan suami arwah. Dari sekolah lagi saya tahu minatnya yang mendalam pada suami arwah.”
“Kak…..Perit saya nak terima panggilan ‘arwah’ pada menantu saya tu. Tak sangka…”

Puan Sri Jasmin tersedu dalam pelukan Radhiah.

“Azie guna cara kotor. Dia sanggup meredah hutan dan belukar mendapatkan bomoh orang asli. Tiga orang bomoh dia ‘guna’ untuk mengacau rumahtangga arwah. Sampailah sebulan lepas dia bawa seorang kawan dan bawa balik ke rumah ni. Dia suruh saya jaga arwah, sebab katanya dia dah ‘terlanjur’. Dia menyesal, katanya dia akan bawa kelurga arwah kemari. Masa tu, arwah taklah seteruk hari ni. Seminggu pertama, arwah menjerit-jerit serta meracau-racau. Pernah arwah lari keluar dari rumah ni dalam keadaan mengaibkan. Masa tu saya rasa bersalah sangat. Sepanjang saya kenal arwah, tak pernah dia marahkan saya malah dia syukur sangat-sangat sebab dia tahu keputusan dia untuk menerima segala perbuatan Azie dapat menyelamatkan keluarganya. Selepas dari hari tu, arwah kerap muntah darah, bukan sikit. Kadang-kadang sebesen.”
Makcik Salmah mengesat airmata.

“Ya allah!! Anak aku…..”

Datina Marina mengongoi menangis. Angah dan Along memjuk uminya. Mereka turut kesal dengan apa yang menimpa adiknya.

“Ikutkan hati Am ni!!! Am nak cincang kak Azie tu. Dia tu bukan manusia, tapi setan!”

Amran bersuara keras.

“Saya tanya Azie macam mana semua ni boleh jadi. Azie ceritakan segalanya. Katanya salah seorang bomoh orang asli tu minta Azie korbankan satu nyawa kalau dia nak hentikan semua ni. Azie tak sanggup, dan arwah menawarkan diri. Asalkan keluarganya selamat. Sepanjang masa saya bersama arwah, tak putus-putus arwah cerita pasal suami dan anak-anaknya. Malah tak pernah sekalipun saya dengar keburukan suaminya. Gambar suami dan anak-anaknya tak lekang dari pelukan dia. Sepanjang masa. Hinggalah minggu lepas, arwah kata masanya dah sampai…”

Makcik Salmah menangis hiba.

“Kak Ika, minta makcik saya panggilkan keluarganya. Dia nak tengok wajah dan kasih sayang suaminya untuk kali terakhir sebelum dia ‘pergi’. Makcik yang tawarkan diri untuk pergi menjemput kalian sekeluarga. Zam tahu, kakak Zam salah dalam hal ni. Tapi tolonglah. Tolong maafkan kakak, Zam.”

Nizam yang menyampuk tiba-tiba menangis tersedu.

“Azie pun dah meninggal, Syed.”
“Aku dah maafkan dia, Lan. Cuma aku tak boleh nak terima. Ika meninggalkan aku kerana sayangkan aku dan anak-anak. Dia tak tahu, aku tak boleh hidup tanpanya. “

Azlan memegang bahu Syed. Azlan bergegas ke rumah Syed selepas ditelefon oleh keluarga arwah. Syed berkurung di bilik arwah sejak mereka balik dari pengebumian arwah Ika sebulan lalu.

“Kau tak kesiankan anak-anak kau, Syed. Ain….Aril.”
“Mereka boleh hidup tanpa aku, Lan. Mereka ada nenek dan semua orang sayangkan dia.”

Azlan menggeleng.

“Kau silap, Syed. Mereka ada segala-galanya. Tapi mereka kehilangan kau dan Ika. Kau tahu semalam umi kau telefon. Aril masuk hospital. Ain dan sebulan lebih demam. Mula-mula Ain dapat menerima kehilangan ibu mereka. Tapi sanggup ke kau tengok dia kehilangan ayah mereka, sedangkan ayah mereka masih bersama mereka.”
“Aku nak bersendirian, Lan. Tinggalkan aku!! Aku merindui Ika.”
“Syed….Jadilah seorang lelaki. Jangan dayus sebegini. Kasih kau terhadap Ika tak pernah kurang, tapi kasih kau pada anak-anak semakin kurang. Mereka perlukan kau. Kalau kau benar-benar tak boleh menjaga mereka. Benarkan aku membawa mereka dan menjaga mereka. Biar mereka lupa apa yang pernah menimpa mereka di sini.”

Azlan melangkah keluar dari bilik Ika yang didiami Syed.

“Jangan!!! Jangan rampas mereka dari aku. Mereka saja yang Ika tinggalkan untuk aku. Aku sayangkan mereka. Tolong, Lan.”

Syed merayu sambil memegang kaki Azlan. Di dalam hati Azlan bersyukur, Syed berubah jua.

tamat
0Komen:
1. Jangan Menggunakan Simbol '@' Ini Untuk Nama Anda..
2. Jangan Lupa Follow Brozai Di Twitter..Klik Di Sini !
3. Terima Kasih Dengan Komen Anda

Catat Ulasan

 

Copyright © 2009 by Brother Zai - Template by Blog Templste 4 U | Blogspot Tutorial | Sport Page Ranking Tool