Tipah Tertipu Bang - Episod 3



“Oi!! Cik Intan! Tak reti-reti nak makan tengahari ke? Kerja pun kerjalah jugak, melantak pun melantak jugak.. ” tegur Farah.

“Hehehehehe.. kau ni kan, tak boleh tengok aku senang sikit tau! ” kataku geram

“Jom la.. perut aku dah buat konsert heavy metal nih!!”

“Heavy metal?? Fuh ganas tuuu..” aku ketawa, lantas mendapatkan Farah yang masih menanti di depan pintu bilikku. Kami berjalan beriringan..

“Amir jom lunch together?!”

Ish.. gatal betul mulut Farah nih mempelawa Amir makan bersama.

“Tak kisah ke?” Amir menjeling padaku.

“Why not? Jom lah..” kataku dalam keterpaksaan. Dengan muka tak malu Amir sudilah pulakk.

Perjalanan kami ke café terhenti seketika bila bertembung dengan Man suami Farah. Farah terpaksa keluar bersama suaminya kerana ada perkara yang perlu dibereskan. Macam dirancang pulak.. ish! Kebetulan kot! Maka tinggallah aku berdua dengan Amir. Ah! Sudah!! Cemana ni?

Seperti biasa aku pesan nasi ayam dan air suam, Amir pula ikut sahaja. Ish… memang dari dulu dia suka makan apa yang aku makan.. tapi..

“Selera cik Ira masih tak berubah lagi?”

Uik?? Ingat lagi?? “Mir.. tak payah ber cik-cik dengan Ira. Janggal betul rasanya.”

“Cik Ira kan boss saya. Kenelah hormat sikit.”

“Pada Ira, tak ada istilah bos dengan anak buah ni. kita sama-sama makan gaji. Sama-sama kuli. Panggil sahaja Ira atau Intan, kerna kat office mereka panggil Ira ‘Intan’.”

“Oklah.. tapi Mir tak biasa panggil Intan, Mir panggil Ira boleh?”

“Tak kisah.” Aku suap nasik secepat yg boleh, lantaklah apa dia nak kata. Aku nak balik office cepat!!! Tak sanggup lagi duduk semeja dengan Amir.. pedihnya hatiii!!!

****

“Hello.. Ira! Ayah ni..”

Ha?? Ayah??!! Mimpi apa pulak orang tua ni? “O.. ayah.. ada apa hal yah?”

“Ira ayah nak kamu balik segera! Ayah ada hal penting nak cakap.”

“Hal apa yah? Bunyi macam serius je?”

“Memang serius! Esok balik segera!”

“Insya Allah..”

Apahal pulaklah bapak aku nih.. jangan-jangan nak pakse aku kawen! Ish.. tak boleh jadik nih!! Esok kene balik jugak! Aku terus apply cuti.

* di kampung..

“Ira.. mari sini, ayah nak cakap sikit” dari anjung ayah memanggilku.

Sebelum melangkah mendapatkan ayah, sempat aku menjeling pada mak. Mak pula hanya mengangkat bahu. Ish.. ini yang buat aku risau ni!!!

“Ira.. ayah dah penat melayan kerenah kamu, selama ini ayah turutkan saja apa yang kamu mahu. Termasuklah menolak 7 pinangan.”

Alamak!! Nak cakap pasal kawen kee????

“Kamu dah ada kawan lelaki ke? Cakap betul-betul dengan ayah.”

“Em..” aku ragu-ragu

“Ira, ayah ni dah tua. Entah esok entah lusa ayah akan pergi. Sebenarnya ayah tak senang hati biarkan kamu duduk sorang-sorang di bandar tu. Kamu tu anak dara. Kalau apa-apa berlaku sapa yang susah??”

Alahai ayah.. Ira tahulah jaga diri.. aku masih lagi mendiam diri.

“Macam nilah! Ayah dah buat keputusan, ayah beri tempoh 2 minggu untuk kamu mintak keluarga buah hati kamu tu masuk meminang. Kalau tak.. pinangan budak Rashid tu ayah terima.”

Rashid??? Alamak!!!! “Ayah. tolong jangan paksa Ira”

“Ayah tak paksa. Dah berkali-kali ayah beri peluang, tapi kamu tetap begini jugak. Macam-macam alasan yang kamu pakai. Muka ayah ni dah tebal nak tolak pinangan orang lagi.”

“Tapi…”

“Sebagai ayah.. ayah tau orang yang bagaimana sesuai menjadi menantu ayah. Budak Rashid tu baik orangnya. Kerja pun bagus di bandar. Bersopan, pandai ambil hati orang tua.. apa yang kamu nak lagi? Ayah dah berkenan dengan budak Rashid tu..”

Isy… menyesalnya balik kampung!! Kalau aku tahulah apa yang ayah nak cakap, NEVER!! Aku takkan balik!! cemana nak buat ni??!! Nak tolak takut hati ayah terluka, silap hari bulan menjadi balik sakit jantung bapak aku nih! Nak terima entah sesapa ntah si Rashid tu.. alahai badai datang lagi..

Terduduk ku di birai katil. Mungkin itu pilihan terbaik dari ayahku. Mana mungkin ayah sampai hati kahwinkan aku dengan sebarang orang. Haruskah aku menerimanya??!! Aku terpandang cincin Amir yang masih tersemat di jari manisku. Cincin ini?? Ah.. mungkin sudah tiba masanya untuk aku melucutkannya dari jari sekaligus dari hati. Selamat tinggal Amir..

Tempoh 2 minggu? Kalau ayah beri aku tempoh 2 tahun pun belum tentu aku dapat beri menantu seperti yang ayah minta. Terserahlah.. mungkin itu yang terbaik untukku. Sudah jodoh barangkali atau pun sudah sampai seru. Kali ini aku tiada alasan lagi untuk menolak, aku terima dengan rela siapapun pilihan ayah.

Amir?? Aku seperti pungguk yang rindukan bulan. Mampukah pungguk terbang ke langit?? Sanggupkah bulan turun ke bumi?? Ah. MUSTAHIL!! Amir sudah pun bahagia.. tiba giliran aku pula untuk menikmati kebahagiaan. Itulah nekadku..

***

Hari pertunanganku tiba..

“Cantiknya menantu mak.”

Aku tersipu malu. Makcik Leha rupanya. Eh Mak sedara Amir.. oh! My god!!! Bakal suami aku ni sedara-mara Amir ke?? Rashid??? Siapa Rashid ni?? Entah-entah.. abang Rashid sepupu Amir!

Ha!!!?? Ala!!!! Aduhhhh ayah ni dah tak ada orang lain ke?? Kenapalah sedara mara si Amir ni jugak yang Ayah pilih?? Aku bagai nak pitam! Rasa macam nak pengsan! Macam nak mati pun ada!! Makkk tolongggg!!!

Tapi.. cincin berlian sudah pun tersarung di jari. Tepak sirih bertukar tuan. Sudah terlambat untuk aku menolak. Terlambat!!! Lambat laun aku kan menjadi sedara Amir jugak!!! Tak mooooo!!!!!

***

Berita pertunangan ku tersebar. Mesti Farah yang sebarkan.. ah.. biarlah.

Tuk… tuk.. tuk..

“Come in!!” jeritku dari dalam.

“Ira may I come in?”

“Yeah.. and have a seat..” pelawaku

“Ira.. I love you!! I love you!! I love you Intan Shahira!!!”

“Amir!! What the hell are you talking about??”

“I’m telling the truth!”

“Kenapa baru sekarang??”

“Amir tak sangka begitu mudah Ira buat keputusan. Terlalu cepat berpaling tadah! Tuhan sudah beri kita peluang untuk bertemu dan jernihkan kekeruhan, tapi.. Ah! Sudah terlambat.”

“Mir.. bukan masa yang tercepat menjadi masalah, dan bukan Mir yang terlambat menjadi punca. Bukankah Mir punya NAZIRA?”

“Nazira?? Bukankah Nazira itu sepupu Mir? Memang dia admire kat Mir. Tapi itu tidak bermakna dia berjaya curi hati Mir. Ira yang ego kerna tidak mahu berterus terang. Ira yang menghilang tanpa sepatah kata! Sia-sia usaha Mir menjejaki Ira di sini. Ira ingat mudah ke untuk Amir merayu pada Farah agar menerima Mir menjadi pembantu Ira? Ah! Ira takkan faham..”

Ah!! Farah?? Amir!! Jadi semua ini bukan kebetulan?? Aku terjelepok di kerusi. Hatiku berdarah lagi!! Kesilapan besar yang aku lakukan! Kesilapan yang tidak mampu dimaafkan oleh Amir..

“Nampaknya kehadiran Mir di sini tidak bermakna lagi.. ini surat perletakkan jawatan Mir.. semoga Ira bahagia.. thanks for everything.” Perlahan Amir melangkah pergi. Di muka pintu langkah Amir terhenti. Dia berpaling padaku.

“Ira.” Amir mendekatiku. Perlahan dia melucutkan cincin miliknya dari jariku. “Cincin ini sudah tidak bermakna lagi Ira.. selagi cincin itu ada di jari Ira, selagi itu hati Mir pedih..” terus Amir mencampakkannya ke luar tingkap pejabatku lantas meninggalkanku.

“AMIIIRRRRRRR!!!!!! Jeritku.

Eh!!! Astagfurullahalazim. Aku bermimpi rupanya.. ku lihat cincin Amir masih di jari..

Tuk tuk tuk… Sekali lagi aku terkejut! Pintu ku di ketuk. Amir..

“Ira marah Mir ke?”

Aku hairan.. uik?? “iye ke? Bila Ira marah?” tanya ku

“Tadi! Ira jerit nama Mir! Semua orang dengar.”

Ha!! Semua orang dengar??? Alamak!!! “Sorry.. sebenarnya tak ada apa-apa.. sorry again..”

“Ira ni buat Mir suspen ajalah..”

“Sorry.”

“Em.. kalau macam tu Mir keluar dulu ye..”

“Ok..” kataku lancar. “Eh.. Mir!” panggil ku. Amir kembali ke meja ku. “I’m sorry,” kataku perlahan sambil menanggalkan cincin dari jariku. Lantas ku letak cincin itu di hadapannya. Jelas kelihatan wajah Amir berubah.

“Amir dah agak Ira. Mir hormati keputusan Ira. Em.. can I go now?”

Aku hanya mengangguk dan membiarkan Amir pergi. Pergilah Mir.. maafkan aku. tanpa diminta-minta airmataku jatuh lagi. Berakhirlah sudah lagenda cintaku terhadap Amir. Reaksi Amir tadi jelas bertentangan dengan mimpi tadi. Ah.. dia memang sudah lupakan ku.

****

Tempoh pertunanganku dipendekkan atas kehendak pihak lelaki. Ayah mengikut sahaja. Tapi sepanjang tempoh pertunangan ini tidak pernah sekalipun aku menemui tunangku itu. Aku takut! Setiap pelawaannya ku tolak mentah-mentah. Aku tidak bersedia menerima kenyataan itu. Biarlah di hari pernikahan itu menjadi pertemuan pertamaku. Harap-harap akan wujud cinta pandang pertama untuk ku. Mudah-mudahan. Mujurlah tunangku itu tidak pernah memaksa. Mungkin dia faham dengan situasiku..

Bersambung……………..

0Komen:
1. Jangan Menggunakan Simbol '@' Ini Untuk Nama Anda..
2. Jangan Lupa Follow Brozai Di Twitter..Klik Di Sini !
3. Terima Kasih Dengan Komen Anda

Catat Ulasan

 

Copyright © 2009 by Brother Zai - Template by Blog Templste 4 U | Blogspot Tutorial | Sport Page Ranking Tool