Coretan June





1
. Dah lama rasanya aku tak update blog ni di sebabkan sibuk dengan kegiatan haram harian aku yg tak mengizinkan(Taklah lama sangat,belum seminggu pun)Walau aku tak update pun,tapi alhamdulillah sempat gak aku jelajah blog² rakan yang lain..dapatlah jugak maklumat² terkini untuk menambahkan pengetahuan aku yang sekian lama membeku ni..huhu..Setakat ni semua blog² yang aku lawat memang bes² belaka,jadi tak dapatlah nak aku nyatakan nama blog tu kat sini..sebab banyak sangat blog² yang cantik..tertarik..menarik..kau memang deboom..hehe..
Sebenarnya ada satu perkara lagi yg bes...err..aku menang contest pertama..malas nak cerita,korang boleh rujuk kat sini

2. Semalam lebih kurang dalam pukul 3 petang,kucing kesayangan anak sedara aku selamat melahirkan 3 ekor anak..Memang comel² anak dia,biasa ler kucing parsi la katakan..ahak's.Tapi yang tak bes'nye,dia beranak kat dalam almari pakaian aku..huwaa..ni semua gara² anak sedara aku yang tak bawak dia dalam store awal²....dah aku pulak nak kena pindahkan dia kat store,pastu nak kena basuh baju² aku yang terkena darah kucing ni..huhu..

3. Pada 15hb ni adalah harijadi anak sedara aku yang ke 12 tahun.Buat pengetahuan korang,aku tak pernah miss belikan hadiah untuk anak sedara aku ni bila tiba besday dia.Tapi yang peningnya adalah soal hadiah...lagi semalam tengah pikir hadiah apa yg aku nak bagi kat dia nanti.Kalau jam,tahun lepas dah bagi..h/p dia dah ada.. kalau nak bagi baju, dah berlambak kat dalam almari dia tu..Tapi takpalah,esok pandai2lah aku cari kat mana² nanti..

4. 17hb june(2002) adalah tarikh yg tak pernah aku lupakan sejak satu peristiwa tu.Di pendekkan cerita,peristiwa ni berlaku di depan mata aku..ketika tu aku memandu kereta aku sendiri dengan ikut kawan aku dari belakang nak menuju ke Hospital untuk melawat rakan aku yang lain.Tapi malang tak berbau bila kawan aku Mohd Azli bin Saifudin meninggal di tempat kejadian kerana terlibat dalam kemalangan yg melibatkan lori pasir dari arah bertentangan.Korang bayangkanlah sendiri bila kereta iswara bertembung dengan lori pasir..(Al-Fatihah buat arwah..)

5. Hujung bulan ni,iaitu 30hb june..satu tarikh yg perlu aku ingatkan jugak,sebab kereta aku baru keluar pada tarikh tersebut(2004).Sekarang ni dah dekat 5 tahun aku guna kereta ni dan tinggal lagi 2 tahun jer nak habis..lepas tu hooray..hehe..Harap² lepas abis ansuran kereta ni, dapatlah aku sambung yg lain pulak..tungguu..


p/s: Sebenarnya ada banyak lagi yg nak di kongsi ,tapi rasanya tak menarik sangat yg lain² tu kot..apapun tunggu ajelah yg akan menyusul nanti..Kalau korang ada cerita yg menarik pun,boleh di kongsi dengan aku gak..jangan malu²..jangan segan² buat macam rumah sendiri..hehe..
14Komen:
1. Jangan Menggunakan Simbol '@' Ini Untuk Nama Anda..
2. Jangan Lupa Follow Brozai Di Twitter..Klik Di Sini !
3. Terima Kasih Dengan Komen Anda

Catat Ulasan

 

Copyright © 2009 by Brother Zai - Template by Blog Templste 4 U | Blogspot Tutorial | Sport Page Ranking Tool