Tipah Tertipu Bang - Episod 4



Ah!! Hari tu muncul juga!!! Aku takut!!

“Aku terima nikahnya Intan Shahira Binti Rahman dengan mas kahwin 80.00 ringgit tunai..” jelas kedengaran suara bakal suamiku melafazkan akad nikah..

“Sah! Sah!” kata saksi.

Nampaknya aku sudah sah bergelar isteri kepada Rashid. Aku sudah menjadi isteri orang, Amir!! Airmataku jatuh lagi. Pantas diseka oleh Farah.. “Intan.. usah begini.” Aku mengangguk perlahan.

Dari luar mak bari isyarat supaya bersedia untuk acara pembatalan air sembahyang. Aku takuuutttt.

“Assalamualaikum..” kata suamiku.. aku tunduk setunduk-tunduknya! Jawab salam di dalam hati. Perlahan suamiku menyentuh jariku. Aku sedikit menggigil. Masih tak mampu mengangkat kepala. Sewaktu dia menyarungkan cincin ke jariku, aku terlihat cincin Amir di jarinya. Eh! Mengapa cincin itu ada di jarinya? Silih berganti andaian datang menjengah fikiran. Ah! Amir sengaja nak menyakiti hatiku!!

Tapi aku masih tidak mampu untuk bertentang mata dengannya. Ku kucup tangan suamiku. Sekali lagi airmataku jatuh berderai. Usikan saudara-mara telah memaksa suamiku mengangkat mukaku untuk mengucup dahiku. Dalam keterpaksaan.. aku mrelakannya. Sewaktu mata kami bertemu.. alamak!!!!!!!!

Degup jantungku seolah terhenti! Tubuhku menggeletar! Mukaku merah padam. Aku ternganga. ku lihat sekeliling.. semua tersenyum padaku senyuman yang begitu bermakna. Seolah mereka tahu kisah cintaku dengan Amir..

Aku tak terkata apa!!! Aku tertipu!!!!!!!!

****

Selepas selesai kami solat magrib, aku menghampirinya.. dia tersenyum.. aku cubit pehanya sekuat hati!!!! “Cepat ceritakan macam mana semua rancangan awak berjalan lancar!!”

“Sorrylah sayang. Sebenarnya selepas Ira berpindah ke bandar, Nazira dah ceritakan segalanya. Dia minta maaf kerana dia, Ira mengalah.. dalam masa yang sama pak long Mir pelawa Mir kerja di syarikatnya kat bandar. Kebetulan pula sama bandar tempat Ira bekerja. Pertama kali Mir jumpa Ira sewaktu Ira makan di café dengan Farah. Masa tu Mir bersama Man suami Farah.. Man tu assistant Mir! Em.. dari Farahlah Mir dapat korek segalanya.”

“Oooo…. komplot dengan Farah ye!!!!” Aku cubit dia lagi!!!!

“Aduuhhh. Lepas tu Mir kecek Farah untuk jadik assistant Ira.”

“Abih kerja dengan Pak long tu..?”

“Lepas Mir balik keje kat office Ira, Mir balik opis pak long pulak, check apa yang patut. Kemudian baru Mir bawak keluarga Mir pergi pinang Ira bila Mir dah comfirm yang Ira masih sayang kat Mir. Buktinya masa tu Ira masih pakai cincin Mir ni.”

“Mir sengaja suruh ayah Ira jangan sebut nama ‘Amir’.. dan Mir dah cerita segalanya. Dengan ikhlas.. biasalah nak tawan hati bapa mertua.. mestilah tunjukkan keikhlasan yang jujur. Hehehehehe…”

“Abih Rashid tu???”

“Hey Ira sayang Amir. Ira lupa ke nama penuh Amir ‘Amirul Rashid’? Sampai hati!!”

“Ya Allah!!!! TIPAH TERTIPU BANG!!!!!” Aku cubit Amir sekali lagi!!!!!

Amir mengaduh kesakitan lantas mendakap tubuh serapat-rapatnya. “Mir rindu Ira!!!! Rindu sangat!!”

* di meja makan

“Oo.. ayah dah komplot dengan Amir ye!!” Giliran ayah pula dapat cubitan dariku!!

“Adoii!!”

Kakak dan abang-abang ku pakat ketawa beramai-ramai!! Aaa!!!! Geramnya!!!!!!

“TIPAH TERTIPU BANG!!!!” Mereka megajuk-ajuk kata-kataku. Apa-apa pun aku bahagia!!!!

– TamaT –

0Komen:
1. Jangan Menggunakan Simbol '@' Ini Untuk Nama Anda..
2. Jangan Lupa Follow Brozai Di Twitter..Klik Di Sini !
3. Terima Kasih Dengan Komen Anda

Catat Ulasan

 

Copyright © 2009 by Brother Zai - Template by Blog Templste 4 U | Blogspot Tutorial | Sport Page Ranking Tool