Di Tiduri Makhluk Halus




Kedatangan Mak Long Senah,ibu saudaranya yang berusia lewat 70an itu ke rumahnya seolahlah menyembunyikan satu rahsia.Tambahan pula, ilmu perubatan yang dimiliki oleh Mak Long Senah cukup tinggi.Kenyataan ini diakui sendiri oleh ibunya .Jabar yang berfikiran moden pastinya tidak senang dengan tindak tanduk ibu saudaranya itu.Lebih-lebih lagi apabila dia mengetahuinya tujuan sebenar Mak Long Senah berkunjung ke rumahnya. Jabar yakin ilmu perubatan ibu saudaranya itu sudah terpesong jauh dari akidah sebenar.Mak Long Senah ada membela "benda peliharaan".Jadi sebab itulah apabila ibunya bersungguh-sungguh mahu Mak Long Senah dating mengubati adiknya Suraya yang sedang sakit,dia membantah keras .Dia mahu Suraya dibawa ke klinik untuk mendapatkan rawatan doktor.Tetapi ibunya tetap berdegil.Ibunya percaya,hanya Mak Long Senah sahaja yang mampu mengubati penyakit Suraya. Masuk hari ini sudah tiga minggu Suraya meracau seperti orang gila.Ada ketikanya Suraya menangis dan menjerit sekuat hati.Perut Suraya juga sudah semakin besar.Tak ubah seperti orang mengandung enam bulan! Jabar cukup kasihan melihat keadaan Suraya,tetapi dia tidak mampu berbuat apa-apa.Ibunya lebih mempercayai kepakaran Mak Long Senah! Sudah empat hari Mak Long Senah bermalamnya di rumahnya.Jabar akan terjaga dari tidurnya setiapkali tercium bau kemenyan yang diasap oleh Mak Long Senah.Bukan itu sahaja,Jabar juga sering terdengar Mak Long Senah bercakap sendirian.Ada ketikanya,ia disulami dengan suara tangisan Suraya yang panjang. Mak Long Senah tahu Jabar tidak menyukai kedatangannya.Jabar tidak pernah senyum bila menengok mukanya.Akhirnya, Mak Long Senah memberi amaran kepada Jabar yang tidak akan menolong mengubati Suraya sekiranya Jabar terus dengan sikap sombongnya itu. "Kalau nak adik kau selamat ,jangan buat hal.Pekara ni bukan boleh dibuat main-main.Lambat dirawat,buruk padahnya."Keras sungguh kata-kata Mak Long Senah sebelum melangkah masuk ke bilik Suraya sambil membawa semangkuk air rebusan akar kayu,sebiji telur ayam kampung dan beberapa batang jarum peniti. Dari ruang tamu,Jabar dapat melihat dengan jelas setiap gerak-geri Mak Long Senah terhadap adiknya.Bulu tengkuknya meremang apabila mendengar tangisan anak kecil sedang menangis.Mak Long Senah memaksa Suraya meminum air rebusan akar kayu yang telah dicampur dengan telur ayam kampung itu.Suraya menelan air itu dengan paksaan.Suraya hampir memuntahkan tetapi Mak Long Senah segara menahannya.Kemudian Mak Long Senah menyuruh Suraya baring dan pejamkan matanya.Selepas itu Mak Long Senah meletakkan jarum peniti di atas perut Suraya sebelum menepuknya dengan kuat sekali.Mulutnya tak henti-henti membaca jampi yang tidak difahami oleh Jabar dan ibunya.Suraya menjerit sekuat hati.Dia terasa perutnya seperti mahu terburai.Mak Long Senah menyuruh Suraya meneran dengan sekuat hati.Akhirnya Suraya termuntah dan Jabar dapat melihat darah membasahi bahagian pangkal peha adiknya.Perut Suraya yang memboyot itu menjadi kempis dengan tiba-tiba ,Suraya menangis lagi.Kali ini lebih kuat. "Mak!!! Abang!!! Tolong Su .Sakitnya…… Ya Allah." jerit Suraya berkali-kali. Jabar cemas.Apa yang dibuat oleh Mak Long Senah sehingga Suraya jadi begitu.Tidak lama selepas itu,Jabar dapat merasakan rumahnya seperti kapal dipukul gelombang.Peluh jantan membasahi dahinya.Badannya juga rasa seram sejuk.Beberapa minit kemudian keadaan menjadi pulih seperti sediakala.Jabar menarik nafas lega.Apatah lagi,bila melihat adiknya Suraya beransur baik. Tiba-tiba Jabar rasa seperti ada orang lalu di sebelahnya.Bulu tengkuk Jabar kembali meremang.Jabar tahu Mak Long Senah tidak berseorangan dalam melakukan kerjanya itu.Mak Long Senah menjeling tajam ke arah Jabar seolahlah dia tahu apa yang sedang Jabar fikirkan.Bagi Mak Long Senah semua itu tidak penting.Dia benar-benar ikhlas mahu membantu mengubati anak saudaranya yang ditiduri oleh makhluk halus!Siapa yang membantunya,biarlah menjadi rahsianya sampai bila-bila.
0Komen:
1. Jangan Menggunakan Simbol '@' Ini Untuk Nama Anda..
2. Jangan Lupa Follow Brozai Di Twitter..Klik Di Sini !
3. Terima Kasih Dengan Komen Anda

Catat Ulasan

 

Copyright © 2009 by Brother Zai - Template by Blog Templste 4 U | Blogspot Tutorial | Sport Page Ranking Tool