Takagi Sayang (Part 21)



AKU rasa macam tak percaya. Pada saat-saat meruncing begini aku dikejutkan dengan berita gembira. Surat tawaran yang baru diterima tadi masih melekat di tanganku. Aku saja suka-suka menghantar permohonan hari tu. Tak sangka pula aku berjaya menembusi beribu-ribu lagi pemohon.

Yan dapat buat degree di USM? soalku lagi. Aznil senyum. Sekuntum ciuman tahniah melekat di kedua-dua pipiku. Aku bingkas bangun dari pembaringan. Lama aku merenung Aznil yang begitu gembira sekali.

Bila Yan apply semua ni? soalnya ingin tahu.

Maaf bang.. Yan sebenarnya suka-suka saja.. tak sangka pula Yan dapat buat course ni..beritahuku. Aznil senyum.

Kalau abang tak kasi Yan tak pergi..

Siapa kata? Abang tak halang Yan nak cari ilmu. Lagipun bukan senang nak dapat peluang macam tu.. pergilah.. abang izinkan.. Aku memeluk Aznil erat. Sungguh, aku bahagia mendapat suami yang sangat memahami sepertinya.

Abang, semalam kak Esah datang.. dia kata.. Aku memandangnya lama.

Kak Esah lagi? Dia suruh Yan beli jamu dia lagi? Sudahlah tu.. abang rasa Yan makan terlebih sangat jamu dan ubat-ubat jadi sakit macam ni.. Nasihat Aznil.

Bukan dia ada beritahu Yan, kak Senah yang ambil jamu dia dua tiga bulan dulu dah mengandung.. ceritaku.

SO? Aznil masih tak mengerti.

Kak Esah kata, entah-entah Yan mengandung lagi..

Hah? Aznil terlopong. Aku mengangguk.

Yan rasa? Aku angkat bahu. Rasanya Cuma demam biasa. Tapi kalau aku termengandung macammana?

Ahh.. jangan percayalah.. Yan rehat dulu okey.. abang nak pergi tengok Mak Long.. Dia menyuruh aku berbaring. Aku Cuma menurut kerana kepalaku begitu pening sejak tadi.

ARGGHHH TIDAKKK!! Aku terduduk di atas bowl. Positif?? Dalam pening yang masih beraja di kepala aku perlahan keluar dari toilet. Aznil yang baru pulang segera memapahku ke katil. Dia menggeleng kepala melihat aku. Sudah puas dia mengajak aku ke klinik tapi aku enggan. Aku takut apa yang dikatakan kak Esah jadi kenyataan. Tapi bila menguji sendiri..

Macammana? soalnya ingin tahu. Aku diam.

Positif.. Yan mengandung.. jawabku perlahan.

Iye? Aznil bertanya, bercampur gembira dan terkejut.

Kalau tak pasti kita ke klinik pujuknya. Aku memandangnya. Ingin saja kukatakan aku belum bersedia untuk menambah bilangan cahaya mata kami. Hidup sekarang ini pun dah kelam kabut. Aduhhh!! Aku mengurut kepala yang semakin sakit.

Yan okey? soal Aznil. Aku menggeleng kepala dan perlahan berbaring di atas katil.

Mak menjenguk ke bilik melihat keadaanku. Di kirinya terkelek Hazil yang baru lepas mandi.

Macammana dengan Yan? soal mak.

Entah, dia kata Hazil nak dapat adik seorang lagi.. jawab Aznil.

Apa? Alhamdulillah.. rezeki.. mak senyum. Aku Cuma mendiamkan diri.

Apa nak susah hati pulak? soal mak bila menyedari reaksiku selepas mendengar berita itu.

Yan tak bersedia lagi mak.. jawabku berterus terang.

Dah tuhan nak bagi.. takkan kau nak buang pulak.. kata-kata emak itu membuatkan aku terdiam.

Tak apa.. mak ada.. insyaAllah.. semuanya selamat.. mak memberi semangat. Aku mengeluh berat. Dalam hati aku rasa nak saman saja kak Esah!!

Yan nak kemana pulak tu? soal Aznil bila melihat aku bangun dari duduk.

Kita pergi klinik bang.. Yan tak puas hati.. Aznil Cuma menurut saja kemahuanku.

Doktor Fauziah tersenyum sambil menatap wajah aku dan Aznil. Dia mencatit sesuatu pada laporannya.

Puan Dian Cuma demam biasa.. sakit kepala tu kerana puan terlalu banyak memikir dan kurang tidur.. saya dah periksa semua okey.. Cuma banyakkan rehat dan minum air masak. Ujian kehamilan, puan tak hamil.. Aku mengeluh lega. Aznil nampak sedikit kecewa tapi dia masih erat menggenggam tanganku.

Period datang lewat tu biasalah.. bagi ibu-ibu muda macam Puan stress sikit.. jangan bimbang.. sambung doktor itu lagi. Aku tersenyum.

Puan ada makan ubat apa-apa ke atau jamu ke?

Ada..

Ohh.. tu mungkin alahan pada tubuh puan.. tapi tak membawa mudarat.. jangan risaulah.. saya pun mula-mula pening juga.. jelas Doktor itu.

Eh.. doktor pun makan jamu? soalku terkejut.

Mak saya pakar buat ubatan tradisional.. kita sekarang ni kena jagalah Puan.. lagipun bagus.. bahan semulajadi bebas dari bahan kimia.. terang Doktor Fauziah lagi. Aku tersenyum. Saat itu aku terbayang daun kesum, pucuk ubi, dan berbagai ulaman yang menjadi kemestian sejak mak long hadir dalam hidupku.

Kalau macam tu saya memang tak mengandunglah? Doktor Fauziah mengangguk lagi.

Terima kasih doktor.. ucapku dan Aznil sebelum bangun. Sementara menanti ubat siap dan Aznil membayar bil aku terkenangkan mak long. Tiba-tiba rindu pula nak dengar leteran membinanya itu.

Kenapa ni? soal Aznil.

Kita tengok mak long kat hospital bang.. pintaku. Alang-alang dah ke bandar ini baik aku ke sana. Lagipun aku dah sihat sikit.

Lupa abang nak beritahu. Mak long dah tak ada di wad tu lagi. Pihak hospital pindahkan dia ke HKL untuk rawatan lanjut jelas Aznil. Apa?

Siapa yang nak jaga dia kat sana? soalku. Sedangkan di wad di hospital sini pun seorang anak tak menjenguk, inikan pula di HKL. Aznil menarik nafas.

Abang terharu bila Yan sanggup jaga mak long hari tu. Sebenarnya mak long tu terkilan. Anak-anak dia nak masukkan dia ke rumah orang tua-tua. Sebab tu dia nak datang ke sini. Abang tak nafikan anak-anak mak long semua berjaya. Tapi, tak sangka mereka sanggup nak hantar ibu sendiri ke rumah orang-orang tua Aku terdiam mendengar penjelasan dari Aznil.

Hari mak long datang ke rumah kita tu.. sebenarnya dia bertengkar dengan menantunya. Faham sajalah mulut dia tu bising tak berkenan itu ini.. sudahnya dia kena halau. Mujur Izan ada.. dia la telefon mak beritahu.. jelas Aznil lagi. Aku mengangguk faham. Sedetik, wajah mak long terbayang di ruang mata.

Mak long hadiahkan Yan ini sebab menjaga dia.. Aznil mengeluarkan sebentuk cincin emas dari bekas baldu. Aku terpaku. Mak long!

Rupa-rupanya banyak perkara yang perlu aku pelajari di dunia ini. Sebaik saja melangkah ke alam perkahwinan, banyak yang perlu dikorbankan. Permulaan hidup ialah tolak ansur antara suami isteri. Bila meniti tahun demi tahun aku pasti akan bertemu kerenah demi kerenah antara keluarganya.

Setelah masuk tahun kedua perkahwinan, aku teruji dengan sikap mertua yang kurasa cuba mencampuri urusan hidupku suami isteri. Tapi, bila kufikirkan, alangkah bertuahnya aku dikurniakan oleh ibu mertua yang mengambil berat. Aku tak sepatutnya melulu menuduh dia cuba merampas privacy ku. Lihat saja mak long.. memang mulutnya buat aku rasa panas hati tapi.. bila terjadi perkara begini baru kusedar disebalik teguran dan rungutan mereka.

Sebenarnya ilmu rumah tangga yang tersimpan pada mereka harus kuselongkar. Mereka sudah berpuluh tahun hidup dalam onak duri dan gelora rumahtangga. Rencah kehidupan mereka membuatkan mereka ingin melihat kebahagiaan anak menantu, agar ikatan perkahwinan semakin utuh dari hari de
mi hari. Tapi, seringkali nasihat-nasihat emas mereka itu disalah erti oleh orang yang berfikiran seperti aku. Aznil memeluk bahuku.

Kalau ada masa kita lawat Mak Long di KL.. okey? dia tersenyum.

Kenapa ni? Rindu ke? usik Aznil. Aku Cuma tersenyum.

Kan abang dah kata.. mak long tu baik kan? Cuma silapnya dia lahir tahun itik.. tu mulut dia bising..

Bersambung………………

0Komen:
1. Jangan Menggunakan Simbol '@' Ini Untuk Nama Anda..
2. Jangan Lupa Follow Brozai Di Twitter..Klik Di Sini !
3. Terima Kasih Dengan Komen Anda

Catat Ulasan

 

Copyright © 2009 by Brother Zai - Template by Blog Templste 4 U | Blogspot Tutorial | Sport Page Ranking Tool